Tan Sri Sukarti Wakiman
Tan Sri Sukarti Wakiman
KOTA KINABALU - Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah Tan Sri Sukarti Wakiman menjelaskan larangan ke atas Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Nurul Izzah Anwar hanya untuk satu acara, iaitu menjelang majlis penutup sambutan Pesta Kaamatan.

Ini dilakukan atas sebab keselamatan berdasarkan laporan-laporan yang telah diterima, katanya dalam kenyataan ringkas di sini hari ini.

Sukarti berkata tidak ada larangan tetap ke atas Nurul Izzah atau mana-mana pemimpin pembangkang untuk datang ke Sabah selagi "mereka tidak menimbulkan ancaman keselamatan".

"Malah, pemimpin DAP Lim Kit Siang dibenarkan masuk ke negeri ini kurang dari dua minggu lepas," katanya. - Bernama

P/S: Tionaseng!