30 Mei, 2012

Alasan pencacai UMNO bab plet kete! hahaha!


  • ·          benda ni pon leh jadi bahan politik..ish..ish..
  • ·          opppp ,zip mulut aku,nanti kena
  • ·         Sukahati merekalah...duit mereka...kita apa nak bising2... kalau salah cakap berdosa
  • ·         dalam x sedar cina pm nk ke?
  • ·         AW..utk keselamatan baguss....kelantan dah 20 tahun nik ajis jd MB....camnerr ekkk...kotor ke bersih tuh...hahhaaa...pening2...huahuahua..
  • ·          anjing2 3.0 belaan ambiga
  • ·         ha3 sronok aku main dgn anjing2 ni.. Ingat senang kot nk tumbang bn... Lawak2 berani sembelih hidup2 la anjing2 anwar demi ptahan kan bn ha3
  • ·         ape yg bangga sgt bersih.. Megah monyet2 x pe anwar punya pisang pjg nanti sumbat dalam mulut korang ye
  • ·         Tak pe duit tu balik kepada rakyat....dari mereka labur ke luar negara.
  • ·         daulat tuan ku ..............
  • ·         tq rasak ahmad for the info.at least fitnah will end here.tanda2 akhir zaman...fitnah berleluasa skrg...dia 1 of the sultan yg banyak donate wang utk rakyatnya..n tuanku deserve to buy that no 1
  • ·         asalkan wang tak ke luar negara.....nape la nak dengki-2 ni...kang busuk pulak hati tu....bersangka baik la saudara muslimin sekalian. Akai kasi on sket....tonggang tongeng kat atas sejadah tapi otak tak beroksigen tu...ada cacat dlm solat la tu..
  • ·         : Klu ye x suke pun jgnlah smpai cakap mcm tu..awk bukan org MALAYSIA ke?? owhhh silap2 awk bukan MALAYSIAN..tp sure awk org ISRAEL...kte patot brbangga sbb MALAYSIA ade SULTAN taw...
  • ·         engkau org kl, kmpung pinang eh? ok...statement engkau cukup cantik untuk diketengahkan..mugkin engkau yg patut ketengahkan statement kau kepada sultan dan engkau sendiri yg ptt membuktikanya.apa mcm berani kerana benar ker atau kau penakut?
  • ·         Org yg minat camera, renovate keta, minat basikal pon labur byk duit utk benda yg mereka suka.bkn satu keperluan pon.dah dia ada duit...yg penting zakat dibyr.cukai dibyr.
  • ·         Yg pasti FITNAH itu satu dosa. Kes sultan ni belum sahih dia salah atau x.tapi yg dok fitnah , labelkn org lain bangang mmg dah terang2 berdosa. :)
  • ·          Kan aqu dh ckp... klu nk sound org majoriti kat sini semua mmg best... klu diri sndr kene sound semuanya... jengjejeng... mgkn aqu old fashioned tp aqu dididik utk tidak biadap kpd org... jaga tutur kata (kdg2 terlepas gak-aqu x sempurna)
  • ·         Yg penting duit dia beli tu dibyr kepada badan berkanun= akan disalurkan kpd rakyat melalui MOF.
·         daulat tuanku.
  • ·          Rasuah org individu yg menerima.bila sesebuah syarikat, badan berkanun, agensi menerima cukai, bayaran permit , byrn pembinaan ataupun permohonan lesen, wang tersebut akan dirolling utk masyarakat.sbg contoh semua pihak berkuasa tempatan mempunyai satu akaun dibawah akta jalan parit dan bgn 1978.semua duit tersebut utk tujuan kawasan setempat seperti baiku jln atau lampu jln
  • ·          kata orang....nak sedap punggung sanggup berbelanja ....
  • ·         Tak pe duit tu balik kepada rakyat....dari mereka labur ke luar negara.

Nak join, klik sini 

P/S: Hahaha! level otak pencacai UMNO! 

24 Mei, 2012

Jin dan Iblis juga ciptaan Allah s.w.t!

 Oleh: Mazwandi

Ada seekor manusia, berkata bahawa seorang gay dan lesbian juga adalah manusia ciptaan Allah. Nak tahu, bacalah di sini (Irshad Manji: Gay dan lesbian juga ciptaan Tuhan.). Itu dia kata, dan saya kata pula, iblis dan syaitan pun ciptaan Allah juga.

Pig.
Seekor lesbian hendak menjustifikasikan kelesbianannya dengan mengatakan bahawa gay dan lesbian pun ciptaan Allah adalah satu justifikasi yang terlalu 'lame'. Tolonglah Irshad Manji, kot ye pun hendak menyesatkan manusia, gunakanlah ayat perumpamaan yang bijak sedikit.

Jika semua manusia hendak menggunakan akal logik Irshad Manji, maka tiada salahlah bagi pembunuh bersiri dan perogol tegar untuk melakukan kerja 'harian' mereka. Selepas ini, kepada sesiapa manusia yang perangainya suka merogol orang, maka anda semua boleh menjustifikasikan perbuatan merogol tegar anda dengan mengatakan;

 "Merogol juga adalah ciptaan Tuhan, dan perogol juga adalah ciptaan Tuhan, oleh itu, tolong jelaskan kepada saya?".

Apabila seekor manusia, kononnya mengaku bahawa beliau adalah seekor manusia yang berfikiran 'terbuka' dan liberal, namun, apabila mulutnya terbuka, maka dengan terang dan nyata, beliau adalah seekor manusia yang hipokrit.

Mari kita lihat apa dia cakap dalam wawancara dengan MalaysiaKini,
Satu;
"Kembali kepada Al-Quran, setiap orang adalah ciptaan Tuhan. Malahan gay dan lesbian juga dicipta Tuhan...
"Tolong jelaskan kepada saya," kata Irshad dalam wawancara eksklusif denganMalaysiakini.

Dua;
Tegasnya, beliau tidak perlu meminta maaf kepada sesiapa hanya kerana berbeza pendapat dengan orang lain dalam perkara tersebut.

Yang nombor satu, itu saya telah jawab, tetapi yang nombor dua, sebenarnya, saya tidak perlu jawab, kerana ianya telah dijawab oleh mulut hipokrit dari Irshad Manji sendiri, iaitu;

Mengulas perkara ini, Irshad kesal apabila ketua polis bandar tempat programnya berlangsung menghebahkan lokasi hotel beliau menginap melalui Twitter dan mendedahkannya kepada ancaman keselamatan dari golongan pelampau agama.
"'Kerjasama di antara kumpulan pelampau seperti Front Pembela Islam dan polis ini mengejutkan dan memalukan dan ia perlu diberi perhatian daripada segi rekod hak asasi di Indonesia," kata Irshad.

Selanjutnya di sini


UMNO ditubuhkan untuk meneruskan penjajahan British?

Sumber



Tajuk asal: Rahsia ahli Umno no. # 000006
 
Umno kini dikenali sebagai parti perkauman Melayu dengan namanya yang berbahasa Inggeris. Namun benarkah Umno itu sendiri parti Melayu ? atau ditubuhkan untuk mewarisi kerajaan penjajah.
Ketika jejak sejarah SAMM ke Johor baru ini, telah bertemu dengan perbagai orang dan meneliti perbagai bahan berkaitan sejarah. Kami telah menemui bukan sahaja sejarah Bukit Kepong malah lebih dari itu. Sememangnya banyak sangat yang dipendam dari pengetahuan umum. Sdr. Ezad antara yang menyertai konvoi SAMM ke Johor ialah seorang penggemar sejarah. Beliau telah berkongsi beberapa dokumen dan penemuan sejarah yang beliau temui. Beliau dan sahabatnya ada mengendalikan sebuah blog yang dikenali sebagai untoldhistoryofmalaysia yang banyak mendedahkan perbagai bahan sejarah terpendam.
 
Salah satunya ialah rahsia ahli nombor 6, ketika penubuhan Umno itu sendiri. Umno telah ditubuhkan dengan keahlian bukan Melayu. Ahli nombor 6 ini seorang doktor perubatan dan bukan Melayu. Dia merupakan anak kepada British and Indian descendants, berasal dari Batu Gajah, Perak.
Sedikit latar belakang,Sir Harold McMichael pada tahun 1945 telah ditugaskan oleh 'London' untuk mendapatkan tandatangan semua raja-raja Melayu tetapi bila bertemu dengan DYMM Sultan Ibrahim (Johor), baginda Sultan telah tidak mahu menandatangani perjanjian tersebut. Tanpa tandatangan Sultan Ibrahim sudah tentu perjanjian tersebut tidak bernilai. Perbagai helah digunakan termasuk mempengaruhi anak Sultan Ibrahim. ketika inilah ahli pengasas Umno dengan keahlian nombor 6 itu muncul.
 
Sultan sememangnya berkeras tidak mahu menandatangani perjanjian tetapi Dato' Onn pengasas Umno berusaha bersungguh - sungguh memujuk Sultan Ibrahim sehingga menggunakan Dr. Paglar yang sememangnya rapat dengan Sultan.
Akhirnya Dr Paglar berjaya menggunakan pengaruhnya untuk mendapatkan tandatangan Sultan bagi pihak McMichale. Kemudian Umno pun ditubuhkan di Istana Johor dan Dr. DR. CHARLES JOSEPH PEMBERTON PAGLAR diberi keahlian UMNO bernombor # 000006
 
Persoalanya kini 
1.apa asas penubuhan UMNO ? 
2.Umno tubuh dengan antara pengasasnya bukan Melayu? 
3.perjanjian apa yang sungguh - sungguh diusahakan untuk tandatangan Sultan
itu ? 
 Adakah benar teori ketika desakan kemerdekaan makin kuat, British telah haramkan semua organisasi 
yang desak merdeka dan tangkap serta buru semua yang terlibat mendesak merdeka. Maka dirancang tubuhnya sebuah organisasi untuk menyamar sebagai pejuang. Kalau nak tubuh organisasi baru ciptaan British tentu susah nak yakinkan orang ramai, Maka British telah membuat satu perjanjian untuk tubuh malayan Union. British tahu penduduk tanahair ini tidak akan setuju dengan malayan Union khususnya orang Melayu dan peluang inilah untuk memunculkan tokoh-tokoh dan organisasi baru ciptaan mereka untuk mewarisi pemerintahan negara ini ?

P/S: Apa UMNO nak kata? 



19 Mei, 2012

Hudud: Buat! jangan cakap!

Oleh: Mazwandi

Tajuk: HUDUD. PR PUN BODOH MACAM BN. 

Hari ini, dalam banyak-banyak cerita, saya ingin bercerita tentang hudud. Jika sesiapa yang tidak tahu hudud itu apa, hudud itu adalah ;
Hukum-hukum yang tertentu yang ditentukan oleh Allah sama ada melalui al-Quran atau Sunnah Nabi Muhammad s.a.w sebagai Hak Allah yang dikenakan ke atas pesalah-pesalah yang telah melakukan kesalahan-kesalahan yang tertentu yang digolongkan di dalam jenayah Hudud, iaitu tujuh jenis seperti yang diterangkan oleh al-Quran iaitu:

 - Zina
- Tuduhan Zina ( Qazaf ) tanpa empat saksi
- Minum Arak
- Mencuri
- Hirabah ( Perusuh / ganggu keamanan )
- Murtad
- Baghy (Bughah – Pemberontakan)

Senang cerita, hudud adalah hukum yang diturunkan oleh Allah kepada manusia untuk melaksanakannya. Sesiapa yang tidak melaksanakannya, maka mereka itu telah memberontak terhadap Tuhan mereka sendiri, yakni Allah SWT.

Kisah hudud ini tiba-tiba menjadi meletup apabila Ustaz Harun Taib, yakni batang tubuh manusia yang hendak dihancurkan oleh parasit dalam PAS, menyatakan bahawa hudud masih lagi sebagai salah satu agenda utama dalam perjuangan PAS.

Seperti biasa, seorang Singh dari DAP dengan tegas telah mengkritik sekeras-kerasnya terhadap Ustaz Harun Taib dalam isu hudud itu.

Seperti biasa, rakan-rakan dalam PAS akan berkata, 'takpe, beliau bukan orang Islam, semestinyalah beliau tidak sokong hudud'. Saya kata, ayat itu ayat munafik. Sudah berapa tahun PAS menerangkan hukum Islam kepada beliau? Tetapi akal kemetotnya masih lagi tidak boleh menerima hudud sebagai satu undang-undang di Malaysia.

Beginilah, saya hendak bercerita kepada manusia yang boleh mengundi di Malaysia ini, kenapa Karpal begitu tegas jika ada seseorang manusia yang ingin mengetengahkan isu hudud? Kenapa? Jawapannya senang, bukan kerana disebabkan isian hudud itu, tetapi adalah kerana takut akan bayang-bayang seteru pilihanraya mereka, iaitu Gerakan, MCA atau MIC, akan menggunakan isu ini bagi meraih undi.

Hanya kerana takut hilang undi, maka hudud perlu dikuburkan sedalam-dalamnya.

Cuba kita lihat satu ulasan dari seorang gejuis, yang Islam, mungkin dari melihat hujahnya;


Hai...tak paham bahasa pun susah jugak.Sabaqlah bang haji oii.Bukan tak mau buat. Tunggu biar perintah Malaysia dulu bersama Pakatan Rakyat.Lepas tu bincanglah elok-elok. Jangan buat kecoh tengah nak pilihanraya umum ni. Dengarlah nasihat TG Nik Aziz sama.Kita bukan cerdik sorang saja. Jangan bagi peluru kat UMNO diambang kita dah hampir kePutraJaya. (lihat sini)

Disebabkan inginkan kuasa, maka mereka menganggap, isu hudud ini perlu ditutup dengan kain kapan setutup-tutupnya. Jangan ada seorang manusia pun yang menyebut tentang hudud sebelum PRU 13 ini. Lainlah selepas 'kita' menang PRU 13 nanti. Persoalannya, ya ke lepas menang, baru boleh berbincang tentang hudud? 

Inilah perkara yang pelik berlaku didalam senario politik sekarang. Anggapan bahawa hanya 'good governance' yang hanya boleh menyelamatkan Malaysia, tanpa perlu merubah apa-apa isian dalam undang-undang dan perlembagaan Malaysia, sebenarnya adalah satu kesilapan yang besar. Jika PR menang, dan masih menggunakan isian yang ditinggalkan bn, maka jawapannya, bn kedua akan terbentuk selepas itu.

Saya cukup yakin, jika adanya hudud terlaksana di bumi ini, maka hidup seluruh manusia akan lebih aman damai, kerana apa? Kerana hanya dengan perkataan 'hudud' pun manusia sudah takut hingga terkencing, apatah lagi setelah syariat ini dilaksanakan.....

18 Mei, 2012

Lahir sini IC Merah, PATI IC Biru?


Sumber - NegaraKita.com

SHAH ALAM, 14 MEI : Berlarutan sejak sekian lama,  pemegang MyKad merah dari seluruh Selangor dan negara akan mengadakan satu perjumpaan di Dewan Hamzah, Klang pada 27 Mei depan.
Perjumpaan yang dianjurkan kerajaan negeri bertujuan menyelesaikan isu membelenggu masyarakat India yang tinggal di ladang-ladang yang menghadapi masalah bagi mendapatkan MyKad biru dari Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).
Exco Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin Selangor, Dr Xavier Jayakumar berkata, Selangor sendiri sebagai negeri maju dianggarkan terdapat beribu orang di kalangan masyarakat India yang menghadapi masalah berkenaan serta orang Cina, Melayu dan Orang Asal.
Kerajaan negeri mengambil inisiatif menganjurkan perhimpunan ini kerana Kerajaan Pusat menjelaskan akan mengambil tindakan segera bagi meenyelesaikannya sekiranya segala maklumat diberikan.
“Menteri Dalam Negeri atau kerajaan BN kata kalau kita boleh serahkan nama pemegang MyKad merah ini, mereka akan ambil tindakan secepat mungkin. Sebab itu kita ambil cabaran ini.
“Orang-orang ini dianggap sebagai warganegara Malaysia kerana lahir dan bekerja di negara ini tetapi akhirnya lebih dari 55 tahun, tiada sebarang bantuan diberi Kerajaan Pusat kerana mereka pemegang MyKad merah. Mereka ini juga tidak boleh mendapatkan bantuan dari kerajaan negeri melalui agenda Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES),” katanya dalam sidang media di sini hari ini.
Turut hadir, Adun Taman Medan, Haniza Talha dan Adun Kampung Tunku, Lau Weng San.
Bagi mencari jalan penyelesaian, Dr Xavier berkata, kerajaan negeri berusaha menghimpunkan golongan itu dalam majlis itu yang akan berlangsung dari jam 10 pagi hingga 2 petang.
Katanya, kerjasama dari pelbagai pihak termasuk Adun, pertubuhan bukan kerajaan(NGO), Jawatankuasa Kemajuan Kampung (JKKK), Ketua Komuniti dan selainnya diperlukan bagi menghimpunkan kesemua mereka termasuk membantu kalangan yang uzur dan tua serta kanak-kanak yang dikesan turut tidak memiliki sijil kelahiran.
Menurutnya, mereka diminta membawa dokumen seperti MyKad merah, dokumen perkahwinan dan yang berkaitan bagi memudahkan segala bukti dikumpulkan.
“Semua data-data ini kita akan hantar kepada Menteri Dalam Negeri untuk diambil tindakan selanjutnya. Dalam majlis ini, saya harap dan jangkakan lebih 1,500 orang akan hadir. Kita juga akan menjemput pihak Jabatan Pendaftaran Negara(JPN) untuk hadir,” katanya yang mempersoalkan isu pendatang asing yang didakwa memiliki MyKad biru tetapi golongan berhak dinafikan haknya.

P/S: memang kejam. 

12 Mei, 2012

Ni dia penilaian 7 prinsip Najib semalam!


PRU-13: Najib kemuka 7 prinsip untuk penilaian rakyat
2012/05/11
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, hari ini mengemukakan tujuh prinsip sebagai panduan kepada rakyat untuk membuat penilaian dan pertimbangan menjelang pilihan raya umum ke-13 akan datang.
Najib yang juga Presiden UMNO berkata, tujuh prinsip itu dikemukakan berdasarkan tempoh hampir tujuh dekad UMNO berjasa kepada negara.
"Saya nak papar tujuh prinsip yang boleh bantu kita buat penilaian dan pertimbangan. Pertama, antara Barisan Nasional (BN)dan pembangkang mana satu kepimpinan yang dipercayai dan janji ditepati? Siapa yang buat segalanya? Barisan Nasional!"

Penilaian:
  1. Harga minyak janji ikut pasaran dunia. Harga minyak dunia turun pasal apa harga minyak Malaysia tak turun?
  2. Apa jadi dengan Islam Hadhari? Apa jadi dengan konsep wassatiyah?
  3. Apa jadi dengan konsep 1 Malaysia? Mengapa masih wujud parti politik yang berasaskan kaum?

"Selain itu, 22 janji yang pembangkang beri... sebahagian besar tak ditunaikan di Selangor. Siapa yang gagal uruskan soal air? Banyak lagi mereka gagal.
Penilaian:
  1. Kembalikan  pentadbiran air kepada kerajaan negeri. SYABAS bubar! Ada berani?
"Yang kedua, kita mesti tentukan esok lebih baik daripada hari ini. Antara BN dan pembangkang siapa yang boleh jamin rakyat Malaysia esok lebih baik dari hari ini," katanya ketika berucap pada majlis sambutan ulang tahun ke-66 UMNO di Stadium Nasional, Bukit Jalil, di sini, malam ini.
Penilaian:
  1. PAKATAN RAKYAT pernah berkuasa di peringkat persekutuan ke? Mengapa tak compare pentadbiran Malaysia dengan Singapura? Piirah!
Persoalan Najib itu seterusnya disambut dengan sorakan hangat kira-kira 100,000 ahli UMNO yang hadir untuk menyaksikan perhimpunan penuh bersejarah parti yang memperjuangkan nasib bangsa Melayu itu.
Seterusnya, Najib berkata rakyat juga perlu membuat pertimbangan pihak mana yang boleh memelihara keluhuran perlembagaan, kedaulatan undang-undang, kesucian agama Islam dan Raja-Raja Melayu serta hak-hak kaum lain di negara ini.
Penilaian:
  1. Keluhuran Perlembagaan? Apa jadi kes rampasan kuasa di Perak?  Lantikan pengerusi SPR dari kalangan ahli UMNO ikut perlembagaan?
  2. Ahli Parlimen yang menikah kat Siam pasal apa masih kekal sebagai Ahli Parlimen?
Prinsip keempat, katanya, adalah rakyat perlu memilih siapakah antara BN dan pembangkang yang mampu menguruskan ekonomi dengan baik dan boleh membawa pertumbuhan yang memberangsangkan.
Penilaian:     
  1. Hutang negara sampai 257.2 billion tu tanda BN pandai menguruskan ekonomi ke?
Lihat: http://www.bharian.com.my/bharian/articles/HutangnegaraRM257_2bilionsehinggaDisembertahunlalu/mobile/mArticle
"Kelima, siapa yang boleh pelihara keharmonian negara? Keenam, siapa yang boleh buat perubahan dan pembaharuan secara tersusun? Siapa yang buat transformasi negara?" katanya.
Penilaian:
1.   Harmoni ke kalau harga barang2 semakin meningkat? Perubahan? Setakat ni yang berubah pimpinan UMNO je. Rakyat tetap macam biasa.
Prinsip terakhir, kata Perdana Menteri, adalah rakyat perlu memilih pihak yang benar-benar boleh memelihara kemakmuran negara sehingga Malaysia dapat mencapai status negara berpendapatan tinggi.
Penilaian:
1.   Rakyat dah mampu berfikir sendiri. Tak payah nak ajar.
Berikutan "demam" pilihan raya mula melanda rakyat, Najib secara berseloroh berkata beliau mahu menghadap Yang di-Pertuan Agong esok.
"Oleh kerana bahang-bahang pilihan raya dah dapat kita rasai dan ramai sudahpun kena demam pilihan raya...saya lihat malam ini hebat...rasa-rasanya esok saya nak menghadap Agong. Kita sudah sedia? Boleh menang?" soal Najib yang sekali lagi menerima sorakan semangat yang hebat daripada ahli UMNO yang hadir.
Najib berkata, perhimpunan malam ini menjadi bukti sokongan dan dukungan kaum Melayu yang semakin meningkat kepada UMNO dan BN.
"Di malam yang bertuah dan bersejarah ini biarlah stadium ini jadi saksi kita semua umat Melayu berkumpul dengan penuh semangat dan keyakinan. Siapa kata sokongan dan dukungan Melayu pada UMNO sudah menurun?
"Hari ini kita saksikan sokongan kita yang semakin meningkat. Saya nak tanya kalau kedudukan Perlembagaan orang Melayu, apabila Islam diasak, institusi negara diperlekeh...siapa ke depan pertahankan kalau bukan UMNO?" katanya.
Perdana Menteri berkata, rakyat perlu memelihara kemakmuran yang dibawa ke seluruh pelosok tanah air dan tidak sesekali membiarkannya dibinasakan di tangan pihak yang tidak bertanggungjawab.
"Biar berputih tulang, jangan rakyat dan bangsa putih mata. Kerana kelak kita tidak mahu lihat anak-anak cucu terbangsat hidup mereka. Maka kepada semua saya berpesan, kepada semua saya beri pedoman janganlah kita terpalit darah meracun sandiwara lawan dan menempah alam kegagalan.
"Ayuhlah! Jangankan germimis, hujan pun mari kita redah. Jangan ribut taufan pun mesti kita harungi. Jangan air bah, gelombang badai pun harus berani kita harungi. Jangankan gerhana, gelap gelita pun pasti kita terangi. Ayuhlah semua.
"Biar berdentum guruh di langit, walau kilat sambar-menyambar. Berpaksikan kepada parti Umno, berbekalkan kepada janji oleh Barisan Nasional. Hidup UMNO, hidup Barisan! Selamat hari ulang tahun UMNO," katanya. - BERNAMA
P/S:  Terbuka kepada sesiapa untuk tambah. Akan di edit dari masa ke masa.

11 Mei, 2012

Jom analisa muka ahli majlis fatwa sekor2!

(pengundi saloran 1 bergambar bersama Muhyidin)

ANAK ITIK ANAK UNTA
POKOK KETUM BUAT BENIH
BILA DEPA KELUAR FATWA
PEMIMPIN UMNO TERSENGIH-SENGIH! 

P/S: Tengokkan songkok macam cabang UMNO je! 

PKR akan bertambah cemerlang tanpa Azmin Ali

Sebab:

1.  Azmin adalah anak bandar yang tak mengerti  masalah rakyat luarbandar/pendalaman.
2.  Tindakan Azmin dalam pemilihan yang lepas telah menyebabkan ramai anak muda berhenti dari aktif menjalankan kerja2 parti.
3.  Sehabis belajar Azmin terus bekerja dengan ahli politik yang menyebabkan beliau dilihat  hanya pandai mengampu dan 'wayang cina'.
4.  Jika Azmin "jatuh", pengampu2 dalam PKR akan keluar kerana dah tak boleh "cari makan".
5.  Azmin dilihat cenderung mencantas pimpinan baru yang berkaliber.

P/S: Serangan UMNO terhadap Azmin sebenarnya akan menjadikan PKR menjadi semakin kuat. (Pimpinan yang dicantas Azmin akan naik). 

05 Mei, 2012

Najib mengaku!

Tindakan UMNO di negeri Perak adalah tindakan UMNO tidak menghormati kerajaan yang dipilih oleh rakyat!

(Dalam ucapannya yang disiarkan dalam TV Najib menegaskan tindakan BERSIH adalah tindakan Pakatan Rakyat tidak menghormati kerajaan yang dipilih oleh rakyat)

P/S: Piiiiraaaahhhhhh! puak UMNO menang pun majoriti Di DUN dan Parlimen (Semenanjung) yang banyak undi pos dan undi orang asli (tak mengundi ntah tidak!)

03 Mei, 2012

Betul jugak pendapat orangtua nih!

Apa yang menarik perhatian saya ialah, reaksi ayah saya melihat berita jam 8.00 malam di TV3 berkenaan dengan Bersih 3.0. Melihat dari raut wajah, ayah saya seperti mengerti bahawa ada sesuatu yang tidak kena dengan berita yang diberitakan. Ayah tidak mempercayai 100% apa yang diberitakan oleh Buletin Perdana, begitu juga, ayah saya tidak mempercayai 100% apa yang ditulis di Harakah dan KeAdilan. Tetapi, apa yang menarik perhatian saya ialah, persoalan yang ditimbulkan oleh ayah. Lebih kurang begini soalan beliau kepada saya.

"Apa guna mereka semua berdemo beramai-ramai, kemudian balik ke rumah masing-masing, sedangkan tuntutan yang mereka tuntutkan, masih belum dijawab oleh SPR? Sepatutnya beranikan diri demo berbulan-bulan sehingga tuntutan mereka dapat dituntut.". Selanjutnya di sini