29 April, 2010
Pemimpin PKR: N3 yang patut dibaca
Assalammualaikum,
Tamatlah sudah PRK Hulu Selangor P094.....pemenangnya seperti kita tau...UBN menang dengan majoriti 1725 undi. Apalah sangat undi yang diperolehi sebanyak itu kalau nak dibandingkan dengan lebih RM150 juta yang telah ditabur dan dihambur sebagai janji pilihanraya yang juga disebut rasuah pilihanraya. Tetapi ketua gerombolan UBN menafikan ianya adalah rasuah tapi menyatakan ianya ada tanggung jawab kerajaan untuk dilaksanakan kepada rakyat. Piiraaah...kenapa sebelun ini tidak dilaksanakan tanggung jawab tersebut. Setiap kali ada PRK maka setiap kali lah berbagai janji dengan pembangunan dibuat. Oleh kerana itu rakyat la ni ramai yang mendoakan lebih ramai YB2 meninggal. Lebih kerap PRK maka lagi cepat kawasan yang akan diadakan PRK tersebut membangun secara mendadak atau projek macam mee segera. Tapi malangnya terlalu rapatnya masa PRK banyak janji yang tidak tertunai dan terlaksana. Akhirnya rakyat yakni pengundi kawasan tersebut tersebut tertipu dengan janji2 yang dibuat. Seperti yang telah berlaku di Dun Bagan Pinang, Manek Urai dan lain2 tempat. Tetapi sekurang kurangnya rakyat mendapat hak mereka setelah dinafikan sebelum ini. Walau pun Dato' Zaid Ibrahim tewas tapi PKR jelas mendapat pertambahan undi dan sokongan Rakyat. Kita menang disatu Dun dan pasti menang sekiranya 13,868 pengundi tidak di kucar kacirkan tempat pengundian mereka dan hampir 1,200 orang telah dipindahkan oleh SPR ke Tg Malim Perak dan Rawang Selangor malah ada seorang mak cik telah dipindahkan namanya ke Langkawi walau pun seumur hidupnya tidak pernah kesana.
Bagi pengamatan saya sebagai rakyat marhaen juga terbabit dengan PRK P094 di Dun Hulu Bernam ingin menulis dan menyatakan beberapa perkara yang dilalui melalui pengalaman tersebut. Yang nyata mungkin akan menyinggung perasaan beberapa individu dan Pimpinan Parti. Walau pun pahit tetapi perkara ini perlu didedah dan diatasi segera olek pimpinan atasan parti terutamanya DSAI yang telah mencetuskan kesedaran kepada rakyat tetapi oleh kerana mungkin dek jawatan ada yang sanggup membiarkan atau seolah olah mahukan PKR kalah dalam PRK kali ini. Dengan kekalahan ini seolah olah ingin memberi satu isyarat kepada Tan Sri Khalid Ibrahim supaya meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar Selangor.
Tapi paling ketara dalam peperangan di Hulu selangor ini adalah peperangan Pilihanraya yang amat berat sebelah. PKR bertanding kalau dalam bahasa kasarnya menggunakan air liur kalau nak dibandingkan dengan gerombolan UBN. PKR berperang dengan ibarat hanya menggunakan senapang patah. Tapi gerombolan UBN menggunakan senjata canggih automatik, M16 siap pelancar bom tangan. Dibantu oleh pasukan berkereta kebal...xcukup dengan itu dibantu pula oleh pasukan alteleri dengan mengebom medan peperangan bertalu talu sambil dibantu oleh tentera diudara dengan helicopter jenis apache yang melancarkan roket dari udara...mana mungkin dalam peperangan sebegini pasukan yang hanya bersenjatakan senapang patah boleh menang dalam pertempuran ini kecuali jika ada keajaipan atau pertolongan dari langit. Walau pun semangat juang membara tetapi oleh kerana kecanggihan dan kelengkapan peperangan pastilah dapat mengalahkan pasukan yang lemah persenjataannya. Begitulah dengan PRK kali ini, gerombolan UBN dibantu oleh setiap komponennya iaitu SPR,polis dan seluruh jabatan yang ada seperti JHEOA, Jabatan Penerangan serta seluruh jentera dan instrumen kerajaan yang ada. Cuma yang pihak gerombolan lupa adalah KEBANGKITAN dan KESEDARAN RAKYAT.....
Berbalik kepada cerita diatas dari pengamatan saya dan rakan2 punca utama yang menyebabkan kekalahan adalah faktor dalaman PKR sendiri. Jentera di Hulu Bernam tidak menjalankan gerak kerja dengan berkesan. Saya tidak mahu menghuraikan di 2 Dun yang lain kerana ketiadaan fakta untuk menjelaskan perkara tersebut. Apa yang saya nampak melalui mata dan pengalaman sendiri di Hulu Bernam adalah jelas. Perkara ini amat mendukacitakan seolah olah ada kerja2 mensabotaj agar kekalahan yang diinginkan.
Bilik Gerakan Penyelaras Dun Hulu Bernam tidak berfungsi malah 3 khemah yang terletak di Cangkat Asa(2 khemah) dan Taman Nakhoda tidak digunakan lansung sehingga 20hb. walau pun telah dipasang seminggu sebelum itu. Selama 3hari selepas penamaan calun semua perbelanjaan dibilik gerakan penyelaras Dun Hulu Bernam menggunakan wang sendiri termasuk pembelian peta kawasan PRK. Lansung tiada sokongan logistik dari negeri. Penyelaras dun pula bukan orang Hulu Bernam dan datang hanya cerita duit pilihanraya tak ada, barang tak ada dan asyik menyalahkan bilik gerakan negeri dan pengarah pilihanraya. Jawatan kuasa hanya ujud pada nama sahaja dan begitu juga disemua JDM. Tiada statistik dan memang tiada jawatankuasa. Hanya 4 JDM dari 15 yang ada dilihat ada jawatankuasa dan mampu merancang serta menghidupkan bilik gerakan.
Tiada aktiviti dibuat sehinggalah hari ke 5 selepas penamaan calun.selepas diambil alih oleh sukarelawan Pasir Salak dari Kampar,Perak. Bilik gerakan diubah ke Kabin di Cangkat Asa.Team inilah mula mengambil alih terus dan memulakan kerja tanpa sokongan dari penyelaras malah disabotaj supaya program gagal. Barulah ada ceramah politik untuk menjelaskan isu semasa kepada pengundi dikawasan tersebut. Kegagalan ketara adalah apabila calun sampai untuk bertemu pengundi pada pagi jumaat tetapi tiada seorang pun pengundi dan penduduk sekitar yang hadir untuk bertemu calun PKR. Alangkah malang dan malunya apabila keadaan ini berlaku yang akhirnya calun terpaksa kekedai makan berhadapan bilik gerakan Dun Hulu Bernam untuk minum bagi memenohi program yang tidak menjadi. Boleh dikatakan tiada lansung pimpinan tempatan dalam bilik gerakan Dun Hulu Bernam. Kalau ada pun seorang dua yang juga sibuk di JDM sendiri atau mungkin sudah dibeli....Jadi bagaimana petugas dan sukarelawan dari luar dapat menyampaikan maklumat dan menifesto parti kepada pengundi. Gerak kerja dirancang dan dilaksanakan oleh orang luar malah semua program ceramah dibantu oleh Tim YDP Kelana Jaya yang menyediakan alat siar raya atau pa sistem bagi progrem ceramah dibuat sambil membantu mencari penceramah. Sekalung tahniah kepada Tim YDP Kelana Jaya bersama petugasnya bekerja sepenuh hati tanpa upah dan habuan.
Begitulah lemahnya organisasi dibilik gerakan Dun Hulu Bernam. Saya tidak tahu kenapa dalam PRK yang sebegini penting boleh berlaku. Penyaluran maklumat kepada para pengundi dikeseluruhan kawasan mengundi tidak dapat disampaikan dengan berkesan. Akhirnya oleh kerana tiada maklumat yang diberikan terutamanya dikawasan Felda dan kawasan pendalaman yang lain yang majoritinya pengundi melayu tiada pilihan selain mengundi calun gerombolan UBN. Saya yang datang dari luar Selangor tidak faham adakah ini kesilapan dan kelemahan PKR Selangor atau hal ini saja dibuat untuk mensabotaj PRK Hulu Selangor ini dengan tujuan untuk memalukan Pimpinan Negeri. Mana mungkin maklumat dan menifesto dapat disalurkan kepada pengundi jika tiada bantuan dari pimpinan tempatan yang lebih arif tentang persekitaran. Pimpinan tempatan kabarnya bercelaru dan berkelahi sesama sendiri. Aku ada dia tak ada...dia ada aku tak ada. Tak boleh bertentang muka jadi yang hancur PKR sendiri seolah 1 kapal 2 nakhoda. Kapal pun boleh tenggelam. Mana mungkin boleh bertempur dengan gerombolan jika bersituasi begini. Walau kita tahu Dun Hulu Bernam adalah kubu kuat Umngok tapi jika gerak kerja pilihanraya dijalankan dengan efektif dan sempurna PR boleh merobohkan kubu tersebut. Bagi pimpinan PKR Pusat dan Negeri yang lain juga lebih menumpukan di 2 Dun yang lain dan mengabaikan Dun Hulu Bernam. Maklumlah DSAI banyak memberi tumpuan disana. Sepatutnya mereka perlu kerap turun dan memberi tumpuan di Hulu Bernam kerana disinilah Umngok kuat meneburkan propoganda mereka sehinggakan orang melayu yang majoritinya penduduk disini benar2 percaya apa yang dimomokkan oleh Umngok seperti Dato' Zaid adalah kaki botol malahan kaki perempuan juga. Mana mungkin PAS dapat menangkis propoganda tersebut kesaorangan tanpa bantuan dari PKR. Begitu juga dengan kekurangan bahan2 kempen seperti poster dan flyers untuk edaran kepada pengundi dan hanya ada dan sampai si saat2 akhir kempen. Juga kekurangan dana yang cukup ketara lalu perkara ini ditohmahkan bahawa Selangor negeri yang kaya dan diperintah PR tetapi dana untuk pekerja parti dan sukarelawan tidak dibantu dan kalau ada hanyalah ala kadar sahaja....yang bercakap ni orang kuat PKR negeri dabilik gerakan utama. Kadang2 terfikir betul juga.....mana mungkin dalam keadaan sekarang bertempur dengan gerombolan UBN hanya menggunakan semangat,air liur dan keikhlasan tanpa bantuan dana secukupnya.
Saya sempat berbual dengan golongan muda penduduk tempatan. Mereka ini adalah penyokong PR sebenarnya, tetapi oleh kerana peringkat cabang sendiri bercelaru dan setiap JDM dibantu oleh orang luar Hulu Bernam mereka berasa segan dan malu untuk membantu jentera kempen PR. Semangat mereka kuat dan membara tetapi punah akibat perebutan jawatan yang tak seberapa. Mereka juga faham PR tidak membayar upah lumayan untuk kerja pilihanraya tapi sekurang kurangnya memberi mereka semangat dan saguhati berupa barangan parti seperti kemeja t dan topi adalah mencukupi tetapi hampas semuanya tak ada, Kalau ada pun hanyalah barangan lama lebihan dari PRK ditempat lain. Kemeja t bergambarkan calun bertanding pun tidak kelihatan. Adakah hal sebegini sengaja atau dibiarkan tidak diadakan???...amatlah malang bagi PKR tidak menggunakan tenaga anak2 muda ini dan membiarkan mereka menjadi pemerhatu dari jauh sahaja...mana dia Ketua Pemuda PKR yang sepatutnya mengambil inisiatif dengan menganjurkan program untuk anak2 muda yang bersemangat ini agar sama2 mengembeling tenaga untuk berhadapan dengan gerombolan UBN. Malahan boleh dikatakan jentera AMK pusat dab Negeri kaku dan layu di Hulu Bernam. Cukup banyak kelemahan jentera PKR kalau hendak disenaraikan. Cukuplah apa yang dituliskan kerana lagi banyak ditulis lagi banyak pekung dan aib akan keluar dan terdedah. Dan yang nyatanya terdapat unsur2 kurang sihat dari beberapa kerat individu yang tidak menjalankan amanah yang diberikan dengan berkesan. Mereka juga dikelilingi balaci dan kaki bodek dan menyebabkan keberkesanan tumpuan menjadi terbantut. Mereka ini menjadikan PRK tempat mencari tambahan duit poket untuk memenuhi tembolok sendiri.......
Kesimpulannya walau pun jentera PKR ada dan kekuatan jentera PAS lebih menonjol tetapi pos mortem atau bedah siasat perlu dibuat oleh Pimpinan atasan PKR untuk menyiasat adakah perkara mensabotaj parti ini benar2 berlaku kerana dalam pengamatan saya yang marhaen iniperkara tersebut memang ujud walau mungkin tidak disedari oleh mereka. Jentera pilihanraya dibiarkan menjadi lemah sehingga kesaat saat akhir dihari pengundian. Makan minum pekerja parti hanyalah ala kadar sahaja hinggakan mendapat rungutan..aduuuuss....fikir2kan lah wahai Pemimpin atasan PKR!!!. Kalau lah takdir Allah ada lagi PRK selepas ini mungkin ada yang telah serik untuk membantu lagi. Pastikan lah pemimpin yang akan dilantik untuk mengetuai jentera PRK nanti adalah yang betul2 bersemangat dan tidak berkepentingan.....bagi pemimpin Cabang mungkin telah dibeli oleh Umngok tetapi pimpinan negeri yang lain juga perlu disiasat oleh Pimpinan PKR samaada perkara ini banar2 belaku. Kerana ada yang ketawa gembira bila Dato' Zaid di istiharkan kalah dalam pertarungan tersebut malah ada mesej yang dihantar keputusan ini khas untuk Tan Sri Khalid yang mereka panggil Sahak.....
Saya dan rakan2 berpendapat bahawa PRK Hulu Selangor ini telah digunakan oleh orang tertentu dalam PKR Selangor untuk menjatuhkan kepimpinan Tan Sri Khalid sebagai MB Selangor. Rangkaian mereka kuat tetapi mood dan kebangkitan rakyat juga semakin kuat. Andainya jentera pilihanraya kuat saya rasa Dato' Zaid pasti memnangi PRK Hulu Selangor ini. Pengalaman PRK Hulu selangor juga mengajar saya dan rakan2 beserta dengan Ketua Y team kami menjadi pejuang tulen yang bekesan. Terima kasih atas sokongan perbadi Naib Presiden Sdr. Mustafa Kamil Ayub, YB Suhaimi dan Zakaria dan Yahya Sahri disepanjang saya dan rakan2 melaksanakan tugas sukarelawan PRK....walau pun kami tahu selepas ini dah ada orang yang bersedia untuk menjadi MB Selangor. Juga PR Selangor juga wajiblah bersedia untuk PRU umum yang ke 13 kerana pihak Gerombolan telah sedia untuk mengambil alih Selangor dari Pakatan Rakyat dengan bantuan SPR...Lebih 300ribu pengundi baru akan didaftarkan untuk kerja kerja tersebut....TAK PERCAYA????....Tunggulah PROJEK TAWAN SELANGOR mereka!!!
Wallahualam
Lawan Tetap Lawan
Jin Brabus
28 April, 2010
Reti ke tak reti?
Kekalaham PR kepada BN di Hulu Selangor keran 13,000 pengundi telah dipindahkan, kata Fauziah Salleh. Setuju.
Selain daripada SPR, PDRM dan segala mak datok bekerja untuk BN ada lagi sebab musabab yang menyebabkab kekalahan itu.
Antaranya:
1. Cabang PKR Hulu Selangor benak nak mampuih!
2. Ketua Biro Latihan sibuk promote diri sendiri sampaikan kepala hotak AJK Cabang PKR masih di takuk lama.
3. Banyak sangat ahli umno kena tendang duduk pegang jawatan di cabang-cabang. (Kena tendang sebab bengap tapi laparkan jawatan!)
4. Ketua Daerah Mengundi tak kenal ahli tempat sendiri. (Sebab tu keje tak jalan!)
P/S: 4 dah ler. Err... siapa Ketua Biro Latihan PKR? Kalau tak sanggup kasi ler jawatan tu kat orang lain!
21 April, 2010
sms umno-upco dah takde?
Dah 2 hari umno-upco tak menghantar sms kepada pengundi Hulu Selangor.
Apahal pulak?
Kata rakyat didahulukan. Antar ler lagi bebanyak!
19 April, 2010
2. SMS UPCO-UMNO di Hulu Selangor
Salam 1 Malaysia, Najib Razak, Muhyidin Yasin turun padang. Kotakan “Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan”. Model Ekonomi Baru untuk semua. Bawah BN rakyat miskin turun 60% tahun 1957 kepada 3 % tahun 2010.. Mereka tumpu kepada Negara dan rakyat bukan tabur caci, fitnah dendam kerana dibuang dari kerajaan. Sayangi Selangor, yakini BN.
Ulasan aku,
Tionasing!nak compare tahun 1957 dengan 2010 apahal? Awat tak compare pencapaian negeri under PR dengan negeri under APCO-umno? Hangpa buang Zaid dari kerajaan pasai apa? Bukan sebab Zaid tak setuju dengan penerusan akta drakonian ISA?
P/S: errr... duit bawak turun dari heli kat atas bukit dulu berapa beg? untuk rakyat ke?
18 April, 2010
SMS APCO-UMNO di Hulu Selangor!
Kini bertebaran sms BN/Umno-UPCO kepada pengundi Hulu Selangor berbunyi:
'Salam 1 Malaysia! PKR cacar marba! Sudah 6 YB keluar parti untuk keluar dari politik kotor. YB Tan Wei Shu bilang "Saya cuma tahu bercakap benar, tak seperti orang lain bermuka 2 dan lidah bercabang. Adakah anda mahu parti begini mentadbir? Sayangi Selangor, Yakini BN"
Chit! poorrraaah! Bini Bik Mama tak bayar abis lagi kot?
Sat ni kat TV 3 suku Mat Sembab mengeluarkan kenyataan dalam nada yang sama!
mmm... macam ada kena mengena jer!
15 April, 2010
Biodata calon PKR Hulu Selangor
Nama: Mohd. Zaid Ibrahim
Umur: Lahir pada tahun 1951 di Kelantan
Pendidikan: Ijazah Undang-Undang, LLB Hons (1974) Barrister at Law Inner Temple 1975
Kerjaya: Bersara (100% Ahli Politik Sekarang)
Website: http://myzaidibrahim.wordpress.com/
Twiter: http://twitter.com/zaidibrahim
Facebook: Datuk Zaid Ibrahim
Sejarah pembabitan dalam politik
Mula berkecimpung di bidang politik pada tahun 1986 melalui UMNO, walaupun mula aktif hanya selepas tahun 1990.
2001: Ketua Bahagian UMNO Kota Bharu.
2003: Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO.
2004-2008: Ahli Parlimen BN Kota Bharu, yang pertama sejak 1990.
2005: Digantung dari jawatan Ketua Bahagian dan digugurkan sebagai calon 2008.
Mac 2008: Dilantik sebagai Senator di Dewan Rakyat dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (portfolio undang-undang & reformasi badan kehakiman).
Sept 2008: Meletakkan jawatan Senator dan Menteri sebagai protes penggunaan ISA ke atas 3 rakyat Malaysia.
Dec 2008: Dipecat dari UMNO kerana menulis surat terbuka kepada Perdana Menteri Malaysia tentang pendiriannya mengenai ISA.
Jun 2009: Menganggotai PKR. Seterusnya dilantik sebagai menjadi anggota Majlis Tertinggi PKR, AJK Biro Politik PKR dan Penyelaras Pakatan Rakyat.
Dalam masa 25 tahun bermula 1987 - Datuk Zaid berjaya menubohkan syarikat guaman Zaid Ibrahim & CO dari hanya mempunyai saorang peguam hinggalah melebehi 140 orang pada tahun 2008 menjadikan firma itu yang terbesar di negara. Beliau bersara dari syarikat tersebut bila menerima jawatan Menteri pada tahun 2008.
Keadilan untuk Semua
Datuk Zaid Ibrahim memberikan perhatian berat terhadap aspek sistem perundangan kita yang tidak adil, termasuklah penggunaan ISA dan keperluan reformasi badan kehakiman.
Beliau percaya keadilan adalah untuk semua dan menolak politik perkauman.
Beliau berhasrat mempertingkatkan ketelusan dalam Kerajaan – dari memperbaiki ketelusan dalam pentadbiran Petronas dan FELDA sehinggalah usaha untuk memperkenalkan semula pilihanraya tempatan.
Datang dari keluarga yang miskin, beliau juga amat prihatin terhadap masalah kemiskinan, hak tanah dan kebajikan rakyat, termasuklah tanah adat Orang Asal.
Datuk Zaid juga aktif melakukan kerja-kerja kebajikan di luar arena politik.
Beliau berhasrat untuk mengembalikan politik Malaysia sebagai politik yang berbincang tentang dasar dan kebajikan rakyat dan politik yang memberikan hak dan kebebasan kepada rakyat.
Kerja-kerja kebajikan & penerbitan
Pengasas Yayasan Orang Kurang Upaya Kelantan (YOKUK), 1998.
Pengasas MyFuture Foundation, yayasan mempromosikan keharmonian antara kaum di kalangan belia Malaysia, 2008.
Buku
Dari Hati yang Ikhlas, 2007 & Saya pun Melayu, 2009
Turut terlibat dalam usaha memelihara kesenian tradisi Melayu Kelantan.
Latarbelakang Keluarga & Pendidikan Awal
Datuk Zaid Ibrahim dilahirkan di Kampung Chap - Bachok, Kelantan pada tahun 1951 dalam sebuahkeluarga kampung biasa di kawasan pedalaman. memulakan pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Bukit Marak berhampiran dengan kampungnya, di mana beliau terpaksa berjalan kaki selama sejam setiap kali pergi dan pulang dari sekolah
Menyambung pelajaran ke Sekolah Rendah Sultan Ismail, apabila keluarganya berpindah di kawasan setinggan di Kota Bharu, selepas ayah beliau, yang sebelum ini membuat kerja-kerja kampung sambil berniaga kecil-kecilan untuk menyara keluarga, mula berniaga ayam di pasar besar Kota Bharu.
Semasa berada dalam darjah lima, beliau menerima Biasiswa Kecil Persekutuan sebanyak RM15 sebulan berdasarkan prestasi baik pelajaran beliau dan kesulitan kewangan keluarganya, “saat paling menggembirakan dalam hidup saya” kerana tanpa bantuan tersebut, beliau berkemungkinan tidak dapat meneruskan persekolahannya.
Dengan tekad usahanya menumpukan perhatian terhadap pelajaran di samping mengembangkan minat membaca di masa lapang di perpustakaan awam di Kota Bharu, Datuk Zaid akhirnya berjaya ke salah sebuah sekolah menengah yang terbaik di Kota Bharu iaitu Kolej Sultan Ismail.
Kemahuan beliau untuk menimba ilmu, meluaskan pergaulan dan mencari pengalaman baru di negeri orang, berbekalkan duit saku RM5 dari ayahnya, Datuk Zaid berpindah ke Johor Bharu atas pilihannya sendiri untuk meneruskan pendidikannya di Maktab Sultan Abu Bakar di Johor Bharu.
Walaupun latarbelakang keluarganya jauh berbeza jika dibandingkan dengan kebanyakan pelajar-pelajar di Maktab tersebut, dan ada merasa sedikit terpinggir sebagai orang luar dan pertama kali pula bergaul dengan orang-orang bukan Melayu, dengan galakan dari guru-gurunya, Datuk Zaid berjaya memupuk bakat berpidatonya sehingga mewakili sekolah sebagai pendebat Bahasa Inggeris.
Selepas di Johor Bharu, Datuk Zaid meneruskan pendidikan tingkatan enam di Sekolah Tuanku Abdul Rahman (STAR) di Ipoh, di mana beliau mula berjinak-jinak dengan bahan bacaan politik dan sastera di samping meneruskan minat berpidato dan menulis.
Pendidikan Tinggi
Datuk Zaid akhirnya melanjutkan pelajaran di bidang undang-undang di Institut Teknologi Mara (ITM) di Shah Alam pada tahun 1971. Di ITM, Datuk Zaid meneruskan minatnya dalam bidang berpidato dan mula aktif dalam persatuan pelajar. Selepas menerima ijazah beliau tiga tahun kemudian, beliau bekerja sebagai eksekutif jualan di Pulau Pinang selama setahun untuk meringankan beban kewangan keluarganya dahulu di kampung.
Beliau kemudiannya ke London dengan pinjaman MARA untuk mengambil peperiksaan akhir Bar. Akibat kesilapan di peringkat pemerosesan permohonan, pinjaman yang diterima tidak merangkumi bayaran tuisyen, menyebabkan beliau terpaksa belajar sendiri dengan meminjam nota dari teman-temannya di sebelah malam. Namun begitu, beliau berjaya lulus peperiksaan Bar dalam masa 6 bulan.
Kerjaya Guaman
Selepas pulang ke tanah air, Dato Zaid memulakan latihan chambering beliau dengan syarikat guaman Shook Lin & Bok, syarikat guaman terbesar di Malaysia pada masa itu. Dari 1976-1979, beliau memulakan kerjaya guamannya bersama dengan firma Raja Aziz Addruse sebelum menimba pengalaman di firma-firma lain.
Pada tahun 1987, Datuk Zaid nekad untuk menubuhkan syarikat guamannya sendiri, Zaid Ibrahim & Co (ZICO). Walau dihimpit cabaran kewangan kerana tidak mempunyai senarai pelanggan besar yang kukuh pada awalnya, selepas berjaya diterima sebagai syarikat guaman untuk UEM-Plus Highway, ZICO mula diterima oleh pelanggan korporat dalam dan luar negara.
Dengan rakan kongsi yang pintar dan setia dan reputasi perkhidmatan guaman yang cemerlang, selepas 30 tahun, ZICO kini adalah syarikat guaman terbesar di Malaysia, dengan lebih 130 orang peguam dan ratusan pekerja lain dengan pejabat cawangan di Singapura, Indonesia, Thailand, Vietnam dan Emiriah Arab Bersatu. Sejurus selepas dilantik menjadi menteri, Datuk Zaid Ibrahim melepaskan kepentingannya di dalam ZICO.
Politik
Pendedahan politik awal Datuk Zaid mula semenjak usia remaja tatkala mula mengikut ayahnya mendengar ceramah-ceramah pemimpin politik era 1960an di Kota Bharu, terutamanya sekali para pemidato PAS yang hebat. Dato Zaid mula menjadi ahli UMNO Bukit Bintang sekitar 1986 tetapi mula bergiat secara lebih aktif di Kelantan selepas pilihanraya 1990.
Pada tahun 2001, beliau berjaya menjadi Ketua Cawangan UMNO Kota Bharu dan kemudian dipilih menjadi Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan pada tahun 2003. Kerana dilihat telah mempersoalkan kuasa pemimpin UMNO, pada tahun 2005, beliau digantung dari jawatan Ketua Cawangan Kota Bharu. Namun, beliau masih terpilih menjadi Ahli Parlimen Barisan Nasional Kota Bharu dari 2004-2008.
Walaupun tidak terpilih untuk bertanding dalam pilihanraya 2008, dan menyuarakan pandangan kritisnya secara terbuka terhadap hala tuju Barisan Nasional dan masalah kepemimpinan di dalam UMNO sejurus selepas Mar 8, 2008, Datuk Zaid ditawarkan jawatan sebagai Senator dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri untuk “untuk membuat perubahan dalam sistem perundangan dan badan kehakiman”.
Tidak sampai beberapa hari selepas menjadi menteri, Datuk Zaid memulakan proses memohon maaf terhadap hakim-hakim yang dipecat semasa Krisis Kehakiman 1988 dan pemberian saguhati kepada mereka walaupun dikritik hebat oleh pelbagai pihak di dalam UMNO.
Namun pada September 2008, selepas 5 bulan dan 27 hari, Datuk Zaid Ibrahim meletakkan jawatan atas dasar prinsip kerana tidak bersetuju dengan penahanan penulis blog Raja Petra Kamaruddin, Ahli Parlimen DAP Teresa Kok dan wartawan Tan Hoon Cheng di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), menjadikannya Menteri paling singkat perkhidmatannya di Malaysia, dan Menteri yang benar-benar meletakkan jawatan atas dasar prinsip.
Selepas menulis surat terbuka kepada Perdana Menteri Malaysia tentang isu ISA pada bulan yang sama dan muncul di majlis-majlis anjuran parti pembangkang selepas itu, Dato Zaid Ibrahim akhirnya dipecat dari UMNO pada Disember 2008.
Pada bulan Jun 2009, Datuk Zaid Ibrahim menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR) setelah yakin akan landasan parti tersebut dalam memperjuangkan hak rakyat dan demokrasi tanpa bersandarkan pada sentimen perkauman. Datuk Zaid Ibrahim sekarang merupakan anggota Majlis Tertinggi PKR dan AJK Biro Politik PKR dan berperanan sebagai Penyelaras Pakatan Rakyat.
Kerja-kerja Kebajikan dan Sosial
Sebagai seorang yang dibesarkan dalam keluarga yang susah, Datuk Zaid Ibrahim mempunyai keprihatinan yang tinggi terhadap masalah kemiskinan dan kebajikan rakyat biasa. Seawal tahun 1998, Dato Zaid dan isterinya telah menubuhkan Yayasan Orang Kurang Upaya (YOKUK) di Pengkalan Chepa untuk memberikan perkhidmatan kepada terutamanya warga emas yang kurang upaya seperti melibatkan mereka dalam kegiatan riadah dan berkebun.
Kini YOKUK menawarkan khidmat kebajikan dan pemulihan percuma kepada lebih 2,500 warga kurang upaya tanpa mengira kaum, usia ataupun jenis ketidak upayaan mereka. Antara khidmat yang diberikan YOKUK termasuklah pelbagai jenis terapi dan perkhidmatan pengangkutan. YOKUK juga merancang untuk menyediakan/memperbaiki 500 rumah warga kurang upaya yang memerlukan bantuan di Kelantan.
Pada tahun 2008, beliau menubuhkan MyFuture Foundation, sebuah yayasan yang bergiat untuk mempromosikan keharmonian antara kaum di kalangan belia Malaysia. Beliau juga telah menulis dua buah buku, Dari Hati yang Ikhlas dan Saya pun Melayu, yang diterbitkan oleh syarikat penerbitan milik keluarganya, yang ditubuhkan untuk menggalakkan budaya penerbitan tempatan.
Selain daripada itu, Dato Zaid Ibrahim juga aktif dalam usaha memelihara kesenian tradisi Melayu Kelantan kerana beliau percaya kebudayaan warisan turun-temurunlah yang dapat memberi pengisian terhadap jatidiri anak bangsa.
Datuk Zaid Ibrahim juga menulis di blognya di http://myzaidibrahim.wordpress.com/ dan berkomunikasi melalui http://twitter.com/zaidibrahim dan di Facebook.
Menyumbangkan Tenaga dan Khidmat untuk Rakyat
Matlamat Datuk Zaid Ibrahim ke Parlimen adalah untuk menyumbangkan tenaga beliau kepada negara yang kita cintai dan melihara kepentingan rakyat dan demokrasi di mana “rakyat dapat hidup selesa tanpa takut ditahan pada pagi hari kerana pandangan politiknya malam tadi”.
Beliau mahu membantu memastikan yang undang-undang negara mesti berteraskan keadilan dan tidak lagi disalahgunakan untuk melindungi kepentingan elit di negara kita yang sudah merugikan rakyat berbilion-billion ringgit selama ini. Penyelewangan kuasa dan rasuah dan penggubalan dasar-dasar yang tidak adil Kerajaan BN telah banyak merugikan dan memiskinkan rakyat, yang dapat dilihat dari masalah tanah yang tidak selesai ke persoalan perumahan dan pendidikan sehinggalah ke pengurusan Petronas yang tidak telus.
Beliau yakin rakyat Malaysia tiada sebab untuk tidak dapat hidup dengan selesa dengan limpah kurnia kekayaan negara ini melainkan disebabkan pilihan-pilihan politik yang buruk dan kerakusan pemimpin memperkayakan diri dan kroni-kroni mereka. Datuk Zaid amat prihatin terhadap nasib masyarakat yang terpinggir, samada disebabkan oleh kemiskinan, masalah kurang upaya ataupun penindasan sistematik yang meminggirkan kaum petani, buruh ladang dan Orang Asal yang masih berleluasa di negara kita.
Datuk Zaid Ibrahim sudah sering mengutarakan bahawa politik di Malaysia sudah lama ‘sakit’ dan harus diangkat mertabatnya. Kita harus berpindah dari kata nista dan serangan berbentuk pribadi, atau tindakan-tindakan yang berbaur perkauman yang melambangkan percaturan politik yang dangkal pemerintah BN, kepada perdebatan tentang dasar dan halatuju negara kita. Tanpa dasar-dasar yang baik, rakyat tidak kira kaum dan budaya akan merasa terpinggir di negara sendiri.
Keadilan dan Kebajikan untuk Semua
Penglibatan aktif Datuk Zaid Ibrahim dalam kerja-kerja kebajikan, keterbukaannya dalam mengkritik dasar-dasar Kerajaan BN yang tidak adil walau ketika beliau masih lagi bersama BN, keberaniannya sebagai Menteri yang mengusulkan proses meminta maaf kepada hakim-hakim yang dipecat oleh kerajaan pada tahun 1988 dan Menteri yang meletakkan jawatan atas dasar prinsip menentang konsep penahanan tanpa bicara menunjukkan ketulusan beliau untuk menjaga proses demokrasi, keadilan dan kebajikan masyarakat keseluruhannya.
Malah, Datuk Zaid Ibrahim telah memaklumkan dengan jelas bahawa beliau telah menerima tawaran menjadi Menteri undang-undang atas prinsip mahu membantu Kerajaan BN untuk berubah, menghentikan penyalahgunaan kuasa perundangan dan memperbaiki ketelusan dalam proses kehakiman negara. Beliau akhirnya melepaskan jawatan tersebut sambil meminta maaf dengan rendah hati kepada rakyat atas “kegagalan merubah BN”.
11 April, 2010
Bangkitlah kaum Tamil kasta bawahan!
Kalau MIC (BN) memenangi PRK Hulu Selangor, Kaum India kasta tinggi akan bersorak gembira! Kaum India kasta bawahan? err... akan terus jadi buruh kasar, kuli buat jalan dll kerja-kerja pencacai!
MIC menyediakan biasiswa melanjutkan pelajaran untuk kaum Tamil? Ciittt... poorrraaahhh! Biasiswa hanya untuk kaum India kasta tinggi!
Untuk memastikan kaum India Kasta rendah tak boleh meningkatkan taraf hidup mereka maka kaum India kasta tinggi mewujudkan kedai todi supaya kaum kasta rendah terus mamai dan jadi kuli batak selamanya.
Atas kesedaran inilah maka kaum India kasta bawahan menolak Samy no value di Sungai Siput Utara!
Di Hulu Selangor bagaimana? Adakah kaum India bawahan bersedia menolak proksi Samy Velu?
AYUH! HAPUSKAN PENGUASAAN KAUM TAMIL KASTA TINGGI!
Sibu: PKR tak yah nyibuk!
Pada PRU 12 3 parti bertanding. DAP, PKR, BN (SUPP .. not sure)
DAP - belas ribu
BN (SUPP) - belas ribu tp lebih sikit dari DAP
PKR - alahai.. ratus jer!
Aku nak check detail tak dapat sebab broadband lembab tak dapat berak di Hulu Selangor!
Kepada warlord2 PKR di Sibu khasnya, kasilah kerusi tu kat DAP.
Sekali-sekala hentikanlah berpikir macam ahli politik. Pikir macam aku sekolah tak tinggi ni untuk kemenangan PR di Sibu.
Ingat tu! fokus kepada perpaduan PR menjelang pilihanraya DUN di Sarawak yang bakal menjelang! Jangan dok pikir hang Iban, Dayak, Dusun. Kita semua cicit Nabi Adam!
06 April, 2010
Calon terbaik untuk Hulu Selangor
Zaid Ibrahim - Ok, ada pendirian.
Mustafa Kamil Ayob - Ok, banyak pikul jawatan dalam parti tapi tak bergerak.
Siti Aishah/Ketua srikandi - Ok, kalau pengundi below 45 tahun melebihi 60%, Pakatan Rakyat gerenti menang!
Tapi dalam banyak2 ada satu nama besar tapi badan kecik yang depa lupa nak sebut - Ahmad Afandi! Nama memang tak glamer tapi muka glamer beb! Kalau banding dengan Mus, Mus duduk belakang 10 tiang!
Tapi dalam empat2 ni, Siti Aishah calon terbaik. Makanan peberet dia keow teow goreng jer!