30 Jun, 2010
PPN lain bila pulak?
Bila Azmin mengambilalih jawatan Pengerusi PKR Negeri dari TS Khalid ramai blogger keliru. Aku? aku langsung tak keliru. Jawatan MB adalah untuk mentadbir negeri manakala jawatan PPN adalah untuk mentadbir parti. Sepatuuuuuttttttnya (panjang punya sepatut) ramai lagi PPN yang patut ditukar kerana tidak dapat mentadbir parti ke arah yang sepatutnya. Kebanyakan PPN yang ada hanya mempertahankan jawatan PPN dengan harapan untuk menjadi MB bila PR (dibaca PKR) kembali menguasai negeri tapi bab memperkukuhkan parti, hancuuusssss.....! Cuba anda bayangkan negeri yang dikuasai parti dengan ahlinya yang ntahapapakebenda? lagi teruk dari APNO beb! Maka sekiranya diizinkan Tuhan PR menguasai negara maka kemungkinan besar untuk menguasai hanya sepenggal adalah cerah! Tetapi oleh kerana DSWA boleh termakan bodek, PPN-PPN bangkai ini akan terus mengetuai PKR negeri.
P/S: DS Nizar MB tapi PJ negeri orang lain. Sampai sekarang aku tak dapat jawapan.
13 Jun, 2010
Tau atau buat-buat tak tau?
2,3 hari ni aku ada rasa meluat sikit. Sebab:
1. Bila PKR berkongres, depa kata sokongan kepada PKR meningkat.
2. Bila PAS bermuktamar, depa pun kata sokongan kepada PAS meningkat.
Hekeleh... angkat bakul masuk sendiri nampak! Setahu aku, 68 hingga 70% pengundi tak berparti. Pengundi-pengundi ni mengundi PKR, PAS dan DAP sebab depa adalah rakyat yang meluat (macam aku jugak) kat BN(dibaca UMNO).
Jadi, sebelum pengundi-pengundi nih meluat kat hangpa (ingat parti hangpa baguih sangat ka?), lebih baik keluarkan kenyataan "SOKONGAN PENGUNDI KEPADA PAKATAN RAKYAT MENINGKAT!" Ingat tuh! PAKATAN RAKYAT! bukannya PKR, PAS atau DAP!
P/S: Belum berkuasa lagi dah pandai pusing2 cakap! apparaaaaa!
03 Jun, 2010
Pandangan penyokong Pakatan Rakyat terhadap PKR
Copypaste dengan izin
Oleh: Topeng Perak
4 hari menempel diri dalam Konvensyen Nasional PKR di KTC dan jugak Perdana Resort, Pengkalan Chepa. walaupun "punch card" aku tak penuh, tapi Alhamdulillah masih dapat hadir untuk 2 hari terakhir. sempat hadir untuk perasmian Konvensyen AMK dan Wanita pada 25hb. Mei, 2010 dan 2 hari penuh pada 28 dan 29hb. Mei, 2010.
Pandangan aku...
Jujur aku cakap, kebanyakan perwakilan dalam Konvensyen kali ni, sangat-sangat aggresif. kalau kena pada caranya, memang cita-cita untuk kita lihat perubahan politik dalam Negara tercinta Malaysia akan tercapai dalam masa terdekat. tu kalau kita tengok dari sudut "aggresif" dalam ucapan. praktikal tak tau lagi macam mana.
Yang tak bagusnya, kebanyakan perwakilan yang berucap, membentang dan jugak membebel, boleh kata 60% tak berkualiti. banyak yang sekadar membuang masa. idea-idea yang dilontar hampir kesemuanya idea yang akan "membunuh" Parti KeADILan Rakyat dalam arena politik Malaysia.
"Reformis'
Takziah untuk geng-geng "Reformis"... aku tengok kebanyakan korang tak de beza dengan ahli UMNO... banyak yang seronok "membantai" Menteri Besar Selangor YAB Tan Sri Khalid Ibrahim yang sentiasa "cool" walau dibantai secukup-cukupnya oleh korang. bukan setakat "bantai", tapi semacam ada usaha untuk menjatuhkan YAB Menteri Besar Selangor di kalangan ahli Parti sendiri.
Perwakilan dari Melaka - suara sampai serak-serak membantai Tan Sri Khalid, idea yang dilontar buat aku dan kengkawan blogger dan para wartawan pro Pakatan Rakyat menggeleng kepala sesama sendiri. sinis kami berbisik, ni Konvensyen PKR ke Perhimpunan Agung UMNO..?
Antara yang dikritik ialah Pemerintahan MB Selangor yang tidak menguntungkan para "Reformis". jawatan-jawatan penting dalam Kerajaan Selangor dan anak Syarikat tidak diberi kepada para "Reformis" sebagai menghargai jasa mereka... Ptuih..!
Bila sebut pasal perjuangan, semuanya sembang cakap "ikhlas"... kami tak harap apa-apa balasan. tu cakap-cakap, praktikal..? Kerajaan Negeri Selangor baru 2 tahun lebih ditawan Pakatan Rakyat, korang dah kecoh pasal tak dapat jawatan dalam Kerajaan..? banyak la kau punya ikhlas...
Ada jugak dianjurkan supaya Kerajaan Negeri atau PKR sendiri mengadakan 1 tabung untuk anak muda, "kununnya" tabung ini bagi memudahkan para "reformis" bergerak dan berjuang dalam politik. membantu parti la "kununnya"...
Beb... Parti PAS dah lebih dari 50 tahun umurnya, Parti DAP pun umurnya dah jauh "banyak" dari PKR... cuba ngko tanya aktivis-aktivis dalam PAS dan DAP, pernah tak anak-anak muda yang menyokong dan bersama dalam perjuangan PAS dan DAP dibantu dengan "tabung" sedemikian selama ini..?
Korang tanya budak-budak Unit Amal yang tiap kali diadakan demonstrasi akan berada di barisan hadapan sekali mengawal keselamatan korang, berapa imbuhan atau bantuan yang dorang dapat selama ni..? aku kenal ramai budak-budak Unit Amal dan aku tau, semuanya ditanggung oleh diri sendiri atas nama "Perjuangan".
Uniform bayar sendiri, kasut bayar sendiri, talipinggang bayar sendiri, beret bayar sendiri, seluar bayar sendiri... kalau adapun sumbangan, semuanya dilakukan secara peribadi oleh para penyumbang tanpa melalui 'Tabung Unit Amal" atau "tabung Anak Muda".
Malu la sikit dekat budak-budak Unit Amal ni geng... Jangan bawak "Budaya UMNO" dalam PKR kalau korang sayang dekat Parti korang.
Secara Peribadi, aku hilang respek pada kebanyakan Perwakilan Cabang AMK. sangat-sangat memalukan. perjuangan ikhlas, tak harap balasan, tapi bising bila tak dapat jawatan dan jugak imbuhan (bantuan). apa ni beb..? tak de kederat untuk usaha sendiri ke..?
Wanita Dan Srikandi
Kalangan perwakilan dari sayap Wanita dan Srikandi bagi aku sangat-sangat bagus, mantap dan membina. banyak kritikan yang dilontar bakal memantapkan lagi parti... Sayap Wanita sangat konsisten, tegas dan mantap... Thunbs Up untuk korang. Srikandi pun boleh tahan... ucapan yang mantap, tegas dan kritikan yang sangat-sangat membina diutarakan lebih-lebih lagi pada AMK.
Cuma aku harap untuk Konvensyen akan datang, Srikandi dapat menyiapkan teks ucapan yang dikarang sendiri dan bukannya hasil dari orang lain. Srikandi kena bina kekuatan sendiri, jangan jadi lembik macam Puteri UMNO. setakat ni aku tengok kekuatan Srikandi masih ditahap 20/100. kuat berjalan, tapi tak berapa kuat bekerja. kena organize lebih banyak program untuk tarik anak-anak dara yang sebaya supaya mereka ni berminat menyokong Pakatan Rakyat.
Srikandi sepatutnya nak kena rangka program-program untuk dekati anak-anak muda. buatlah aktiviti sukan, bola jaring ke, bowling ke, paint ball ke, sukaneka ke, go-kart ke, futsal wanita ke apa-apa lah... janji dapat tarik anak muda.
Korang bukan tak de tarikan, masing-masing ada tarikan dan kelebihan, tapi masih tak reti nak gunakan kelebihan yang ada tu untuk tarik anak muda. cuba dekati anak-anak muda dengan program-program anak muda... kalau ada program, aku pun minat nak ikut... banyak "objek" tuuu...!!! hahaha...
Tak kiralah apa kata korang, tapi kena ingat, untuk menang PRU-13, Pakatan Rakyat dan BN bergantung sepenuhnya kepada undi dari pengundi-pengundi baru. siapa cepat, dia dapat... jangan salahkan anak muda kalau mereka tak sokong Pakatan Rakyat sedangkan kamu tak pernah berusaha untuk mendekati mereka.
AMK Sucked..!
AMK tak payah cerita... kalau tegur pun macam buang masa... Sam tu bukan makhluk yang boleh ditegur. "Dont tell me how to do and what to do..! i know what i'm doing... don't teach me ok..?"
AMK boleh pergi jauh, tapi tidak dengan Ketua AMK yang cuma pandai "buat report polis sahaja". practically, aku tak nampak report polis tu boleh tarik pengundi untuk undi parti. polis lagiii la makin menyampah. bila ada isu ngko kutuk-kutuk polis, lepas ngko kutuk ngko pergi menyusahkan polis dengan report-report ngko yang bertambun.
Pada masa ni pemuda UMNO berada pada tahap 50% lebih teruk prestasinya dari sebelum ni, tapi dalam masa yang sama, prestasi AMK berada 50% lebih teruk dari Pemuda UMNO. korang kira sendiri la dekat tahap mana AMK berada.
Geng-geng AMK kalau terbaca post aku ni, aku mintak mahap banyak-banyak. terus-terang aku cakap, AMK sucked..!
Pada masa ni, AMK amat-amat bernasib baik sebab Khairy Jamaluddin TIDAK DITERIMA oleh majoriti Pemuda UMNO. kalau Khairy Jamaluddin diterima oleh majoriti Pemuda UMNO, alamatnya tahap prestasi AMK akan berada dibawah paras 2% dari prestasi Pemuda UMNO.
Beb... Pemuda UMNO yang tengah lembik pun korang gagal nak lawan... macam mana nak tawan Putrajaya ni beb..? Sam, lu dengar sini... lu tak boleh nak tarik pengundi muda dengan berguni-guni report polis yang lu dah buat tu, anak muda tak minat dengan report polis... anak muda era "Perubahan" ni, lu sebut "polis" pun diorang dah menyampah.
Anak muda yang tak bergiat dalam politik sekarang dahagakan program-program membina untuk mereka, diorang nak tempat dalam masyarakat, ikut lu buat report polis tak meletakkan diorang dalam mana-mana level dalam masyarakat Malaysia beb... tu tahap "pencacai" je bagi aku.
Atas tahap kepala otak lu yang bergelar "Lawyer", tak leh ke lu pikir idea-idea yang menarik untuk anak-anak muda tempatkan diri dalam 1 level yang masyarakat "pandang" tinggi anak-anak muda ni..?
Beb... tak kan lu tak tau anak-anak muda yang ada dekat Malaysia ni semuanya nak jadi "somebody" dalam Negara ni beb... ada yang nak jadi "programmer" yang tersohor, ada yang nak jadi "pelumba motorsikal" yang hebat, ada yang nak jadi "stunner" yang brutal, ada yang nak jadi "Beckham" walaupun tak hensem dan kaki bangku dan macam-macam lagi.
Kepala otak lu bantut sangat ke (macam lu) sampai tak leh nak pikir idea-idea macam tu..? sekarang bila lu pegang jawatan Ketua AMK Pusat, lu nak orang bantu diri lu sendiri ke lu nak nak bantu orang lain sebagai tanggungjawab lu..?
Kalau lu nak orang lain bantu lu dengan jawatan lu, baik lu belah cepat-cepat lepas tu pergi daftar masuk Akademi Fantasia, Raja Lawak, Malaysia Idol atau lain-lain rancangan "realiti Tivi"... gua serius ni... lu nak marah, lu marah la...
1 kenyataan yang lu kena terima ialah, "kalau" lah Khairy Jamaluddin ditakdirkan tergerak hati dia untuk Insaf terima perjuangan Pakatan Rakyat dan dia masuk pulak PKR, terus-terang gua cakap la... kalau Khairy Jamaluddin masuk PKR, Sam dan lain-lain pimpinan PKR yag muda-muda akan terlingkup terus... kalau ada pun pencabar terdekat Khairy Jamaluddin setakat yang aku tengok cuma Chegu Bard sorang je. yang lain semua hampeh.
Dah la... nak terima teguran, terima... kalau rasa hebat sangat tak leh nak terima teguran, lu punya suka la... gua tak de kepentingan dalam AMK. dalam DAP dengan PAS pun gua tak de kepentingan.
Terengganu Dan Orang Asal Membanggakan..!
Lain-lain Perwakilan terutama dari Terengganu sangat-sangat membina bagi aku, dalam korang-korang dok membantai Tan Sri Khalid pasal tak bagi jawatan dan tak reject orang-orang bukan Pro Pakatan Rakyat di Selangor, Perwakilan dari terengganu tampil mengingatkan para pemerhati supaya renung balik apa yang berlaku di Terengganu akibat dari tindakan Kerajaan PAS Terengganu dulu.
Apa yang PAS Terengganu lakukan dulu masa dapat ambik alih Terengganu, sama macam apa yang kebanyakan perwakilan minta Tan Sri Khalid buat. reject yang bukan Pro Pakatan Rakyat dalam Kerajaan Negeri Selangor, serah semua Jawatan-Jawatan penting pada ahli parti dan bla bla bla...
Diakhirnya apa yang berlaku di Terengganu..? 4 Negeri yang kita tak sangka boleh menang akhirnya menang dengan bergaya sementara Terengganu menaggung malu akibat perbuatan bodoh.
Yang ni nak kena ingat... kalau korang nak Negeri selangor jadi macam Terengganu, sila teruskan dengan idea-idea BANGANG korang tu. para "Reformis" ni kadang-kadang aku tengok bengong lebih sikit dari orang UMNO... jarang pikir panjang... nak cakap belum akil-baligh, tak mungkin la... tapi...
Sepanjang Konvensyen PKR tu aku cukup-cukup kagum dengan Perwakilan bukan MeLAYU... paling hebat antara semuanya ialah Wakil Orang Asal, Ramli Logan... kalau semua Perwakilan terutamanay geng-geng "Reformis" berfikiran macam Ramli Logan, PRU-13 aku boleh confirm - Putrajaya dalam genggaman. tapi aku tak rasa geng-geng "Reformis" ni berfikiran macam Ramli Logan.
Tan Sri Khalid Ibrahim - Mutiara Dalam Kaca
Tan Sri Khalid bagi aku sorang MB yang sangat-sangat bagus yang telah dilahirkan oleh PKR. apa yang dilakukan oleh MB Khalid setakat hari ni bagi aku akan menjamin sokongan Rakyat Selangor pada Pakatan Rakyat.
Tempoh 1 penggal bukan masa untuk kita mengaut hasil yang ada pada bumi bertuah yang kita kuasai, tempoh 50 tahun juga bukan masa untuk kita melakukan perkara yang sama, rakyat memilih Pakatan Rakyat bukan sebab Pakatan Rakyat "hebat" sebaliknya rakyat memilih Pakatan Rakyat sebab Rakyat "benci" pada pemerintahan terdahulu.
Jadi ambiklah masa singkat yang ada ni untuk buktikan bahawa Pakatan Rakyat boleh mentadbir dengan baik. ada baiknya kita semua bantu MB Khalid mentadbir, baiki segala kelemahan yang ada dan bukannya mengharap pada jawatan atau apa-apa yang hanya menguntungkan diri sendiri.
Geng... kalau MB Khalid bagi jawatan-jawatan penting dekat para "Reformis", kontrak-kontrak pada "Reformis", PRU-13 nanti korang nak jawab apa kalau UMNO/BN naikkan isu "Kronisme, Nepotisme"..?
Nak jawab dengan "report Polis"..? ngko ingat rakyat nak terima ke..? Peeegidah...!!!