29 November, 2014

Inilah Melayu yang dibanggakan

Mencari meLAYU
Di mana boleh cari ramai Melayu??
Pastinya di Kelantan dan Terengganu dan Kedah
Dan juga di pasar malam dan pasar minggu
Di Akademi Fantasia dan Pesta Lagu
Di Jom Heboh orang Melayu berpusu-pusu
Di Sungai Buloh, pusat pemuilihan, dulu di Pudu
Dan di jalan, lumba haram, rempit tak berlampu
Dan di selekoh duit rasuah depa pun sapu
Di pusat serenti akibat ketagih dadah dan chandu
Di malam kemerdekaan dan malam tahun baru
Terkinja-kinja best giler menari macam hantu
Apa hobi orang Melayu ???
Terkenal dengan budaya malas dan lesu
Berlepak buang masa tak jemu-jemu
Atau baca majalah Mastika, Metro pasal cerita hantu
Tengok telenovela dari Filipina dan Peru
Berpusu-pusu pergi tengok pamiran hantu
Sambil makan junk food, kuaci dan muruku
Sibuk bercerita tentang Datuk K dapat bini baru
Apa pakaian Siti nak pakai itu yang nak tahu
Mana tak gendut berpenyakit selalu
Kalau nak berlagak melayu masih nombor satu
Asal bergaya sanggup makan nasi dan toyu
Boleh tak jumpa mereka di kedai buku
Atau di perpustakaan dan majlis ilmu
Atau ambil kelas kemahiran di hujung minggu
Ada tapi kurang sangat mereka di situ
Kenapa melayu jadi begitu ???
Nak salahkan siapa ibubapa atau guru
Pemimpin negara atau Raja dulu-dulu
Ayat lazim di mulut ialah Melayu malas selalu
Nak harap Kerajaan saja membantu
Terutama sekali kontraktor kelas satu
Tak habis-habis gaduh nak jatuh siapa dulu
Pasal jambatan sengget atau siapa dia penghulu
Mengadu domba asal dapat jadi ketua suku
Dan suka sangat dengan budaya ampu mengampu
Sampai bila kita nak tunggu ???
Bangsa Melayu jadi bangsa yang maju
Boleh! Dengan beberapa syarat tertentu
Pertama dengan banyak menguasai ilmu
Kata Nabi ikutlah Quran dan Sunnah ku
Al-Quran yang diturunkan 1400 tahun dahulu
Tapi apa yang kita tahu, cuma baca bila nak halau hantu

24 November, 2014

Produk dari minyak mentah yang wajib kita tahu!

Kita selalu didedahkan bahawa 1 barrel minyak mentah hanya menghasilkan 42% petrol. Produk lain disembunyikan untuk terus menipu rakyat!

18 November, 2014

Ulama akhir zaman

ULAMAK DI AKHIR ZAMAN: HUBBU-RIYASAH (CINTAKAN PANGKAT) - BAHAGIAN PERTAMA.

Ramai ulama di akhir zaman ini yang bekerja di bidang agama untuk dapat duit. Mereka buat bisnes dan perniagaan dalam bidang agama. Mereka berdakwah dan bergerak sendiri, buat ceramah dengan bayaran yang tertentu. Mereka buka sekolah agama sebagai bisnes untuk dapat untung. Ada juga yang buat program yang ditaja oleh syarikat rokok dan sebagainya.

Ulama seperti ini sibuk mengejar dunia dan mengumpulkan kekayaan. Ada yang baca khutbah pun hendakkan bayaran.
Ini semua sudah cukup untuk merosakkan Islam. Orang-orang Islam jadi bingung. Walhal ulama itu sepatutnya menjadi pagar atau benteng untuk menjaga supaya Islam tidak rosak. Tetapi mereka sendiri yang merosakkan Islam. Rasulullah SAW ada bersabda:

Maksudnya: "Ada dua golongan. Kalau baik golongan itu, maka baiklah umat. Kalau rosak golongan itu, maka rosoklah umat. laitu ulama dan umara."

Sabda Rasulullah SAW lagi:
Maksudnya: "Apabila tergelincir ulama, maka tergelincirlah umat."

Cuba kita lihat "ulamak-ulamak" sekarang...malah pada mereka yang mengaku dirinya lebih alim ...cuba tanya diri sendiri, berapa ramai orang bukan Islam yang telah kamu islamkan?

Ulama berkuliah mengajar orang agar menolak jawatan dan pangkat, sebaliknya mereka melobi dan mempertahankan jawatan walaupun uzur. Inilah yang dikatakan tipudaya terhadap ulama sebagaimana yang disebutkan oleh Imam Al-Ghazali dalam Ihya' Ulumuddin.

Adakah kita benar-benar memahami Islam?


17 hrs · Edited · 
[Kemaskini 3.25pm] Masalah asas kita orang Islam - kita tidak anggap Quran dan ajarannya sebagai "pengetahuan", seperti maklumat dan pengetahuan-pengetahuan lain.
Kita angkat pengetahuan dan ajaran agama itu terlalu tinggi dan kudus sehingga kita terlupa hakikat asasinya itu semua "pengetahuan." Kita tenggelam dalam kata "firman" dan "sabda".**
Kerana kita menyifatkan agama itu "maha benar", kita selalu pula menganggap ajaran agama itu "azali" atau "semula jadi", seperti semula jadinya telinga, kuku dan bulu roma kita.
Akibatnya, kita tidak dapat merungkai kesan besar pengetahuan pada akal dan jasad.
Kita tidak dapat membezakan skema pengetahuan agama dan idealisme agama dengan pengalaman sosio-agama apabila agama itu masuk menyerap dalam pengalaman manusia.
Seperti kita tidak dapat menjelaskan bacaan "alhamdulillah" itu Kalam Tuhan yang Agung atau bacaan kita yang dilafazkan.
Kritik atas pengalaman beragama, kritik atas tafsir ulama dan kritik sikap-sikap beragama bukan semestinya kritik atas Quran (wahyu).
Kritik pandangan agama termasuk dalam wilayah "campuran" antara idealisme agama (wahyu yang abadi) dengan tanggapan manusia pada pengetahuan (wahyu); tanggapan yang tidak lagi abadi.
Seperti "alhamdulillah" itu Kalam Tuhan (wahyu) yang turun ke tingkat fana' dan nisbi apabila dibacakan di lidah kita.
Begitulah kesan keseluruhan idealisme agama (wahyu) yang difahami sebagai "pengetahuan" manusia dan dihayati sebagai cara hidup beragama - ia menjadi pengalaman manusia; justeru ia tidak lagi kudus, boleh disemak dan boleh dipertikai.
Jika kita faham maksud saya ini, kita tentunya bersedia mendengar kritik (walaupun salah dan tersasar) terhadap rumusan-rumusan agama, ijtihad dan fatwa.
Yang salah dan tersasar itu bukan penolakan pada idealisme agama (wahyu) tetapi kegagalan menyelami persoalan-persoalan yang dibicarakan oleh ulama.
Kegagalan seperti ini harus dijawab dengan penjelasan ilmiah yang membuka fikiran; bukan cercaan dan celaan.
Hujah akal, berdasarkan kefahaman agama atau idealisme agama (wahyu), untuk meyakinkan orang lain lebih baik daripada mengecam mereka.
Dengan kesedaran asasi - bahawa kita tidak mewakili kebenaran tunggal tetapi kebenaran nisbi seperti nisbinya pengalaman manusiawi. Seperti manusia meminjam kudrat dan iradat Yang Maha Esa, kita juga meminjam al-haq daripada Al-Haq.
NOTA:
** Penjelasan saya cukup ringkas - kita anggap Quran dan Islam itu "wahyu" sewaktu kesedaran ini melupakan kita pada hakikat bahawa semua itu "pengetahuan".
Dosa, pahala, syurga, neraka, azab kubur atau bidadari itu semuanya "pengetahuan", sama tarafnya dengan pengetahuan-pengetahuan lain.
Namun, skema pengetahuan agama itu telah sebati dengan diri kita sehingga kita tidak berfikir lagi.
Skema pengetahuan di sini maksudnya gabungan konsep-konsep itu yang teradun baik (koheren) seperti sebuah novel, filem atau dongeng yang mengasyikkan.
Saya tidak samakan agama dengan novel atau dongeng; yang saya maksudkan bagaimana dampak kesepaduan konsep ilmu dalam sesuatu bidang pengetahuan mempengaruhi fikiran kita.
Saya selalu pesankan kepada rakan-rakan agar, sekurang-kurangnya, mengkaji dengan mendalam kesan pengetahuan pada jasad melalui teori "placebo effect" atau kesan psikosomatik dalam ilmu perubatan.
Elok juga kita dalami biosemiotika (biosemiotics), kajian tentang makna dan pemaknaan pada jasad.
Untuk perbahasan falsafah yang lebih baik, rujuk (antaranya) buku 'Knowledge and the Body-Mind Problem: In Defence of Interaction' karya Karl Popper. Buku ini membahaskan dilema dan dikotomi Descartes.
Kita boleh juga merujuk kajian isu-isu sains dan budaya, khususnya tentang kesedaran (akal) dan identiti.

16 November, 2014

Tulenkah budaya melayu yang dibanggakan ini?


Oleh: 
Jika kita menganggap liberalisme dan demokrasi itu datang dari acuan Barat, apakah kita sanggup terima hakikat Islam itu juga acuan Timur Tengah?
Jika kita menyifatkan Islam itu menyampaikan mesej sejagat dan nilai-nilainya universal, apakah kita setuju bahawa demokrasi dan liberalisme juga membawa prinsip dan idealisme sejagat?
Apakah kita setuju Marxisme dan sosialisme juga warisan khusus Eropah dan tiada kena-mengena dengan kita di sini?
Apakah mesej sejagat Islam - untuk semua manusia - selain dakwaan (claim) yang dibuat Muhammad dalam sebuah kitab yang kita anggap suci?
Secara berseloroh dan juga serius, saya sering berkata: Kesan pengetahuan baik Das Kapital atau Quran pada jasad "sama" sahaja. Apakah anda boleh bersetuju dengan kata-kata saya ini?
Apakah ciri khusus nilai dan keperibadian kita di daerah sini, yang kita labelkan nilai Melayu dan nilai Timur itu?
Apakah bukan liberalisme dan demokrasi yang ditemukan kembali di Eropah itu natijah evolusi tamadun manusia?
Apakah nilai kolektif Asia atau Timur, termasuk Melayu, itu nilai yang seharusnya wujud abadi? Atau, nilai-nilai ini asalnya penyimpangan evolusi peradaban manusia yang gagal merumuskan masyarakat dan kenegaraannya?
Sebagaimana "penyimpangan" sistem khalifah menjadi sistem dinasti dan kesultanan - apakah kita akui "penyimpangan idealisme" ini?
Jika Melayu dan Asia berdepan dengan dinamika seumpama Eropah, apakah kita akan berjaya mencipta fahaman liberalisme dan demokrasi seumpama itu?
"Kekhususan sejarah" tertakluk pada gerak budaya kita dan jiwa sesuatu bangsa itu dalam sesuatu period masa. Manakala budaya dan jiwa sesuatu bangsa itu sangat tergantung pada keseluruhan "worldview" (pandangan alam) atau kosmologi mereka pada satu-satu fasa sejarah.
Kita tidak temui warisan Greek dan Islam untuk melahirkan Renaissance - asas yang kemudiannya memunculkan Reformasi (dan perang agama) sebelum muncul Pencerahan, zaman asas sebelum "moden" menjenguk kita semua.
Globalisasi, dan sebelumnya penjajahan, menyingkap realiti "sama" kepada kita sewaktu sejarah, jiwa bangsa dan budaya kita kelihatan jauh berbeza daripada rumpun-rumpun peradaban lain.
Globalisasi, termasuk ilmu pengetahuan, memberi peluang pada kita untuk mempersoalkan sejumlah isu yang saya bangkitkan ini.

11 November, 2014

MP PR dah makin merapu!

 Bajet kementerian kewangan kena belah bahagian tadi. Keputusan tipis. Sekali lagi MP PR ponteng berjemaah. Kali ni tinggal 34 org ja dlm dewan. Kalau kalah ni td, bajet ni x boleh diluluskan n automatik najib hilang kepercayaan dlm dewan
sekali lagi MP PR gagal krn sikap ponteng hadir dewan...
ingat lagi bila isu pilihanraya menipu ...rakyat minta kalau betul tipu jgn angkat sumpahlah...bg dunia tengok... tp MP PR kata tak boleh kena ada dlm parlimen kalau tak Bn buat ikut suka.. sekarang Bn terus buat ikut suka sebab MP PR gagal hadir dewan...
dgn siapa rakyat nak harap ?


(Edited) penjelasan ketua WHIP PR yang telah dikemaskini:


PARLIAMENT Pakatan Rakyat tried to thwart the Finance Ministry's allocation under the 2015 federal budget today, but failed at the bloc voting stage.

Anthony Loke (DAP-Seremban) abruptly called for bloc voting to try and jeopardise the Finance Ministry budget at the committee stage, following Deputy Finance Minister Chua Tee Yong's refusal to answer questions raised about 1Malaysia Development Berhad (1MDB) while wrapping up this stage.

But after a lengthy counting process, Pakatan could only muster 34 votes to BN's 57.

The development budget under the Finance Ministry entailed RM50 billion.

Scenes in Parliament also featured intense arguments between Tony Pua (DAP-Petaling Jaya Utara) and government ministers.

When Pua (right) stood up with posers about 1MDB, Chua said they were merely “assumptions” and sat down, refusing to explain further.

This riled up Pua, who called the government “a half past six government and a half past six cabinet”.

When bloc voting was called, Minister in the Prime Minister’s Department Shahidan Kassim appeared upset with Pua, repeatedly telling the latter to “shut up”.

Serdang MP Ong Kian Ming, also from DAP, attempted to cool down the temperatures, as he asked Shahidan to join him for a “jog” outside Parliament.

Done to shame deputy finance minister

DAP said that its decision to call for a sudden bloc voting
was done to "shame" Chua.

Loke, the DAP's parliamentary whip, conceded that the bloc voting was never in Pakatan plans and they knew they didn't have the numbers to defeat the bill.

But Chua's (left) refusal to answer questions on the 1Malaysia Development Berhad (1MDB) compelled Loke to call for the bloc voting so that it remains as a "black mark" on Chua, who became a deputy minister after MCA ended its non-participation in the cabinet.

"We did it on purpose to shame him because he came unprepared to the Parliament," he told reporters at the Parliament lobby.

"Last week, Deputy Finance Minister Ahmad Maslan answered all our questions. Even though they were unsatisfactory, at least he made the attempt. But Chua, he refused to answer," he said.

Chua, the son of former MCA president Chua Soi Lek, refused to entertain any queries on 1MDB from Pua and proceeded to sit down after winding up the debate at committee stage for his ministry.

"He knows 1MDB and Goods and Services Tax (GST) are hot issues and people are seeking answers. But he refused to answer," Loke added.


10 November, 2014

Agamawan sunni pencandu umat.


[Kemaskini 12.30 tengah malam (Isnin). Untuk mudahkan diskusi, saya berikan tajuk 'Agama sebagai escapism atau ruang pelarian']
"Jika rumah tangga mula tidak seindah dulu, ingatlah Tuhan dan tingkatkan iman. Mungkin kita lupa Tuhan - itulah punca hilang kemanisan berumahtangga."
Tidak payah! Berapa ramai orang lupakan Tuhan dan tidak beriman, rumahtangga mereka bahagia?
Kita kadang-kadang terlalu mudah (simplistik) melihat kehidupan kita. Mentang-mentanglah kita ini orang beragama, kita dengan simplistik berharap Tuhan masuk campur dalam urusan remeh kemanusiaan kita.
Sikap simplistik itu (mempermudah-mudahkan persoalan) menjadikan kita lupa sisi humanisme (individu, manusia dan hubungan kemasyarakatan). Sewaktu kita belum habis memahami persoalan kemanusiaan hidup kita, kita berdoa agar Tuhan datang membantu.
Dengan bahasa lebih mudah, jika tangki minyak kita kosong, jangan harap Tuhan tolong isikan!
Sikap simplistik dalam beragama, khususnya apabila masyarakat kini makin ghairah kembali pada agama, seumpama ini menjadikan kita "rabun" pada persoalan-persoalan lebih luas. Kita tidak perah akal kita untuk menyelami pokok persoalan dan inti keserabutan hidup.
Kita panik dan tenggelam punca, lalu kita tergesa-gesa mencari "jalan penyelesaian" berbau agama. Maka kita ungkap istilah-istilah agama seperti iman, solat, doa atau Tuhan dalam "analisa" simplistik kita itu.
Mungkin saja pasangan kita tidak puas bersenggama malam tadi; mungkin juga dia tersinggung dengan kata-kata kita; mungkin kekasih hati kita penat dan tertekan (stress) di tempat kerja; atau dia sengaja mencari alasan untuk berpisah!
(ii)
"Bantuan Allah belum sampai, sebab ahli-ahli dan pemimpin-pemimpin kita banyak yang tidak taat pada perintah Tuhan. Maka kita perlu perbanyakkan ibadat dan pertingkatkan tarbiyyah."
Satu lagi contoh sikap simplistik dalam melihat persoalan umat. Ungkapan kedua ini selalu kita temui dalam usrah atau melalui perbualan anggota-anggota NGO agama atau PAS.
Sikap-sikap simplistik seumpama ini mengingatkan saya pada program solat hajat menjelang peperiksaan utama di sekolah-sekolah dulu.
Guru-guru dan para ibu bapa sibuk dengan acara ini menjelang debaran peperiksaan UPSR atau SPM.
Sedangkan sepanjang kehidupan pelajar, ibu bapa dan guru tidak menekuni punca-punca kelemahan pelajar. Pelajar pula gagal menyemak, dan tidak dibimbing mengenali, punca-punca kelemahan diri mereka setahun demi setahun (dulu) yang menjadikan mereka lemah dalam akademik (kini).
Acara solat hajat, seperti sikap-sikap simplistik itu tadi, semacam penghinaan pada agama dan melanggar hukum akal sihat.
Agama yang sepatutnya menjadi sumber moral dan panduan hidup diremehkan sekadar solat hajat dan doa bagi mereka yang gagal dalam mencari kekuatan hidup.
Agama sebagai ruang pelarian (escapism) apabila kita tidak mampu berfikir berlapis-lapis, dari pelbagai penjuru, untuk menggeluti hidup.
(iii)
Sikap simplistik beragama dan gaya escapism itu, bagi saya, akan merosakkan agama dan umat.
Jika kita lihat umat tidak beragama, dan bandingkan dengan sikap kita yang menganggap Tuhan sebagai "mi segera", kita akan kecewa.
"Iman", "doa", "tarbiyyah ruhiyyah" dan "Tuhan" tiada nilai apa-apa apabila kita meneliti manusia yang tidak beragama tetapi mencapai tahap kemajuan berbudaya mereka.
Dalam soal berumahtangga, seperti solat hajat dan "air Yasin" untuk pelajar, kita harus lebih jujur melihat manusia dan pengalaman kemanusiaan.
Kita harus membuka diri, memahami pokok masalah kita dan membandingkan bagaimana mereka yang tidak beragama mencapai kekuatan.
Saya tidak kata agama itu tidak penting; bukan begitu. Tetapi jika kita salah dekati agama, ia tidak akan menjadi sumber kekuatan umat, tetapi boleh menjadi punca kemunduran kita yang memalukan.
Bagi saya, akal yang diperah seperah-perahnya dalam memahami sifat manusiawi kita, dalam pergelutan hidup, jauh lebih bermakna daripada 1,000 botol "air Yasin" dan sejuta doa orang yang menganggap Tuhan itu sekadar "mi segera".
(iv)
Kita selalu lupa, kita rasa, kononnya orang bukan Islam itu tiada asas moral dan pegangan hidup.
Tanpa iman seperti kita fahami, kita selalu bayangkan, kononnya, orang bukan Islam itu hidup tanpa pedoman, tiada naluri sihat (common sense), hidup merayau-rayau dalam belantara kehidupan.
Mereka hidup, kononnya, hanya untuk memuaskan nafsu duniawi, beranak-pinak dan mencari kekayaan. Mereka suka berpeleseran.
Tiada tingkat lebih tinggi, seolah-olahnya, seperti hierarki Maslow. Tiada matlamat lebih tinggi daripada kita umat "beriman". Kita lupa konsep tauhid rububiyyah yang dikatakan, melalui al-Quran, pencarian manusia akan Tuhannya.
Inilah kesalahan terbesar kita "yang berasa telah beriman". Sikap kita yang tidak menghargai pengalaman kemanusiaan bukan Islam kerana tersembunyi kebanggan diri (kita yang "beriman") yang bukan-bukan.
Naluri sihat, nilai baik buruk, naluri keadilan dan naluri kebenaran tidak perlu agama!
Seperti perkahwinan, naluri-naluri akal sihat ini muncul dalam evolusi tamadun manusia sebagai "survival kit" mereka.
Akal manusia, dalam evolusi ketamadunan, berjaya mencapai naluri baik buruk, naluri keadilan, naluri kebenaran dan perimbangan (gaya masing-masing). Jika naluri dan nilai ini tiada, kumpulan masyarakat itu akan porak-peranda dan musnah.
Jika kita tidak kenali manusia dan kemanusiaan, "iman" kita tiada gunanya. Dengan kata lain, bukan iman menjadikan kita manusia. Tetapi jika kita sudah mencapai tahap "manusia", iman kita akan lebih mantap.***
Akal sihat yang menjadikan kita ini manusia; manusia yang ada pertimbangan hidup walaupun tanpa Nabi, ajaran suci dan iman.***
Jika kita manusia baik dan berguna, iman kita akan memancarkan lagi kemanusiaan kita.
Tetapi jika kita salah tanggapi agama (dan iman), pada waktu yang sama gagal manfaatkan akal dan tidak hargai nilai kemanusiaan, apakah lagi yang tinggal pada kita?
*** maksud saya ini benar dalam dua keadaan:
(1) Jika masyarakat itu pincang dan kemanusiaannya musnah, maksudnya akal sihat sudah tidak digunakan, ajaran agama (wahyu) diperlukan. Misalnya orang Arab jahiliyyah yang membunuh anak perempuan atau mengeksploitasi wanita. Seingat saya, semua Nabi diturunkan untuk membetulkan hal ini; yakni apabila akal gagal, wahyu sampai.
(2) Tetapi jika "iman" itu hanya kesedaran kosong, keliru atau salah, ia tidak akan membawa kesan pada kehidupan. Jika iman gagal menjadikan kita rajin, tekun, berbudi dan penyayang, maka "iman" itu bukannya agama. Tetapi "iman" itu kepura-puraan. "Iman" jenis itu lebih rendah daripada akal sihat. Maka, akal harus dipertajamkan bagi mencapai tahap iman yang tinggi, bukan hanya jalan menuju Tuhan tetapi jalan berbakti pada manusia dan kemanusiaan.

06 November, 2014

PKR turut jejak Khalid jatuh kerana KIDEX?


Azmin, PKR Akhirnya Setuju KIDEX - Tol 48 Tahun Kini Di Selangor.
Tahniah.
Beria-ria kutuk dan kritik TSKI isu projek KIDEX. Akhirnya MB baru Azmin Ali pun bersetuju dengan pelaksanaan projek tersebut. Bagi yang blur2 mengenai pelaksanaan KIDEX, boleh baca sini.
Isu tentang KIDEX. Melibatkan beberapa perkara utama.
- Isu perpindahan dan penempatan, pengambilan tanah.
- Isu tol 48 tahun lamanya.
- Isu kos pembinaan jalan yang mahal.
Kos pembinaan jalan mungkin ada kefahaman dari segi kejuruteraan yang kita terlepas pandang. Kadang2 ia mahal bersebab. Yang neh kita boleh berdiskusi dalam menentukan samada kos tersebut berpadanan atau tidak dengan tawaran projek.
Tapi isu tol selama 48 tahun. Aku yakin rakyat akan totally tolak. 48 tahun lama gila. Dan isu perpindahan dan pengambilah-alihan tanah juga aku yakin rakyat takan mudah2 menyerahkan hak mereka kepada syarikat konsesi dan kerajaan negeri untuk bangunkan KIDEX. Pendek kata Selangor akan menerima tentangan besar atas projek KIDEX neh walau siapa pun laksanakan ia. Be it PR mahupun BN. Sebab rakyat bukannya bodoh.
Baru2 neh The Sun melaporkan ;
- Kerajaan Selangor tidak akan menghalang pelaksanaan projek KIDEX. Pemaju disyaratkan untuk memenuhi semua protokol demi kebaikan penduduk. Ini sama sebijik sepertimana yang disebut banyak kali oleh TSKI selama neh.
- Azmin Ali mahu pemaju konsesi mengemukakan plan kajian mereka berkenaan traffic dan bagaimana ia boleh mengurangkan kesesakan jalanraya.
- Azmin Ali juga akan meneliti plan revenue yang bakal diraih oleh syarikat melalui kutipan tol. Konon2nya nak bajet la samada berbaloi atau tidak keuntungan yang mereka bakal raih kelak. Ayat neh cantik depan media, atas paper, depan penyokong dan penjilat saja. PKR ialah parti PRO KAPITALIS. Ayat2 macam neh hanya terkesan pada pembodek dan penjilat semata2.
- Dalam pada itu Azmin Ali juga akan menetapkan garis panduan yang perlu dipatuhi oleh majlis tempatan negeri berkaitan pembinaan projek KIDEX. Baru2 neh, satu draf telah dibuat oleh MPPJ. Yang mana dalam draf tersebut menyatakan bahawa pihak pemaju berhak mengubah status mengenai satu2 kawasan daripada status penempatan kepada status komersil tanpa perlu merujuk kepada penduduk terlebih dahulu.
Ini maksudnya apa?
Contoh.
Kau tinggal kat kawasan perumahan Damansara. Dalam pelan pembangunan yang ko boleh refer kat pejabat tanah atau majlis, status tanah kau ialah penempatan (perumahan). Dan pemaju hanya boleh bina apa2 perkara yang berkaitan penempatan aje la. Kalau status tanah tersebut ialah pertanian, maka kena bertani. Kalau status tanah tue ialah hutan simpan, maka tak boleh buat apa2 selain biarkan ia jadi hutan simpan.
Sekarang. Andaikata draf tersebut diluluskan, di mana pemaju diberikan fully kuasa untuk ubah apa2 yang dorang suka berkenaan tanah2 yang dorang diberikan hak untuk majukan maka ia akan jadi lebih kelam kabut. Mula2 pemaju bina projek perumahan. Kau semua dah beli apa semua. And then, sampai satu tempoh, tiba2 pemaju fikir aku boleh buat duit neh kalau buat benda lain pula kat atas tanah tue, tanpa perlu merujuk kepada penduduk, pemaju pun suka2 tukar status tanah dari penempatan kepada komersil. Pemaju nak bina shopping complex ka, jalan ka, taman tema ka dia punya pasal la kan. Dah tanah dia. Memang kau beli rumah yang pemaju bina tapi pemaju berhak usir kau keluar dengan tawarkan pampasan yang dia rasa berbaloi dengan pengusiran tersebut. Maka, kat situ dah jadi la konflik.
Sebab tue draf gila macam neh tak patut wujud in the first place.
Persoalannya, si gila mana yang karang draf?
Si gila mana yang sanggup bincangkan dalam mesyuarat?
Si gila mana yang luluskan draf? (mula2 setuju sekarang diholdkan sementara dulu)
Si gila mana yang dok dalam majlis perbandaran PJ?
Si gila mana kalau bukan si gila Pakatan Rakyat yang menjadi ahli2 majlis Pakatan Rakyat bukan?
Apa kata PKR?
Apa kata DAP?
Apa kata PAS?
Apa kata Tony Pua?
Apa kata Nurul Izzah?
Apa kata Anwar Ibrahim?
Apa kata Dr. Dzul (Dr. Dzul pun boleh p sokong jatuhkan TSKI atas isu fitnah? Hancur!)
Apa kata Khalid Samad?
Apa kata penyokong, pembodek, penjilat partisan dari semua jenis partisan?
Sejajar dengan pendirian kerajaan negeri yang akhirnya memutuskan untuk meneruskan projek KIDEX yang akan menjejaskan beberapa pihak2 lain, terutamanya rakyat, aku rasa sudah sampai masanya untuk rakyat keluar dari politik kepartian. PR dan BN sekufu dalam bab KIDEX. Kenapa kau semua masih partisan dan masih taksuban?
There is no other way. PR dan BN bersama dalam KIDEX. Ini rakyat punya cause untuk lawan dan bangkit sebagai rakyat.

04 November, 2014

Selangor di ambang kejatuhan.


Ni semua tanda2 kurang baik kepada PKR Selangor dalam PRU14.
Cukup sekadar merosot 10% sokongan. Bungkus!







Teknik kiraan, buang 10 dan tambah 10 kepada pihak lawan.
Itulah yang akan berlaku dalam PRU14.

Muka2 yang sedang dihafal pengundi



P/S: aku dah menjalankan tugas aku untuk mengingatkan.



02 November, 2014

Putrajaya. BN tak pandai. PR yang bodoh

Kebodohan diri sendiri, rakan sendiri, aktivis siswa, wartawan, pendakwah bebas, seniman dan ahli politik pembangkang akan terus selama-lamanya menghambat reformasi bangsa ini.
Kebodohan itu bukan kerana tidak cukup ilmu, bukan kerana kurang membaca, bukan kerana tidak pernah menuntut di universiti.
Kebodohan kita (ulang: kita semua) kerana kurang berfikir berkali-kali, berlapis-lapis, dari segenap penjuru persoalan apabila dihadapkan dengan pelbagai isu negara atau masalah masyarakat.
Ditambah pula sikap tidak sabar dan tidak tenang untuk merenung sungguh-sungguh persoalan berat itu. Dengan cepat dan segera kita melontar pandangan tanpa rasa segan atau tanpa rasa malu -- kalau-kalau orang ramai sedar ketololan kita.
Ditambah sikap "bodoh sombong", yakni bukan "bodoh" kerana tiada maklumat atau kurang ilmu, tetapi kerana tiada kesedaran bahawa diri sendiri lemah, serba kurang dan harus belajar lagi, termasuk belajar memahami hujah orang lain.
Selain itu, sikap sinis kita pada ilmu, buku, teori dan analisa juga menampakkan tanda-tanda akal yang lemah.
Kita boleh menjadi aktivis, pendakwah dan ahli politik tanpa rasa malu bahawa apa yang terkeluar dari mulut kita itu hanyalah kedangkalan diri sendiri atau hujah simplistik.
Apabila kita ditegur, dibentangkan huraian lebih mendalam atau hujah lebih bernas, kita tidak mampu menggarapnya. Tapi kita rasa kita ini seorang aktivis, seorang pendakwah, seorang pemikir atau seorang pemimpin!
(ii)
Saya tidak kata tidak akan berlaku perubahan politik atau perubahan budaya sama sekali walau kita semua ini bodoh.
Saya fikir, mungkin boleh berlaku perubahan politik atau budaya; tetapi itu semua bukan "reformasi bangsa"!
Orang bodoh, baik namanya ahli politik, wartawan, aktivis NGO, seniman, penggerak siswa, pendakwah atau birokrat, memang mampu menyebarkan kebodohan dalam masyarakat.
Masyarakat yang tidak mencermati idea-idea mereka tentu akan mempercayainya dan menyebarkannya. Malah, mempertahankan idea-idea itu!
Dan, tentunya kita tidak boleh berbangga dengan "kemajuan" sebaran idea politik atau idea agama kita itu.
(iii)
Kadang-kadang kita terlalu sibuk melihat orang lain dan terlalu sibuk menyerang kerajaan atau terlalu melihat masyarakat.
Kita terlupa melihat diri sendiri, rakan sendiri dan kumpulan kita sendiri.
Akibat kesibukan itu, saya fikir "leteran" saya ini mungkin jarang disuarakan secara terbuka. Secara tertutup mungkin kita pernah meluahkannya atau mendengarnya.
Saya berleter ini untuk diri sendiri dan kepada mereka yang jujur mahu perbaiki diri, dan bangsa ini.