10 April, 2009
Pakatan Rakyat terlepas pandang?
Pada PRU12, BN berjaya menguasai negara melalui kelebihan kemenangan yang diraih melalui Sabah dan Sarawak. Pakatan Rakyat teruja apabila berjaya menafikan penguasaan 2/3 BN di Dewan Rakyat. Yang terbaru, PRK di Batang Ai menunjukkan BN masih menguasai sokongan apabila meraih kemenangan yang selesa walaupun ada sedikit kegementaran. Di Semenanjung pula, Pakatan Rakyat mendapat pertambahan sokongan pengundi jika dibandingkan majoriti kemenangan pada PRU12 melalui PRK di Bukit Gantang dan di Bukit Selambau. Tetapi, cukupkah sokongan pengundi-pengundi dari Semenanjung untuk membolehkan Pakatan Rakyat menerajui negara?
Hakikat! (Satu pandangan melalui pengalaman),
Majoriti penduduk di Sabah dan Sarawak menganggap mereka bukan sebahagian dari Malaysia. Malahan, sikap berpuak-puak mewakili keturunan dan daerah masih terlalu tebal dan apa saja yang datang dari semenanjung dilihat sebagai sesuatu yang amat asing! Untuk memujuk rakyat di sana menyertai sektor pekerjaan yang datang dari kerajaan Pusat, pemerintah dari semenanjung terpaksa mewujudkan Elaun Khas yang dipanggil Elaun Sabah/Sarawak . Keadaan ini masih wujud di dalam sektor-sektor pekerjaan seperti tentera, polis, bomba, guru KEMAS dan lain-lain lagi.
Bagaimana Pakatan Rakyat boleh memenangi hati penduduk Sabah dan Sarawak? (satu pendapat dari 'siapalah aku')
Mulai sekarang, adalah wajar Pakatan Rakyat melalui kerjasama orang tempatan di sana menubuhkan beberapa Parti Politik samada yang cenderung kepada PAS, PKR atau DAP. Parti-parti ini haruslah (malahan wajib), diketuai sendiri oleh rakyat tempatan. Keberuntungan yang bakal diperolehi selain daripada menguasai negara, ialah Pakatan Rakyat dapat memperolehi simbol sendiri (syarat penting melebihi 7 parti) kerana kaum di sana terdiri daripada kaum Dayak, Melanau, Bidayuh, Ilanun dan lain-lain lagi. Insyaallah, jika dimulakan dari sekarang, selepas PRU13 negara akan berperdana Menterikan seorang Ahli Perlimen dari Pakatan Rakyat!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Kalau takde nama pegi pejabat pendaftaran dulu sebelum komen. hahaha