Sedari kuasa kita!

Sedari kuasa kita!

Pengikut

30 April, 2013

SPR. Dakwat kekal semakin dicuci semakin pekat. Porrrrah!


Ni kata pencacai.
KESAN DAKWAT KEKAL YANG DICALIT PADA JARI ANGGOTA KESELAMATAN YANG MASIH KEKAL SELEPAS 6 JAM DI KEM MAHKOTA KLUANG. MENURUT BELIAU SEMAKIN DICUCI WARNA DAKWAT SEMAKIN PEKAT. 

JADI APA YG PUAK2 PR TIMBULKAN ISU INI ADA HANYA PROPAGANDA UTK MENCETUSKAN SUASANA HURU HARA PADA HARI MENGUNDI KERANA MEREKA SUDAH SEDAR BAHAWA MEREKA AKAN DIHUKUM OLEH PENGUNDI2 PADA PRU13 NANTI. BAHAYA JIKA BERI KUASA KEPADA PAKATAN HARAM KERANA INILAH SIFAT JAHAT MEREKA SELAMA INI.

KAMI JUGA TELAH MENDAPAT MESEJ DARIPADA RAKAN KAMI DI BATU SEPERTI BERIKUT: My guys in Batu just reported an attempt by Tian Chua & Izzah to prove indelible ink can be removed on a postal voter. The attempt FAILED! Residue remained under nails and edge of despite their best efforts. Pics and my report, slightly embellished wrt extent of their failure on my blog. Please rip them to pieces. Both can lose their seats to BN! THX!

JADI KITA WAJIB MENOLAK SEMUA CALON PAKATAN HARAM KERANA HATI MEREKA SANGAT JAHAT DAN KOTOR SERTA JIJIK.

SILA SHARE DAN SEBARKAN KEPADA SEMUA RAKYAT MALAYSIA.
KESAN DAKWAT KEKAL YANG DICALIT PADA JARI ANGGOTA KESELAMATAN YANG MASIH KEKAL SELEPAS 6 JAM DI KEM MAHKOTA KLUANG. MENURUT BELIAU SEMAKIN DICUCI WARNA DAKWAT SEMAKIN PEKAT.

JADI APA YG PUAK2 PR TIMBULKAN ISU INI ADA HANYA PROPAGANDA UTK MENCETUSKAN SUASANA HURU HARA PADA HARI MENGUNDI KERANA MEREKA SUDAH SEDAR BAHAWA MEREKA AKAN DIHUKUM OLEH PENGUNDI2 PADA PRU13 NANTI. BAHAYA JIKA BERI KUASA KEPADA PAKATAN HARAM KERANA INILAH SIFAT JAHAT MEREKA SELAMA INI.

KAMI JUGA TELAH MENDAPAT MESEJ DARIPADA RAKAN KAMI DI BATU SEPERTI BERIKUT: My guys in Batu just reported an attempt by Tian Chua & Izzah to prove indelible ink can be removed on a postal voter. The attempt FAILED! Residue remained under nails and edge of despite their best efforts. Pics and my report, slightly embellished wrt extent of their failure on my blog. Please rip them to pieces. Both can lose their seats to BN! THX!

JADI KITA WAJIB MENOLAK SEMUA CALON PAKATAN HARAM KERANA HATI MEREKA SANGAT JAHAT DAN KOTOR SERTA JIJIK.


Selepas apa yang berlaku di SINI dan SINI aku pi tanya anak buah aku yang masih berkhidmat di TLDM. Anak buah aku jawab:



Ni lagi satu





P/S: Nak temberang pun agak2 la weii!

Bahan bukti batalkan kemenangan calon UMNO parlimen Titiwangsa!




Kenapa CALON BN Berada Di KEM WARDIEBURN Semasa PENGUNDIAN AWAL?

Salah satu lokasi tempat pembuangan undi awal adalah di Sekolah Rendah Agama Khalid Bin Al Walid yang terletak di dalam kem Wardieburn. Semuanya berjalan lancar dengan cuaca baik.

Bagaimanapun timbul persoalan bagaimana Calon BN Parlimen Wangsa Maju Datuk Mihd Shafie boleh bertemu pengundi di Kem Wardieburn ketika proses pengundian berjalan. Bukankah SPR pernah berkata bahawa parti politik tidak dibenarkan sama sekali berkempen di dalam kawasan keselamatan seperti kem tentera dan balai polis.

Malah Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof sendiri dilaporkan oleh AntaraPos berkata peraturan tersebut telah lama berkuatkuasa seperti mana termaktub dalam peraturan pilihan raya (Seksyen 10 Akta Kesalahan Pilihan Raya).

Petikan laporan AntaraPos. Laporan penuh di sini.

Jika benar larangan ini ada, mengapa calon Parlimen BN tersebut dibenarkan masuk ke kawasan kem untuk bertemu pengundi. Adakah tindakan ini bukannya termasuk dalam istilah 'berkempen'. Lebih malang lagi ia berlaku sewaktu proses pengundian sedang berjalan dan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abd. Aziz sendiri turut berada di kem tersebut.

Mohon penjelasan daripada pihak SPR...


 
 

terbaru! Axion paling berkesan hilangkan kesan dakwat!

Dakwat kekal boleh hilang cuci pakai sabun!



Pelik tapi benar..
Beli Kapal Selam Tak Boleh Selam...
Beli Jet Enjin Hilang...
Beli Lembu Tinggal Di Kondo...
Kini

Beli Dakwat Kekal..Tapi Tak Kekal...

Laporan dari pengundi2 awal hari ini,apabila mereka pulang kerumah.. mencuci kesan dakwat kekal dengan sabun.. kesan hilang!!


 Member Navy bagi tau, dakwat hitam boleh dibasuh dengan sabun. Habis la undi pos....

Nah.. seorang pengundi awal hari ni telah membuat demo selepas beliau balik dari mengundi. Hanya dengan mengunakan sabun.. dakwat tersebut hilang sedikit demi sedikit!!! 

sumber

Giliran Kementerian Pelajaran buat gila pulak dah!



Salah guna kuasa nih!


Hari ni dlm portal PPD keluar dah peringatan mengenai Peraturan berpolitik secara mengejut 21(1),P.U(A)395/1993 /21(2),P.U(A)395/1993 

/21(2A),P.U(A)395/1993 penglibatan guru dalam politik.FAQ mengenai peraturan yg cikgu cikgu kena tau


1. Ceramah Parti - boleh pergi dengar untuk mendapat maklumat secara terus
bekaitan manifesto.


2. Bantu kempen - kalau nak pasang bendaera bn kat depan rumah kena minta kebenaran dari KSU kementerian.Ia dikategorikan sebagai merayu undi.
- Kalau isteri jadi calon,suami tak boleh ikut.kena minta kebenaran
dari KSU kementerian.Ia dikategorikan sebagai merayu undi.
 

3. Media sosial - Ikut twitter pemimin politik tak salah.
- Jika nak 'LIKE' 'SHARE' facebook,retweet artikel berkaitan poitik kena
minta kebenaran dari KSU kementerian.Ia dikategorikan sebagai
merayu undi.

UMNO demam, pehal SPR yang telan panadol?

Yang beli kertas undi ni UMNO la wei!


SPR kenakan tindakan tegas pihak beli, jual kertas undi

SPR nafi polis, tentera sudah mula undi awal
Datuk Kamaruddin Mohamed Baria menunjukkan laporan polis berhubung penyebaran maklumat melalui laman sosial kononnya proses pengundian awal telah pun bermula. - Foto Bernama
PUTRAJAYA - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memandang serius dan akan mengambil tindakan tegas sekiranya mendapati ada pihak terlibat dengan kegiatan membeli atau menjual kertas undi.

Setiausaha SPR, Datuk Kamaruddin Mohamed Baria berkata individu yang melakukan kesalahan itu boleh dikenakan tindakan mengikut Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954, yang boleh dikenakan hukuman maksimum penjara dua tahun atau didenda lima ibu ringgit atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Menurut Kamaruddin orang yang disabitkan itu juga tidak boleh didaftarkan atau disenaraikan sebagai pemilih atau pengundi dalam mana-mana pilihan raya sehingga tamat tempoh lima tahun dari tarikh sabitan.

"Jika pada tarikh itu, dia telah pun dipilih dalam mana-mana pilihan raya, kerusinya hendaklah dikosongkan dari tarikh sabitan itu," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Kamaruddin berkata terdapat pihak membangkitkan isu kemungkinan berlaku urusan pembelian kertas undi oleh sindiket tertentu dengan harga antara RM500 dan RM1,000, bergantung kepada tempat mengundi.

Perkara sama juga didakwa pernah berlaku pada pilihan raya sebelum ini. 

"Berdasarkan semakan SPR terhadap kes-kes petisyen pilihan raya yang merujuk kepada Pilihan Raya Umum Ke-12, SPR mendapati tidak ada satu pun petisyen pilihan raya dikemukakan mana-mana pihak berkaitan isu pembelian kertas undi," katanya.

"Ini bermakna, perkara itu sekadar dakwaan yang tidak ada bukti dan kebenarannya boleh dipersoalkan," tambahnya.

Menurut Kamaruddin tindakan mengikut akta sama boleh dikenakan kepada mereka yang didapati melakukan kesalahan berikut; memasukkan ke dalam mana-mana peti undi apa-apa jua kertas, selain kertas undi yang dibenarkan oleh undang-undang; tanpa kuasa sewajarnya, membawa keluar dari tempat mengundi sebarang kertas undi atau didapati memiliki mana-mana kerta undi di luar sesuatu tempat mengundi. - Bernama

29 April, 2013

PAS kencing PKR, DAP kencing PAS. Padan muka!



PAS kencing PKR


JERANTUT - Datuk Seri Abdul Hadi Awang menzahirkan sokongan secara terbuka kepada calon Bebas, Koh Boon Heng bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Damak telah menimbulkan kemarahan sekutu politik mereka Parti Keadilan Rakyat (PKR).
 
"Saya berharap pengundi akan memberi sokongan kepada Cikgu Koh pada hari pengundian. Beliau menggunakan simbol bunga raya," katanya sebelum mengangkat tangan Koh dan calon PAS bagi kerusi Parlimen Jerantut Dr Hamzah Jaafar sebagai tanda sokongannya.
 
Koh merupakan Timbalan Pengerusi DAP Pahang, namun statusnya dalam parti menjadi tanda tanya apabila Pengerusi DAP negeri, Leong Ngah Ngah enggan mengulas ketika ditanya sama ada Koh telah dipecat kerana bertanding sebagai calon Bebas.
 
Sementara itu, Naib Presiden PKR, Fuziah Salleh berkata tindakan Abdul Hadi itu bertentangan dengan semangat Pakatan Rakyat apabila PAS menyokong kempen calon Bebas.  selanjutnya

DAP kencing PAS





Batu Pahat: PAS melahirkan rasa terkejut dan pelik dengan kenyataan Timbalan Pengerusi DAP Johor, Norman Fernandez, yang meminta masyarakat bukan Islam tidak mengundi PAS.

Timbalan Pesuruhjaya PAS Johor, Aminolhuda Hassan, menyifatkan kenyataan Fernandez mengecewakan kerana ia dibuat secara melulu dan tidak kena pada masanya.

Katanya, pendirian Fernandez membawa pembangkang selangkah ke belakang, sekali gus dibimbangi menjejaskan sasaran mereka menguasai lebih banyak negeri, termasuk Johor pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

“Kami amat terkejut dan kecewa dengan pendirian Fernandez itu. Adalah tidak wajar beliau membuat permintaan sebegitu ketika PRU-13 semakin hampir.

“Pada saya, dia tidak mengikut arus. Sepatutnya dia harus bersyukur kerana masyarakat Johor, tidak kira Melayu, Cina dan India adalah masyarakat saling menghormati dan hidup harmoni.

“Dalam pembangkang khususnya di Johor, kami sudah ada kesepakatan tetapi Fernandez mencetuskan syak wasangka dan kebimbangan pengundi bukan Melayu terhadap PAS,” katanya ketika dihubungi BH, semalam.

Rayu bukan Islam 

Kelmarin, Fernandez yang juga pemimpin nombor dua DAP Johor itu membuat kejutan apabila dilaporkan merayu pengundi bukan Islam supaya tidak mengundi PAS.

Fernandez berkata, bukan Melayu perlu memikirkan dengan teliti sama ada mereka mahu memperjudikan masa depan mereka bersama PAS berikutan ikrar Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali, untuk terus memperjuangkan agenda negara Islam jika pembangkang menang PRU-13. Selanjutnya

Ni pulak penjelasan Tuan Ibrahim Tuan Man untuk kes PAS kencing PKR:

 Menurut Ketua Penerangan PAS Pusat Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Sabtu lalu, di Jerantut, Ustaz Hadi menghadiri program di mana 40 orang pemuda Umno DUN Pulau Tawar menyerahkan borang keahlian PAS.

Namun begitu, di majlis yang sama calon Bebas, Koh Boon Heng bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Damak, Pahang turut datang menyerahkan borang permohonan menyertai Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP).

“Sebenarnya tiada sepatah katapun dari mulut presiden yang sokong calon Bebas. Dia hantar borang nak jadi ahli DHPP dan naik pentas lepas serah borang. Orang ramai minta angkat tangan untuk bergambar… itu yang keluar gambar seolah-olah memberikan sokongan kepada Koh,” terang Tuan Ibrahim kepada Harakahdaily. selanjutnya


P/S: Mana satu yang betul?



Kebakaran. Nak bohong pun agak2 la UMNO weii!


Mentang2 PDRM ikut telunjuk depa. Buat cerita bohong tak habis2!

Tiga sub PDM BN Kubang Pasu dibakar di tiga lokasi berbeza awal hari ini

JITRA, 28 April — Tiga sub Pusat Daerah Mengundi (PDM) Barisan Nasional (BN) Parlimen Kubang Pasu dibakar awal hari ini.

Tiga sub PDM itu adalah di Kampung Manggol di Malau dan Kampung Gelang Pasir di Kepala Batas iaitu dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Jitra serta di Kampung Machang, Pulau Nyior dalam DUN Bukit Kayu Hitam.

ulasan: Kayu Hitam tempat Mukhriz bertanding. Sah UMNO sendiri punya kerja sebab nak cantas Mukhriz


Ketua sub PDM Kampung Manggol, Haslis Saad, 41, berkata kejadian berlaku kira-kira pukul 5.20 pagi selepas semua anggota yang bertugas selesai membuat persiapan parti dan pulang ke rumah masing-masing.

"Ada kawan saya mai (datang) rumah beritahu ada kebakaran di tempat kami. Bila sampai sana api marak dan saya bersama lima rakan lain bertungkus lumus padamkan kebakaran daripada terus merebak ke seluruh khemah," katanya kepada pemberita ketika ditemui di tempat kejadian hari ini.
Antara peralatan yang dibakar adalah bendera BN, empat meja, kabel elektrik, 1,000 poster calon BN dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak serta 1,000 risalah aku janji BN Kedah yang dianggarkan melibatkan kerugian kira-kira RM2,000. 

ulasan: Zaman serba canggih ni takkan tak sempat nak ambil gambar. Awat tak habaq Ustaz Azizan yang pi bakaq? hahaha


Haslis berkata beliau percaya perbuatan itu dilakukan penyokong parti pembangkang berdasarkan maklumat yang diterima oleh seorang rakan yang kebetulan keluar pergi kerja ketika itu.

"Ada seorang rakan keluar pergi kerja di Alor Setar. Dia ada nampak dua lelaki naik motosikal yang ada logo parti pembangkang dikatakan berkeliaran di kawasan itu. Saya syak ini perbuatan mereka," katanya.

Ulasan: Orang kalu nak buat jahat tak boh logo parti la wei! Takat logo nak boh logo apa pun boleh. Awat tak tangkap? Habaq kat orang hangpa tera sangat!


Kata Haslis beliau agak kecewa dengan tindakan yang sengaja mahu mencetuskan pelbagai masalah pada pilihan raya kali ini.

Laporan polis turut dibuat di balai Polis Jitra kira-kira pukul 9.40 pagi ini. Ketua Polis Daerah Kubang Pasu Supt Ibrahim Mohamed Yusof ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan polis daripada parti terlibat. — Bernama

28 April, 2013

Kisah YB kenduri kawin aka YB 20 ringgit.



Lu kelat wa punya telinga pun wa undi sama itu PAS jugak. Mampui la lu!


Kenalilah calon BN di Lubuk Merbau beliau ialah Siti Salamah Jushak.

Lari dari dun Chendruh ke Dun Lubuk Merbau pasai sentimen pengundi di sana. dikhabarkan pengundii Umno di Chenderuh tidak suka beliau ,Jika nama beliau naik lagi di dun Chendruh ahli umno akan protes beliau,

Mereka memanggil beliau dengan gelaran wakil rakyat kenduri khawin aka YB 20 ringgit (setiapkali pengundi mengadu masalah beliau akan memberitahu dalam dompet beliau ada 20 ringgit je).




PAS gerenti meletop under Mat Sabu!




P/S: cenggini punya bagus pun, puak2 UG, pondok dan Tantawi dah mula nak pejatuh Mat Sabu kononnya beliau syiah. Hampeh punya ostad2! errr... agak2 Hj Hadi rela tak lepaskan jawatan presiden pada Mat Sabu?

kompom! 60 cawangan UMNO Selangor dibubar!




Maklumat belum sah. Umno Selangor terus menghadapi masalah dan jalan untuk merampas Selangor jadi semakin sukar sekiranya berita ini benar. Katanya terdapat 60 cawangan di seluruh Selangor bersiap sedia untuk dibubarkan dan ahlinya akan menyertai Pakatan Rakyat.

Tindakan itu dibuat kerana cawangan Umno berkenaan tidak suka dengan Mohd Zain Abdullah, calon UBN Sepang. Tidak dijelaskan kenapa Mohd Zain menjadi punca kemarahan?

Perkara ini diceritakan oleh seorang wartawan akhbar arus perdana 'khulub' kepada saya semasa ditemui di lokasi ceramah Merampas Putrajaya di Presint 19 malam tadi.

Menurut wartawan itu ada orang tertentu menghubunginya untuk membuat pendedahan perkara itu di media arus perdana kelmarin tetapi ia tidak dapat dilakukan kerana ada sedikit masalah. "Media arus perdana tidak mungkin akan menyiarkannya," ujarnya.

Beliau tidak menyebut siapakah yang menjadi dalang di sebalik protes besar-besaran itu. Apakah kesediaan 60 buah cawanagn itu ekoran penyertaan Muhammad Mohd Taib ke dalam PAS? Muhammad antara pemimpin Umno Selangor yang berpengaruh.

Tambah wartawan itu sekiranya media arus perdana enggan menyiarkan kemungkina berita pembuburan 60 cawangan itu Umno itu akan dibuat menerusi blog atau Facebook.

sumber

3 pola kecenderungan pengundi.

Pertamakali, Berita Harian memaparkan artikel yang benar. Baca:


Memahami pola kecenderungan pengundian

 Tiga pola utama kecenderungan pengundian rakyat Malaysia pada setiap musim pilihan raya umum.

Pola pertama ialah kecenderungan memilih parti politik
. Kecenderungan ini boleh dikategorikan sebagai kelompok yang bersikap ideal dalam berpolitik. Pola ini amat besar dan berpengaruh. Ia adalah penentu kemenangan sesebuah parti yang bertanding.
Kecenderungan ini lahir daripada pemikiran yang menanggapi kegiatan berpolitik sebagai satu kegiatan berkumpulan atau berjemaah. Agenda dan cita-cita besar politik tidak akan dapat direncanakan dalam bentuk dasar dan amalan tanpa dukungan dan sokongan secara berkumpulan.


Apatah lagi dalam konteks amalan demokrasi moden hari ini. Ketua negara, iaitu Yang di-Pertuan Agong hanya akan memberikan izin penubuhan kerajaan kepada parti yang mendapat persetujuan umum atau majoriti. Bagaimana ketua negara akan menentukan parti yang mana mendapat persetujuan umum? Ia berasaskan jumlah perolehan atau kemenangan yang dicapai oleh sesebuah parti dalam proses pilihan raya yang sudah dijalankan.

Oleh itu, pemilihan parti harus lebih diutamakan berbanding faktor yang lain bagi memastikan perkumpulan atau jemaah politik yang didukung memperoleh keabsahan kepemimpinan secara meyakinkan untuk menubuhkan kerajaan.

Pilih calon berbanding parti

Pola kedua ialah kecenderungan bagi memilih calon berbanding parti politik. Kecenderungan ini lahir dari pandangan yang melihat politik sebagai wasilah bagi menjalankan perkhidmatan setempat. Kelompok ini boleh dikategorikan sebagai golongan yang pragmatis. Kebergantungan mereka kepada calon melebihi kepada parti politik.
Pada mereka, calon yang berkesan dalam menjalankan perkhidmatannya, memiliki kualiti ilmu dan pentadbiran serta bersikap mesra dan senang dihubungi lebih diperlukan demi kebaikan masyarakat setempat.

Kecenderungan ini amat berpengaruh juga. Dalam sejarah pengundian di Malaysia, pola ini tergambar secara jelas dalam kemenangan calon yang bertanding di atas tiket parti Bebas. Ini menunjukkan sebahagian rakyat akan memberikan keutamaan dan peluang kepada calon yang mampu memenuhi inspirasi dan imaginasi mereka sebagai wakil rakyat yang baik dan berkualiti.

Kebiasaannya, rekod perkhidmatan yang baik, hubungan kekeluargaan yang akrab serta kualiti ilmu dan akhlak seseorang calon itu adalah antara faktor yang mendorong kelahiran pola kecenderungan ini.

Pola bercorak strategik

Pola ketiga pula ialah kecenderungan yang tidak memihak kepada parti atau calon tetapi berasaskan penilaian bagi memenuhi kepentingan dan keperluan politik setempat dan nasional secara menyeluruh. Kecenderungan politik ini sering dirujuk sebagai pola bercorak strategik. Pola ini lahir daripada tanggapan mengenai kepentingan mewujudkan keseimbangan dalam sistem dan amalan politik negara.

Pada pandangan pola ini, sesebuah parti tidak boleh diberikan kelebihan politik secara keterlaluan kerana ia akan membawa kepada monopoli yang tidak sihat. Oleh itu, realiti politik yang saling mengimbangi antara parti politik penting diwujudkan.

Pola ini sering didorong oleh perkumpulan rakyat yang tidak berparti tetapi memiliki kesedaran dan kematangan politik yang tersendiri. Pola kecenderungan politik ini tergambar dalam kemenangan calon secara tidak sekata dari segi parti di sesebuah kawasan Parlimen. Misalnya, ada rekod pengundian yang mana calon daripada parti tertentu kalah dalam pertandingan pada peringkat Dewan Undangan Negeri tetapi menang pula pada peringkat Parlimen. Begitu juga sebaliknya.

Wujud keseimbangan demokrasi

Hasil pengundian berbentuk ini didorong oleh kecenderungan yang dibentuk oleh pola politik ketiga ini. Mewujudkan keseimbangan demokrasi adalah keutamaan terpenting dalam pengundian. Oleh itu, tindakan politik yang perlu dilakukan ialah memberikan undi yang berbeza kepada calon dan parti yang bertanding pada peringkat DUN dan Parlimen.

Baru-baru ini, terjadi debat yang meluas mengenai apakah bentuk pola pengundian yang harus diutamakan oleh masyarakat Muslim di Malaysia pada pilihan raya kali ini. Ada satu perkumpulan politik yang menganjurkan supaya calon yang berwibawa diutamakan dan tidak melihat kepada parti yang diwakilinya.

Alasannya demi memastikan jumlah Ahli Parlimen daripada kalangan Muslim lebih ramai dan ini akan dapat menjamin kepentingan agama dan ummah terpelihara di negara ini.

Pandangan ini disanggah oleh pendapat yang melihat keutamaan pada masa kini harus diberikan kepada parti berbanding calon. Alasannya, isu kewibawaan calon suatu yang bersifat subjektif atau terdedah kepada penilaian yang pelbagai. 
 
 

Wanita solehah versi UMNO


Citer banyak pun tak guna. Tengok dan nilai sendiri.



27 April, 2013

PAS Penang. Duduk di metropolitan tapi bangang nak mampus!

Pertindihan Kerusi Antara PAS dan PKR Selesai, Tetapi Dun Sungai Aceh Terus Bermasalah? 

oleh: MSO


Alhamdulilah isu pertindihan tujuh kerusi di antara PAS dengan PKR sudah selesai. Penyelesaian ini menunjukkan semangat tinggi baik di pihak pimpinan dan calon-calon terlibat untuk melihat cita-cita menumbangkan kerajaan UBN tercapai. Penyelesaian itu dicapai dengan penuh keadilan apabila tiga kerusi diserahkan kepada PAS dan empat kerusi diseahkan kepadsa PKR.

Kerusi-kerusi yang diserahkan kepada PAS ialah, Kota Putera, Seberang Takir dan Bukit Besi ketiga-tiganya di Terengganu. Manakala kerusi-kerusi Sungai Aceh, Pulau Pianng, Panti Johor dan parlimen Labuan Sabah diserahkan kepada PKR.

Perkara ini diumumkan Setiausaha Agung PAS, Mustapa Ali. Katanya juga pihaknya sudah memaklumkan kepada SPR mengenai penarikan diri PAS dari bertanding di kerusi-kerusi yang diserahkan kepada PKR itu.

Sementara itu satu lagi kerusi yang menjadi kontroversi kerusi Damansara, Selangor yang berlaku perebutan di antara PAS dengan PSM yang bertanding atas lambang PKR, juga selesai apabila PAS  bersetuju untuk mengalah dan serahkan kerusi itu kepada PSM atas alasan status quo.

PAS telah mengarah jenteranya di Subang Jaya supaya membantu bagi kemenangan calon PSM Dr Mohd Nasir.

Dengan penyelesaian itu pihakUBN tidak dapat lagi untuk mengatakan berlaku perlawanan sesama sendiri dalam Pakatan Rakyat bagi menggambarkan timbul kelam kelibut dalam Pakatan Rakyat, berbalah sesama sendiri bagi mengabui mata pengundi.

Dengan penyelesaian di pihak PR itu, kini menjadi cabaran kepada Umno untuk menyelesaikan masalah di dalam partinya yang masih belum tuntas. Baru-baru ini Umno memecat 52 ahli partinya kerana melakukan berbagai kesalahan termasuk bertanding sebagai calon bebas kerana tidak berpuas hati atas keputusan pucuk pimpinan parti.

Antara mereka ialah Timbalan Ketua Wanita Kamaliah Ibrahim bertanding calon bebas di parlimen Kuala Kangsar, bekas menteri kabinet Sharif Omar bertanding atas tikit Bebas di Tasik Gelugur dan satu kerusi Negeri, dan Exco Kedah Fadzil Hanafi bertanding Bebas di Alur Mengkudu dan lain-lain.

Sementara dalam perkembangan terbaru khabarnya PAS di Sungai Aceh masih belum berganjak, untuk menyerahkan kerusi itu kepada PKR dan terus berkeras untuk bertanding walaupun parti sudah memutuskan kerusi itu diserahkan kepada PKR menerusi calonnya Badrul Hisham Shahrin.




gambar dari amenoworld


Beberapa pemimpin PAS di Sungai Aceh masih enggan untuk memberi kerjasama kepada Badrul walaupun berbagai usaha dilakukan.




Apa yang menjadi tanda tanya, kepelikkan dan kehairan orang ialah bilamana muslimat2 PAS turun padang dan berkempen bagi pihak PAS. sumber amenoworld


Kerusi Sungai Aceh adalah kubu kuat Umno di mana sukar untuk PKR atau PAS memenangi kerusi berkenaan sekiranya tidak ada kerjasama di antara satu sama lain. Adalah diharap pimpinan PAS Pulau Pinang akan menyelesaian pertikaikan itu dengan baik demi menjaga keharmonian Pakatan Rakyat.

Tidak ada gunanya kedua pihak 'berkekah', di mana akhirnya kerusi itu terlucut sekali lagi kepada UBN.

Geng puteri eksiden sampai terkangkang!



sampai terkangkang tunggu geng UMNO datang tapi tak datang2!.


Rakaman gambar yang dikirim kepada (Blog) Omak Kau memberitahu ada (kemalangan) jalanraya berlaku melibatkan 2 buah motosikal yang ditunggangi oleh dua Puteri UMNO. Datang membantu segera ialah para petugas PKR yang kebetulan berada dekat situ sedangkan petugas UMNO masih tidak nampak muka.

Kawan ketawa ramai kawan untuk sama menangis sukar nak jumpa... Sekarang baru tahu siapa kawan siapa lawan..Kawan boleh jadi lawan ... lawan boleh menjadi kawan.

Ini dinamakan politik dinamika..politik tolak fahaman sempit...politik berhemah bukannya politik lucah...Politik guna otak bukan pakai otot.








Baca boleh terkentut-kentut nih!







Azeez fasih bahasa Tamil

SEBUT sahaja Pengerusi Putera UMNO, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim, terus terbayang dalam fikiran kita, ah! mat rempit.

Tetapi berapa ramai dalam kalangan kita yang mengetahui bahawa ‘pembela mat rempit’ itu bukan setakat memahami ‘bahasa mat rempit’ malah fasih berbahasa Tamil?

Beliau berjanji akan menggunakan kemahirannya itu untuk membantu Barisan Nasional (BN) dalam kempen Pilihan Raya Umum Ke-12 nanti.

‘‘Saya pandai berbahasa Tamil dan akan menggunakannya bagi menerangkan isu-isu semasa kepada masyarakat India,’’ katanya kepada pemberita di Baling, Kedah.

Bertuahlah bagi mereka yang mampu menguasai bukan sahaja bahasa Melayu dan Inggeris, malah pelbagai bahasa lain di dunia ini.









Panas! Puad Zarkhasi terus jadi calon walaupun gagal kemukakan perbelanjaan pilihanraya PRU12!


Orenji Ren Oren



Pada 16 April 2013 yang lepas, Dr Hj Mohd Puad Zarkashi telahpun menerima watikah untuk bertanding sebagai calon BN dalam PRU-13 bagi Parlimen Batu Pahat. Lebih mengejutkan lagi apabila SPR telahpun mengesahkan pencalonan beliau pada 20 April yang lepas semasa hari penamaan calon.

Mengikut Akta Kesalahan Pilihanraya 1954, mana-mana calon yang terpilih dan wakil tidak menghantar penyata perbelanjaan dalam tempoh yang ditetapkan, adalah tidak layak bagi calon berkenaan untuk bertanding pada pilihanraya berikutnya.

Pada pilihanraya umum ke-12 yang lepas, Haji Siam telah dilantik menjadi wakil calon bagi Saudara Fuad Zarkashi sebagai calon Barisan Nasional untuk Parlimen P150 Batu Pahat. Namun disebabkan sikap tidak telus calon dalam pilihanraya tersebut kerana ada elemen yang menyalahi Akta Kesalahan Pilihanraya 1954, Haji Siam mengambil keputusan untuk tidak menandatangani penyata perbelanjaan calon pada borang (d). Akibat daripada tindakan itu beliau menerima surat tunjuk sebab daripada Setiausaha Agung UMNO (BIL UMNO/R/SUA/8 JLD 1/21) yang bertarikh 7 November 2009.

Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) didesak segera mengemukakan kenyataan balas terhadap satu laporan polis yang telah dibuat 18 April, Khamis lepas. Dalam repot polis berkenaan, pengadu Saudara Siam Bin Kasrin telah mengemukakan aduan berhubung salah laku yang telah dilakukan oleh calon Barisan Nasional (BN) iaitu Saudara Mohd Puad Zarkashi.









26 April, 2013

Kih kih kih! nak basuh berak pun tak lepas!



Bangang melantun!


Calon UMNO untuk P 95. kenal tak? hahaha




Panas! UMNO Perak guna khidmat bomoh Siam!




Nazri Aziz jadi stokis bomoh siam untuk UMNO Perak. Telah dihimpunkan lebih 20 bomoh siam di rumah beliau di Kampung stesen Kuala Kangsar. Perghhhh!

Setakat ini (yang diketahui) Idham Lim dan Calon PAS DUN Chenderoh sedang melalui proses perubatan akibat terkena serangan santau!

menyusul.......

 
P/S: Patut la Najib pun takut nak gugurkan Nazri Aziz dari jadi calon!

Penyalagunaan wang FELCRA oleh UMNO (bergambar)





Jom sama2 doakan jenderal cyber UMNO yang kemalangan agar segera sihat.




Blogger UMNO tgn kirinya hancur...

JENERAL PERANG SIBER UMNO/BN CEDERA KEMALANGAN.. MARI KITA DOAKANNNYA

NAMA JENERAL PERANG SIBER UMNO/BN INI IALAH DR.NOVANDRI HASAN BASRI..ATAU TERKENAL DENGAN BLOG DR.MIM.. YANG PERNAH DISABITKAN DENGAN KESALAHAN MEMFITNAH PEMIMPIN PAKATAN RAKYAT DAN JUGA PENYEBAR TEGAR VIDEO LUCAH.. NAMUN HARI INI NASIB MALANG MENIMPA DIRINYA APABILA TERBABIT DALAM KEMALANGAN DI SLIM RIVER PERAK...

BAGAIMANAPUN.. SEBAGAI SAUDARA SESAMA ISLAM..BERSAMALAH KITA DOAKAN JENERAL PERANG SIBER UMNO INI KEMBALI SEMBUH SEPERTI SEDIA KALA.. AMINNN

















25 April, 2013

Panas! Tajudin Pasir Salak ugut ADO!



Program perasmian My Desa My Future di Dewan Majlis Daerah Kg Gajah (Pasir Salak) jam 5.30 petang tadi dirasmikan oleh KSN.

Majlis tersebut tidak membenarkan ahli politik hadir. Tapi Tajudin yang menganggap Pasir Salak harta mak bapak dia tanpa rasa malu telah hadir!

Kehadiran beliau telah tidak dilayan oleh KSN dan pegawai2 pejabat daerah.

Jam 4.30 petang sebelum majlis perasmian bermula Tajuddin marah dan mengugut ADO Kg Gajah kerana beliau tidak mendapat jemputan ke majlis itu! Tionaseng!

 

Hot! Jadual penerbangan pengundi hantu Sabah ke Semenanjung!.

King of Goblok

Berikut ialah jadual penerbangan pesawat MAS dari Kota Kinabalu ke Kuala Lumpur iaitu di KLIA.

Disamping flight Sewa Khas sebanyak 5 unit diterbangkan KHAS dari Sabah ke Subang...[Rujuk sini ] Flight biasa juga semakin kerap ..

So perkara ini bukan boleh ambil mudah.. Sila pastikan mereka yang turun ini bukan pengundi hantu. Tunggu mereka di pintu kluar air port dan perhatikan pergerakan mereka.Menaiki bas ke sesuatu tempat dan akan mengundi di kawasan yang didaftarkan oleh si PENIPU SPR.





Terhot! Tajuddin memecat pengurus FELCRA Seberang Perak!

 

Berita baru diterima Tajuddin Abdul Rahman (gambar) selaku pengerusi FELCRA  telah memecat tugas  Pengurus FELCRA Seberang Perak (bertempat di Parlimen Pasir Salak) kerana keengganan beliau menggunakan dana FELCRA untuk membiayai perbelanjaan konsert Ella,  Amy Search  dan kumpulan MAY yang telah dilangsungkan pada 20 April yang   yang lalu.

Menurut sumber lagi, bayaran untuk artis Ella adalah sebanyak 30 ribu manakala untuk Amy Search dan May sebanyak 40 ribu.

Penolakan tersebut juga berpunca kerana sebelum itu wang FELCRA turut digunakan untuk membiayai majlis bacaan tahlil UMNO.

Walau bagaimanapun pengurus besar FELCRA yang telah dipecat tidak dapat berpindah buat masa ini kerana beliau telah dilantik oleh SPR untuk memegang jawatan Pengurus Besar Pilihanraya yang akan dilangsungkan pada 5 Mei ini.

Berita selanjutnya akan menyusul.




ralat (07.25p.m):
1. delete-memecat pengurus FELCRA Seberang Perak, Insert - menukarkan 24 jam pengurus FELCRA Seberang Perak.
2. delete-membiayai majlis bacaan tahlil UMNO. inseert-berbagai-bagai program UMNO.
3. delete-Pengurus Besar Pilihanraya. insert-Ketua pasukan penguatkuasa pilihanraya.

kesilapan amat dikesali


Ni pehal pulak nih?