Sedari kuasa kita!

Sedari kuasa kita!

Pengikut

29 September, 2009

PRK Bagan PInang: Abang-abang dan adik-adik tentera yang disayangi, tunjukkan kuasa anda!

Anda benci kemasukan pegawai yang terus pakai Kapten walaupun bodoh piang tapi memandai mengarah anda yang dah bekerja bertahun? UNDI PAS! Anda benci KM yang mengejas rangsum yang anda bayar tapi yang sedap hantar kat Mess Pegawai walaupun depa tak bayar? UNDI PAS! Anda benci bini komandan yang berlagak lebih sudu dari kuah? UNDI PAS! Anda benci pegawai yang ikut bontot komandan kemudian komen macam-macam kerja anda depan komandan padahal bila komandan tak ada tak Nampak muka dia semasa anda buat kerja? UNDI PAS! Anda benci pakai styer yang tah apa-apa sampai nak luruh bahu kalau bawak dalam perbarisan walhal M16 lebih bagus? UNDI PAS! Tugas anda menjaga kesalamatan Negara tapi kena suruh pasang khemah kat tepi highway masa le tour de Langkawi, Macam sial! UNDI PAS! Anda meluat bila ada pilihanraya kecil baru Kerajaan Negeri terhegeh-hegeh nak sponsor jamuan berbuka puasa kat kem anda? UNDI PAS! Bila berdehem urat telur peliaq hangpa bergerak atau tidak? Kalau urat bergerak: UNDI PAS! Rafidah Aziz pernah berkata “tentera tak perlu naik gaji sebab tentera takde produktiviti!” UNDI PAS! Gaji anda duit Negara bukan duit UMNO! UNDI PAS! Aku mohon kepada soldadu muda, LanceKopral, Kopral, Sarjan, StafSarjan, Pegawai Waran 2, Pegawai Waran 1 undilah PAS (Pakatan Rakyat) demi keselamatan dan kemakmuran Negara yang kita cintai ini! Tugas anda menjaga keselamatan Negara untuk kesejahteraan rakyat bukan untuk kesejahteraan segelintir ahli politik UMNO yang mengkayakan anak-beranak depa!

P/S: Kalau ada nak tambah, tambah kat ruangan komen.

28 September, 2009

KENYATAAN BERSAMA BLOGGERS: PENULIS BLOG MAHU UNDI POS DI HAPUSKAN

1. Kami yang terdiri daripada penulis-penulis blog yang prihatin terhadap sistem perjalanan undi POS bersetuju bahawa sistem undi POS haruslah diperkemaskini sejajar dengan kehendak demokrasi dan keadaan semasa. Objektif kami adalah untuk melihat sistem Undi POS menjadi lebih baik dari yang baik.
2. Kami juga menyambut baik janji Pengurusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof meminta semua pihak yang boleh mengenal pasti kelemahan kepada proses undi pos itu agar memaklumkan kepada SPR secepat mungkin sebagaimana yang disiarkan di utusan online bertarikh 15/9/09 seperti berikut:''Beritahu saya kerana saya pun nak perbetulkan kalau ada," Pengurusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof.Atas dasar kesedaran dan semangat cintakan negara,maka kami bersetuju untuk membuat kenyataan bersama sebagai menyambut permintaan Pengurusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof.Kenyataan bersama kami adalah seperti berikut:
3.Adalah amat malang bagi Malaysia ,walaupun sudah 52 tahun merdeka, ternyata Malaysia masih gagal untuk mengendalikan proses pilihanraya terutamanya undi Pos dengan lebih bebas dan adil.Ternyata sepanjang undi POS diperkenalkan masih banyak dakwaan-dakwaan tentang undi POS seperti Tidak telus dan rahsia,wujudnya pengundi hantu dalam sistem undi pos,undi pos tidak relevan,kesahihan undi pos diragui dan wujudnya ugutan dalam sistem undi Pos yang penuh dengan kontroversi sehingga memberi pandangan negatif orang awam terhadap Suruhanjaya Pilihanraya (SPR).Kami percaya sekiranya dakwaan-dakwaan tersebut tidak diambil tindakan sewajarnya oleh pihak yang bertanggungjawab boleh mendatangkan kesan negatif terhadap kestabilan negara di masa akan datang.Akhirnya memberi imej negatif bukan sahaja terhadap SPR tetapi kerajaan juga turut terpalit sama dengan kontroversi tersebut.Maka adalah sewajarnya SPR bertindak pantas dengan perbetulkan keraguan pengundi terhadap undi pos bagi meminimakan kontroversi Undi Pos itu sendiri. Keadaan sebegini jika dibiarkan berterusan akan membawa petanda yang buruk untuk masa depan masyarakat dan boleh memusnahkan keutuhan sistem politik negara kita. Justeru, kami mencadangkan :
MANSUHKAN PERATURAN BORANG 2
Borang 2 adalah satu borang “Perisytiharan Identiti” di mana pengundi pos perlu menulis namanya, nombor kad pengenalannya dan menurunkan tanda tangannya di hadapan seorang saksi. Selepas mengundi, pengundi pos akan meletakkan kertas undi yang sudah bertanda di sampul surat A dan sampul surat A tersebut kemudiannya pula hendaklah dimasukkan ke dalam Borang B bersama-sama Borang 2 tersebut. Mana-mana Borang B yang tidak disertakan dengan Borang 2 akan ditolak (lihat peraturan 15(2). Kami berpendapat peraturan borang 2 ini haruslah di mansuhkan atas sebab-sebab seperti berikut:
1.TIDAK MENJAMIN KERAHSIAAN PENGUNDI POS
Kami percaya peraturan borang 2 menyebabkan undi pos tidak mempunyai aspek kerahsiaan yang kuat.Dengan kertas undi dan Borang 2 yang mengandungi nama dan nombor kad pengenalan pengundi diletakkan di satu sampul surat yang sama (Sampul Surat B), sudah cukup mewujudkan kebimbangan para tentera dan polis tentang kerahsiaan undi mereka. Aspek kerahsian pengundian adalah “sine qua non” (ciri yang penting) di dalam pilihan raya yang adil. Sebarang persepsi daripada para pengundi bahawa undi mereka tidak rahsia sudah cukup menjejaskan pilihan raya yang adil. Ini menyebabkan aspek kerahsian pengundi Pos tidak dapat dijamin .
2.PERATURAN BORANG 2 SATU BENTUK DISKRIMINASI TERHADAP PENGUNDI POS
Kami bersetuju bahawa SPR perlu progresif dan profesional dalam melayani pengundi-pengundi Pos seluruh negara,sebagaimana layanan SPR kepada pengundi biasa. Jika pengundi biasa, tiada Borang 2 diberikan. Malah tidak ada dalam peraturan sekalipun. Namun Borang 2 diwajibkan kepada semua pengundi Pos, walhal nama-nama dan maklumat mereka sudah ada dalam daftar pengundi.Kami berpendapat ,peraturan yang mewajibkan Borang 2 dilampirkan bersama kertas undi adalah satu bentuk diskriminasi terhadap pengundi Pos. Oleh itu,penulis menyarankan agar borang 2 dalam peraturan pengundian Pos hendaklah dimansuhkan agar tiada lagi diskriminasi antara pengundi Pos dan pengundi biasa.Malah kami juga beranggapan peraturan borang 2,satu bentuk tekanan halus kepada pengundi Pos dalam membuat keputusan untuk membuang undi. Sekali lagi kami, berpendapat SPR perlu mansuhkan peraturan Borang 2 bagi tujuan jaminan kebebasan pengundi Pos membuat sebarang pilihan.
3.KEWUJUDAN PERATURAN BORANG 2 BERTENTANGAN DENGAN AKTA KESALAHAN PILIHARAYA 1954
Kami bersetuju dan beranggapan peraturan borang 2 bertentangan dengan Akta Kesalahan Pilihanraya 1954 sebagaimana yang kami fahami.Dibawah peruntukan Seksyen 5 Bahagian 11 Akta Kesalahan Pilihanraya 1954, seseorang itu dilarang mendapatkan atau mendedahkan identiti pengundi dan undi mereka, seperti nama, kad pengenalan dan nombor siri kertas undi.Sekiranya disabitkan dengan kesalahan melanggar undang-undang ini,boleh didenda sehingga RM3000 atau penjara selama setahun atau kedua-duanya sekali. Kami amat yakin bahawa tujuan undang-undang ini digubal adalah bertujuan untuk melindungi kerahsiaan pengundi bagi mewujudkan piliharaya yang benar-benar bebas dan adil.Atas sebab-sebab berikut,Kami menuntut dan menggesa agar SPR TIDAK MELAKSANAKAN atau MENANGGUHKAN PERATURAN BORANG 2 semasa piliharaya kecil Bagan Pinang bagi melihat dan mengkaji secara mendalam apabila peraturan borang 2 terlebih dahulu secara mendalam.Hasrat Kami hanya dengan satu tujuan,supaya pilihanraya negara kita menjadi semakin adil dan bersih dari yang adil dan bersih.Dengan kata lain,menjadi lebih baik dari yang baik.Perubahan ini harus dilakukan bagi meredakan nilai-nilai ketegangan disebalik kontroversi amalan undi Pos. Biarlah pengundi pos membuang undi dengan aman dan rela,selari dengan hasrat demokrasi itu sendiri. Terpulang kepada pengundi Pos hendak mengundi BARISAN NASIONAL atau PAKATAN RAKYAT.

24 September, 2009

PRK Bagan Pinang - Rasuah UMNO kepada tentera bermula!

Sempena PRK di DUN Bagan Pinang, Menteri Besar Negeri 9 telah menganjurkan majlis jamuan berbuka puasa di kem yang mempunyai anggota yang paling ramai antara kem-kem dalam DUN Bagan Pinang iaitu Kem IJED (KJLJD). Beliau juga di laporkan telah mengingatkan Komandan dan Ketua Kerani Kem tersebut untuk mengemaskini jumlah keanggotaan terkini untuk digunakan sepenuhnya dalam PRK Bagan Pinang. Adakah berita merasuah anggota tentera ini akan menyebabkan SPRM melakukan tindakan? Kirim salam banyak-banyak! Haramjadah SPRM! sumber - anak buah aku anggota JLJD di Kem SiRusa.

22 September, 2009

Tradisi Main Meriam Kabaid kampong aku.

Nota: Main meriam Kabaid di kampong aku adalah dibenarkan di bawah kebenaran Almarhum Sultan Derih. Tradisi ini diteruskan sehingga kini. Saksikan!

video

Tak dapat nak masukkan banyak-banyak sebab berukband teruk!

19 September, 2009

Suasana Kuala Kangsar menjelang Raya!



kereta perantau plet KL dah balik!



Err.. bini aku pesan beli apa tadi aaa..?



tu dia! bas abih! Balik kampung naik lori!

SELAMAT HARI RAYA SEMUA UMAT ISLAM YANG MASUK/TAK SENGAJA MASUK KE DALAM BLOG AKU NIH! RAYA, RAYA JUGAK, BAGAN PINANG JANGAN LUPA!

17 September, 2009

Doaku menjelang Syawal.

1 Syawal bakal menjelang tapi harapan majoriti rakyat tak kunjung tiba. Kadang-kadang, ia kelihatan begitu hampir, kadang-kadang ianya bergerak menjauh. Dekat tapi jauh, jauh, tapi terawang-awang di depan mata. Sejuta Nik Aziz perlahan menjelma, sejuta Anwar Ibrahim berkembang merata. Sempena 1 Syawal yang akan berkunjung tiba, aku mohon padamu ya Allah, selagi nyawa masih dikandung badan, izinkan aku melihat kepalsuan dihapuskan, kebenaran dijelmakan. Amin, Amin, Ya Rabbal Alamin!

16 September, 2009

Woii! malam ni aku start pasang panjut buloh!

Bahan-bahan:
a. Buloh tepi markaz PAS kampong aku.
b. Areal TV untuk tempat sumbu.
c. Kayu inci 1x2 aku ambik kat tempat buangan sampah.
d. Kain batik bini aku untuk sumbu. 
Tuang minyak tanah dulu! err... lumut kat dinding tu saja aku bior. Flora dan Fauna!
Full rehearsal! Pergh! Alangkah syahdunya! Bebudak main bunga api kat luar malam ni gerenti pagi besok lubang idung depa penoh jelaga panjut!

11 September, 2009

Kisah ahli-ahli politik di bulan puasa!

UMNO - ADUN bergilir-gilir sembahyang terawih di masjid dalam kawasan dia. Kat masjid kampung aku dia aku nampak sembahyang kat saf depan. Orang ameno kampung aku penoh satu kampung datang masjid bila ADUN depa mai!
Aku tanya 1 soalan maut kat ketua cawangan ameno (kebetulan sepupu bini aku) pasal bantuan bulan posa "Yob, apasal bantuan Ramadhan aku nengok tak menyeluruh? ada yang dapat, ada yang tak dapat?"
Dia jawab spontan "err.. aku dapat arahan orang atas supaya bagi bantuan kat ahli ameno je. err.." terlepas cakap.
Tu dia! Ketuanan melayu!
PAS - Markaz PAS tak sampai 20 meter dari masjid tapi orang PAS sembahyang jemaah maghrib, isyak, terawih kat markaz depa.
Satu hari aku sembang dengan kengkawan PAS aku bawak keluar soalan "Yob, apasal orang PAS terus kekal semayang kat markaz? masa Pakatan merentah macam ni. dah hilang kuasa pun macam ni!"
Dia jawab "aaa... ana jaga silaturahim sesama jemaah, ente tau, umat Islam yang tak bersama jemaah Islam mati nanti dia dalam keadaan jahilliyah!"
mmm... patut le kat Perak PAS menang 6 kerusi je!
PKR - kah kah kah! tak boleh nak komen sebab langsung tak nampak muka dalam bulan posa ni! Kalau ada pun mungkin kat saf belakang!
P/S: Patut le Tuhan tarik balik kelebihan kuasa yang dibagiNya pada geng Pakatan Rakyat kat Negeri Perak. Dah sama taraf dengan Terengganu masa Hj Hadi merentah satu penggal dulu! mmm.... tu la sebab aku tak nak masuk mana-mana parti!

05 September, 2009

Cabaran paling berat di Bagan Pinang. PAS mampu?

Berikut adalah nama Kem-Kem Tentera dan jumlah anggota yang akan menyumbangkan undi Pos untuk memenangkan UBN . Adakah majoriti tentera memangkah UBN! Tidaaaakkkkkk! Apa yang sebenarnya berlaku adalah undi-undi anggota tentera yang di masukkan ke dalam bundle pos akan diletakkan ke dalam peti undi sebelum dihantar ke pusat pengiraan undi. Benarkah begitu? Begini, bundle undi mungkin akan dilupuskan dimana-mana dan kemudiannya peti undi (masa mengundi masuk dalam bundle undi!) berasingan yang sudah semesti keseluruhan undi yang memihak kepada UBN yang dihantar ke pusat pengiraan! Kepada gedebe PAS, lihat betul2 nama kem-kem dan bilangan anggota di bawah! Aku taknak ngajar! Korangkan hebat, pandai, mantap! PUSASDA KEM SI RUSA - 1,9032 KAD KEM SUNGGALA - 1,130 IJED KEM KG SAWAH - 847 IPDA PORT DICKSON - 4071 KOMPENI KPD KEM SI RUSA - 2651 WKSP BGD KEM KG SAWAH - 165 SEKOLAH PERTUKANGAN PERINTIS - 105 ILMI PORT DICKSON - 103 analysisJumlah Pengundi Pos – 4925

04 September, 2009

Kartika Sari Dewi: UMNO pertahan Bidaah terbesar?

Oleh kerana aku turut berasal dari sebuah kampung di daerah Sungai Siput (utara) maka tak boleh tidak aku terpaksa memperkatakan isu ini.

Mahkamah Syariah Kuantan telah menjatuhkan hukuman denda RM5,000 beserta 6 sebatan kepada Kartika Sari Dewi atas kesalahan meminum arak.

Hukuman dari mahkamah syariah tu! Bukan mahkamah sivil! Mufti-Mufti buta hati yang bersepah kat Malaysia ni tak pernah berbunyi pun bila hukuman yang dijalankan oleh mahkamah syariah tidak selari dengan hukum Al Quran! Apa nasihat yang hangpa bagi kat Ketua Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu? Hangpa sorok nasihat tu belakang title Dato', Dato' Sri, Tan Sri hangpa ka? Hangpa makan gaji cuma sebagai tukang baca doa makan kat majlis sahaja ka? Gaji 7,8 ribu sebagai tukang baca doa makan?

Petikan di bawah ni aku copy dari blog Albanjari.

Dalam undang-undang jenayah syariah, seseorang yang telah sabit kesalahan minum arak atau sebarang minuman yang memabukkan, samada dia mabuk atau tidak, maka wajib dikenakan hukuman SEBAT TIDAK LEBIH DARI LAPAN PULUH KALI SEBAT ATAU TIDAK KURANG DARI EMPAT PULUH KALI SEBATAN . Hukuman ini berdalilkan sebuah Hadis Nabi SAW yang diriwayatkan daripada Ali bin Abi Thalib r.a.

" Rasulullah SAW telah menyebat orang yang minum arak sebanyak empat Puluh kali sebat, dan Saidina Abu Bakar telah menyebat sebanyak Empat Puluh kali sebat, dan Saidina Umar menyebat sebanyak Lapan Puluh kali sebat, semuanya adalah sunnah Rasulullah SAW dan ini lebih aku sukai" Riwayat Imam Muslim r.a.

Persoalannya. Apa dah jadi dengan tugas dan fungsi Ketua agama Islam dan Adat Istiadat Melayu? Apakah telah dikongkong oleh UMNO hinggakan Bidaah ini berterusan? Setau aku, kita sebagai umat Muhamad s.a.w, sekiranya tidak membetulkan perkara ini adalah dikira sebagai bersubahat! Manusia yang bersubahat tempatnya adalah di neraka! Layakkah kita berdiri di belakang panji-panji umat Nabi Muhamad di padang Masyhar nanti? Ya Allah Ya Tuhanku, Tunjukkan aku jalan yang lurus sebagaimana orang-orang terdahulu yang Engkau redhai! (petikan dari Surah Al-Fatehah)

P/S: Hangpa ingat kalau kita dicampakkan ke neraka kerana dosa subahat, Mufti dulu ka?, Ketua Agama dulu ka? atau kita yang kena campak dulu?