Sedari kuasa kita!

Sedari kuasa kita!

Pengikut

28 April, 2015

Inikah sikap sebenar Nasrudin Tantawi?


(Seperti yang dikisahkan oleh seorang kawan)

 Perjumpaan gelap di genting.. dgn tujuan menyusun hujah2 n kem2 utk menendang anwar dari PR...

Bila buat mesyuarat tertutup bersama ajk2 pusat..  (dala perbincangan hfiz nordin akan berhujah dahulu dgn fakta agar anwar di singkirkan.. n nik beduh n tantawi akan bekap jika hujah hfiz di sanggah oleh ajk pusat)

Bila kejadia berlansung.. hfiz di sggah hujahnya n di hentam kow2 oleh ajk pusat (mungkin team jebon).. si beduh n tantowi buat derkkk saja tanpa bekap seperti yg di janjikan...

Rupanya hfiz diperbodohkan oleh si beduh n tantowi.. makan dgn penuh perasaan marah.. hfiz pun joint NGO amno.. dah tentu masyukkkkk.. dari dok kawan dgn lebai2 Pas penipu pekena kawan ni...  inilah sekian cerita kisah benar dari saya.. watak2 memang berkenaan dgn yg masih hidup... heeeee

Mungkin mula dari pencaturan ini jugak kot... tengku razaleigh di stanbyekan utk jd PM jika PR menang.. n Pas akan jd masterman kononnya.. pirahhhh pak lebaiiii Pas..

27 April, 2015

Presiden. Ustaz Ahmad Awang bersedia!


Monday, April 27, 2015
Ahmad Awang bayangkan dia akan cabar Abdul Hadi
RENCANA KHAS                                                                          


Ahmad akan cabar Hadi?
Kira-kira 200 orang yang hadir pada diskusi dengan tajuk indah, "Mempersadakan Pas di pentas perjuangan" yang menampilkan Ahmad Awang sebagai panel utama sertak itu juga perluncuran buku kecil tulisan Dr Mujahid Yusuf Rawa, berjudul: Melakar Agenda: Masa Depan Politik Malaysia, di Ampang malam tadi saya yakin mereka hadir bukan sekadar mahu membincang bagaimana hendak mempersadakan perjuangan Pas, tetapi lebih penting ingin mengintai-intai apakah Ahmad Awang akan mencabar Abdul Hadi Awang atau tidak.

Persoalan itu lebih membutuhkan jawaban daripada berkongsi idea bagaimana hendak persadakan Pas.

Secara tektikalnya Ahmad sudah pun layak untuk bertanding merebut jawatan presiden Pas apabila sudah menerima lima pencalonan. Bagaimana pun pencalonan itu bukan diperolehi secara rasmi melainkan menerusi maklumat dalam media massa sahaja. Abdul Hadi Awang penyandang jawatan presiden selama lebih 12 tahun kini jauh meninggalkan Awang dan juga Husam Musa dari jumlah pencalonan tidak rasmi, sebanyak 83 kawasan manakala Husam lapan.

Saya yakin walaupun Husam mendapat pencalonan lebih banyak daripada Ahamd Awang, bekas Exco Kelantan itu tidak berani mengambil risiko untuk menentang Abdul Hadi. Ke jawatan mana Husam masih kabur dan beliau kini benar-benar dalam keadaan tidak menentu dan sedang mambaca arah angin. Silap perhitungan Husam tidak bertanding apa-apa jawatan penting.

Berbalik kepada mauduk tadi, kalau bukan untuk melihat atau mengetahui apakah sikap Ahmad Awang itu, saya jamin tidak ramai yang datang. Kalau hanya sekadar ingin melihat perluncuran buku kecil Dr Mujahid orang ramai boleh mengikuti menerusi internet sahaja. Pedas FM sebuah rangkaian radio internet menyiarkan secara langsung majlis malam tadi.

Beberapa penjelasan oleh Ahmad apa yang berlaku di sekitar Pas, dan sedikit menjenguk ke dalam Pas sejak kebelakangan ini memberi kepuasan dan maklumat baru kepada hadirin. Mereka mendapat maklumat sahih dan cerita sebenar terutamanya peristiwa di saat-saat penubuhan kerajaan Pakatan Rakyat di Perak dan Selangor selepas pilihan raya tahun 2008.

Apa dijelaskan Ahmad semalam, ia sedikit mengejutkan bagi mereka yang baru mendapat maklumat fresh. Bagaimana sikap sesetengah pemimpin Pas yang mahu "bercina buta" dengan Umno kerana mengejar kedudukan. Begitu juga penglibatan Mufti Perak Harusani Zakaria dalam politik di negeri itu sehingga sanggup berkereta ke Kota Bharu dalam hujan malam dan memanipulasikan hasil perjumpaan dengan Allahyaraham Tokguru Nik Abdul Aziz Nik Mat. Ahmad juga mendedahkan bagaimana beliau diasak oleh pimpinan tertinggi Pas agar menerima kerjasama dengan Umno.

Bagaimana pun malam tadi orang ramai pulang dengan tanda tanya apabila Ahmad enggan menegaskan apakah dia akan mencabar Abdul Hadi atau tidak. Situasi masih suspen. Sebenarnya naluri orang ramai malam tadi mahukan penegasan daripada bekas Pesuruhjaya Pas Perak itu setidak-tidak untuk memuaskan hati, bahawa kedudukan Abdul Hadi yang disifatkan sesetengah orang menjadi liabiliti kepada Pas akan dicabar dan tidak menang percuma.

Sebaliknya naluri itu dilayan oleh Ahmad dengan menjawab dia akan tunggu dan lihat kepada pencalonan. Menurutnya masih ada sekitar 30 kawasan yang belum membuat keputusan. Tetapi daripada apa yang dibayangkan semalam menunjukkan sekiranya ada pencalonan sampai 40 kawasan dia pasti akan mencabar Abdul Hadi. Tampak Ahmad sangat berhati-hati dan menyerlahkan sebagai sifat al ulama sebenar yang tidak gila kepada jawatan dan gila glamour.

"Kita tengok pencalonan nanti, sejauh mana, ada 30 kawasan yang masih belum membuat keputusan dan ada juga kawasan yang tidak mencalon sesiapa," katanya.

Hurainya apabila ada kawasan yang tidak mencalonkan sesiapa, ia seperti tidak bersetuju dengan presiden kerana dalam keadaan orang mahukan presiden mempertahankan jawatan tetapi sesetengah kawasan itu mengambil sikap berkecuali. Dapat difahamkan yang tidak mencalon presiden itu ialah kawasan yang tidak mahukan kepadanya?

Sindiran atau gambaran harapan itu sebenarnya sangat jelas bagi saya, Ahmad sudah bersedia untuk berdepan dengan Abdul Hadi. Ini dikukuhkan lagi kekerapan beliau turun padang sejak ke belakangan ini, seperti hadir ke penamaan calon pilihan raya kecil Rompin dan juga Permatang Pauh. Dalam usia 79 tahun beliau masih lagi mengagahkan diri dan bersemangat memberi petunjuk beliau sedia untuk memimpin Pas.

Malam tadi pun Ahmad sanggup berdiri untuk menjawab pertanyaan hadirin, sikap itu menjelaskan dia masih kuat dan bersemangat untuk bertanding.

Sekiranya bekas Naib Presiden Pas itu melawan Abdul Hadi bukan menunjukkan dia membenci presiden itu, tetapi perlawanan itu sebagai teguran secara demokratik kerana Pas sebuah parti demokrasi. Jadi tindakan Ahmad itu nanti masih berpelembagaan. Justeru tidak betullah kalau ada sesetengah budak-budak hingusan dalam Pas, kalangan ustaz juzu amma, mengatakan Ahmad Awang jahat dan khianat kepada kepimpinan ulama.

Pandangan dan analisa Ahmad kepada apa yang berlaku dalam Pas kini juga menarik. Katanya pertelingkahan yang berlaku dalam Pas kini, bukan disebabkan perbezaan golongan ulama dan profesional, tetapi apa menyebabkan berlaku pertelingkahan kini kerana ada yang kesal dan kecewa atas kegagalan pemimpin termasuk presiden menguruskan parti secara adil dan saksama.

"Bukan soal jalur ulama atau profesional, tetapi amanah dan keadilan yang sepatut dilaksanakan secara baik tidak berlaku dalam Pas, inilah menjadi punca wujudnya kekecewaan dan kekesalan, pertelingkahan," begitulah kira-kira katanya sangat jelas dan tepat.

Menilai sosok Ahmad Awang untuk diangkat sebagai presiden Pas beliau memiliki kelebihan dan keistimewaan tersendiri. Mungkin bagi mereka yang baru semalam memasuki Pas atau baru baligh dalam Pas tidak mengenali siapa dia Ahmad. Beliau tidak dikenali kerana tidak ada yang menobat dan menjunjungnya macam tapai beras.

Ahmad Awang sebenarnya lebih luas pengalamannya dalam gerakan Islam, khasnya dakwah Islamiyah berbanding dengan Abdul Hadi sendiri. Beliau pernah berkhidmat di Pusat Islam dengan memegang jawatan selaku Pengarah Dakwah, dimana orang yang bertanggungjawab merangka dan membina modul dakwah di negara ini menerusi institusi berkenaan. Selain itu juga beliau pernah memegang jawatan sebagai Pengerusi Persatuan Ulama Malaysia (PUM), sebuah organisasi dakwah yang berpengaruh hingga ke peringkat antara bangsa. Dalam kata lain Ahmad mempunyai ilmu dan pengalaman mengurus secara sistemetik dan bukan seperti mengurus surau atau masjid sendiri.

Dalam erti kata lain beliau lebih awal menggerakkan aktiviti dakwah berbanding dengan tokoh-tokoh lain dalam Pas termasuk Hadi sendiri. Hebat atau tidak, berkesan atau tidak beliau menggerakkan dakwah semasa menjadi Ketua Pengarah Dakwah, sehinggakan beliau ditekan oleh pemimpin Umno termasuk Dr Mahathir Mohamad sendiri.

Seperti ceritanya bekas Setiausaha Agung Umno (saya percaya Sanusi Junid) mendesak agar Ahmad Awang meninggalkan Pusat Islam kerana beliau telah menjadikan Pusat Islam sebagai satu entiti kepada Pas. Dr Mahathir pula tidak habis-habis memperli dan menekan Ahmad Awang kerana penglibatan beliau mengembangkan Islam sejajar kehendak Pas di Pusat Islam itu. Bagi Umno secara diam Pusat Islam tekah ditadbirkan oleh Pas dengan Ahmad Awang sebagai ketuanya.

Pernah dalam satu perhimpunan agung Umno, Dr Mahathir menyindir Ahmad Awang yang mengetuai Persatuan Ulama Malaysia dengan mengatakan di negara ini kalau anda mahu dikenali sebagai ulama dan menjadi ulama, sertailah Persatuan Ulama Malaysia, anda akan jadi ulama secara automatik. Sangat mudah untuk anda menjadi ulama. Begitu sekali Dr Mahathir mengkritik Ahmad Awang dan menghina institusi Islam.

Kenapa Mahathir mengkritik dan menekan Ahmad ialah kerana dari persepktif Mahathr peranan yang dimainkan Ahmad Awang menerusi jawatannya itu membahaykan Umno dan menyebabkan Pas makin subur dan diterima umum. Menyedari hakikat itulah menyebabkan Ahmad Awang akhirnya dibeku dan diturunkan pangkat sebagai pengarah Dakwah Pusat Islam.

Memahami tindakan kerajaan UBN ke atas Ahmad itu menunjukkan beliau seorang yang bahaya dari konteks Umno. Ahmad ada keupayaan dan idea kepimpinan tersendiri bagi mengembangkan Islam di negara ini. Ini sangat berbeza dengan batang tubuh Abdul Hadi dalam mata Mahathir. Seingat saya Mahathir tidak pernah sekali pun mengkritik atau menegur Abdul Hadi seperti mana dilakukan kepada Awang Awang dan juga Nik Abdul Aziz. Bahkan semasa Abdul Hadi kuat "mengucar" sehinggakan mengeluarkan Amanah Haji Hadi, Mahathir biarkan sahaja tanpa mengenakan apa-apa tindakan.

Kenapa, ini kerana bagi Mahathir, tahu Abdul Hadi tidak seorang sosok yang bahaya kepada Umno. Mungkin dengan ilmua psykologis yang tinggi yang dimiliki oleh bekas PM dia sudah dapat membaca bahawa tindakan dan corak kepimpinan Abdul Hadi memberi kebaikan kepada Umno kerana itu baginya beliau tidak dikritik dan terus diharapkan menjadi pemimpin Pas kerana ia melabakan Umno selagi Hadi menjadi orang nombor wahid.

Apa yang dirasakan itu hari ini sudah menunjukkan bukti dan hasilnya. Dengan Abdul Hadi menjadi presiden Pas selama 12 tahun, Umno menjadi lebih mudah untuk mengukuhkan kuasanya dan juga menarik perhatian orang Melayu supaya bersama dengan Umno. Pas hari ini pun berada dalam keadaan tidak mantap dan kemas. Dan Terengganu yang tersimbah tsunami Reformasi 1999 dikuasi Pas, tetapi 2008 kalah kembali.

Kelemahan daya kepimpinan presiden Pas itu sehinggakan ia meresahkan orang ramai, membuktikan Abdul Hadi telah berjaya melaksanakan harapan dan impian Mahathir, dimana kenaifan kepimpinan Abdul Hadi itu melemahkan Pas dan menjadikan Umno tidak perlu berfikir bagi mana untuk mengatasi Pas. Isu-isu Hudud, pertelingkahan Abdul Hadi dengan PKR dan DAP secara tidak langsung kerja-kerja Umno telah dibeli oleh Abdul Hadi.

Sebab itu kalau diperhatikan Umno beriya-iya benar mempertahankan Abdul Hadi sebagai presiden sampai menggunakan Utusan Malaysia kerana bagi Umno selagi Hadi berada di kerusi itu Umno tidak begitu bahaya dan tidak perlu berkerja kuat untuk memasti kemenangan kerana ia telah dibantu oleh Hadi dan mereka sepagar seteman dengannya.

Berbalik kepada soal Ahmad Awang tadi saya yakin pada Jun depan, dua anak Awang akan berentap untuk merebut jawatan utama Pas. Kalah menang bagi Ahmad tidak menjadi persoalan, yang penting dia menjalankan tanggungjawabnya cuba mengisalahkan parti yang disayanginya, menerusi kebenaran demokrasi yang diamalkan dalam Pas. Bagaimana pun bagi anak Awang seorang lagi beliau harus insaf kalau pun tidak bertaubat, bahawa kepimpinannya sudah mulai dicabar.

Inilah bahananya Pas tidak terbuka hati untuk mengamankan Pas (Ahmad) dengan melantiknya sebagai Mursyidul Am seperti mana saya cadangkan sebelum ini.


MSO.

~#KukuhkanPR_TumbangkanBN

20 April, 2015

Perjanjian syaitan UMNO dan PAS?






NOTA SEJARAH DARI TAPAK KAKI. 
TERSIRAT SERIBU PENDUSTAAN.

Umno tak akan hancurkan.PAS kerana kewujudan PAS pun atas izin umno.dan di syaratkan untuk menjadi sebagai 'punching bag' kekal setia bagi pemimpin umno maraih undi di kawasan2 melayu..

Sbb itu Hadi awang dan pemimpin tua dalam PAS berkata PAS bertanding bukan untuk menang! CUBA kita perhalusi dan renungkan dengan teliti tentang maksud Hadi Awang itu. PAS bertanding hanya untuk memberi umno kemenangan. Dgn bertopengkan demokrasi ciptaan.umno Sendiri. (siapa pengasas PAS dan adakah bekaS ahli ahli APU sertai PAS ini! )

PKR dan DSAI sedar wawasan itu sebab itu beliau mengambil keputusan nekad menongkah arus memecahkan watak anasir umno di dalam PAS dengan membuat operasi langkah kajang . Tujuannya tidak lain untuk membersihkan segala perjanjian syaitan. Antara Umno dan PAS.

Mmg drastik dan kerana itulah rumah tangga pas sehingga kini masih berantakan. Kerana ramai yg terkeliru, terkejut atau tidak percaya akan.kenyataan perjanjian itu.

Demokrasi pilihanraya ini hanyalah satu topeng lakonan untuk menghalalkan kuasa umno selagi ada bulan dan bintang.

Dan kerana perjanjian inilah kenapa Tengku Abdul Rahman terpaksa melepas kan Singapore dari malaysia. Kerana LKY tidak bersetuju dan membantah cara jijik yg di mainkan oleh pemimpin melayu untuk mengaburi dunia dengan slogan demokrasi.(saya beranggapan pemberian kuasa autonomi pada LKY di Singapore sebagai ganti untuk beliau merahsiakan pekara ini)

By hook atau by Crook. Umno dan PAS adalah perangcang segala lakonan demokrasi kita.

Walaupun aku fikir ia mengarut tetapi bila ada orang tua menceritakan
kes ini baru aku sedar. Begitu juga wawasan Tun Abd Razak yg mengadakan tanah rangcangan felda di seluruh negara. Tujuannya hanya satu. Keseluruan felda di seluruh.negara dapat membekalkan 68 kerusi tetap umno bagi parlimen.

Pekara ini bukan omong2 kosong tetapi inilah cara penjajah mengajar United Malay Nation Organisation untuk terus berkuasa di malaya tanpa sebarang kehilangan kuasa mudah kerajaan 
persekutuan.

Aksi PAS menongkah arus hanya akan berlaku ketika umno mengalami kejatuhan seperti sekarang ini.

Fungsi parti PAS bukan untuk menegakkan negara Iskam tetapi sebagai penyelamat umno dengan menjual nama agama bagi mengaburi majoriti rakyat yg beragama islam.

Penubuhan pas hanya di kelilingi  org2 umno sahaja tanpa penglibatan dari bekas2 pemimpin API APU. Wakil dari pejuang kemerdekaan yg lebih kepada penentangan agenda penjajah. Ini satu fakta bukan auta. Sbb ini adalah lakonan umno dari biro agama yg mendapat nasihat dan mandat dari UK.

16 September 2008 sepatutnya umno dan BN menjadi pembangkang di Parlimen. Tetapi Hadi awang bingkas menjadi talbarut sambil memaklumkan pada Pak Lah akan rangcangan PKR.
kenapa Hadi Awang berbuat sedemikian. Sedangkan.jika PR dapat ke Putrajaya mungkin Hadi Awang akan dapat jawatan TPM.
TETAPI kenapa Hadi Awang.menolak rezeki ini?

P/S: Semua tulisan adalah ilham penulis.


18 April, 2015

Kisah parti pak lebai malang.


PAS, ingatlah Fadzil Noor

Faisal Tehrani

Ada seorang Pemuda PAS bertanya kepadaku, mengapakah aku kelihatannya rimas dengan Abdul Hadi Awang, memandangkan Hadi banyak membela Syiah dalam kuliah-kuliahnya. Aku menjawab, “Kerana dia meruntuhkan apa yang dibina arwah ustaz Fadzil.”

Sebagai orang muda yang tidak pernah merasai kenikmatan menemui dan belajar daripada arwah Fadzil Noor, dia memang terpinga-pinga. Dia tidak pernah bertemu Ustaz Fadzil.

Untuk penggerak dan peneraju gerakan Islam di Malaysia, siri kuliah 'Akidah dan Perjuangan' oleh almarhum Ustaz Fadzil Noor (13 Mac 1937 – 23 Jun 2002) yang kemudian dibukukan oleh Dewan Pemuda PAS adalah satu monumen; seakan-akan manifesto perjuangan yang mesti dibaca.

Almarhum Ustaz Fadzil atau Ali bin Mohd Noor dilahirkan pada 13 Mac 1937 di Kampung Seberang Pumpung, Alor Setar, Kedah. Moyang arwah adalah Tuan Guru Hj Idris yang lebih dikenali sebagai Tuan Syeikh Idris Al-Jarumi yang merupakan seorang ulama terkenal di Kedah asal Patani.

Ustaz Fadzil Noor pernah menjadi Setiausaha Persatuan Ulama Malaysia (1974-1976), Setiausaha Penerangan ABIM (1973-1974) dan Timbalan Presiden ABIM (1974-1978). Pada tahun 1974 ustaz Fadzil turut terlibat dalam demonstrasi membela rakyat miskin di Baling, Kedah.

Beliau menonjol dalam bidang kepimpinan ketika Anwar Ibrahim ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri di Kamunting dari tahun 1974 hingga 1976, ketika itu Ustaz Fadzil Noor diamanah menjadi pemangku presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM).

Ustaz Fadzil Noor pernah ditahan dua kali oleh pihak polis. Kalau tidak silap aku, pada hujung tahun 1970-an, ketika beliau sedang berucap dalam suatu majlis ceramah di Kampung Seberang Takir, Terengganu, pihak polis telah mengumumkan bahawa ceramah tersebut adalah perhimpunan haram.

Turut hadir dalam ceramah itu adalah arwah Ustaz Fadhullah Shuaib. Tanpa menghiraukan amaran tersebut, Ustaz Fadzil Noor meneruskan ceramahnya. Oleh kerana kedegilan ustaz itu polis telah menahannya berserta penceramah lain. Mereka bermalam di lokap.

Penangkapan itu telah meledakkan kemarahan orang di Kuala Terengganu. Kira-kira 15,000 orang ahli dan penyokong PAS telah berkumpul di luar kawasan balai polis Kuala Terengganu bagi mendesak pemimpin mereka dibebaskan segera.

Hasil perundingan dengan pihak polis, Ustaz Fadzil Noor dan pemimpin yang ditahan dalam lokap tersebut dibebaskan tanpa sebarang tindakan. Kemudian, beliau juga ditahan oleh pihak polis dalam satu ceramah di Jerlun, Kedah.

Seingatku ia berlaku ketika peristiwa pertelingkahan antara pimpinan PAS dan Umno mengenai Muassasah Darul Ulum. Ustaz Fadzil Noor telah ditahan semasa berceramah bersama-sama yang dipertua (YDP) PAS kawasan Jerlun pada waktu itu, dan dikenakan ikat jamin.

Kes tersebut dibawa ke mahkamah tetapi digugurkan setengah jalan.

Apakah yang telah dibina oleh almarhum Fadzil Noor dan diruntuhkan oleh Hadi Awang? Ada empat tunjang yang ditegakkan oleh gemulah ustaz Fadzil dan kini menjadi tebusan.

Dahulukan rakyat semua kaum

Pertama, tatkala Tuan Guru Yusof Rawa uzur dan terpaksa melepaskan jawatan Yang Dipertua PAS, Ustaz Fadzil Noor telah memikul beban PAS paling besar. Beliau perlu mara ke hadapan untuk mengambil alih kepimpinan di tengah-tengah tragedi Memali.

Sebagai antara pembantu Profesor Zulkifli Muhammad beliau sudah pun secara terbuka menerima idea PAS bersekutu dengan bukan Islam. Profesor Zulkifli adalah pemimpin PAS pertama yang mencadangkan agar PAS menerima kaum Cina dan orang bukan Islam sebagai ahli bersekutu PAS.

Dengan idea dan wawasan ustaz Fadzillah maka beliau menggerakkan pakatan Majlis Perundingan Cina (CCC), di mana PAS mulai berjinak-jinak dengan kaum bukan Islam.

Politik melampaui zaman

Kedua, idea tahaluf siyasi adalah suatu kebijaksanaan politik yang dikemukakan oleh ustaz Fadzil Noor di mana beliau menunjukkan contoh dengan mewujudkan pakatan bersama Semangat 46 pimpinan Tengku Razaleigh Hamzah dalam Angkatan Perpaduan Ummah.

Kalau tidak kerana tahaluf siyasi ini, hampir sukar untuk PAS memerintah Kelantan pada tahun 1990 dan terus menguasainya sehingga hari ini. Kebijaksanaan politik beliau jugalah yang membolehkan gejala reformasi ekoran pemecatan Anwar Ibrahim dicetuskan.

Jika pemimpin PAS tidak campur tangan serta terlibat “membantu” Anwar Ibrahim, sukar untuk Anwar mendapat momentum reformasi yang terus ditunggangnya sehingga 2008.

Tanpa mengendahkan suara-suara bantahan dalam PAS yang resah, bimbang, dan gerun dengan hubungan akrab Anwar dengan 'Amerika Syarikat', ustaz Fadzil melakukan tindakan nekad, iaitu melihat masa depan dari konteks tempatan.

Beliau adalah orang yang menubuhkan Gerakan Keadilan Rakyat Malaysia (GERAK), dan dengan GERAK itulah beliau merintis penubuhan Barisan Alternatif yang merupakan satu tahaluf siyasi ke arah pembentukan Malaysia Baru.

Waktu itu, Anwar sudah berada di dalam penjara. Ketika Wan Azizah Wan Ismail 'terkontang-kanting' untuk menjaga momentum reformasi yang makin merosot menjelang turunnya Mahathir Mohamad, ustaz Fadzil merintis kerjasama ini.

Pendek kata Ustaz Fadzil menyelamatkan Parti Keadilan Nasional dari hanyut dan berkubur. Di bawah kepimpinan Ustaz Fadzil Noor, GERAK dilancarkan pada 27 September 1998 di Markaz Tarbiah, Taman Melewar.

Puluhan ribu rakyat dan ratusan wartawan dari dalam dan luar negara hadir ke majlis pelancaran tersebut.

Dalam Muktamar PAS ke-45 pada Mei 1999, Ustaz Fadzil Noor menegaskan:

"Kejayaan PAS menggabungkan parti politik dan NGO dalam satu gerakan yang disebut Majlis Gerakan Keadilan Rakyat Malaysia atau GERAK, cukup untuk membuktikan keupayaan kepimpinan PAS menerajui kebangkitan rakyat di negara ini".

Kerjasama Parti Keadilan dan PAS, membawa hasil yang begitu besar kepada PAS dalam pilihan raya 1999. Kebijaksanaan tersebut membolehkan PAS mengekalkan kuasa di Kelantan dan berjaya menubuhkan kerajaan di Terengganu.

Lain daripada itu, kebijaksanaan ustaz Fadzil telah melunakkan imej Islam sehinggakan YB Tian Chua yang ketika itu merupakan Naib Pengerusi Keadilan, yang ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) di Kamunting pernah berkata pada tahun 2001 bahawa tidak akan adanya ISA dalam sebuah negara Islam.

Ia sekali gus menyarankan bahawa negara Islam adalah serasi sepenuhnya dengan demokrasi, kemajmukan, hak asasi manusia, hak wanita, kepelbagaian budaya, pembangunan dan pemodenan.

Tak lupa sejarah

Ketiga, kepintaran almarhum bermain dengan tahaluf siyasi itu sebenarnya tidak terbit dari vakum. Ia adalah kerana kepimpinan terbuka dan sederhana Tuan Guru Yusof Rawa, pimpinan sebelumnya.

Tiada siapa dapat menafikan Tuan Guru Yusof Rawa adalah pemimpin yang bertanggungjawab membuka ruang bagi pemimpin pelapis PAS dengan gagasan 'pakatan politik untuk memenangkan dakwah dan politik Islam' ini.

Idea persekutuan dengan kaum Cina sehingga tertubuhnya CCC adalah hasil sokongan Tuan Guru Yusof Rawa.

Mengambil kira itu, Ustaz Fadzil Noor seorang pimpinan yang merenung sejarah dengan tekun di mana beliau tahu bahawa PAS adalah berakar umbi daripada perjuangan Hizbul Muslimin di Gunung Semanggol.

Hizbul Muslimin adalah usaha Ustaz Abu Bakar Al-Baqir. Ustaz Fadzil tahu keberanian dan sikap terbuka Ustaz Abu Bakar Al-Baqir yang bertanggungjawab merintis pelbagai tahaluf siyasi menerusi PEPERMAS, MATA, LEPIR dan seumpamanya mampu dijadikan model baharu bagi perjuangan PAS.

Ustaz Fadzil juga sedar beliau harus meminjam keberanian Dr Burhanuddin Al-Helmy yang berjaya menggabungkan lebih 80 buah parti dan persatuan Melayu dalam sebuah gerakan bernama PUTERA. Gerakan PUTERA ini berusaha menuntut kemerdekaan daripada penjajah.

Aku berpandangan idea PUTERA inilah yang memberi ilham kepada Ustaz Fadzil Noor untuk mewujudkan gabungan lebih 80 buah parti politik dan NGO melalui GMI untuk mendesak kerajaan memansuhkan undang-undang warisan penjajah, iaitu ISA.

Poros Islam

Empat, kemasukan Anwar Ibrahim ke dalam Umno satu masa dahulu menjadi luka buat penyokong gerakan Islam. Peranan mengetengahkan Islam itu terpaksa diambil alih oleh Ustaz Fadzil Noor.

Menyedari itu, PAS bawah ustaz Fadzil juga menyedari bahawa untuk menjadikan Islam relevan di dalam masyarakat majmuk, inti pati Islamlah yang perlu diketengahkan. Falsafah dan bumbu Islam yang universal dan sentiasa munasabah sepanjang zaman perlu dijunjung.

Ustaz Fadzil adalah insan yang bertanggungjawab meminggirkan suara-suara Islam legalitas yang gila syariah. Beliau, dengan penuh bijak bangkit menjuarai Islam aktual yang berteraskan waqi atau keadaan setempat.

Beliau telah bertanggungjawab untuk bersetuju dengan Manifesto Bersama Barisan Alternatif dalam pilihanraya tahun 1999.

Untuk itu PAS bersetuju menggugurkan idealisme penubuhan negara Islam dalam konteks pakatan Barisan Alternatif kerana:

(a) Tidak berbangkit soal negara Islam dalam Manifesto;
(b) Tidak boleh memaksa ideologi PAS ke atas rakan dalam pakatan;
(c) Dalam komposisi rakyat negara ini, tidak ada parti boleh memerintah secara bersendirian; dan
(d) PAS perlu bekerjasama dengan rakan pakatan BA atas perkara- perkara yang sudah dipersetujui.

PAS dengan itu telah bersetuju untuk memberi tumpuan kepada isu-isu yang membabitkan soal keadilan, demokrasi, kebebasan, penyelewengan kuasa, rasuah dan sebagainya sebagai agenda utama untuk perjuangan pakatan Barisan Alternatif.

Kesimpulan; tidak ada kebijaksanaan dan keberanian Datuk Fadzil Noor yang dapat ditandingi oleh pemimpin PAS hari ini. Beliau telah melihat dengan bijak bahawa retorik dan cogan kata tidak penting tetapi 'isi' yang menjadi keutamaan.

Hari ini PAS bergelut untuk menentukan sikap dan kedudukan politiknya. Syariah telah mengatasi keadilan. Dan fikah mengatasi akhlak. Peri perjuangan Rasulullah SAW iaitu untuk menyempurnakan akhlak telah berakhir.

Adalah menyedihkan, apa yang pernah dibina oleh arwah Fadzil Noor itu diruntuhkan sekelip mata oleh Hadi Awang (seorang alumni Saudi).

Hari ini PAS mendahulukan hudud dari rakyat Malaysia berbilang kaum. PAS mengundur zaman. Bahkan PAS sama sekali mengenepikan sejarah penubuhan dan kebijaksanaan pimpinan terdahulu.

PAS malah tidak lagi komited dengan idea-idea murni dalam Manifesto Bersama Barisan Alternatif seperti dikemukakan ketika pilihan raya tahun 1999.

Lebih menyayat hati PAS kini dikenal orang bukan Islam bukan lagi sebagai parti Islam, tetapi sebagai parti khianat dan lebai mungkir janji.

17 April, 2015

Ahmad Maslan buat lawak pulak dah!


Peringatan Ahmad Maslan : 3 Bulan Daripada Setahun Hidup Anda di Malaysia Ditaja Kerajaan BN. Respon Rakyat Malaysia?


Peringatan Ahmad Maslan : 3 Bulan Daripada Setahun Hidup Anda di Malaysia Ditaja Kerajaan BN. Respon Rakyat Malaysia? : Setahun, kita ada 12 bulan dan 365 hari. Sepanjang kita hidup di Malaysia sebenarnya telah ditaja oleh kerajaan Malaysia. Ya….Inilah antara bait-bait perkataan yang keluar daripada mulut selaku Timbalan Menteri Kewangan Malaysia, Ahmad Maslan di mana tampil memperbetulkan… beberapa fakta yang diambil ringan oleh rakyat Malaysia.

Terkini, Ahmad Maslan ingin mendedahkan hasil kajian, pandangan & pengamatannya kepada anda semua, yang selama mana anda bergelar rakyat Malaysia mungkin ramai yang tidak sedar, hanya menteri yang bernama Ahmad Maslan sahaja yang sedar mengenai perkara dan pengiraan seperti ini.

Apabila selama ini anda sebenarnya berdasarkan pengamatan & kajian Ahmad Maslan, rakyat Malaysia terlalu banyak terhutang budi dengan kerajaan Malaysia. Yang menariknya lagi, anda dikatakan hanya perlu mencari rezeki untuk tempoh 9 bulan sahaja bagi menampung kehidupan anda selama setahun kerana……selebihnya telah ditanggung, ditaja dan disubsidi oleh Barisan Nasional tanpa anda sedari.

Ya, di sinilah Ahmad Maslan ingin menghuraikan satu persatu bantuan dan subsidi yang diberikan kepada anda, anda, tuan, puan di sini sehingga mengeluarkan kenyataan seperti di atas tadi?

Senarai Jasa Kerajaan Malaysia BN Kepada Anda Rakyat Malaysia

Anak-anak ke sekolah dapat RM100‎ bantuan persekolahan
Kalau rajin ‘kerja malam’ 10 anak, RM1,000 dapat
Anak yang mengaji tinggi, baucar buku pun dapat
Subsidi minyak masak 1kg RM1.50
Subsidi tepung 1kg RM1.00
Subsidi gas memasak 16kg RM20 setiap satu tong kerajaan bagi Subsidi
Setiap kali tuang minyak RON95, 1 liter 73 sen kerajaan bagi subsidi
Pemberian BR1M mengukuhkan sokongan rakyat terutamanya dalam memastikan kemenangan calon BN yang turut dibantu oleh jentera kerajaan dengan kekuatan 28 kementerian
Tahun depan kita akan tambah BR1M. Kalau tahun ini RM650 campur RM50 insurans, ia menjadikan RM700. Kalau kekal RM700 tahun depan, kerajaan akan tambah RM300 lagi menjadikan sekurang-kurangnya BR1M pada tahun depan RM1,000
RM1,000 sudah cukup untuk makan minum empat orang satu keluarga. Jika RM500 satu bulan, dua bulan sudah ditanggung oleh kerajaan BN
Jumlah Bantuan & Tajaan Kerajaan BN kepada Anda Semua?

Guna Minyak RON 95 Sebulan : Gaji RM3000 & Ke Bawah (Minyak RM132) VS Gaji RM5000 & Ke Bawah (Minyak RM375). Setuju?
Jadi kira punya kira, tolak tambah apa semua segala Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), bantuan persekolahan, subsidi minyak, diesel‎, tepung, beras dan gas memasak, berdasarkan pengiraan Ahmad Maslan kehidupan anda selama 3 bulan pada tahun 2014 ini sudah pun ditaja & dibantu oleh kerajaan Barisan Nasional. Anda hanya perlu mencari rezeki 9 bulan sahaja lagi dalam tempoh setahun.

Ahmad Maslan mahu anda semua berterima kasih kepada Kerajaan Barisan Nasional (BN) kerana pelbagai subsidi dan bantuan yang diberikan kerajaan persekutuan Barisan Nasional (BN) sepanjang tahun 2014 ini sehingga telah memudahkan kehidupan rakyat seperti anda, anda di sini terutama yang memiliki tanggungan keluarga yang besar. Benarkah kehiduapan anda selama ini “seindah” & semudah yang diungkapkan oleh Ahmad Maslan? Realiti?




16 April, 2015

Ustaz Ahmad Awang kompon bertanding presiden PAS!


Kenyataan umum : Sebab Ustaz Ahmad Awang tandingi posisi Presiden PAS.

i. Sebagai parti yang menggunakan perkataan Islam dalam pendaftarannya, setiap ahli terutama pemimpinnya menggalas tanggungjawab yang sangat besar. Buruk dan baik kelakuan seseorang ahli akan membabitkan, membina atau merosakkan imej perkataan Islam itu sendiri, Muhammad saw dan Allah. Kami memohon keampunan Mu.

ii. Sebab itu perlu difahami, bahawa politik Islam hanyalah tafsiran tindakan politik daripada sumber-sumber Islam. Yakni, Quran, hadis, sirah dan pendapat ulama. Tafsiran ini boleh dibantah, dipersetujui, dibahaskan, dalam kerangka ukhwah. Ianya bukan akidah. Tetapi cabang pendapat. Cabang pendapat (tafsiran) yang banyak dan beraneka adalah rahmat dalam kita memilih.

iii. Oleh itu, PAS mempunyai Majlis Syura Ulama yang mengawal cabang-cabang pendapat yang terkeluar dari sumber teras Islam. Dalam semua cabang pendapat yang tidak terkeluar dari teras Islam, Majlis Syura Ulama TIDAK BOLEH menentukan cabang pendapat untuk PAS. Ianya ditentukan oleh muktamar. Dan dijalankan oleh AJK PAS Pusat, termasuk Presiden. Inilah konsep Kepimpinan Ulama. Kepimpinan Ulama adalah sistem. Bukan di atas makhluk.

iv. Kebelakangan ini, apa yang berlaku di dalam PAS, sangat menyedihkan. Lebih menakutkan kita untuk menjawab di mahkamah Allah, ialah nama Islam yang dibawa PAS menjadi semakin aib. Apakah punca semua ini terjadi?

Saya berpandangan, perkara ini terjadi adalah kerana salah faham konsep berjemaah. Semakin ramai dari kita berjemaah di atas makhluk atau manusia yang kita kagumi. Semua kerja yang kita lakukan adalah demi makhluk yang kita kagumi. Kita tidak lagi membina jemaah.

v. Kerana kita tidak lagi membina jemaah dalam setiap kerja kita, kita telah lama membina makhluk dalam setiap kerja kita; maka kita telah lama 'mengharamkan' pemilihan Presiden PAS.

Sebenarnya, kesemua posisi dalam PAS, termasuk Presiden, adalah pekerja jemaah. Pekerja jemaah ini pula berhak dipilih oleh ahli. Wajib ditunaikan hak memilih itu kepada ahli. Pemilihan kesemua posisi, termasuk presiden, bukan tindakan membina makhluk. Tetapi membina jemaah.

Malangnya, apabila hak ini 'diharamkan', tambah-tambah pula dengan memanipulasi hujah Islam, maka, pertamanya ahli dinafikan hak memilih pekerja jemaah. Maka, kemudiannya mereka mula mencari kaedah-kaedah lain. Maka, kemudiannya dibalas dan dilawan oleh pihak yang menafikan hak memilih tadi. Kemudiannya ukhwah sesama kita pudar. Seterusnya memasuki perihal kedua yang paling menakutkan kita di hadapan Allah. Manipulasi hujah agama digunakan kedua-dua pihak. Membuatkan Islam semakin aib, mengelirukan dan menjauhkan usaha dakwah.

vi. Untuk semua ini, demi membina jemaah, saya mengumumkan menawar diri untuk bertanding posisi Presiden PAS. Saya ingin mengembalikan hak memilih pekerja jemaah kepada setiap ahli yang diwakili perwakilan.

Saya faham, di antara saya dengan Abdul Hadi, beliau mempunyai beberapa kelebihan. Saya faham bahawa beliau mempunyai jiwa yang sangat terbuka dan besar. Dan sejak dahulu menggalakkan pemilihan posisi yang disandangnya.

vii. Saya merayu, demi jemaah ini, kembalilah kepada sistem, jemaah dan tajuk. Bukan berjuang kerana mahkluk. Kita patut malu dengan parti masyarakat kiri. Pemilihan tidak membuatkan kita pecah kecuali golongan yang berakidahkan makhluk.

Penutupnya, selepas hak memilih pekerja parti ditunaikan, apa pun keputusannya; saya berharap, semua ahli meninggalkan makhluk, menerima keputusan dan kembali membina, bekerja untuk jemaah. Ingatlah semua. Parti kita bukan perihal manusia yang kita kagum. Bukan perihal Kelantan atau Terengganu atau Malaysia. Parti kita mempunyai nama Islam. Mengheret nama Islam ini seperti memikul seluruh isi alam semesta di atas bahu, kemudiannya dihisab kita pula di mahkamah Allah.

Ahmad Bin Awang
Pekerja jemaah.
Parti Islam SeMalaysia.
Gunung Semanggol.

15 April, 2015

Mursyidul Am PAS adalah proksi umno







AHAD, 7 MAC 2010

KOMEN TOK GURU NIK ABDUL AZIZ TERHADAP HARUSSANI

Dua tokoh politik yang terbukti berjaya mengegarkan politik Malaysia



Terkilan saya apabila Mufti Perak, Sahibus Samahah Tan Sri Harussani Zakaria menyebut nama saya secara terbuka di khalayak. Samada di dalam mesyuarat atau persidangan dewan, menyebut nama seseorang dalam ucapan secara terbuka biarlah dengan kehadiran tuan punya badan.

Sekurang-kurangnya, bolehlah kata-kata tersebut disahkan atau dinafikan. Mufti bukan orang politik yang terdedah dengan kaedah menyerang atau diserang. Mengaitkan nama saya dalam kenyataan politik seorang yang bukan tokoh politik merupakan satu tingkah laku yang tidak beretika. Justeru, apabila mufti mengambil tindakan melagukan nama saya dengan irama politik, saya harus memberikan jawapannya.

Adil juga jika saya menukilkan dahulu sebahagian ucapan beliau di program Dialog Za’ba, Perpaduan Melayu: Cabaran dan Realiti di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), minggu lepas. Antaranya beliau berkata,

“Kenapa Pas tidak boleh bergabung untuk membentuk kerajaan yang sudah pasti akan memperoleh majoriti 100 peratus Melayu memerintah.

“Saya telah berjumpa dengan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di Kelantan dan berbincang hampir dua jam, pada awalnya beliau tidak bersetuju tetapi akhirnya dia kata idea itu bagus tetapi tidak dapat memberi keputusan kerana ia bergantung kepada Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

“Saya maklumkan bahawa tidak berapa rapat dengan Hadi, jadi jika cadangan itu baik saya minta beliau (Nik Aziz) maklumkan kepada Hadi. Semasa dalam perjalanan balik iaitu berada di Cameron Highlands, Hadi telah hubungi saya dan bersetuju dengan cadangan itu.

“Tetapi Hadi kata dia tidak boleh buat keputusan kerana ia bergantung pada negeri iaitu Pesuruhjaya Pas Negeri (Ahmad). Saya juga telah hubungi Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Dr. Haron Din dan dia juga bersetuju,”

Saya ingin menyentuh berkaitan kenyataan yang menyebut beliau datang ke rumah saya. Benar atau tidak, terserahlah kepada khalayak. Bagi saya, ini di antara beliau dan saya. Cuma pertanyaan saya, tidakkah itu satu keterlibatan dengan politik? Sedarkah beliau bahawa kerajaan Perak yang dirampas dari tangan rakyat hari ini didokong oleh UMNO, sebuah parti yang meyakini bahawa politik dan agama tidak boleh bercampur? Dalam bahasa mudahnya, politik suku agama suku.

Jika mufti sendiri sanggup turun melaksanakan urusan berkaitan politik, ertinya beliau beranggapan tugasnya sebagai mufti meliputi tugas politik. Adakah bagi beliau, politik dan agama mesti selari, tidak boleh berpisah? Jika demikian, beliau telah mengiktiraf perjuangan PAS adalah benar. Jika tidak, kenapa libatkan diri dengan politik? Bukankah itu salah mengikut akidah UMNO?

Inilah yang diperjuangkan oleh PAS. Tegak berdirinya PAS dengan perjuangan menjadikan Islam sebaagai cara hidup. Tidakkah al-Quran sebuah kitab yang syumul? Isinya bukan sahaja akidah, bahkan soal ekonomi, politik, rumahtangga, psikologi dan kaunseling, semuanya ada di dalam al-Quran. Tidakkah ini merupakan tiang seri perjuangan PAS sejak sekian lama? Jika mufti Perak beranggapan politik dan Islam perlu selari, selangkah kaki beliau sepatutnya sudah berada di dalam PAS!

Jika beliau tidak berpandangan Islam dan politik perlu selari, tetapi terus terlibat dengan politik dengan jubah seorang mufti, maka dengan sendirinya beliau telah menjadi ejen. Dalam kes ini, beliau telah menjadi ejen UMNO. Hilang luruh kemuliaan seorang mufti kalau merelakan diri menjadi ejen. Apatah lagi menjadi ejen sebuah parti politik sekular.

Saya kira, jika seorang mufti yang menjadi ejen parti politik sekular, itu bukanlah lagi al-mufti (yang memberikan fatwa) tetapi al-mufta (yang diberikan fatwa). Cukuplah sekadar itu respon balas saya terhadap kenyataan beliau.


NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT

Pejabat Menteri Besar Kelantan.

21 Rabiul Awal 1431


14 April, 2015

Kisah penipuan dalam pemilihan PAS di Selangor


Ada kawan bagi aku info ni mohon sebarkan.
Aku tolong je ler.

Nota: SPR = Jawatankuasa Pemilih

PEMILIHAN PAS SELANGOR: SPR MEROSAKKAN DEMOKRASI DALAM PAS!!!

1. Pemilihan DPP Kuala Selangor. Calon tidak mendapat makluman daripada SPR sedangkan cawangan cawangan mencalonkan beliau. Akhirnya KP GU menang tanpa bertanding.

2. Pemilihan di Puchung. Calon calon tidak dimaklumkan juga nama mereka dicalonkan sedangkan cawangan mencalonkannya. Hari mengundi YDP menang tanpa bertanding walaupun ada pencalonan lain dari cawangan.

3. Pencalonan ajk PAS kawasan Klana Jaya. Tarikh tutup menjawab terima atau tolak petang semalam (13 April) tetapi separuh calon calon tidak mendapat makluman SPR bahawa mereka dicalonkan. Sedangkan cawangan cawangan mencalonkannya.

4. Pemilihan PAS Kawasan Shah Alam. Calon yang tidak dicalonkan langsung sebagai calon oleh cawangan cawangan, tetapi mendapat makluman bahawa nama mereka dicalonkan untuk jawatan tertentu.

Banyak lagi kes kes yang sama di Hulu Selangor dan lain lain. Anehnya calon yang dikatakan pro GU tidak bermasalah.

Maaf. Pengerusi SPR PAS Selangor. Prof Dr Sufian Husin. Sila jawab dan sila letak jawatan. Pemilihan paling buruk dalam sejarah PAS Selangor.

Prof Dr Sufian Husin juga adalah SU SPR Pusat ketika kecoh pemilihan 2 tahun lepas berkait keciciran nama calon ajk PAS Pusat. Semua tuduh ianya dari Asmuni tetapi mereka tidak lihat Timbalan Pengerusi SPR adalah Dato Takiudin Hasan dan SU SPR adalah Dr Sufian Husin.

Umum juga tahu Dr Sufian adalah 'bapa GU' yang kerap melakukan pelbagai serangan dan berhujah atas nama kelompoknya GU dalam pelbagai grup whatsapp dll. Kenapa orang 'bias' sebegini menjadi pengerusi SPR Pemilihan PAS Selangor!!!

Tunggu pendedahan untuk penipuan di negeri negeri lain termasuk Melaka. Mengaku Pro Ulama. Pro Hudud. Tetapi jelas menipu untuk menang.

Di bawah Hj Hadi, akhirnya PAS benar2 jadi macam UMNO

Tengok sendiri.

Surat Layang

Penerbitan risalah







P/S: Macam biasa, semua akan dinafikan.

09 April, 2015

Kenaifan rang undang syariah yang dibawa Hj Hadi ke parlimen. Jom Baca

USUL AHLI PARLIMEN MARANG

Dato’ Seri Abdul Hadi bin Awang [ Marang ] akan mencadangkan:-

“Bahawa Dewan ini memberikan kebenaran menurut Peraturan Mesyuarat 49

(1) kepada Yang Berhormat Ahli bagi kawasan Marang untuk mencadangkan suatu Rang Undang-undang Ahli Persendirian bernama Rang Undang-undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2015 seperti berikut:

i- menggantikan Seksyen 2 dengan seksyen berikut:

“2. Mahkamah Syariah akan mempunyai kuasa ke atas seseorang penganut agama Islam dan di dalam hal-hal kesalahan di bawah perkara-perkara yang disenaraikan di dalam Senarai 1 Senarai Negeri di bawah Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan.”;dan

ii- memasukkan selepas seksyen 2 dengan seksyen berikut:

“2A. Dalam menjalankan undang-undang jenayah di bawah Seksyen 2 Mahkamah Syariah berhak menjatuhkan hukuman yang dibenarkan oleh undang-undang syariah berkaitan hal-hal kesalahan yang disenaraikan di bawah seksyen yang disebutkan diatas, sesuai dengan kehendak syariah Islam.”

Aku nak ulas sikit Usul Marang ni. Lama dah aku dok menahan diri daripada ulas usul ni, tapi memandangkan hari ini adalah hari terakhir sidang Dewan Rakyat dan kemungkinan besar usul nombor 16 ini boleh dibacakan untuk kali pertama, maka aku nak ulas jugak.

Jika kita lihat cadangan pindaan untuk meminda Seksyen 2 Akta tersebut, ianya jelas merupakan suatu kesilapan yang amat material. Apa kesilapannya.? Marang memohon meminda Seksyen 2 Akta Ibu iaitu Akta lama kepada Seksyen 2 yang baru.

Seksyen 2 Akta Ibu memperuntukkan spt berikut :-

Seksyen 2. Bidang kuasa Jenayah Mahkamah Syariah.

Mahkamah Syariah yang ditubuhkan dengan sempurnanya di bawah mana-mana undang-undang dalam sesuatu Negeri dan diberi bidang kuasa ke atas orang-orang yang menganuti agama Islam dan berkenaan dengan mana-mana perkara yang disebut satu persatu dalam Senarai II bagi Senarai Negeri dalam Jadual Kesembilan kepada Perlembagaan Persekutuan adalah dengan ini diberi bidang kuasa berkenaan dengan kesalahan-kesalahan terhadap rukun-rukun agama Islam oleh orang-orang yang menganuti agama tersebut yang boleh ditetapkan di bawah mana-mana undang-undang bertulis: 

Dengan syarat bahawa bidang kuasa sedemikian tidaklah boleh dijalankan berkenaan dengan apa-apa kesalahan yang boleh dihukum penjara selama tempoh melebihi tiga tahun atau denda melebihi lima ribu ringgit atau sebatan melebihi enam kali atau apa-apa gabungan hukuman-hukuman tersebut.

Cadangan pindaan Marang berbunyi seperti berikut :

Mahkamah Syariah akan mempunyai kuasa ke atas seseorang penganut agama Islam dan di dalam hal-hal kesalahan di bawah perkara-perkara yang disenaraikan di dalam Senarai 1 Senarai Negeri di bawah Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan.

Jika kita lihat antara kedua-dua seksyen 2 tersebut, adalah jelas cadangan pindaan yang diusulkan oleh Marang adalah salah. Senarai Negeri Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan ialah di Senarai II bukan Senarai I seperti yang disebutkan oleh Marang.

Amat menghairankan siapakah yang membantu Marang menderafkan usul pindaan tersebut. Ada maklumat mengatakan ianya dideraf oleh Jawatankuasa Teknikal Bersama tetapi aku amat musykil kerana kesilapan tu amat jelas dan tidak layak dilakukan oleh orang yang pakar.

Aku mohon mencadangkan pindaan kepada usul Marang.

ZULHAZMI SHARIFF
09/04/2015

07 April, 2015

Grup Hj Hadi bekerjasama luluskan POTA.


Prevention of Terrorist Act 2015 (POTA)
Akta yang lebih kejam dari ISA.
Telah lulus dengan 60 undi tidak menyokong.
80 undi menyokong.

 Ahli2 parlimen PASUG tidak hadir:

MARANG
POKOK SENA
KOTA RAJA
TUMPAT
TEMERLOH
PASIR MAS
RANTAU PANJANG
KUALA NERUS
KOTA BHARU
PKLN CHEPA

Khianat amanah rakyat!

Kesan POTA: Semua org boleh dituduh pengganas? POTA akan brtindak kpd org2 yg x disukai?

Turut tidak hadir:
PKR 10
DAP 2

Cilaka!


P/S: POKOK SENA tidak hadir kerana masih dalam pengantungan dewan.




05 April, 2015

PAS tidak meletakkan calon PRK Rompin.

Berikutan dengan kekosongan Parlimen Rompin ekoran kematian ahli parlimennya,


Sebagai membalas jasa baik umno tidak meletakkan calon di PRK DUN Chempaka,
PAS tidak akan meletakkan calon PRK Parlimen Rompin.
PKR atau DAP boleh prepare watikah calon mulai sekarang!




























Kena balas budi umno tak letak calon PRK DUN Chempaka.
Gerenti umno sokong hudud.
Hahaha

Cikgu Bard paling layak untuk Permatang Pauh

Alasan,

Setiapkali PRU,
Pengundi muda adalah lingkungan 30%.
Pencalonan cikgu Bard mampu menarik minat golongan ini dalam PRU14.

03 April, 2015

Selangor. PRU14. Semua DUN PAS akan kalah!


mm=majoriti menang. %c= % cina

DUN PAS menang di Selangor.

N17 Gombak Setia. mm 4.2%. %c 11.73%
N18 Hulu Kelang. mm 7.2%. %c 14.32%
N2 Sabak. mm2.1%.. %c 12.23%
N20 Lembah Jaya. mm 20.7%.. %c 31.86%.
N21 Chempaka. mm25.9%. %c 38.17%.
N23 Dusun Tua. mm10%. %c 37.72%.
N26 Bangi. mm25.2%. %c 18.96.
N29 Seri Serdang. mm25.4%. %c 31.6%
N38 Paya Jaras. mm14.3%. %c 27.3%
N42 Meru. mm25.6%. %c 27.5%
N45 Selat Kelang. mm8.7%. %c 26.0%
N51 Sijangkang. mm10.8%. %c 15.2%.
N53 Morib. mm2.6%. %c 22.7%
N54 Tanjung Sepat. mm3.4%. %c 28%.

PRU13 PAS dah memang sabotaj PKR dan DAP.
Jika pengundi cina boikot DUN2 di atas dalam PRU14?
Tak payah penuh. Cukup separuh.
Semua akan bungkus.

01 April, 2015

Anak Utz Fadzil Nor dah berbunyi!

Tajuk Asal: Anak Fadzil Nor seru tolak tokoh PAS 'api' isu hudud

Diterbitkan Apr 01, 2015 9:43am 

Anak lelaki bekas presiden PAS Datuk Fadzil Nor menyeru perwakilan PAS agar menolak pemimpin parti yang diangggapnya "mengapi-apikan" isu hudud sehingga boleh menyebabkan Pakatan Rakyat berpecah.

Sebaliknya, Muhammad Faiz menyarankan supaya perwakilan PAS memilih pemimpin parti itu yang "mahu meneruskan legasi" allahyarham ayahandanya dan berjaya menempatkan diri dalam arus perdana politik negara.

Sambil menegaskan kenyataannya itu "bukan kempen" dalam pemilihan parti yang sedang berlangsung, Muhammad Faiz menyebut nama Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu dan Datuk Husam Musa antara pemimpin yang berjaya dilahirkan oleh almarhum ayahandanya.

"Ini pemimpin dalam PAS yang patut kita julang. Kenapa nak lihat beberapa pemimpin dalam PAS yang mengapi-apikan isu hudud ini, sedangkan mungkin mereka tidak ada kredibiliti di mata masyarkat.

"Seperti yang disebutkan oleh YB Liew Chin Tong, kenapa kita tidak meneruskan perjuangan Fadzil Nor. Jadi, marilah menyokong pemimpin PAS yang mahu meneruskan peruangan Fadzil Nor. (Ada) ramai," kata Muhammad Faiz sebagai ahli panel dalam sebuah forum hudud malam tadi.

Forum bertajuk Pro-Kontra Hudud Kelantan di pejabat Malaysiakini itu, turut membariskan MP Kluang Liew Ching Tong, Majlis Pimpinan Pusat PKR Khalid Jaafar dan Pendakwah bebas Wan Ji Wan Husin. Ia dimudahcarakan oleh Eekmal Ahmad.

Sebelum itu, Liew menjelaskan terdapat dua versi dokumen negara Islam dalam PAS iaitu versi Allahyarham Fadzil Nor yang mahu melaksanakan syariah Islam - tanpa menyebut hukum hudud - secara berperingkat dan versi Datuk Dr Haron Din bahawa hukum hudud mesti dilaksanakan.

Mengulas lanjut, Muhammad Faiz berkata kedua-dua pemimpin itu antara pemimpin arus perdana dengan memberi contoh Mohamad Sabu yang bakal mengetuai kempen rakyat anti-GST suatu hari kelak.

Pada masa yang sama, beliau tidak menafikan wujud kumpulan tertentu dalam parti itu yang lantang menyuaraka nhasrat untuk keluar daripada Pakatan Rakyat, bahkan ada yang cuba mempertahankannya sepertimana wujud dalam DAP.

'Terus atau bunuh harapan rakyat'

"(Jadi kita (juga perlu) memberi teguran kepada ketiga parti. Ada yang masih mahu pertahanankan Pakatan Rakyat.

"Perwakilan (juga) bijak untuk menentukan mana pemimpin PAS yang mahu meneruskan harapan rakyat atau membunuh harapan rakyat," tegasnya.

Sebelum itu, Muhammad Faiz yang juga seorang peguam turut menjelaskan kekeliruan yang tercetus akibat permainan media massa berhubng Enakmen Kanun Jenayah Islam yang ingin dijalankan oleh Kelantan.

Menurutnya, kerajaan negeri ingin melaksanakan peruntukan kesalahan jenayah syariah yang sudahpun wujud dan dilaksanakan sebekum ini iaitu zina, qazaf, mabuk arak dan murtad yang mana sebelum ini ia hanya terhad kepada hukuman denda RM3,000, penjara lima tahun dan enam kali sebatan.

"Kita mahu menaikkan hukuman mengikut kehendak syara'. Kalau zina, sebat seratus kali.

"Empat kesalahan ini tidak menjadi isu, kerana telah diamalkan dan diteima oleh masyarakat.

"Yang tiga lagi, tidak akan dilaksanakan kerana masih memerlukan penelitian, kajian, dari sudut perlembagaan, ekonomi, maqasid dan kesesuaian.

"Ia terletak bawah kuasa federal yang memerlukan pindaan perlembagaan dan perlu mendapat sokongan majoriti dua pertiga," katanya.

Beliau yang juga ahli panel jawatankuasa penyediaan draf pindaan enakmen hudud Kelantan berkata pindaan terhadap Akta Mahkamah Syariah perlu dibuat bagi membolehkan kerajaan negeri itu melaksanakan empat hukuman itu