Sedari kuasa kita!

Sedari kuasa kita!

Pengikut

26 Ogos, 2010

Isu Hudud: Kenyataan penuh Nik Nazmi.

Berikut adalah kenyataan penuh Nik Nazmi yang dipetik di sini. Isnin lalu laporan New Straits Times memetik kata-kata saya menyatakan pelaksanaan hukuman hudud di Malaysia adalah “tidak sesuai”. Laporan ini kemudian dipetik pula oleh Bernama tanpa menghubungi saya. Sebenarnya saya telah nyatakan ketika dihubungi NST bahawa tidak timbul persoalan bahawa saya menentang syariah kerana ia sebahagian daripada agama Islam. Dalam 17 Perkara Dasar Keadilan, termaktub pendirian Keadilan dalam hal agama: “Mendaulatkan Islam sebagai agama Persekutuan sambil menjamin hak bukan Islam untuk beragama dan berfikir, dan untuk memperkembangkan peranan agama dan nilai-nilai sejagat demi menegakkan kebenaran, keadilan, tatacara berakhlak, kemanusiaan dan kemuliaan insan.” Pendirian Pakatan Rakyat juga adalah jelas. Dalam Dasar Bersama Pakatan Rakyat yang dimeterai Keadilan, PAS dan DAP pada Disember 2009 Pakatan memartabatkan peruntukan Perlembagaan termasuk kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan dan menjamin hak kebebasan beragama di Malaysia. Pakatan juga komited untuk menubuhkan mekanisme yang menyeluruh untuk memberi penyelesaian yang adil dalam kes-kes yang melibatkan pertindihan sistem perundangan sivil dan syariah, termasuk sebuah Suruhanjaya Diraja untuk mengkaji semua isu-isu berkaitan dengan mendalam. Dalam temubual saya Januari tahun ini dengan laman web the Nutgraph juga saya menegaskan adalah penting untuk semua menghormati mahkamah syariah (serta Perkara 121(1)(a)) dan memahami matlamat hakiki syariah (maqasid syariah) iaitu pemeliharaan agama, jiwa, akal, keturunan dan harta. Isu ini telah saya ulas dalam dua bab dalam buku saya, Mendepani Zaman iaitu Meraikan Warisan Wasatiyyah Kita – bagaimana kita boleh mengembangkan peranan Islam dalam masyarakat selari dengan tradisi kesederhanaan Islam di Nusantara dan Tiada Paksaan: Masyarakat Islam dan Bukan Islam di Malaysia – bagaimana mempertahankan muafakat Perlembagaan bahawa Mahkamah Syariah hanya tertakluk kepada umat Islam dan tidak kepada masyarakat bukan Islam. Dalam aspek syariah kita harus lihat perlunya mengambilkira fiqh al awlawiyyat (fiqh keutamaan) dalam proses pelaksanaannya. P/S: Mulai sekarang sementara Pakatan Rakyat belum menguasai Putrajaya, parti2 dalam Pakatan Rakyat harus melantik seorang individu sahaja untuk memberi apa2 kenyataan kepada media2 milik BN. (yang lain boleh diam, jangan kalut nak tunjuk glamer!)

24 Ogos, 2010

Hampeh2 dalam PKR makin terdesak! (2)

Aku ingatkan hampeh2 PKR dalam cabang je yang terdesak, rupa2nya hampeh2 PKR di Pusat lagi terok! Selanjutnya di sini.

23 Ogos, 2010

Jom Ramai-Ramai Jadi AJK Cabang!

Kepada ahli PKR Kuala Kangsar yang ingin membawa parti ke arah jalan yang lurus sebagaimana yang dikehendaki rakyat, jom sama-sama menentukan arahtuju parti dengan menjadi AJK. Tarikh penghantaran pencalonan pada 29 Ogos ini. Sediakan 2 keping gambar ukuran pasport dan isi 3 salinan borang yang mesti ditandatangani calon, dan 2 penyokong. Borang boleh didapati melalui setiausaha cabang atau email saya di alamat nckchor@gmail.com. Anda harus bertindak pantas sebelum parti anda terlungkup oleh orang-orang lama spesis Jamaludin dan Osman. Perhatian anda amat dialu-alukan!
P/S: Saya akan membantu anda untuk mendapatkan 2 tandatangan penyokong yang dikehendaki!

22 Ogos, 2010

Hampeh2 dalam PKR makin terdesak!

Pemilihan jawatan dalam PKR telah semakin hampir. Maka, makin banyak cerita-cerita lawak telah muncul. Selain isu RM20 boleh jadi Ketua Cabang,banyak lagi isu lain yang kalau rajin dikorek akan mendatangkan persepsi bahawa kemungkinan PKR akan jadi macam Umno bila berkuasa. Kes 1. Seorang Pengarah Pilihanraya Cabang telah memarahi Ketua Wanita negeri kerana melakukan gerakerja bersama Wanita PKR Cabang tanpa memaklumkan kepada beliau. Menurut sumber dari seorang ahli Wanita Cabang, mereka telah putusasa terhadap Pengarah Pilihanraya Cabang ini kerana suka mengambil kesempatan mempopularkan diri sendiri di atas jerih usaha ahli walhal beliau sendiri tiada langsung idea untuk menjalankan sebarang gerakerja. Kes 2. Seorang Naib Ketua Cabang (yang juga merupakan bekas Bendahari Umno yang ditendang) akan claim duit minyak kereta kepada bendahari Cabang setiapkali berpergian melakukan tugas-tugas parti walaupun dalam kawasan. Kes 3. Seorang Naib Ketua Cabang (yang dilantik) telah memarahi seorang aktivis parti yang menjalankan usaha untuk mengenalpasti ahli-ahli yang patut diletakkan mengetuai Cabang supaya Cabang akan bergerak dengan lebih lancar di masa akan datang. Naib Ketua cabang ini telah merasa tergugat kerana impiannya untuk menjadi Ahli Majlis sekali lagi apabila Pakatan Rakyat kembali menguasai negeri akan hancur sekiranya beliau tidak lagi memegang jawatan tinggi dalam Cabang. P/S: Dalam ketiga-tiga Kes, individu yang diperkatakan adalah orang yang sama. wargh wargh wargh! Manakala aktivis itu adalah aku! Aku Takut? Mampuih pi! wargh wargh wargh!

10 Ogos, 2010

Ingatkan PKR tempat aku je yg bangang!

Pengundi bawah 59 Tahun 73%. Pengundi atas 60 Tahun 27%. Masalahnya yg pegang cabang/negeri atas umur 60 tahun (Nak bukak komputer pun tak reti). Maka bangang zaman Labu Labi di bawa ke zaman ini. Maka jadilah macam kat sini. Mentang-mentang pemilihan peringkat tertinggi PKR dah makin dekat, makin terserlah kebangangan group ni! tionaseng!

Kes bazar Ramadhan-Kisah Benar!

Sebelum ni utusan meloya, peh tu malam ni tv 3 suku pulak buat citer pembohong untuk rakyat Malaysia. Tionaseng! Sila baca kisah sebenar di bawah. KENYATAAN PENANG DEVELOPMENT CORPORATION(PDC) PADA 9 OGOS 2010 KE ATAS LAPORAN PALSU UTUSAN MALAYSIA BERKENAAN 27 PENIAGA BAZAAR RAMADAN DIHALANG BERNIAGA DI BAZAR RAMADAN, KOMTAR. Sekiranya Komtar Merchant Association(KMA) Tidak Bayar Sewa Yang Dikutip Daripada 27 Peniaga Melayu Kepada PDC Dan Mematuhi Peraturan Yang Ditetapkan Maka PDC Akan Berurusan Terus Dengan Peniaga Secara Individu. Merujuk kepada kenyataan akhbar seperti di atas, pihak PDC ingin memaklumkan bahawa kenyataan yang dilaporkan bahawa 27 peniaga Melayu dihalang berniaga di Bazar Ramada di Komtar adalah tidak benar. Adalah tidak bertanggungjawab untuk memainkan sentimen perkauman bahawa ada penindasan peniaga Melayu hanya untuk menutup kegagalan Komtar Merchant Association(KMA) membayar sewa kepada PDC dan kegagalan menguruskan Bazar Ramadan mengikut peraturan yang telahpun ditetapkan. Sebenarnya permohonan KOMTAR Merchant Association (KMA) untuk menganjurkan Bazaar Ramadhan di ruang legar, konkos paras 3, KOMTAR untuk 27 peniaga telah dibincang di dalam Jawatankuasa Induk Pemulihan KOMTAR pada 5 Ogos 2010 bersama-sama dengan wakil KMA. Pada mesyuarat itu, telahpun dibangkitkan perlunya menghadkan jumlah bilangan peniaga Ramadan demi mengatasi masalah kesesakan ekoran terlalu banyak gerai ditempatkan di pusat pentadbiran kerajaan negeri. Masalah kesesakan ini tahun lepas telahpun menyebabkan kesesakan dan kesulitan orang ramai keluar masuk ke Pusat Pentadbiran Negeri Konkos Paras 3. Mengambil kira kewujudan 20 gerai yang sedia ada di kawasan yang dipohon dan untuk mengelakkan daripada kesesakan di kawasan tersebut yang merupakan juga pintu masuk utama ke Pusat Pentadbiran Kerajaan Negeri di KOMTAR, maka PDC telah memutuskan untuk hanya membenarkan penyewaan bagi 10 gerai sahaja beroperasi di situ dengan pengenaan sewaan RM50.00 sehari untuk setiap gerai, iaitu harga sama yang dibayar oleh 20 gerai sedia ada. Surat kelulusan tentang penyewaan ini dikeluarkan oleh PDC pada petang 6 Ogos 2010 kepada KMA. KMA telah pun mendirikan gerai di kawasan tersebut sebelum sebarang kelulusan diterima daripada PDC dan tanpa membayar sewa. Di samping itu didapti bukan sahaja KMA mendirikan 10 gerai seperti yang diluluskan tetapi telah mendirikan 27 gerai. Daripada penjelasan di atas dapat dilihat bahawa PDC bukannya menghalang tetapi hanya ingin mempastikan penggunaan ruang di ruang legar konkos , paras 3, KOMTAR dibayar sewa oleh KMA dan dibuat mengikut prosidur dan syarat yang dikenakan oleh PDC bagi menjamin suasana dan keselesaan di kawasan tersebut. Adalah tidak patut PDC dipersalahkan bila KMA mengutip sewa daripada 27 peniaga tetapi tidak pun diberikan kepada PDC. PDC juga ingin memaklumkan bahawa KMA telah bertindak tanpa pengetahuan PDC dengan berurusan terus dengan 27 peniaga terlibat dan mengutip wang sewaan . Sepatutnya KMA hanya boleh berbuat demikian apabila memperolehi kelulusan dan persetujuan PDC berkenaan penyewaan ruang legar tersebut. Tindakan KMA ini telah menjadikan 27 peniaga tersebut sebagai mangsa yang kemudiannya menuduh PDC sebagai pihak yang bersalah dalam hal ini. Adalah tidak adil PDC dipersalahkan untuk kesalahan yang dilakukan oleh KMA. Dengan surat kelulusan yang PDC keluarkan bertarikh 6 Ogos 2010, pihak KMA boleh meneruskan dengan pemasangan kemudahan gerai yang dirancang tertakluk kepada syarat tidak melebihi 10 gerai dan membayar sewa yang dikutip daripada peniaga. Disamping itu KMA juga perlu memenuhi syarat-syarat yang PDC telah letakkan di dalam surat kelulusan tersebut. Kini perkara ini telah menjadi satu isu. Sebagai jalan penyelesaian, Pengurus Besar PDC Dato Rosli bersetuju untuk ruang legar konkos paras 3, KOMTAR akan ditambah daripada 10 gerai kepada 17 gerai dengan penggenaan sewaan RM50.00 sehari bagi setiap gerai. Ini adalah untuk mengelak kesesakan, ketidak keselesaan pengunjung serta keselamatan di kawasan tersebut. Sebagai alternatif, baki 10 peniaga lagi dibenarkan untuk ditempatkan di konkos Paras 4, KOMTAR Untuk membantu pihak KMA, 10 peniaga terlibat hanya akan dikenakan sewaan RM25.00 sehari untuk setiap gerai (iaitu selepas diskaun sebanyak 50%). Surat kelulusan yang baru berkenaan perkara di atas telahpun dikeluarkan oleh PDC pada 9 Ogos 2010. Sekiranya setelah usaha penyelesaian ini dibuat dan KMA gagal mematuhinya, maka PDC dengan kerjasama agensi penguatkuasa yang berkaitan akan mengambil tindakan yang sewajarnya. Pengurus Besar PDC Dato Rosli Jafar telahpun mengarahkan sekiranya KMA tidak mahu membayar sewa yang dikutip daripada peniaga kepada PDC dan mematuhi peraturan yang ditetapkan maka PDC akan terus berurusan dengan 27 peniaga secara individu. Adalah jelas di sini bahawa PDC tidak pernah sekali-kali menghalang peniaga untuk berniaga di situ tetapi apa yang perlu ialah segala urusan hendaklah dibuat dengan mengikut prosidur, pembayaran sewa dan syarat-syarat yang telah ditetapkan demi menjamin keselesaan, keselamatan para peniaga dan para pengunjung kelak. MOHD BAZID ABDUL KAHAR PENGURUS KANAN HARTANAH PDC P/S: Melayu kena tipu dengan Mamu! wargh wargh wargh! tak sedor-sedor!