24 Ogos, 2014

Apakah BN semakin berjaya mendapatkan 2/3?

Daripada 222 kerusi parlimen, BN perlukan 15 kerusi lagi untuk mendapatkan kuasa 2/3 bersamaan 148 dari 222.

Korang nampak apa yang aku nampak dalam perkembangan mutakhir ini?

P/S:  umno sememangnya dah nyawa2 ikan. Masih tegak berdiri semata-mata sokongan kerusi parlimen dari Sabah dan Sarawak. Persoalannya, apakah umno tidak berbuat sesuatu untuk mengubah keadaan ini?

Apakah keributan di Selangor sebahagian dari proses ini?

22 Ogos, 2014

Merosot 29%? berapa kerusi yang tinggal?

BANGI: Pengundi di Selangor cenderung mengekalkan sokongan kepada Pakatan Rakyat sekiranya pilihan raya negeri diadakan sekarang sebagai penyelesaian kepada krisis Menteri Besar negeri itu, kata satu kaji selidik yang dijalankan oleh Merdeka Center for Opinion and Research.

Kaji selidik itu juga mendapati pengundi di Selangor cenderung untuk Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail jadi menteri besar berbanding Timbalan Presiden, Azmin Ali atau calon daripada PAS atau UMNO.

Hasil kaji selidik itu mendapati 57 peratus pengundi di Selangor sedia "memberi peluang" kepada Pakatan Rakyat untuk kembali memerintah. Hanya 29 peratus mengatakan mereka tidak akan memilih Pakatan Rakyat manakala 15 peratus tidak pasti.

Berapa yang tinggal?

Uik?

20 Ogos, 2014

Senario UG dan Konsensus Nasional yang misteri.

KONSENSUS NASIONAL + UNITY GOVERNMENT = ''GENG UMNO ?

MENGAPA KHALID IBRAHIM DIKATA PRO UMNOBN PULA ?

Apa beza Unity Goverment (UG) TGHH-Pak Lah dengan KN (Konsesus Nasional) Najib-Anwar?
Apa kaitannya dengan isu pertukaran TSKI, MB Selangor.

Jom kita baca senario di bawah ini

Latarbelakang UG wujud: (2008 senario)

+BN tinggal 9 negeri, PR dapat 5 negeri

+Banyak kerusi UMNO-BN hilang, MCA-dan MIC-Bn hilang

+BN dalam keadaan lemah, UMNO pun lemah

+Tun M tekan Pak Lah dan mahukan Pak Lah letak jawatan dan beri pada Najib

+Tun M marah Pak lah sebab lepaskan Anwar dari penjara lebih awal

+Tun M marah sebab anaknya tidak dapat jadi Menteri Pusat dan tidak mahu menantu Pak Lah (KJ) naik lebih tinggi

Perbincangan UG (senario depan)

+Pak Lah ajak TGHH bincang

+PAS setuju dengan syarat DAP dan PKR datang bersama sebagai satu pasukan
Persetujuan awal:

+PKR datang sebagai satu pasukan mengendalikan pentadbiran negara dibawah 5 negeri yang PR pegang 2008 dan BN pegang 9 negeri tanpa ada isu pemerintah dan pembangkang, dan BN akan serah beberapa potfolio kepada PR..

+Implikasi: Najib tidak jadi PM dalam masa yang dekat, Anwar tidak berpeluang naik jadi PM kerana terpaksa menunggu Najib selesai tempoh sebagai PM; Anwar tidak akan cabar Pak Lah yang terlah berjasa padanya.

+Anwar beritahu geng Anwariyun dalam PAS bahwa PAS nak mausk UMNO dalam pakatan Unity Government, dan puak Anwariyun ini percaya bulat2 kata2 Anwar tanpa mereka menyemak mengenainya dgn Presiden PAS, dan akhirnya mereka buat bising, protes di Parlimen tentang UG yang mereka tidak ada maklumat langsung dari Presiden, akhirnya menghasut ahli sehingga TGNA juga terperangkap kerana Husam dan Anual berikan maklumat yang tidak tepat tentang UG kepada TGNA

Latarbelakang KN wujud: (2013 senario)

+BN dapat 11 negeri, PR dapat 3 negeri

+BN dalam keadaan kuat, UMNO puan kuat

+Najib sebabkan Malaysia pikul hutang negara lebih RM600 bilion, Najib jadi liablity bila kes Altantuya, kapal selam Scorpene, Jet pejuang tiada enjin menghantui rakyat dan negara, Najib jadi liability pada BN dan kehancuran BN

+Tun M kecewa dengan Najib dan pentabdiran Najib dan mahukan Muhyiddin ganti Najib

+Tun M kecewa anaknya Mukhriz gagal jadi Naib Presiden UMNO kerana halangan dari team Najib

+Tun M kecewa Najib gagal pertahan projek Jembata Bengkok yang Tun M ada interest di dalamnya

+Tun M tekan Najib supaya lepaskan jawatan

Perbicangan KN

+Bila Najib dlam keadaan fragile dan vulnerable, Najib offer pada Anwar KN Konsensus Nasional tu ialah National Reconciliation

+BN buka Putrajaya kepada Anwar serta satu pos Menteri dan beberapa potfolio kerajaan diberikan kpd PKR, dengan syarat PAS dibawa bersama dan duduk dibawah perundingan PKR, Penang di bawah PR-DAP, Kelantan dibawah PR-PAS, tapi Selangor dibawah PR-BN…..

+Anwar kena a,mbilalih Selangor dari TSKI atau siapa sahaja dari PKR tapi bukan TSKI

+Selangor jadi fixed deposit atau collateral damage sekiranya KN dilaksanakan.

+PR tidak boleh kritik BN lagi. BN tak ka serang PR lagi

+Anwar hantar wakil (Saifudin) jumpa SUA PAS untuk pujuk Presiden supaya terima KN

+SUA PAS tolak, dan suruh Saifudin jumpa Presiden PAS sendiri

+Anwar hantar wakil panggil Dr Zul dan bincang dan mita Dr Dzul pujuk Presiden PAS terima KN

+Presiden pergi Yaman singgah di Dubai, Dr Dzul kejar Presiden dan cuba pujuk Presiden PAS di Dubai untuk KN, tapi Presiden PAS tolak

+Anwar hantar wakil PKR (Saifudin) bertemu dengan Zahid Hamidi UMNO-BN untuk bincang tentang KN dan cuba heret PAS ketika itu kerana Presiden PAS ada di London untuk program lain.

+Presiden PAS tidak tahu menahu tentang adanya pertemuan sulit dalam kelambu itu di London.

+Saifudin hubungi seorang pimpinan PAS supaya atur pertemuan dengan Presiden PAS yang ada London untuk datang bertemu dengan Zahid Hamidin; tidak ada perancangan awal yang diberitahu kpd PAS sebelum ini mengenai pertemuaan itu; “pimpinan PAS” itu yang membuat urusan mengejut dan tiba-tiba secara rahsia bersama Saifudin. Adakah orang PAS ini Ustaz Nasa? Bukan….Tapi “pimpinan PAS” ini minta SETPOL Presiden PAS supaya pujuk Presiden hadir dalam pertemuaan sulit itu. Presiden menolak

+SETPOL Presiden sahaja yang pergi hadir bersama “pimpinan PAS” itu bertemu dengan Saifudin dan Zahid Hamidi..

Saifudin dan Zahid terkejut kerana Presiden PAS tidak datang ke hotel di mana Zahid dan Saifudin menginap, lalu berhentikan perbincangan lebih awal.
Implikasi: Najib kekal kuasa; Muhyiddin tidak berpeluang naik jadi PM. Anwar berpeluang ke Putrajaya dan ada harapan jadi PM

Rumusan:

+PKR main kayu tiga belakang PAS dan DAP.
+DAP tidak ada tempat dalam KN
+Selangor jadi collateral damage untuk KN berjaya dan Anwar dan PKR ke Putrajaya
+ PAS jadi bahan gunaan dan perangkap samar.
+Itulah beza UG dan KN

Photo: KONSENSUS NASIONAL + UNITY GOVERNMENT = ''GENG UMNO ?

Baca The Malaysian Insider 30 Jan 2014 utntuk berita pertemuaan sulit itu.

18 Ogos, 2014

Benarkan ini punca kemelut Selangor?

1. Benarkah seawal beberapa hari lepas PRU ke 13, Dato Seri Anwar Ibrahim (DSAI) telah menggerakkan satu langkah untuk mewujudkan satu kerajaan 'Konsensus Nasional' dengan Barisan Nasional (BN) yang dipimpin oleh Dato Seri Mohammad Najib Tun Razak (DSNR).
Pencapaian buruk BN di bawah DSNR, telah menyebabkan dia berkemungkinan berhadapan dengan desakan-desakan dari dalam UMNO sendiri supaya beliau melepaskan jawatan sepertimana yang berlaku kepada Tun Abdullah Ahmad Badawi. Benarkah setelah melihat kepada situasi tersebut, DSAI telah mengambil inisiatif mengusahakan perkara ini?
2. Benarkah Jusuf Kalla (sekarang Timbalan Presiden Indonesia) telah menjadi mediator antara DSAI dan DSNR untuk menjayakan langkah 'Konsensus Nasional' ini, dan beliau telah datang beberapa kali ke Malaysia untuk tujuan tersebut?
3. Benarkah halangan kepada langkah 'Konsensus Nasional' ini di dalam PR adalah PAS, yang tidak mahu usaha ini dilakukan kerana akan mengkhianati kepercayaan majoriti rakyat Malaysia (berdasarkan undi popular) terhadap parti-parti Pakatan Rakyat (PR)?
4. Benarkah satu usaha berterusan telah dilakukan untuk memujuk Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang (TGHA) bersetuju dengan Konsensus Nasional, setelah beliau dengan tegas menolaknya?
5. Benarkah TGHA telah diekori sampai ke London untuk dipertemukan dengan Dato Seri Zahid Hamidi (Naib Presiden UMNO) dengan perantaraan Saifuddin Nasution, agar mempersetujui Konsensus Nasional ini?
6. Benarkah halangan utama kepada langkah 'Konsensus Nasional' ini di dalam UMNO ialah Tun Dr Mahathir Mohammad sendiri yang melihat langkah ini cuba memberi talian hayat kepada DSAI?
7. Benarkah perlantikan Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, peguam kanan terkemuka, mengendali kes liwat Saiful Bukhari adalah antara usaha yang 'luar biasa' untuk mensabitkan DSAI dan sekali gus menggagalkan langkah 'Konsensus Nasional' ini?
8. Benarkah DSAI telah menandatangani secara sebelah pihak satu dokumen yang memberikan butiran lanjut tentang pembentukan kerajaan 'Konsensus Nasional' ini?
9. Benarkah di dalam dokumen itu terkandung tawaran DSAI untuk mengembalikan Selangor kepada BN, dan beliau mendapat jawatan Timbalan Perdana Menteri 2 dan beberapa lagi jawatan kabinet?
10. Benarkah Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim (TSKI), Menteri Besar yang diamanahkan sekarang, merupakan halangan utama kepada pelaksanaan kandungan dokumen ini khususnya yang berkaitan dengan Negeri Selangor?
11. Benarkah Kajang Move ini adalah langkah susulan untuk menjayakan Konsensus Nasional dengan menaikkan DSAI sebagai Menteri Besar Selangor yang baru seterusnya merealisasikan kandungan dokumen itu?
12. Benarkah kandungan kenyataan Rafizi Ramli di bawah ini tentang Kajang Move secara tersirat menggambarkan hubung kait antara Kajang Move dan Konsensus Nasional?
"It is an open secret that the move to remove Najib Razak has begun. As a party strategist, I cannot rule out the possibility that Najib is removed and Umno falls to the ultras led by Mahathir Mohamad’s faction".
Adalah menjadi satu rahsia terbuka bahawa gerakan untuk menjatuhkan Najib telah bermula. Sebagai seorang strategis parti (PKR), saya tidak menolak kemungkinan Najib disingkirkan dan UMNO akan jatuh ke tangan golongan melampau dari kumpulan Dr Mahathir Mohamad".
13. Benarkah Konsensus Nasional ini tergencat apabila DSAI disabitkan kes meliwat Saiful Bukhari oleh Mahkamah Rayuan beberapa hari sebelum penamaan calon PRK Kajang (Kajang Move), yang menyebabkan DSAI tidak layak menjadi calon?
14. Benarkah langkah 'Konsensus Nasional' tidak lagi berbangkit setelah kegagalan Kajang Move ini, walaupun PAS kemudiannya telah memberi persetujuan awal terhadap Konsensus Nasional yang diusahakan DSAI dengan syarat dijelaskan apakah butir-butir permuakatan yang diusulkan oleh DSNR?
15. Benarkah setelah kemenangan Jusuf Kalla baru-baru ini, ada usaha-usaha untuk menghidupkan semula Konsensus Nasional, ditambah dengan perbicaraan kes liwat DSAI di Mahkamah Persekutuan yang semakin hampir?
Saya memohon pihak-pihak berkaitan untuk memberikan jawapan-jawapan kepada perkara ini, supaya saya boleh membantu menjelaskan ketidakpastian yang ditimbulkan oleh kalangan rakyat yang bertanya.

13 Ogos, 2014

Checkmate!

Walau apa pun berlaku, 
PKR dah kena checkmate.
Kenapa checkmate…?
1) Sultan x berkenan PKR menghadapnya.
2) MB sahaja yg boleh memanggil Sidang Dun tergempar.
3) Sidang DUN hanya akan berlaku pd November.
4) Inilah masa yg akan digunakan MB supaya undi x percaya tidak berlaku.
5) Bangunan HQ, TSKI dah minta kembalikan kpdnya.
6) Tiada lagi peruntukan drpd kerajaan negeri utk ADUN2 PKR & DAP kecuali hanya gaji shj.
7) Semua Ahli2 Majlis PKR & DAP akan diberhentikan.
8) Byk lagi yg akan berlaku.
9) Kita tunggu & lihat.
10) Siapa yg terkena....

11 Ogos, 2014

Selangor. Siapa sebenarnya agen UMNO?

Umno tak minat lansung utk kekal tski sbg mb... Kalau anwar tak leh kawal tski apatah lagi najib, kata mereka. Ikut war room umno...umno boleh ambil 5-7 kerusi pas dan 3-4 kerusi pkr di selangor jika prn diadakan. Nnti bn menang, dia xkan lantik tski mb. Sama mcm kelantan 1978 bn menang mrk xlantik Dato Md Nasir. Mrk sokong tski skrg bkn sbb sayang kat tski.Mrk sokong kekal tski trmasuk guna istana sbb nak pecahkan PR. Dan nmpknya hmpir brjaya. Pengundi melayu atas pgar yg undi pr pru13 akan kembali kpd umno, kata ilham center atau undi untuk BN kekal tetapi undi untuk PR akan turun dengan drastik, kata aku.

Di bawah aku ulangi lagi paparan DUN PR yang bakal tumbang.

P/S: Siapa sebenarnya yang sedang membantu umno?

10 Ogos, 2014

PRK Selangor. Ramalan DUN PKR bakal tumbang

PRK selangor. Ramalan awal. DUN2 PKR sedia ada akan berbaki 6 jika undi untuk PAS sebanyak 18% di Kota Damansara diambilkira. PRK. Jangan tak PRK. Biar semua merempat semula. Baru ada akai!

08 Ogos, 2014

10 sebab Wan Azizah tak layak jadi MB?

Aku tolong share je. Sumber SINI

Salam 2 all.

Rupanya artikel saya semalam bertajuk D-Day Untuk Khalid Ibrahim menjadi kenyataan. Sekarang sahih MPT PKR bermesyuarat liwat malam semalam untuk mengenepikan Tan Sri Khalid dan mengangkat Wan Azizah boneka Anwar sebagai Menteri Besar Selangor!

Satu soalan besar yang wajib ditanya oleh seluruh umat Melayu-Islam di Selangor, adakah Wan Azizah akan mengarahkan MAIS mengembalikan bibel versi Melayu kepada pendakyah kristian Bible Society Malaysia? Adakah Wan Azizah akan benarkan pendakyah kristian di Selangor mengguna-pakai kalimah Allah! Kerana inilah tuntutan cauvinis DAP terhadap Tan Sri Khalid yang gagal mereka dapat, menyebabkan cauvinis DAP marah kepada Tan Sri Khalid!

Satu soalan besar saya nak tanya Wan Azizah sebelum dia fikir dia layak jadi MB Selangor, dimana jam Omega skandal China-Doll itu? Datuk Eskay telah membuktikan jam Omega itu ada dengan dia, dan telah pun menyerahkannya kepada pihak polis. Tetapi sehingga kini Wan Azizah masih belum menunjukkan dimana jam Omega yang dia dakwa ada dalam simpanannya.

Samada Wan Azizah yang berbohong, atau Datuk Eskay yang berbohong! Tetapi Datuk Eskay sudah kemukakan bukti jam itu ada pada dia! Wan Azizah belum lagi!

Persoalan ini penting bukan kerana rakyat Selangor kemaruk jam Omega itu. Tetapi ianya menimbulkan persoalan kewibawaan, integriti, amanah dan keboleh-percayaan!

Kalau Wan Azizah gagal menunjukkan jam Omega itu, akan timbul persepsi seolah-olah Wan Azizah berbohong! Bahawa Wan Azizah Presiden PKR melindungi suami dia yang juga Ketum PKR yang telah didakwa melakukan kerja maksiat dan mungkar! Adakah Wan Azizah kelak sebagai MB Selangor akan melindungi Anwar sebagai Penasihat Ekonomi Selangor?

Kalau Wan Azizah sanggup berbohong untuk melindungi dan menyembunyikan kemungkaran dan kebatilan, bagaimana mungkin Wan Azizah fikir dia layak menjadi Menteri Besar Selangor?

Pada saya  ini satu penghinaan kepada nilai kemanusiaan & demokrasi, an insult to humanity & democracy. Suatu penghinaan kepada kewarasan kemanusiaan.  An insult to human intelligence!

Pada saya, cadangan perlantikan Wan Azizah sebagai MB Selangor membuktikan 10 perkara berikut:

1. 'Ibu Segala Nepotisma' - Anwar dan pembangkang yang selalu melalak konon UMNO dan BN mengamalkan politik kronisma dan nepotisma sekarang terbukti sebagai cakap tak serupa bikin. Saya hairan melihat PKR menjadi dungu dan bodoh, seolah-olah mereka lupa Wan Azizah adalah bini Anwar Ibrahim. Tidak ada demokrasi dalam dunia ini yang menjadikan jawatan parti atau Kerajaan warisan keluarga. Setahu saya hanya Korea Utara sahaja yang menjadikan jawatan politik sebagai milik keluarga dan boleh dipusakai turun-temurun.

Ini adalah bukti PKR mengamalkan amalan politik nepotisma yang tebal. Ini adalah 'Ibu-Segala-Nepotisma' - Mother of All Nepotisme.

2. Parti Keluarga - Cadangan perlantikan Wan Azizah adalah jelas membuktikan bahawa PKR ini hanyalah parti untuk kepentingan Anwar dan keluarganya. Tidak ada parti politik didunia demokrasi ini, samada di negara maju, mahupun negara mundur yang mana suami menjadi Ketua Umum, isteri Presiden dan anak Naib Presiden.

3. Kepentingan Keluarga - Perlantikan Wan Azizah juga adalah bukti Anwar bukannya meletakkan perjuangan untuk rakyat sebagai agenda parti. Sebaliknya Anwar menjadikan PKR sebagai medan perjuangan untuk kepentingan diri dan keluarganya sahaja!

Saya sangat bersimpati dengan Azmin Ali yang telah begitu banyak berkorban untuk Anwar Ibrahim dan keluarganya. Angan-angan dan cita-cita Azmin untuk menduduki kerusi MB Selangor nampaknya terpadam begitu sahaja. Saya sedih membaca tweet Azmin yang dikatakan sedang berada di Mekah, yang meluahkan perasaannya setelah berita keputusan MPT PKR melantik Wan Azizah sebagai MB Selangor diumumkan oleh Anwar.

Kata Azmin dalam tweetnya - orang gila kuasa sanggup buat apa saja, isteri sendiri pun diperguna untuk capai matlamat. Kesiaan!

Tunggu apa lagi Min, pergilah berunding dengan Dato' Sri Najib. Bawalah sekali rakan-rakan lain yang telah di-kencing oleh PKR untuk mengadakan kerjasama strategik dengan BN. Tidak ada guna lagi duduk mendokong biawak hidup Min. Fikirkan masa depan diri sendiri dan keluarga yop.

4. Demokrasi Lawak Senario - Tindakan PKR melantik Wan Azizah sebagai MB Selangor menjadikan amalan demokrasi negara ini bahan lawak senario negara-negara didunia ini. Suami Ketua Pembangkang Parlimen dan isteri Ketua Kerajaan Negeri! Mungkin rakyat Zimbabwe pun akan terkedu melihat politik PKR ni yop!

5. Khianat Tan Sri Khalid - Habis madu sepah dibuang! Perlantikan Wan Azizah juga adalah satu pengkhianatan kepada Tan Sri Khalid Ibrahim, tokoh korporat yang sanggup berkorban meninggalkan kemewahan dunia korporat dengan memberi sokongan kepada Anwar-Azizah demi sebuah persahabatan. Tan Sri Khalid telah berjaya memperkukuhkan kedudukan PKR dan pakatan DAP-PKR-PAS di Selangor dengan mendapat mandat 2/3 majoriti dalam PRU-13. Setelah berada di kedudukan yang selesa, kini Tan Sri Khalid mahu diketepikan untuk memberi tempat kepada isteri Anwar Ibrahim!

6. Khianat Rakyat Selangor - Perlantikan Wan Azizah sebagai MB Selangor juga adalah satu pengkhianatan kepada rakyat Selangor yang telah memberi mandat 2/3 majoriti kepada kerajaan PKR-DAP-PAS Selangor dibawah pimpinan Tan Sri Khalid. Ini adalah satu pencabulan demokrasi yang tidak boleh dimaafkan oleh rakyat Selangor.

7. Hina Orang Selangor - Perlantikan Wan Azizah juga adalah satu penghinaan kepada orang Selangor kerana "mengimpot" orang luar untuk menjadi MB. Seolah-olah tidak ada orang Selangor yang layak menjadi MB. Selama berpuluh tahun dibawah pemerintahan BN, UMNO sentiasa memastikan jawatan MB dipegang oleh anak jati Selangor. Tan Sri Khalid adalah anak jati Selangor, sedangkan Wan Azizah adalah 'orang luar' berasal daripada negeri kerajaan Lim Guan Eng!

8. Memalukan PAS - Perlantikan Wan Azizah juga membuktikan PKR tidak menghormati PAS, malah memalukan PAS. Kerana sudah menjadi amalan dan pendirian PAS tidak menerima wanita sebagai ketua mereka. Sedangkan Kerajaan PAS Kelantan pernah mengharamkan wanita mewakili Kelantan sebagai Qariah dalam Tilawah Al-Quran. PAS pernah satu ketika melarang kepimpinan wanita duduk atas pentas bersama barisan kepimpinan lelaki. Malahan PAS pernah menjadikan wanita bahan politik dengan mensyaratkan calon PRU mengangkat sumpah talak tiga terhadap isteri masing-masing jika keluar daripada PAS. Sekarang Anwar mahu PAS menerima isterinya sebagai ketua mereka! Ini adalah satu penghinaan kepada PAS!

9. Cacing Nak Jadi Naga - Tindakan Parti Anwar menamakan Wan Azizah sebagai MB membuktikan sikap 'cengkadak naik junjong', 'cacing nak jadi naga'. Ianya bukti PKR langsung tidak menghormati PAS dan DAP yang mempunyai jumlah kerusi lebih daripada PKR.

10. Jawatan MB Hakmilik Parti - Malah tindak tanduk PKR dengan menamakan Wan Azizah sebagai MB sebelum merujuk kepada komponen seolah-olah menjadikan jawatan MB Selangor seperti milik PKR walaupun mempunyai kerusi paling sedikit dalam Pakatan DAP-PKR-PAS!

Apa pun , saya pasti rakyat Selangor khasnya dan rakyat Malaysia amnya sudah nampak pekong politik amalan Anwar Ibrahim dan pakatan DAP-PKR-PAS ini. Di Pulau Pinang, anak Ketum DAP diangkat jadi Ketua Menteri. Di Selangor, bini Ketum PKR dilantik jadi MB. Ini satu isyarat dan bukti yang Allah berikan supaya kita menggunakan akal yang diberi. Kalau ini pun masih tak nampak, saya tak tau isyarat dan bukti apa lagi yang rakyat mahukan daripada Allah.

Allah dah beri akal, fikirkan sendirilah yop!

Dan kepada Tan Sri Khalid, selamatkanlah maruah dan harga diri rakyat negeri Selangor.  Nasihat saya ialah untuk Tan Sri mengadap Ke Bawah Duli Tuanku Sultan Selangor dan menasihatkan Tuanku supaya membubarkan DUN Selangor.

Kembalikan hak menentukan kepimpinan Kerajaan Negeri Selangor kepada rakyat Selangor.

Daripada rakyat, kepada rakyat dan untuk rakyat!

Wallahua'alam dan Wassalam.

07 Ogos, 2014

05 Ogos, 2014

PRK. Ramalan DUN Selangor bakal tumbang

Ramalan awal. DUN2 Selangor bakal tumbang jika diadakan PRK.
DAP 2
PAS 6
PKR 5

Keputusan DAP 13, PAS 9, PKR 9. Jumlah 31. Kelebihan 3 DUN. 4 lompat, terlungkup!

04 Ogos, 2014

Panas. Kisah Tropicana.

KENAPA PIHAK2 TERTENTU TIDAK SAMAN MEREKA2 YANG KELUAR KENYATAN DI BAWAH INI DAHULU DAN BERSAMA INI JUGA SAYA COPE KENYATAN TAN SRI KHALID IBRAHIM AKAN SAMAN SAIFUDDIN DENGAN FITNAH BENDA YANG SAMA.. TAPI KENYATAN INI LAGI TERPERINCI DENGAN NAMANYA SEKALI... INI MUNGKIN BETUL SEBAB PIHAK2 TERTENTU MEDIAM DIRI.

PENDEDAHAN.. PANAS. PANAS.
SBB MUSABAB KENAPA T.S.K.I PERLU DIJATUHKAN.

Pada April 2013, di saat menghadapi PRU13, sekeping tanah seluas 1,172 ekar, berdekatan dengan Kota Kemuning, Putra Heights dan Bandar Rimbayu yang mempunyai akses dengan 4 lebuhraya utama - telah dijual kepada Tropicana dengan harga RM1.297 bilion dan akan dibayar dalam tempoh 20 tahun.

Tak sampai 10 bulan kemudian iaitu pada Jan 2014, Tropicana menjual hanya 25% daripada keluasan tanah tersebut (308.72 ekar) kepada Eco World dengan harga RM470.67 juta, (tunai). Pada masa itu, bayaran yang dibuat kepada Kerajaan Negeri Selangor melalui PNSB hanyalah deposit sebanyak RM50 juta. Bila mengetahui hal ini, Khalid mengamuk dan meminta Tropicana membayar RM844.2 juta. Tak perlu bayar RM1.3 billion untuk tempoh 20 tahun.

Adakah Khalid kena tipu dalam hal ini ?

Siapa pemilik Tropicana? Tropicana dimiliki oleh Tan Sri Datuk Danny Tan. Adik Vincent Tan... pemilik Berjaya Group. Kroni Mahathir. SOALAN: Adakah Khalid bersekongkol dengan UMNO ? Tunggu sekejap..

Semasa tender dibuka, tiga syarikat telah membuat tawaran. Tropicana telah membuat tawaran menerusi syarikat proksi, Dijaya Corporation yang menawarkan RM895 juta dan dibayar untuk tempoh 20 tahun.

Kedua, SP Setia menawarkan RM1.15 billion dan dibayar untuk tempoh 6-8 tahun sahaja.

Ketiga, Mah Sing Group menawarkan RM945juta dan dibayar dalam tempoh 7 tahun.

Kalau ikutkan syarat tender, yang dapat ialah SP Setia dan bukan Dijaya Corporation. Tapi Dijaya Corp secara diam-diam telah diminta untuk menaikan harga tawaran mereka kepada RM1.3 billion secara rahsia. Macam mana perkara ini boleh berlaku? Kerana Dijaya Corp mempunyai kabel yang cukup besar dalam PR. Azmin Ali, Teresa Kok dan Ronnie Liu.

Huh!! PKR...DAP...jadi kroni Vincent Tan?

Lebih menarik lagi..Dijaya Corp telah menyumbang sebanyak RM200 juta kepada Pakatan Rakyat Selangor untuk menghadapi P.R.U-13.

Paling menarik.. Azmin sebagai Pengarah Pilihanraya PKR mengugut untuk menggugurkan Khalid dari dicalonkan sekiranya Khalid membantah dan kalau setuju. akan diletakkan di Pelabuhan Kelang.

Mengapa DAP juga turut menyokong Azmin untuk menyingkir Khalid?

Vincent Tan sekarang sudah jadi kroni DAP. Dia sekarang sedang menyiapkan beberapa projek di Pulau Pinang.. diantaranya, GDV Bayan Mutiara Penang World City Project bernilai RM10 billion. (Vincent Tan memperolehi tanah dengan harga murah.. RM240 sekaki persegi dan hanya dibayar dalam tempoh 5 tahun).

Vincent Tan juga ada projek membina IKEA Batu Kawan menerusi Ivory Properties. Vincent Tan juga terlibat dalam membangunkan semula Penang Turf Club yang bernilai berbilion ringgit.

Hei!! Guan Eng pun kroni Vincent Tan ke ?

Bullshit la.. Bila kita bising sikit.. kita dilabel macai UMNO. Tapi pemimpin diatas berpeluk sakan dengan UMNO. Adakah ini saja yang dilakukan oleh UMNO, PAS, PKR dan DAP ?

Cuba cari balik cerita macam mana Pengerusi DAP Perak, Ngeh Koo Ham (masa itu) bersekongkol dengan UMNO, Gerakan, MCA untuk mendapatkan 10,500 ekar di Kelantan.

KENYATAAN TSKI

Saya Mengalu-alukan Siasatan Terhadap Dakwaan Salah Laku.

Saya memandang serius tuduhan salah laku yang dilemparkan oleh Setiausaha Agung KEADILAN, Dato’ Saifuddin Nasution. Saya menafikan dakwaan ini kerana perkara tersebut tidak benar sama sekali.

Sekiranya Dato’ Saifuddin yakin beliau juga berada di pihak yang benar, maka beliau dan rakan-rakan dalam KEADILAN sepatutnya membuat laporan dengan kadar segera kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), pihak polis dan Bank Negara Malaysia selain mendedahkan sekiranya ada bukti-bukti bagi mengukuhkan dakwaan salah laku itu.

Kegagalan Dato’ Saifuddin dan rakan-rakan dalam KEADILAN untuk berbuat demikian hanya akan mengundang spekulasi bahawa tuduhan-tuduhan ini bermotifkan politik dan berniat jahat.

Saya mengambil kesempatan ini untuk menyatakan kesediaan memberikan sepenuh komitmen dan kerjasama sekiranya ada siasatan dijalankan terhadap saya.

Saya mengingatkan rakan-rakan supaya berhati-hati membuat tuduhan kerana saya berhak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap kenyataan fitnah yang dilemparkan terhadap saya.

Pada masa yang sama, saya akan meneruskan keupayaan memberi khidmat terbaik kepada rakyat Selangor dengan mentadbir negeri ini secara telus, bertanggungjawab dan pentadbiran yang baik.

YAB TAN SRI DATO’ SERI ABDUL KHALID IBRAHIM
DATO’ MENTERI BESAR SELANGOR
4 OGOS 2014

02 Ogos, 2014

Ini sebab utama nak jatuhkan Khalid?

PENDEDAHAN.. PANAS. PANAS.
SBB MUSABAB KENAPA T.S.K.I PERLU DIJATUHKAN.

Pada April 2013, di saat menghadapi PRU13, sekeping tanah seluas 1,172 ekar, berdekatan dengan Kota Kemuning, Putra Heights dan Bandar Rimbayu yang mempunyai akses dengan 4 lebuhraya utama - telah dijual kepada Tropicana dengan harga RM1.297 bilion dan akan dibayar dalam tempoh 20 tahun.

Tak sampai 10 bulan kemudian iaitu pada Jan 2014, Tropicana menjual hanya 25% daripada keluasan tanah tersebut (308.72 ekar) kepada Eco World dengan harga RM470.67 juta, (tunai). Pada masa itu, bayaran yang dibuat kepada Kerajaan Negeri Selangor melalui PNSB hanyalah deposit sebanyak RM50 juta. Bila mengetahui hal ini, Khalid mengamuk dan meminta Tropicana membayar RM844.2 juta. Tak perlu bayar RM1.3 billion untuk tempoh 20 tahun.

Adakah Khalid kena tipu dalam hal ini ?

Siapa pemilik Tropicana? Tropicana dimiliki oleh Tan Sri Datuk Danny Tan. Adik Vincent Tan... pemilik Berjaya Group. Kroni Mahathir. SOALAN: Adakah Khalid bersekongkol dengan UMNO ? Tunggu sekejap..

Semasa tender dibuka, tiga syarikat telah membuat tawaran. Tropicana telah membuat tawaran menerusi syarikat proksi, Dijaya Corporation yang menawarkan RM895 juta dan dibayar untuk tempoh 20 tahun.

Kedua, SP Setia menawarkan RM1.15 billion dan dibayar untuk tempoh 6-8 tahun sahaja.

Ketiga, Mah Sing Group menawarkan RM945juta dan dibayar dalam tempoh 7 tahun.

Kalau ikutkan syarat tender, yang dapat ialah SP Setia dan bukan Dijaya Corporation. Tapi Dijaya Corp secara diam-diam telah diminta untuk menaikan harga tawaran mereka kepada RM1.3 billion secara rahsia. Macam mana perkara ini boleh berlaku? Kerana Dijaya Corp mempunyai kabel yang cukup besar dalam PR. Azmin Ali, Teresa Kok dan Ronnie Liu.

Huh!! PKR...DAP...jadi kroni Vincent Tan?

Lebih menarik lagi..Dijaya Corp telah menyumbang sebanyak RM200 juta kepada Pakatan Rakyat Selangor untuk menghadapi P.R.U-13.

Paling menarik.. Azmin sebagai Pengarah Pilihanraya PKR mengugut untuk menggugurkan Khalid dari dicalonkan sekiranya Khalid membantah dan kalau setuju. akan diletakkan di Pelabuhan Kelang.

Mengapa DAP juga turut menyokong Azmin untuk menyingkir Khalid?

Vincent Tan sekarang sudah jadi kroni DAP. Dia sekarang sedang menyiapkan beberapa projek di Pulau Pinang.. diantaranya, GDV Bayan Mutiara Penang World City Project bernilai RM10 billion. (Vincent Tan memperolehi tanah dengan harga murah.. RM240 sekaki persegi dan hanya dibayar dalam tempoh 5 tahun).

Vincent Tan juga ada projek membina IKEA Batu Kawan menerusi Ivory Properties. Vincent Tan juga terlibat dalam membangunkan semula Penang Turf Club yang bernilai berbilion ringgit.

Hei!! Guan Eng pun kroni Vincent Tan ke ?

Bullshit la.. Bila kita bising sikit.. kita dilabel macai UMNO. Tapi pemimpin diatas berpeluk sakan dengan UMNO. Adakah ini saja yang dilakukan oleh UMNO, PAS, PKR dan DAP ?

Cuba cari balik cerita macam mana Pengerusi DAP Perak, Ngeh Koo Ham (masa itu) bersekongkol dengan UMNO, Gerakan, MCA untuk mendapatkan 10,500 ekar di Kelantan.

Di Kelantan ? Syhhhhhh !!!

01 Ogos, 2014

Perjanjian air. Sokongan rakyat Selangor berbaloi!

KENYATAAN MEDIA

1 OGOS 2014

PERJANJIAN AIR DENGAN PUSAT: KEMENANGAN BESAR UNTUK RAKYAT SELANGOR DAN MALAYSIA

Kerajaan Selangor dan Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) hari ini menandatangani Perjanjian Antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri Selangor bagi memuktamadkan pelaksanaan  Penstrukturan Semula Industri Air Selangor dan pembinaan Projek Langat 2.

Dengan termeterainya "Heads of Agreement" ini menandakan rundingan penstrukturan semula industri air di Selangor yang telah diusahakan semenjak 2006 sudah hampir ke penghujungnya dan  mencapai kejayaan.

Ini merupakan satu kemenangan besar kepada rakyat Selangor dan Malaysia yang selama ini menyokong penuh usaha-usaha Kerajaan Negeri untuk mengambil alih perkhidmatan bekalan air daripada syarikat konsesi air dan mengembalikan semula hak air kepada rakyat.

Kerajaan Negeri juga berpandangan tawaran RM9.65 billion yang diberikan kepada pihak konsesi adalah adil dan munasabah tanpa merugikan syarikat -syarikat yang terlibat.

Kerajaan Selangor melalui Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB) telah memulakan tawaran pengambilalihan kesemua syarikat konsesi air dan setakat ini hanya pengambilalihan SPLASH sahaja yang masih belum dimuktamadkan.

Penyelesaian secara holistik ini akan memberi perkhidmatan air yang lebih cekap dengan kadar tarif yang munasabah dan tidak membebankan pengguna.

Kejayaan  mengambil alih SYABAS akan membolehkan Kerajaan Negeri memberi tumpuan kepada kerja-kerja menaik taraf saluran paip air dengan tujuan menurunkan kadar air tidak berhasil (NRW) yangg pada ketika ini sangat tinggi iaitu 34%.

Manakala kejayaan mengambil alih semua loji rawatan air (WTP) akan membolehkan kita melaksanakan langkah-langkah untuk meningkatkan kapasiti loji-loji tersebut dengan menggunapakai  teknologi terkini.

Selain daripada itu kejayaan pembinaan terowong bawah tanah bagi mengalirkan air dari Pahang ke Sungai Langat dan memindahkannya ke Sungai Selangor dan Sungai Semenyih akan menamatkan masalah kekurangan air mentah di kedua-dua sungai tersebut.

Dengan kejayaan penstrukturan ini, selain kita mampu meningkatkan kualiti perkhidmatan industri air. Kita juga memberi jaminan kepada pengguna air di Lembah Klang bahawa tiada kenaikan tarif air akan dilakukan dalam tempoh sekurang-kurangnya tiga tahun akan datang.

Kerajaan Selangor mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan Persekutuan dan KeTTHA terutama Menteri YB Datuk Seri Panglima Dr Maximum Ongkili yang telah memainkan peranan sebagai pemudah cara dalam menyelesaikan rundingan penstrukturan semula industri air di Selangor.

Kerjasama yang diperlihatkan kesemua pihak menunjukkan bahawa kepentingan rakyat mengatasi kepentingan dan ideologi politik.  Kita percaya rakyat Selangor dan Malaysia amat menghargai usaha keras yang ditunjukkan oleh semua pihak dalam menjayakan penstrukturan semula ini.

YAB TAN SRI DATO’ SERI ABDUL KHALID IBRAHIM

DATO’ MENTERI BESAR SELANGOR