22 September, 2011

Petua nak menang PRU13

Kutip dari ruangan komen blog Mat Saman Kati.

Secara dasarnya, terdapat 3 jenis penempatan di Mesia.

1. Kawasan lama yang wujud berabad-abad dulu.

Di kawasan ini, ikatan persaudaraan sesama penduduk adalah teramat kuat. Sentimen ‘orang kita’ adalah no 1 melebihi sentimen parti dan isu2 semasa.

2. Kawasan yang ujud di era bijih timah.

Di kawasan ini ikatan persaudaraan masih longgar walaupun telah ada ikatan persaudaraan akibat perkahwinan sesama penduduk tempatan.

3. Kawasan yang wujud setelah Mesia merdeka.

Di kawasan ini penduduk masing2 menguruskan hal kendiri dan ikatan persaudaraan hanya berlegar di sekitar kaum keluarga.(keadaan yang sama di bandar besar di mana PR menang)

Calon yang sesuai mengikut kawasan.

Kawasan 1.

Calon yang paling sesuai adalah tokoh tempatan yang berjaya atau yang dihormati oleh penduduk setempat.

Kawasan 2.

Calon dari luar boleh bertanding tetapi mesti telah dikenali ramai.

Kawasan 3.

Di sini isu2 semasa amat memainkan peranan.

Masaalah.

1. Dengan perlantikan PJ PAS negeri oleh TG Presiden adakah PJ PAS negeri benar2 disenangi oleh penduduk negeri? Adakah perlantikan calon melalui kabel PJ PAS negeri benar dapat diterima oleh pengundi?

2. PKR. PKR kini dilihat cenderung melantik calon yang direstui Ketua Umum dan Timbalan Presiden Parti. Pemilihan calon di lihat cenderung untuk mengukuhkan kedua2 mereka di dalam parti bukannya mengukuhkan kedudukan parti dalam negara.

Kalau TG Hj Hadi, Anwar dan Azmin benar2 ikhlas dan bijak, aku cabar ketiga2 mereka bertanding di luar kawasan tradisi mereka pada PRU13 nanti!

Setakat ini, aku tak nampak Pakatan Rakyat akan mengambilalih Putrajaya selepas PRU13.

P/S: DAP berjaya kerana memilih calon dari kader2 yang berkhidmat cemerlang dalam perkhidmatan kepada rakyat.

12 September, 2011

PKR masih guna kitab UMNO.

Ambik kat blog Cenangau Daun Kari

Malaysiakini melaporkan:

Meskipun Dewan Rakyat belum dibubarkan, namun percakaran merebut kerusi menjelang pilihan raya umum ke-13 di kalangan komponen Pakatan Rakyat semakin hangat.

Terbaru, ketua DAP Johor Dr Boo Cheng Hau (kanan) membidas kepimpinan PKR negeri dan menuduh parti itu mengamalkan "dasar perkauman" dalam rundingan mengagihkan kerusi.

"PKR Johor di bawah kepimpinan (Datuk) Chua Jui Ming telah menetapkan garis panduan sendiri yang tidak munasabah berhubung rundingan agihan kerusi dengan menghina DAP sebagai parti pelampau Cina dan hanya sesuai bertanding di kerusi yang mempunyai majoriti pengundi Cina lebih 60 peratus di Johor. - Mkini.

P/S: kalau takde correction dalam 2,3 hari ni memang kompom Chua Ju Meng ikut arahan PKR Pusat. Depa kat PKR Pusat aci kerat telinga pun takkan mengaku! Kes dah jadi macam PRN Sarawak. Dah terima akibat tapi tak ambik ikhtibar langsung!

07 September, 2011

(Dari sumber dalaman UMNO)

Desas desus bertiup kencang. Sekumpulan orang2 lama UMNO sedang bergerak ke seluruh negara menjalankan gerakan pemuafatan di setiap bahagian bertujuan menurunkan Najib dan Muhyidin dari kedudukan tertinggi dalam UMNO dan menggantikan dengan individu2 yang dapat mengembalikan kegemilangan UMNO. Tujuan ini berlandaskan keyakinan mereka UMNO pasti tumbang sekiranya UMNO terus diterajui oleh 2 individu yang wujud sekarang.

Berita menyusul (kalau ada ler!)

03 September, 2011

Pakatan Rakyat takkan ke Putrajaya! : 1

Selagi parti-parti pembangkang di Sabah dan Sarawak tidak dipelawa menganggotai Pakatan Rakyat.

Sebab:

1. Majoriti penduduk Sabah dan Sarawak menganggap Semenanjung adalah penjajah sebagaimana penduduk Semenanjung menganggap penjajah kepada British (tuan UMNO) dan Jepun.

2. Perolehan sokongan pengundi di Semenanjung terhadap Pakatan Rakyat telah mencapai tahap tepu .