31 Julai, 2013

Kemelut PAS dari kacamata Mazlan Aliman.



Mazlan Aliman, 
31 Jul 2013

Ramai yang bertanya kepada saya, benarkah PAS sedang menghadapi krisis kepimpinan yang serius? Ada kelompok kepimpinan, kem tertentu, diresapi fahaman Islam Liberal, menganut ajaran Syiah dan lain-lain.

Saya mula berjinak-jinak dengan PAS sejak tahun 1985 dan secara rasmi sebagai ahli tahun pada tahun1986. Bermula sebagai ahli biasa yang menampal poster, pasang bendera, kutip derma masa ceramah, kawal lalu lintas dan berbagai-bagai tugasan yang diamanahkan.

Daripada ahli biasa, meniti hierarki kepimpinan sampai pada waktu ini. Bergaul dengan macam-macam jenis manusia melalui program pentarbiahan dan dalaman parti; hingga percampuran dengan masyarakat di luar. Latar belakang ahli tentulah berbeza. Ada yang dulunya Umno, Arqam, Tabligh, Jim, Abim; hingga kepada penganut Tarekat dan sesetengahnya beramal dengan ajaran yang pelik-pelik yang diwarisi sebelum menyertai PAS.

Alhamdulillah, manhaj tarbiah yang dipeloleh daripada PAS atas nama usrah, tamrin, kuliah dan lain-lain dapat menyelaraskan Wehdatul Fiqh dan Wehdatul Amal. Namun, bezanya dalam PAS ialah keterbukaannya. Sama ada pandangan pimpinan sendiri yang dinukilkan dalam buku-buku yang diterbitkan oleh Tuan Guru Nik Aziz, Tuan Guru Haji Hadi, Ustaz Fadhil Nor, Haji Yusof Rawa, Ustaz Yahya Osman (sekadar beberapa nama) atau tokoh gerakan Islam luar, antaranya Yusof Qardhawi, Syed Qutb, Hassan al-Banna dan lain-lain - dijadikan sandaran ilmu dalam memperkasa jemaah, khususnya dasar perjuangan PAS yang bersesuaian dalam konteks masyarakat majmuk di Malaysia.

Dalam tempoh lebih 25 tahun bersama PAS, hari ini PAS telah berada di landasan yg terbaik. Berkembang dengan pesat, organisasi yang kian tersusun dan tentunya jumlah ahli dan penyokong jutaan orang. Saya melaluinya sendiri dari zaman Yusof Rawa hingga ke era Tuan Guru Haji Hadi. Ahli PAS bebas memberi pandangan dan mengkritik parti menerusi program dalaman, penulisan; hatta mesyuarat parti hingga ke Muktamar Tahunan PAS. Seperti mana Ketua Cawangan PAS ditegur dalam mesyuarat hinggalah Presiden PAS pun turut di kritik dan dinasihati oleh AJK PAS Pusat dalam mesyuarat bulanannya.

Selain AJK PAS Pusat, saya juga adalah anggota Lajnah Politik PAS Pusat dan memegang pelbagai jawatankuasa lain yang ditubuhkan oleh parti. Ahli mesyuarat bebas memberikan pandangan berasaskan tahap intelektual masing-masing. Kehebatan berhujah adalah keistimewaan yang dimiliki termasuk Pesuruhjaya Negeri. Presiden PAS selaku pengerusi mesyuarat sangat terbuka dalam meraikan semua pandangan. Presiden parti tidak menggunakan kuasa Veto, akur keputusan bersama.

Saya merasai detik-detik mendebarkan dan perbincangan hangat tatkala memutuskan kedudukan Dato' Dr Hassan Ali, polemik Kedah dan isu kerusi Kota Damansara. Namun, bagaimana panas sekalipun, ia tetap dalam ruang lingkup akhlak. Maknanya, tidak benar jika ada yang menuduh sesetengah AJK PAS Pusat bersikap kurang ajar dan tidak wala' dengan keputusan mesyuarat.

Justeru, tidak benar, hanya perbezaan pandangan dan kritikan tajam dianggap berpecah. Pimpinan PAS kekal mantap dan dihormati kawan dan lawan

Kebiasaannya mesyuarat di mulakan dengan usrah, selesai mesyuarat yang kadang kala berlarutan lebih 5 jam; kami makan bersama dalam suasana santai dan penuh mesra. Apa-apa yang didebatkan dalam mesyuarat meskipun berbeza pandangannya, menjadi keputusan yang mesti dipatuhi. Semangat syura yang hidup dan segar, menjadi rahsia kekuatan PAS hari ini.

Adalah tidak benar apabila muncul tuduhan dalam facebookb, blog dan lain-lain, kononnya ada berbagai puak dalam parti, dakwaan tidak wala'; apatah lagi tuduhan sesetengah pimpinan menganut fahaman tertentu. Jika ada aduan rasmi, maka Jawatankuasa Disiplin parti akan bicarakan dengan adil. Sejarah pemecatan ahli dalam parti akibat kesalahan tertentu, ada dan jelas.

Saya tegaskan hal ini sebagai gambaran bahwa PAS sebenarnya sebuah parti dan gerakan Islam yg mantap dan tentulah cabaran mengurus organisasinya bukan mudah. Hakikatnya, PAS lebih mantap daripada Umno dan parti-parti lain.

Khalid Ibrahim buat pengundi Malaysia menyesal!


Menyesal sebab tak bekerja dengan kerajaan negeri Selangor. Kih Kih Kih!


Kakitangan Awam Selangor Gembira Terima Bonus Raya Sebulan Gaji!

Kakitangan Awam Selangor Gembira Terima Bonus Raya 01

SHAH ALAM 30 JULAI : Kakitangan awam negeri Selangor melahirkan kegembiraan apabila Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengumumkan pemberian bonus raya sebulan gaji kepada mereka minggu lalu.
Rata-rata mereka yang ditemui tidak kira masih bujang atau berkeluarga, bersyukur kerana pemberian bonus itu dapat digunakan sebagai persediaan menyambut Hari Raya Aidilfitri tidak lama lagi.
Kakitangan Awam Selangor Gembira Terima Bonus Raya 03
Bagi Nurul Amirah Razaly, 22, dari Jabatan Pengairan dan Saliran negeri, berkata beliau begitu teruja dengan pemberian itu kerana ia merupakan bonus pertama yang diterimanya.
“Saya merasa teruja kerana ini adalah kali pertama saya mendapat bantuan khas sempena Hari Raya sejak saya memulakan kerja,” ujarnya.
Tambahnya lagi, bantuan itu membolehkannya membantu meringankan beban ibu dan bapanya.
“Tahun ini, cukup setahun saya bekerja di sini, tak sangka dapat. Jika sebelum ini, dengar hanya setengah bulan, jadi kali ini lebih dari yang disangkakan. Saya anggap dengan sumbangan ini, saya dapat berikan kepada ibu bapa saya yang kini hanya pesara,” katanya ketika ditemui.
Kakitangan Awam Selangor Gembira Terima Bonus Raya 02
Kakitangan awam di Pejabat Undang-Undang, Azlan Mansor, 32, berkata pemberian duit raya itu membantu ketua isi rumah berbelanja sebagai persiapan awal hari raya.
“Saya merasa bersyukur diberikan bantuan khas tersebut, tambah-tambah lagi, sekarang sudah dekat menjelang perayaan Hari Raya. Jadi saya boleh menggunakan duit tersebut untuk membeli barang keperluan Hari Raya bagi kedua anak saya dan isteri.
Turut berkongsi kegembiraan, Ahmad Fadli Yahya, 31, kakitangan Pejabat Seketariat Ahkbar Setiausaha Kerajaan bantuan itu amat melegakan dan meringankan beban penjawat awam terutama yang berpendapatan sederhana.
Katanya, jumlah itu juga memadai bagi membantu kumpulan penjawat awam di seluruh negeri berbelanja sempena musim perayaan tersebut.
Kakitangan Awam Selangor Gembira Terima Bonus Raya 05
“Saya berharap dengan pemberian ini, penerima dapat berbelanja dengan bijak dan berhemah,” katanya.
Selain itu, Hamidah Hamid, 52, kakitangan di Jabatan Audit Negara menyifatkan bantuan itu merupakan sumbangan dan keprihatinan dari Kerajaan Negeri.
Bagaimanapun, ibu kepada empat orang anak itu, berharap Kerajaan Pusat dapat memberikan bantuan yang sama dengan Kerajaan Negeri.
Kakitangan Awam Selangor Gembira Terima Bonus Raya 04
“Di Selangor kita dapat lebih, di negeri lain hanya dapat dari Kerajaan pusat. Jadi tidak adil kepada penjawat awam yang lain. Lihat saja barang mahal, jadi biarlah pemberian dapat dilakukan sama rata. Walaubagaimanapun, saya tetap gembira dan bersyukur,” katanya.
Minggu lalu, Kerajaan Negeri memperuntukan RM30 juta untuk membayar bonus sebulan gaji kepada 21,776 kakitangan tetap, kontrak dan sambilan.
Manakala, Perdana Menteri hanya mengumumkan bantuan khas RM500 kepada penjawat awam bagi Gred 1 hingga Gred 54 di peringkat pusat.


P/S: Diharap Penang dan Kelantan mengikuti langkah sama.

30 Julai, 2013

3 petisyen PR Perak ditolak!


Setakat ni yang terlibat ialah petisyen dari DUN Lubuk Merbau, Pasir Panjang, Manong.

Alasan macam biasa. Kesilapan teknikal. Hampeh!

Mahkamah P/raya Tolak Petisyen PAS Batalkan Keputusan DUN Manong, DUN Pasir Panjang


BATU GAJAH, 30 Julai (Bernama) -- Mahkamah Pilihan Raya di sini hari ini menolak petisyen difailkan PAS untuk membatalkan keputusan pilihan raya bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Manong dan DUN Pasir Panjang yang dimenangi Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13) lepas.

Hakim Abang Iskandar Abang Hashim menolak petisyen itu atas alasan kesemua pempetisyen gagal mematuhi Kaedah 9 dan Kaedah 34 Kaedah-kaedah Petisyen Pilihan Raya 1954.

Beliau menolak kedua-dua petisyen itu dengan kos.

Bagi kawasan DUN Manong, Abang Iskandar mengarahkan pempetisyen iaitu calon PAS Jamil Dzulkarnain membayar kos RM40,000 masing-masing kepada responden pertama iaitu Adun Manong Mohamad Kamil Shafie dan responden kedua, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Bagi DUN Pasir Panjang, mahkamah mengarahkan pempetisyen, seorang pengundi Shamsul Sakri Che Din membayar kos RM40,000 masing-masing kepada kepada responden pertama Adun Pasir Panjang Rashidi Ibrahim, responden kedua Pegawai Pengurus Pilihan Raya dan responden ketiga, SPR.

Bagi satu lagi petisyen DUN Pasir Panjang yang turut difailkan oleh seorang pengundi Hamidun Zakaria, mahkamah menetapkan 2 Ogos ini untuk keputusan bantahan awal petisyen berkenaan.

Pada PRU13, Mohd Kamil memperoleh majoriti 231 undi mengalahkan calon PAS Jamil Dzulkarnain bagi DUN Manong manakala Rashidi menewaskan calon PAS Rohawati Abidin dan calon Bebas S.Vijayan bagi kerusi DUN Pasir Panjang dengan majoriti 304 undi.

PAS diwakili barisan peguam yang diketuai G.K Ganeson manakala responden pertama bagi DUN Manong dan DUN Pasir Panjang diwakili barisan peguam yang diketuai Abu Bakar As Sidiq.

Responden kedua bagi DUN Manong diwakili Peguam Kanan Persekutuan DonaldJoseph Franklin manakala responden kedua dan ketiga bagi DUN Pasir Panjang diwakili Peguam Kanan Persekutuan Nadia Hanim Mohd Tajuddin.

-- BERNAMA

P/S: Mungkin ini sebab manusia semakin cenderung menyelesaikan masalah dengan pistol kot? Kalau masuk mahkamah tak setel!

Fuh! ramainya "ayam" dalam PAS!

Surat terbuka kepada TG Nik Aziz


Saya selaku ahli PAS ingin menyuarakan rasa kecewa dan marah atas insiden terbaru yang melibatkan kepimpinan tertinggi PAS yang sewajarnya memaparkan akhlak dan pekerti berjemaah yang tinggi selaku teladan bagi ahli dan masyarakat umum. 

Insiden ini rentetan dari Ijtima' Badar anjuran Dewan Pemuda Pas Pahang di Temerloh pada 27 Julai yang lalu yang menjemput Zaharudin Mohamad antara tujuan khususnya ialah membicarakan berkenaan isu pimpinan yang berotak Liberal dalam PAS.

Ekoran dari program itu maka keluarlah 'mesej' melalui 'wassup' Ketua Dewan Pemuda PAS Pahang yang antara lainnya berbunyi seperti berikut:

“wujudnya ajk pusat dan ahli pas yg berfikiran Islam liberal yg sangat membahayakan jamaah dan seterusnya meruntuhkannya. Maka ana mencadangkan mereka yg ana senaraikan ini tidak dipilih menjadi ajk pas pusat pada pemilihan akan datang...

1) Khalid Samad
2) Dr Zulkifli Ahmad
3) Hanifa Maidin
4) Mujahid Rawa
5) Husam Musa

*USTAZ SHAHRIL AZMAN (PAHANG)”

Jelas mesej ini amat biadap yang keluar dari seorang pemimpin tertinggi Pemuda yang sebenarnya ramai akur beliau sendiri mempunyai masalah dan perangai yang 'memeningkan' banyak pihak dan di tambah pula dengan perkara terbaru ini.

Umum sedia maklum adanya pertikaian dan perselisihan antara golongan yang di labelkan ulamak dan yang di gelar professional.

Untuk memudahkan pemahaman Tok Guru, Pemuda Pas seperti Nasrudin Hasan, Nik Abduh, Zaharudin dan beberapa lagi ada lah dari kumpulan yang di gelar Ulamak manakala Khalid Samad, Mujahid, Husam dan Hanifa mewakili gelaran professional.

Hebatnya Shahril Azman ini mendahului muktamar dengan menghina dan menghukum 5 orang di atas sebagai Liberal yang berfahaman salah yang patut di singkirkan dalam muktamar nanti!

Hantu apa yang merasuk kepala hotak beliau di kala iblis dan syaitan semua di rantai pada bulan mulia ini?

Ringkasnya saya merayu agar Tok Guru campur tangan dalam isu ini. Pencerahan wajib di buat sebelum muktamar bermula.

Dua-dua pihak ini wajib di panggil mengadap dan bersemuka di depan Tok Guru. Siapa saja yang silap wajib mengakui kepada umum kesilapan mereka dan wajar berundur segera demi kebaikan jemaah.

Kita tidak lupa ketegasan Tuan Guru dalam menentang kerjasama dengan BN sedangkan kumpulanyang di gelar ulamak ini ramai yang bersetuju dengan idea ‘kerajaan perpaduan’ tempohari.

Ironinya kumpulan professional ini secara total menentang agenda kerajaan perpaduan yang sememangnya jahat dan begitu di tagih oleh Nasarudin Mat Isa juga amat rapat dengan Nasrudin Hasan.

Apakah benar kumpulan professional berniat untuk menjatuhkan presiden? Ianya wajib di siasat secara mendalam. Kalau benar, kenapa? Kalau bukan, apa motifnya mereka di tuduh begitu?

Begitu juga dengan kumpulan yang di gelar Ulamak. Mereka secara konsisten terutama Nasrudin Hasan dan Nik Abduh menyerang kumpulan professional terutama Husam pada muktamar beberapa tahun yang lalu lagi. Mengapa mereka bertindak sedemikian?

Adakah kerana isu peribadi Nik Abduh di Kelantan yang mewakili kem yang tidak sehaluan dengan Husam berlanjutan sampai ke peringkat PAS Pusat? Biarpun Nik Abduh mewakili kumpulan Ulamak tetapi cara hidup dan personality beliau jauh kebelakang berbanding Husam yang bukan ulamak.

Nik Abduh mengamalkan cara hidup mewah berbanding Husam apatah lagi Tuan Guru. Mujur UMNO tidak terbau isu pembelian haratanah secara tunai oleh beliau tempohari, sekiranya benar.

Nasrudin Hasan pun tidak kurang hebatnya. Beliau tampak hebat berceramah tetapi setakat itu sahajalah, tanyalah pada mereka yang rapat dan yang tinggal berdekatan kediaman dan tempat beliau pernah tinggal.

Beliau juga di maklumkan ada menerima sumbangan kewangan dari kontraktor yang terlibat dengan LYnas, satu projek yang di tentang oleh PAS.

Justeru itu, tidak kiralah dari kalangan ulamak mahupun professional, siapa yang bersalah atau mempunyai niat yang serong terhadap kumpulkan yang satu lagi tanpa asas sebenar wajib di rehatkan, kalau perlu singkirkan sahaja selepas di dengar penjelasan mereka dan di beri keadilan sewajarnya.

PAS memerlukan professional yang hebat tetapi bukan yang memandai-mandai dan membelakang Jemaah dan perjuangan.

PAS menghormati ulamak tetapi bukan ulamak yang hanya pada nama dan gagal berfungsi dalam mendepani masyarakat dan isu.

Semoga ini merupakan jasa yang paling besar yang boleh Tuan Guru mainkan selepas di turunkan dari jawatan oleh mereka-mereka juga yang berkepentingan. – 29 Julai, 2013.

* Mohamad Abdullah merupakan Ahli PAS Seumur Hidup.


Ni Bapak "ayam"!

Yang belum beli baju raya, jangan beli!


Beli baju ni!













Tak tau nak beli kat mana? Klik SINI





Nak lindung kepala caner?
Mulai sekarang kalau bawak kereta kena pakai helmet kalis peluru!
P/S: Kalau panjang umur, tiap2 tahun boleh raya. Jaga keselamatan dulu!


Mat Sabu. Ada puak PAS bergabung dgn UMNO nak bunuh aku!



"Sekarang ini "sesetengah" pihak dalam PAS sedang bergabung dengan sesetengah pihak dalam Umno nak 'bunuh' aku," kata Mohamad Sabu, Timbalan Presiden PAS 


Tuan Ibrahim dan Mohamad Sabu...saling bantu membantu dalam PAS. - Gambar The Malaysian Insider oleh Timmy Say, 29 Julai, 2013.Tuan Ibrahim dan Mohamad Sabu...saling bantu membantu dalam PAS. - Gambar The Malaysian Insider oleh Timmy Say, 29 Julai, 2013.Analisis: Awal tahun 2012, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pergi ke beberapa negara Timur Tengah. Di sana beliau dan rombongan menyertai persidangan antarabangsa yang melibatkan gerakan Islam seluruh dunia.
Sekembali dari lawatan itu beliau membuat satu catatan yang sangat bernilai tentang apa yang berlaku di Syria.
Bagi beliau, apa yang berlaku di Syria bukanlah pertembungan kerajaan Syria yang bermazhab Syiah dengan rakyatnya yang Sunni sebagaimana yang digembar gemburkan oleh sesetengah pihak di Malaysia.

"Pemerintahannya bersifat diktator bertopeng demokrasi, yang menekan rakyat dengan lesen yang diberi oleh kuasa-kuasa besar dunia di atas nama rakan strategik bagi keselamatan Israel yang dilindungi dengan cara paling istimewa.
"Syria mempunyai kedudukan yang agak berbeza dengan negara Arab yang lain, kerana tidak mengiktiraf Israel dan tidak mengadakan hubungan diplomatik dengannya.
"Syria juga menjadi pintu keluar bagi negara Iran yang dikepung, dalam masa yang sama mengizinkan buminya menjadi pangkalan bagi gerakan Islam Hamas dan Jihad Islami, serta pangkalan bantuan bagi Hizbullah yang berada di Selatan Lubnan.
"Hamas dan Jihad Islami bermazhab Sunni, tidak sama dengan Bashar Assad yang menganut mazhab Alawi. Begitu juga Republik Islam Iran dan Hizbullah yang bermazhab Syiah Imamiyyah yang bertentangan juga dengan mazhab yang dianut oleh Bashar dan keluarganya," tulis Ustaz Hadi dalam tulisan itu.
Bagi beliau, hubungan Iran dan Hizbullah yang Syiah serta Hamas dan Jihad Islami yang Sunni dengan Syria adalah hubungan strategik masing-masing.
Jadi apabila Bashar bertindak ke atas rakyatnya termasuk membunuh mereka, ia adalah kerana pertentangan antara Bashar yang jahat dengan rakyatnya yang mahu bebas dari kuasa jahat itu bukannya kerana perbezaan mazhab.
Persoalannya kenapa isu Syria dijadikan pertembungan Syiah dengan Sunni oleh sesetengah pihak?
"Sekarang ini sesetengah pihak dalam PAS sedang bergabung dengan sesetengah pihak dalam Umno nak 'bunuh' aku," kata Mohamad Sabu, Timbalan Presiden PAS kepada The Malaysian Insider.
Beliau mengulas laporan yang melarat-larat tentang isu Syiah sejak kebelakangan ini. Mohamad diserang habis-habisan apabila beliau mengunjungi Menteri Wakaf Syria setahun lalu.
Beliau didakwa menyokong kerajaan Bashar di Syria dalam isu pertentangan di negara itu kerana beliau didakwa pengikut Syiah.
Mohamad beberapa kali menjelaskan beliau bukan Syiah tetapi menyokong pendekatan politik yang diambil oleh kerajaan Iran dan Hizbullah dalam memperjuangkan Islam dan melawan musuh Islam iaitu Israel dan Amerika.
Dalam kes Syria, ketika Amerika membantu usaha menjatuhkan kerajaan Bashar Al Asad, beliau bimbang akan lahir kerajaan boneka Amerika kedua di rantau itu selepas Iraq.
Bagi beliau, dari menjadi boneka Amerika lebih baik mengekalkan kerajaan yang ada dan membiarkan rakyatnya sendiri menentukan kerajaan di sana dari campur tangan Amerika.
Sudah tentu pendirian ini tidak popular di Malaysia kerana kita terdedah hampir setiap hari tentang kekejaman kerajaan Bashar yang membunuh rakyatnya sendiri termasuk wanita dan kanak-kanak.
Kini hampir setiap hari media memainkan isu Syiah. Kononnya Syiah sudah berjaya mengawal beberapa pusat pengajian tinggi dan pemimpin PAS juga diresapi pengaruh Syiah.
Kesan tuduhan ada kaitan dengan Syiah ini juga dikatakan antara sebab mengapa Mohamad kalah di kerusi Parlimen Pendang dalam pilihan raya umum ke 13 lalu.
Ini ekoran dakwaan yang mengatakan ada unsur-unsur sabotaj di kalangan penyokong PAS sendiri kerana tidak senang dengan label hubungan dengan Iran dan Syiah yang ada pada Mohamad.
Ketua Penerangan PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man hari ini menegaskan, tidak ada pimpinan PAS yang terlibat dengan Syiah.
Beliau menyifatkan ia hanya serangan politik terhadap parti itu.
Ketua Penerangan PAS itu berkata tuduhan itu tidak berasas sama sekali, tanpa bukti dan hanya berpandukan andaian semata-mata.
"Saya kesal kenapa mereka memberi bayangan sebegitu. Ingin saya tegaskan sekali lagi tiada pemimpin PAS yang terlibat," katanya pada kenyataan media, hari ini.
Tuan Ibrahim berkata, beberapa pimpinan PAS yang ada hubungan peribadi dengan pimpinan Iran atau gerakan Islam Timur Tengah, bukan bermakna mereka pengikut Syiah.
Beliau juga berkata, "Kita mohon ahli PAS tidak termakan dengan fitnah dan berjaga-jaga dengan taktik jahat musuh untuk melaga-laga pemimpin dan ahli PAS dengan pelbagai label seperti ulama dan profesional, liberal, kumpulan Erdogan, UG mahupun Syiah.” – 29 Julai, 2013.

MI

P/S: Errr... siapalah agaknya "sesetengah" tu?

wow! Tentera dan Polis Penang dapat bonus negeri!


BERITA YANG UTUSAN DAN BERITA HARIAN TIDAK AKAN TERBITKAN....KETUA MENTERI KERAJAAN PR PULAU PINANG BERI SAGU HATI KEPADA POLIS DAN TENTERA!!!
KETUA MENTERI KERAJAAN PR PULAU PINANG BERI SAGU HATI KEPADA POLIS DAN TENTERA!!

Mewakili pihak PDRM ialah Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang (RM10,000) sementera pihak tentera diwakili Panglima Tentera Darat Pulau Pinang (RM10,000).



Ketua Menteri Kerajaan PR Pulau Pinang YAB Lim Guan Eng buat hal lagi....pagi ini dipejabatnya di Kompleks Tun Abdul Razak (KOMTAR), George Town, Pulau Pinang beliau telah menyerahkan sagu hati Hari Raya Aidil Fitri kepada polis dan tentera.


Turut hadir sama ialah Timbalan Ketua Menteri 1 dan II Pulau Pinang, Speaker DUN Pulau Pinang dan beberapa Exco Negeri.



Membuktikan bahawa Kerajaan PR Pulau Pinang dibawah pimpinan Lim Guan Eng tidak pernah melupakan jasa pihak polis dan tentera menjada keamanan negara.


29 Julai, 2013

Teknik mengenal pemuja Najib dalam PAS!



1) Orang yang rajin berfikir di luar lingkungan biasa parti dilabel liberalis. 

2) Orang yang rajin membela orang tertindas dilabel sosialis.

3) Orang yang bersama tokoh tertentu menggerak kebangkitan rakyat dilabel A****inas.

4) Orang yang kritikal dengan prestasi parti dilabel anai-anai dan parasit.

5) Orang yang merelai persekongkolan dengan Umno pula dinobat sebagai murabbi.

Nota: Orang2 yang buat label tak tentu arah dari nombor 1 sampai 4 digelar sebagai NAJIBRINAS, penyokong pengkhianat2 parti bernama Nasaruddin Mat Isa dan Hasang Ali


sumber

Terkini. Kejayaan demonstrasi Mesir! Sah tak masuk TV3!





Walau sebulan sudah mereka berkumpul dan berdemonstrasi di medan-medan utama mesir: Rab’ah Adawiyah, An Nahdhah, Al Ittihadiyah, Alexandria, manshourah, sinai dan lain sebagainya. Walau ratusan sudah nyawa yang melayang saat shalat shubuh, shalat qiyam, menjelang sahur dan waktu-waktu lainnya. Dan ribuan lain yang terluka oleh peluru para tentara preman-preman bersenjata.

Walaupun sampai hari ini Mursi belum juga kembali menempati jabatan dan amanah rakyatnya sebagai presiden, bahkan tidak tahu dimana posisinya beserta istri dan anak-anaknya, malah diperpanjang penjaranya 15 hari lagi oleh pengadilan mesir dengan tuduhan menjalin komunikasi dengan Hamas di Palestina. Walaupun itu semua, tapi para pejuang kebenaran, demonstran pro  Mursi telah meraih banyak sekali kemenangan pada ramadhan ini.

Kemenangan pertama adalah, mereka telah berhasil membuat bersatunya mayoritas berbagai kekuatan Islam di mesir, mengusung kepentingan bersama yang lebih besar. Mereka menjadi punya lahan latihan yang riil untuk bekerjasama dan saling menguatkan serta saling membantu.

Mereka secara bergantian tampil di panggung-panggung utama, berkolaborasi secara apik dan saling mendekatkan, menyeragamkan, menguatkan ide, gagasan, pemahaman bahkan langkah perjuangan. Dan ini merupakan kemenangan besar. Bahkan, mengatur para demonstran yang jutaan jumlahnya, mengamankan mereka dari para penyusup, mensuplai makanan untuk sahur dan berbuka, mengatur relawan dan para dokter untuk menghadapi korban tembakan, mempertahankan ruh jihad dan semangat untuk tetap tsabat di lokasi acara utk waktu yang lama dengan fasilitas sangat terbatas, memenuhi kebutuhan MCK dan lain sebagainya, itu semua adalah pekerjaan besar sekaligus berat yang telah dilaksanakan dengan baik oleh pemuda-pemuda dari berbagai gerakan, jamaah, unsur dan organisasi.

Kemenangan kedua, berhasilnya mereka membuka mata, wawasan, serta cara pandang banyak ulama, baik di dalam mesir ataupun di luar mesir, yang selama ini mungkin cendrung menutup diri, menjauh dari medan politik, relatif dianggap parsial, atau terkesan ta’ashshub golongan, dan lebih mengutamakan pengajian di masjid saja, berubah drastis menjadi ulama yang proaktif, peduli, mau bekerja sama dan bahkan mengorbankan darah dan nyawa demi eksistensi Islam di dalam kekuasaan dan pemerintahan.

Ulama-ulama senior dari kalangan salafi dan Jamaah Islamiyah yang dulunya menghindarkan diri dari panggung politik dan demokrasi, mereka hadir di tengah para demonstran memberikan suntikan semangat kepada para pemuda. Seperti: Syekh Muhammad Abdul Maqshud, Syekh Muhammad Yusri, Syekh Umar Abdul Aziz Quraisyi dan sekjen Partai Bina dan Tanmiah sayap politiknya JI serta ulama-ulama lainnya. Bahkan sebagian mereka hadir dengan istri dan anak-anak mereka.

Kemenangan ketiga adalah kemenangan dalam fiqh dakwah. Mereka mengajarkan kepada seluruh umat Islam bahwa perjuangan di negeri mayoritas muslim hanya dilakukan secara damai. Walaupun sudah ratusan nyawa melayang, mereka takkan melakukan perlawanan. Tidak akan mengangkat senjata melawan kediktatoran.

Dari panggung utama Rab’ah adawiyah mereka teriakkan dengan lantang: “Walau sampai sejuta orang yang syahid, kami tetap akan bertahan di sini sampai pemilik kebenaran dan legitimasi memperoleh haknya. Kami akan teruskan perlawanan damai”.

Ketika ada kekuatan islam di luar yang memancing mereka untuk melakukan perlawanan bersenjata karena mereka telah betul-betul terzhalimi, mereka menolaknya dengan baik.  Mereka mengatakan bahwa mengangkat senjata hanya untuk orang kafir harbi, seperti di palestina, bosnia, cehnya, Afghanistan dan sejenisnya. Adapun kepada sesama muslim tak akan mengangkat senjata.

Kemenangan keempat adalah terbongkarnya kedok para pemimpin sebagian Negara arab. Ternyata mereka telah bekerjasama dengan militer untuk melakukan kudeta ini, dan berkolaborasi dengan amerika dan Israel untuk suksesnya agenda ini. Mereka kucurkan dana besar untuk membiayai kudeta ini, membayar para preman serta media.

Salah seorang raja arab adalah orang pertama yang mengucapkan selamat atas berhasilnya kudeta ini, kurang dari 24 jam setelah kudeta. Disusul oleh raja arab lainnya yang langsung mengharapkan kerjasama yang baik dengan penguasa kudeta yang baru. Bahkan menlu negara arab ini aktif di amerika mengkampanyekan dukungan dana dan sikap untuk penguasa militer di mesir. Ini memberikan pelajaran berharga bagi umat Islam dalam bersikap dan memberikan loyalitas.

Kemenangan kelima adalah lahirnya generasi baru di Mesir. Setelah penembakan-penembakan yang dilakukan militer terhadap demonstran damai, muncullah generasi baru dari para pemuda yang tidak takut mati dan tidak takut ancaman. Malah mereka dengan lantang mengharapkan mati syahid, menuliskan surat wasiat untuk keluarganya, dan berdiri dengan berani sambil memegang mushaf menghadapi tentara dan preman yang memegang senjata api dan menembaknya. Kematian tidak lagi menjadi suatu yang menakutkan dan mengerikan bagi mereka bila untuk menegakkan kebenaran.

Diluar kemenangan besar di atas, sebenarnya ditembak ketika shalat shubuh, saat qiyam ramadhan, menjelang waktu sahur dipertiga malam terakhir, shalat qiyam ramadhan setiap malam dengan jutaan jamaah diiringi dengan qunut-qunut yang khusyuk, ceramah-ceramah keislaman dari para ulama, diskusi-diskusi ilmiah dan kenegaraan yang digelar dipanggung-panggung utama mereka selama ramadhan ini, merupakan kemenangan-kemengan lain yang tidak ternilai harganya.

Dalam suasana penuh tekanan ini mereka menjadi semakin dekat dengan Allah, semakin utuh tawakkal kepadaNya. Semoga kemenangan demi kemenangan akan terus hadir menghampiri mereka… dan kita umat Islam.