14 Februari, 2010
Perangai UMNO sejibik macam ayam jantan dengan kambing jantan.
Suatu hari ayam jantan bersembang dengan kambing jantan,
Ayam jantan "Kambing! apalah nko, baju nko selekeh betul. Dah tu berbau busuk pulak. Patutlah manusia yang malas mandi diumpamakan macam kambing! Nko tengok aku ni! Baju aku lawa! siap ada jurai-jurai lagi! Inul daratista goyang gerudi tu tiru baju aku la!"
Kambing jantan "Piiraaahhhh! Nko tu harap baju je lawa tapi kaki tak berkasut! sebab tu manusia yang tak berkasut digelar berkaki ayam! Nko tengok kaki aku nih! ada kasut complete stoking sekali!"
Ayam jantan "Hek eleh! nko tu harapkan pakai stoking dengan kasut je, tapi telor nko selambak! jauh 4 batu pun boleh nampak! Telur nko tu kalu ikutkan masa zaman Nabi Sulaiman dulu patutnya gajah punya tapi engkau pasal datang 2nd last terus ambik gajah punya. Dah lah busuk! Telur selambak! Tamak pulak tu! harapkan ada stoking dengan kasut je! pigidah nko!"
P/S: Macam tu lah Malaysia ni. Pasal lama sangat diperintah UMNO. Harapkan baju lawa dengan pakai kasut berstoking je. Tapi berkaki ayam, telur selambak 4 batu boleh
nampak! Contohnya macam jet pejuang dengan kapal selam jugak. Jet Pejuang takde misil (Kalau Malaysia kena serang semua jet pejuang terpaksa kena sorok!). Kapal selam pulak tak leh menyelam! Buat menyemak je! apalah malangnya nasib negara kita nih!
13 Februari, 2010
Ekonomi meleset? Jom joint NGO!
Bila baca n3 kawan aku kat sini teringatlah pulak kisah kawan aku yang dah pencen.
"Yob! mike buat apa le nih! tanya aku masa jumpa kat kuala.
"Aku sekarang dah jadi NGO!" kabor kawan aku.
Konpius aku kejap "NGO? buat peghonjang apa jadi NGO. Pencen mike cukup ke buat belanja anak bini?"
"Ishh! kalau mike try mike pun mesti nak jadi NGO macam aku. 15 hari dapt juga aku 2 ribu lebih sejak jadi NGO nih" kabor kawan aku lagi.
"Bior benor! selalu jadi NGO ni buat peghabih duit, yang ni NGO apakebenda pulok?" aku bertambah konpius.
"Itu ler mike, melabun handei benor tapi hapah pun tak tau. Meh sini aku bisik. piss...pisss...piss..pisss... ha!" Ciss meghocek ayor lior dalam lubang telinga aku.
"Hih hih hih.... ajenyer gampang. Tapi baguih juga kalau bebudak yang berenti koje jadi NGO macam mike. idakler nyusahkan mak bapak!" sahut aku.
Kome nak tau apakebenda NGO yang boleh bagi 2 ribu lebih sebulan?
Ni dia! Noreh Getah Orang!
06 Februari, 2010
Ulangtayang temberang lama!
Dalam berita Tv 3 suku pukul 8 tadi aku tergelak sengsorang dan rasa kesian pun ada.
Memola,
Dipaparkan kisah perbicaraan anwar berahim - nak memburokkan Pakatan Rakyat le tu!
Kemudian dipaparkan kisah balak dicuri di Pahang - baik bebenor ler tu!
Lepaih tu kisah pergolakan di Penang - Penang dah setel depa saja nak memanjangkan cerita.
Wo wo wo cerita bodek pasal Najib nak kasi elaun sepanjang hayat kepada qari dan qariah yang menang baca quran peringkat antarabangsa tapi buat kat Malaysia - Qari dan qariah kena pastikan sumber elaun yang najib nak kasi nih! - ni mesti duit gula, tepung yang dah naik rege nih!
Kesimpulan, penasihat najib sedang berusaha giat untuk menunjukkan kepada rakyat Malaysia bahawa Najib & umno baik, Anwar & Pakatan Rakyat jahat.
Piiraahhh! kalau berani bubarkan parlimen untuk PRU 13!
P/S: Geng UG senyap nih ada plan baru ke? ADUN & MP PKR yang tak berduit meh menoreh kat kebun getah aku! jualan hangpa 6, aku 4 (6:4)!