Aku setuju dengan tulisan penulis di bawah
oleh: TULANG BESI
Mengapa PAS Selangor
cemerlang dan PAS Kedah hampeh? PAS Selangor berjaya tambah kerusi
sekali ganda dan PAS Kedah jatuh tersungkur.
Selain dari itu kita ada juga PAS Perlis yang dipimpin oleh Ustaz Hashim Jasin, seorang yang pro kepada Perpaduang.
Kita ada PAS Pahang yang dipimpin Ustaz Tuan Ibrahim, juga pro kepada Perpaduang.
Di Pulau Pinang, PAS
hanya mampu kekal satu kerusi. Semua maklum PAS Pulau Pinang adalah pro
PERPADUANG dan anti Pakatan Rakyat. Kerusi Sungai Acheh/Nibong Tebal tu
pun sengaja diletakkan calon walaupun mereka maklum dari mula itu kerusi
PKR. Sepatutnya ada satu lagi wakil MElayu dalam kerajaan sekarang ni
dah berkurang.
Yang lebih kelakar, YDP PAS Nibong Tebal (ditangkap menurunkan banner dan poster PKR dua hari sebelum hari pilihanraya.
Kedah pula dipimpin oleh
Ustaz Azizan yang terkenal rapat dengan geng2 perpaduang. Barangkali
itulah alasan mereka tidak mahu mengganti Ustaz Azizan sebagai MB.
Dah kalah tersungkur baru nak ganti Pesuruhjaya dengan YB Mahfuz.
Di Perak pula,
Pesuruhjaya Perak dilantik sebagai mewakili puak2 Perpaduang sewaktu
NAsa mengalahkan Husam pada tahun 2009. Jadi, tak hairanlah PAS tidak
dapat memerintah di Perak. MAlahan, PAS hilang satu kerusi berbanding
2008.
Kalau Presiden PAS ikhlas mahu menawan Perak, nescaya sudah ditukar Pesuruhjaya Negeri Perak kepada YB Nizar sejak lama dulu. Ertinya Presiden PAS memang tiada kemahuan Pakatan Rakyat menang di Perak.
Kalau Presiden PAS ikhlas mahu menawan Perak, nescaya sudah ditukar Pesuruhjaya Negeri Perak kepada YB Nizar sejak lama dulu. Ertinya Presiden PAS memang tiada kemahuan Pakatan Rakyat menang di Perak.
Secara umumnya, negeri
Selangor mencatat kejayaan yang gemilang bagi PAS. PAS menambah bilangan
kerusi dari 7 kepada 15, yakni lebih 100%.
PAS negeri Selangor
telah bersih dari pengaruh PERPADUANG. Mungkin yang tinggal pro
PErpaduang adalah Ketua Pemuda Negeri, Ketua Ulama Selangor yang mulut
cabul kerja menyebar fitnah, Ketua Muslimat Negeri Selangor, YDP
Selayang merangkap ADUN Taman Templer sahaja.
Di KElantan yang
dipimpin Tok Guru Nik Aziz mencatat kejayaan juga walaupun begitu hebat
serangan UMNO ke atas mereka. UMNO cuma mampu tambah 5 kerusi kepada 12.
Tapi, nampaknya selepas
menang Tok Guru Nik Aziz telah diganti dan tampaknya puak2 PErpaduang
telah berjaya mengambil alih pemerintahan Kelantan.
MENGAPA PENTING TIADA PENGARUH PERPADUANG?
Apabila ada daki2
perpaduang dalam PAS Negeri, maka apa yang biasanya berlaku adalah
hubungan antara Pakatan Rakyat akan menjadi amat keruh.
Ada satu negeri tu terus
terang mereka berkata yang mereka berkonflik dgn DAP dan PKR negeri
mereka. Hasilnya mimpi untuk memerintah hanya tinggal mimpi.
Berbeza di Selangor, PAS
boleh menubuhkan sebuah MARKAZ PUSAT PAKATAN RAKYAT dan mampu mengawal
kempen ketiga-tiga parti dengan begitu baik sekali.
Kita lihat di peringkat PAS Pusat di mana Presiden dan SU Agung adalah pro kepada PERPADUANG.
Presiden PAS lebih kuat memaki dan mensabotaj Pakatan Rakyat sepanjang kempen berbanding menentang UMNO.
Presiden PAS membuat
ucapan terbuka memfitnah PKR kononnya calon PKR jual pil kuda. Mujur
Anwar halang calon tersebut dari menyaman malu Presiden PAS.
Presiden boleh keluar watikah untuk sabotaj PKR di Kota Damansara dan 3 DUN di Terengganu.
Beberapa bulan sebelum Pilihanraya, Presiden PAS juga terlibat dalam projek mahu melantik Ku Li sebagai Perdana Menteri.
Presiden PAS termakan
dengan video hitam putih Rahim Thamby Chik kononnya Anwar Ibrahim adalah
seorang penzina dengan China Doll.
Yang herannya bila
keluar video seks Chegu Pa, cepat pula Presiden mempertahankan Chegu Pa.
Takda pula Presiden PAS tuduh Chegu Pa berzina.
Sampai ke sudah Presiden
PAS tidak mahu mengiktiraf Anwar Ibrahim sebagai calon Perdana Menteri
yang menyebabkan undi Melayu kepada Pakatan Rakyat tidak mencukupi untuk
menang.
Pokok pangkalnya apabila
ada anasir2 Perpaduang dalam Perhubungan Negeri mahupun PAS Pusat hanya
menyebabkan perpecahan dalam Pakatan Rakyat yang akhirnya menjadikan
UMNO menang.
Sepanjang 5 tahun
PAkatan Rakyat, Presiden PAS hanya melakukan perkara-perkara yang
menguntungkan UMNO dan merugikan Pakatan Rakyat. Kenapa? Kerana Presiden
PAS adalah pro PERPADUANG.
Saya berharap Presiden PAS bergembira dengan penyerahan Kedah kepada UMNO.
Kalau Presiden PAS ni terus kekal, lepas ni Kelantan pula Presiden akan serahkan kepada UMNO.
Lama2 bila sudah tiada apa lagi nak diserahkan kepada UMNO, serban Presiden tu akan beliau serahkan kepada UMNO.
Pokoknya : bila tiada perpaduang, negeri tersebut akan cemerlang
kalau asyik terima ideologi UMNO berkaitan ISLAM MELAYU DAN RAJA maka sampai mati pas akan jadi kuda tunggangan UMNO DAP dan PKR.
BalasPadamtakde pendirian... kutuk umno setahun sekali... puji umno 364 kali ..
PAS PISS PUSSS