Sedari kuasa kita!

Sedari kuasa kita!

Pengikut

19 Julai, 2015

Strategi terkini umno dan PASUG!


Strategi baru UMNO yang turut diamalkan oleh PAS

😝😝😝
STRATEGI UNIT MEDIA BARU DAN PROPAGANDA UMNO DALAM TANGANI ISU-ISU NAJIB DAN PENGUKUHAN UNDI MELAYU KPD BN

Taktikal menghadapi situasi tidak diingini semasa Hari Raya. Skrip jawapan dan helah menangi isu.

Mohon untuk saudara/saudari segera alih isu-isu yang dibangkitkan kepada 4 skop utama yang berikut :
#1. Pengaruh Cina DAP
#2. Sentuh sentiviti Melayu/Islam
#3. Kedaulatan Raja-Raja Melayu
#4. Hak samarata semua kaum

Menjawab isu 1MDB.
1. 1MDB adalah utk luaskan pengaruh pegangan kuasa Melayu dlm perniagaan.
2. Hutang : Rakyat tak perlu risau kerana hutang 1MDB dijamin oleh kerajaan.
3. 1MDB berjaya lahirkan ramai jutawan Melayu dalam senyap.
4. 1MDB taja Imam-imam ke Mekah.
5. Kertas siasatan 1MDB dibocorkan oleh Orang Dalam sendiri. Inilah pengkhianat.
6. Duit 1MDB disimpan di Cayman Island : tempat yang paling selamat untuk simpan aset negara secara rahsia dan bebas campur tangan barat.
7. Aset-aset 1MDB tak boleh didedahkan kpd umum kerana ia melibatkan rahsia dan operasi strategik kerajaan.
8. Polis serbu pejabat 1MDB tapi belum ada yang disabitkan bersalah.
8. Isu Jho Low : Mahathir lagi banyak kroni, iaitu Vincent Tan, Yeo Teng Lee (YTL), Genting Sanyen, Ananda Krishnan dan ramai lagi.

Wall Street Journal (WSJ).
1. WSJ adalah lidah jahat Amerika.
2. Tun M bayar WSJ untuk burukkan PM.
3. Anwar Ibrahim pun barua Amerika dan baik dengan Amerika.
4. Peguam PM dah hantar surat amaran kpd WSJ.
5. Polis sahkan pembunuhan Ambank tiada kaitan kes ini.
6. Pembangkang nak mengadap YDP Agong isu dana PM : kali ini pandai pula pembangkang hormat istana. Selama ini mereka lawan.

Serangan Tun Mahathir.
1. Perlu diingat beliau bukan darah Melayu sejati (Melayu + Mamak).
2. Marah sebab projek jambatan bengkok dibatalkan.
3. Jaga kepentingan anak dan kroni.
4. Duit Petronas yg Tun M jaga tidak pernah di audit.
5. Anak Tun M ada syarikat arak San Miguel.
6. Kerajaan bayar sewa utk bangunan2 kerajaan di Putrajaya kpd kroni Tun M.
7. Anak-anak maha kaya, aset berjuta malah Tun M sendiri kumpul harta sehingga berbilion di luar negara.

Kesilapan silam Tun Mahathir.
1. Membunuh orang tak bersalah dalam kes Memali.
2. Menghapus tulisan jawi dan cuti hari jumaat.
3. Swastakan badan kerajaan seperti elektrik, air, pos sehingga menekan rakyat.
4. Mengubah akta tanah negara yg menyebabkan 80% tanah rezab melayu tergadai.
5. Menghapus kuasa sultan dan meminda undang2 sultan boleh didakwa di mahkamah.
6. Sebanyak 22 bilion lesap tanpa kesan sepanjang pemerintahan Tun M.
7. Menghapus musuh politik Tun Musa Hitam, Tun Ghafar Baba, Anwar Ibrahim dan Ghazali Shafie.

Serangan keatas DS Rosmah (DSRM).
1. Ada pihak cemburu dan sengaja hina dan serang peribadi DSRM.
2 DSRM sebenarnya baik hati dan pemurah.
3. DSRM naungi beberapa NGO kebajikan, orang yg keji DSRM berapa banyak sumbang untuk kebajikan?
4. DSRM pandai mengaji dan beberapa kali ke Mekah. Peribadi yang baik, cuma ramai orang tak kenal dengan lebih dekat.
5. Dosa hina dan cerita peribadi orang lain.

Isu kejatuhan nilai Ringgit.
1. Punca ialah serangan Tun M memburukkan kerajaan di luar negara.
2. DAP tak bagi jalan pelaburan masuk ke Pulau Pinang.
3. Nilai Ringgit rendah baik untuk tarikan pelancongan.

Isu Saham Felda.
1. Pembangkang tak berhenti burukkan Felda.
2. Felda masih lagi milik peneroka, jangan dengar cakap orang Felda tergadai.
3. pa yang berlaku pada Felda adalah takdir Allah Yang Maha Esa. Kita hendaklah bersyukur dan sentiasa redha.

Isu Keselamatan Negara.
1. Jenayah masih terkawal. Polis Malaysia antara terbaik didunia.
2. Pendatang asing : tidak seteruk Indonesia dan Thailand.
3. Keselamatan perairan Sabah : Esscom telah ditubuhkan.

Simpati orang pada Anwar Ibrahim.
1. Berani buat salah kena berani tanggung.
2. Anwar tak berani bersumpah laknat.
4. Kalau Anwar di luar, negara lagi huru hara.
5. Hidup Saiful kini sudah tenang dan bahagia, keadilan yang sebenarnya dapat ditegakkan.

Lain-lain isu :
* Hutang negara RM700 Bilion : Tidak membimbangkan kerana Malaysia mengalami pertumbuhan ekonomi yg pesat.
* Kenyataan Nazir Razak (Adik PM) tentang isu ekonomi : Hanya
bersifat teguran dan tidak membimbangkan. Kerisauan beliau hanya pandangan peribadi.
* Isu kemiskinan : Belum ada org tak makan nasi di Malaysia.
* Isu MARA terlebih bayar pada aset di Australia : Itu kes terpencil dan berlaku diluar negara. Rakyat tak perlu pandai-pandai menuduh sesuatu yang tidak berlaku depan mata sehingga kebenaran terbukti.
* Duit Tabung Haji : Kerajaan dan 1MDB sedang cuba cari pembeli baru untuk beli tanah Tun Razak Exchange. Sebaliknya pembangkang terus menerus memburukkan keadaan.
* Duit Kumpulan Wang Amanah Pencen : 1MDB gunakan untuk pelaburan yang strategik.
* Harga tol akan naik : Kerajaan terpaksa membayar pampasan yang besar kepada syarikat konsesi. Ini akan merugikan kerajaan.
* Harga barang naik : Peniaga tamak, permainan pembekal dan vendor cina DAP manipulasi harga.
* GST : Kerajaan akan pastikan kadar GST kekal 6% dan tidak naik mendadak keterlaluan.
* Isu beg tangan DS Rosmah : pihak cemburu yang nak ambil kesempatan hina peribadi PM dan keluarga.
* Isu perbelanjaan perkahwinan anak PM, kos penerbangan ke Kazakhstan, hadiah dan kos perbelanjaan : Tak kan lah anak PM nak bersanding cincai, bukankah itu satu imej negara.

Pencapaian pentadbiran DS Najib.
1. Pertumbuhan ekonomi naik memberangsangkan dalam beberapa tahun berturut-turut.
2. Malaysia antara negara termaju. Sebab itu warga asing spt Bangladesh berebut utk kerja di Malaysia.
3. Indeks rasuah tidak membimbangkan
Kejayaan pemberian BRIM tidak pernah dilakukan mana2 PM dan negara lain.
4. Memberi para peneroka duit insentif Hari Raya.

# Sila ambil perhatian bahawa hujah yang ditengahkan mesti membawa kepada 4 skop yang pusatkan diatas tadi. Ini kerana ia adalah isu yang mudah untuk diolah kepada pecahan-pecahan seperti dibawah :

Serangan pada DAP akan membawa pecahan kepada :
- DAP ialah adik PAP Singapura.
- DAP ialah fahaman komunis masa kini.
- DAP nak hapuskan Islam di Malaysia.
- DAP nak hapuskan Sistem Beraja dan memberi hak sama rata semua kaum.

Serangan pada Anwar Ibrahim akan membawa kepada :
- Anwar barua Amerika.
- Anwar barua Yahudi dan Israel.
- Anwar barua Cina.
- Anwar bawa fahaman Pluralisma. Terpesong dari ajaran Islam. Isteri dan anaknya juga sokong fahaman ini.
- Anwar berangan nak sangat jadi Perdana Menteri.
- Anwar terlalu berani dengan Kerajaan Malaysia.
- Anwar berani biadap dengan Sultan.
- Anwar ada dendam dengan Umno. Dia pernah pijak bendera Umno.

"JANGAN PUTUS HUJAH, JANGAN SESEKALI MENGALAH, KITA PERTAHAN SEHINGGA KE AYAT YANG TERAKHIR"

~ Demi Agama - Bangsa - Tanahair

1 ulasan:

Malaysiabaru berkata...

Strategi pakatan 2.0

Pas - ajaran sesat ayoh Ping

Umno - lembukan rakyat untuk kaya kan pemimpin

BN - naik harga minyak naik gst naik barang sebab tak reti urus ekonomi


Apa salahnya pkr dap perintah Malaysia?

Integriti DAP tiada tandingan... Malaysia boleh lebih maju dari Singapore dan boleh kecilkan pengaruh Singapore

Pkr boleh bawa intelektualisme dan gaya pemikiran cerdik untuk rakyat Malaysia....rakyat boleh berfikir baik buruk..


....
...
..