27 April, 2009
Beghadab!!? Kih Kih Kih!
Hari ni anak aku keluor sekolah pukul 1. Sambil nunggu loceng bunyi macam biasa aku nyembang dengan Pak Long.
“Apa kabor ari ni Pak Long!? Maghah lagi ker!?” Aku nanya buka bicara.
“Ada le kughang dah! Deme pun aku nengok dah tak bebunyi pasal hal beghebut kerusi Penanti dah!” Ulas Pak Long.
“Ate aper ceghiter baghu pulak la nih!?” Macam biasa aku jolok.
“Ni ha.. pasai mamat Pangkor tu udah bekabo sidang DUN 7 aghibulan 5 esok dia mintak ADUN Pakatan beghadab! Macam ler dia ngambik kuasa MB aghi tu beghadab benor!!” Terbeliak mata Pak Long bekabo.
“Tu sughat kabo yang tulih ghoper itu, mungkin dia bekabor pesen lain kut!?” Aku cuba kasi Pak Long cool.
“Huh! Ni aku dengor deme udah tenggelam punca pasei kes Nizar lawan Pangkor 28 aghibulan nih!” Sambung Paklong.
“Udah ada ceghiter baghu pulok ker Pak Long!!?” Aku nanya pasei aku pun tak tau perkembangan nih.
“Iyer ler! Aku dengor deme udah abih pusin tapi payah nak menang sampei Peguam Negara pun campor tangan pada hei Pangkor udah ader peguam sendighi!!” Kabo Pak Long.
“Iye ler juger! Bila puak belah ini penin aghi tu Peguam Negara tak campor tapi bila puak belah sana penin dia campor pulak! Apa keheinyer ghoper itu!” Aku baghu nampak sikit-sikit.
“Aku pun tak sabor nak nunggu keputusan Hakim besok! Aku dengor Nizar dah mintak panel Hakim sampei 9 oghang! Tak ilang penin meghaban teben ler pulak deme!!” tambah Pak Long
Hmm! Kata aku dalam ati. Sekaghang ni orang-orang lama pun dah ambik berat pasal isu-isu semasa. Kalau jadi pilihanraya umum atau negeri memang ler tak der siapa pun boleh cong depa dah!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Kalau takde nama pegi pejabat pendaftaran dulu sebelum komen. hahaha