17 April, 2009
Elemen yang diabaikan – PANAS BARAN mengenalpasti, mengawal,menangani.
Selain daripada teknik komunikasi, mengawal tingkahlaku panas baran juga merupakan salah satu daripada elemen penting yang perlu diambil perhatian oleh pemimpin-pemimpin dan kengkawan dari Pakatan Rakyat demi merealisasikan kejayaan 2013.
Kadangkala, malahan kerap berlaku, pengidap panas baran merasa bangga apabila kengkawan sekeliling menikus bila mereka mengamok, walhal orang di sekeliling menikus disebabkan malas nak melayan atau mengelak keadaan menjadi bertambah buruk. Di bawah ini teman perturunkan 2 artikel yang menyentuh tentang perilaku panas baran. Baca, belajar dan cuba mengawal tingkahlaku anda sahabat-sahabatku penghidap penyakit panas baran!
Artikel 1
Adakah semua orang memiliki sifat panas baran?
Sifat pemarah adalah suatu emosi manusia normal. Namun ia bergantung kepada setiap individu yang menterjemahkan rasa marah masing-masing.
Adakah faktor jantina dan keturunan mempengaruhi?
Ada suatu pandangan yang menganggap faktor genetik iaitu baka keturunan turut mempengaruhi sifat mudah marah dan memberontak. Ada juga pandangan yang mengatakan panas baran dikaitkan dengan faktor perkembangan kanak-kanak dari kecil lagi seperti mudah resah dan marah. Mengenai faktor jantina, saya tidak pasti tetapi mungkin faktor budaya menjadikan lelaki lebih mudah meluahkan rasa marah.
Siapa lebih cepat marah? Lelaki atau perempuan?
Tiada data yang menunjukkan sama ada lelaki atau perempuan lebih cepat marah. Namun, daripada pandangan saya, lelaki lebih rendah daya toleransi menyebabkan mereka dilihat lebih mudah mengekspresikan sifat marah.
Apakah yang mendorong sifat panas baranKeadaan sekitar dan rasa dikecewakan menyebabkan timbulnya perasaan marah yang mengakibatkan individu itu dikategorikan sebagai panas baran.
Kesan buruk panas baran
Kemarahan yang tidak dapat dikawal bukan saja menyebabkan individu itu dijauhi orang sekeliling tetapi mereka sendiri terdedah dengan serangan darah tinggi dan migrain.Langkah terbaik menangani sifat panas baran kita boleh cuba memberikan sudut pandangan positif tanpa sesekali menimbulkan kemarahan. Buat individu panas baran sendiri, bawalah bertenang dan cuba mengawal perasaan marah daripada dalam diri dan tarik nafas dan cuba tenangkan diri perlahan-lahan.
Nasihat kepada kawan-kawan yang mudah memberontak dan mudah marah
Saya berpendapat, penghidap Panas Baran perlu belajar untuk menjadi masyarakat yang bertamadun - mengamalkan sikap bertolak ansur dan boleh hidup secara aman dan harmoni mewakili tamadun itu sendiri.
Punca Panas Baran
Perilaku agresif
Gejala sosial
Emosi
Masalah kewangan/ keluarga
Ego
Tekanan perasaan
Faktor didikan
Bebanan kerja
Faktor persekitaran
10 Risiko Individu Panas Baran
Dipulaukan masyarakat sekeliling
Jiwa kosong (murung)
Hilang pekerjaan/jawatan
Perceraian
Kemalangan
Pergaduhan
Kesalahan jenayah
Melakukan penderaan
Tekanan perasaan
Penyakit kronik (darah tinggi, migrain)
Artikel 2
Di akui panas baran adalah tingkah laku manusia yang normal. Namun ia sebenarnya tidak baik malah akan memberi banyak kesan buruk pada kehidupan kita. Jadi sesiapa yang merasakan dirinya mewarisi sifat panas baran ini, sebaiknya cari jalan untuk berubah terutama insan bernama lelaki. Ini kerana lelaki dikatakan mempunyai sifat panas baran yang agak terlampau. Sehingga ada kalanya boleh mencederakan orang lain. Kalau tidak tahu cara untuk berubah ikuti panduan berikut:
Jangan terlalu ikut perasaan marah
Ambik tindakan yang segera untuk memperbaiki situasi sekiranya kamu rasa tergangu. Contohnya bincang secara baik dengan pelayan jika kamu merasakan tidak senang dengan makanan kamu. Begitu juga dengan kekasih. Elakkan berkasar dan bincang kan setiap masalah yang berlaku dengan tenang.
Jangan melepaskan kemarahan Kamu mungkin merasa lebih baik, tetapi orang yang dimarahi, pastinya akan berasa tidak selesa dengan kamu. Gunakan cara lain untuk melepaskan kemarahan, Seperti menulis dalam diari atau menulis surat marah yang tidak dirancang untuk dikirimkan pada sesiapa. Ianya hanya untuk meluahkan rasa sakit hati dan rasa marah dalam diri kamu.
Proaktif
Jangan mengharapkan orang lain membaca fikiran kamu atau mengetahui apa yang kamu inginkan. Beritahu pada diri untuk belajar jujur pada diri sendiri dan orang lain tentang apa yang kamu inginkan dan perlukan dalam kehidupan seharian kamu.
Lupakan
Ketepikan beberapa saat untuk memikirkan tentang orang yang menjadi sasaran kemarahan kamu. Ini kerana kadang kala kamu melahirkan kemarahan ketika kamu rasa sakit hati dan tidak puas hati dengan seseorang. Oleh kerana itulah elakkan daripada mengingatinya.
-Sekian-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Kalau takde nama pegi pejabat pendaftaran dulu sebelum komen. hahaha