20 April, 2009
Titah ucapan Sultan Perak. Ulasan Timbalan Presiden GPMS, UlasanKetua Umum BBPM, Ulasan Oghang Kampong Teman.
Pagi tadi macam biasa aku pekena ghoti canei kat kedei makan kampong aku. Sambil ngonyah ghoti canei, macam-macam dilabun deme pasei titah ucapan seghotan. Pasei hormat dan kasihkan seghotan masih tebal macam dulu-dulu idak ler deme nak ngulas apa pun titah ucapan seghotan. Deme ulas ucapan Timbalan Presiden GPMS dengan Ketua Umum BBPM aje. Ini butiran ulasan oghang kampung aku oghang peghak untuk Syed Anuar dengan Osman yang ntah daghi negheghi mana tu. Pasei aku maleh nak nuleh bebanyak aku buboh ulasan oghang kampong aku sebagai UOKg aje dan tulisannya aku buboh kaler merah. Boleh ler, iyer kome!!?
KUALA LUMPUR 19 April - Titah ucapan Sultan Perak, Sultan Azlan Shah sempena penganugerahan darjah kebesaran hari ini merupakan mesej jelas daripada baginda bahawa perbuatan menghasut rakyat oleh kumpulan politik tertentu adalah tindakan liar dan biadab.
Timbalan Presiden Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), Syed Anuar Syed Mohamad berkata, selain itu, ia juga merupakan luahan seorang sultan terhadap tingkah laku sekumpulan pengikut yang sanggup mencemuh institusi raja demi mencapai agenda politik parti masing-masing.
UOKg: Ater! Kalu pasei kene tang kiter bukan main lagi deme ngulasnya iyer!!? Cer kena ateih batang idung deme. Aper gamaknyer kata deme pulok!!?
Justeru, katanya, GPMS mahu apa yang disuarakan oleh Sultan Perak itu perlu dijadikan iktibar khususnya orang Melayu mengenai pentingnya menjaga institusi raja daripada dirosakkan oleh pihak tidak bertanggungjawab.
UOKg: Huh!! seghotan peghak, oghang peghak ler menjaganyer! Cer deme interbiu aku!!, keluor ke gamaknyer dalam sughat abor ni!!?
"Dari segi politik, baginda berkecuali, tetapi dalam perkara ini, GPMS yakin baginda terpaksa bersuara kerana tindakan yang dilakukan oleh kumpulan politik berkenaan sudah keterlaluan.
UOKg: Peh!! yakin deme ajer! Yakin keme oghang peghak ni macamana pulok!!? Aku yakin ateih daie dia baghu tau!!
"Baginda berhak menegur dan memberi peringatan kerana perbuatan seumpama itu jika tidak dibendung boleh menyebabkan negara kita menjadi huru hara. Adakah keadaan seperti ini yang kita mahukan?" katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
UOKg: Ater!! bila ler gamaknya kiter dapat dengor depan-depan titah seghotan ni!!? Aku cicah sebelah kaki kat gate istana pun udah dipeghambat di deme jaga pintu tu!!
Beliau mengulas titah Sultan Perak bahawa tindakan kumpulan tertentu yang menghasut rakyat untuk mencetuskan huru hara selain mencemar institusi raja dengan menyemai rasa benci merupakan satu perbuatan 'menyala api dalam sekam'
UOKg: Pihak tertentu mana pulok!!? Cer sebut bebenor! Mencemar maner ghoper pulok!!? Ater, deme ngubah perlembagaan dulu tu mencemar tahap mana pulok!!?
Titah Sultan Azlan Shah lagi, perbuatan seumpama itu bukan sahaja amat berbahaya, tetapi juga boleh memusnahkan kerukunan rakyat dan negara.
Syed Anuar berkata, institusi raja merupakan lambang kekuatan bagi orang Melayu di negara ini dan perbuatan mencemar nama baik institusi itu tidak harus berlaku.
UOKg: eee... ini lagi satu!!.. Oghang melayu ler lambang kekuatan seghotan!! Takde oghang melayu takde ler seghotan melayu. Tolo benor Syed nih! Syed mana asei nih!!? Jawang ke semat!!?
''Cuba lihat apa yang berlaku di Thailand. Disebabkan tamakkan kuasa, rusuhan berlaku di sana-sini. Akhirnya yang menjadi mangsa adalah rakyat. Mereka menjadi mangsa akibat kerakusan pihak tertentu,'' katanya.
UOKg: Ih Ih Ih!! Nak bandin dengan siam buat peghonjang apa!!? Siam tak peghonah kena jajah. Bukan macam negheghi melayu ni, lepaih Portugis, Belanda, lepaih Belanda oghang puteh, lepaih oghang puteh, Jepun, lepaih Jepun oghang puteh semola!! Yang melawan penjajah dulu tu saper!!? Idak datok-datok, moyang-moyang kiter juger!!
Sementara itu, Ketua Umum Badan Bertindak Perpaduan Melayu (BBPM), Osman Abu Bakar mahu mesej yang disampaikan oleh Sultan Perak itu diambil perhatian sepenuhnya oleh semua pihak khususnya parti pembangkang.
UOKg: Pembangkang!!? Selangor, Kedah, Kelantan, Pulau Pinang ameno ler pembangkang!! Deme ngater ameno ke ni yob!!?
Beliau percaya Sultan Perak kurang senang dengan kejadian yang berlaku sebelum ini dan mahu keadaan tersebut tidak lagi berulang pada masa akan datang.
UOKg: Memang ler koghang senang!.. Sikit-sikit ngadu seghotan. Sikit-sikit ngadu seghotan. Seghotan ndak berehat pun susoh!!.. Bubar DUN kan senang!!.. Sapa yang menang meghentah ler!.. itu pun tak gheti!!..
"Baginda memberi peringatan agar jangan ada pihak yang bertindak liar kerana perbuatan seperti itu hanya akan menyebabkan negara menjadi huru hara. Perbuatan ini juga tidak akan memberi manfaat khususnya kepada rakyat. "Saya amat berharap segala ingatan baginda ini diambil berat terutama seruan baginda supaya institusi raja dipelihara sepenuhnya. Institusi ini merupakan lambang orang Melayu dan ia harus dijaga dengan sebaik-baiknya," katanya.
UOKg: Ehh!!?? dia ni bila pulok dilantik jadi penasihat oghang peghak nih!!? teman tak peghonah dengor pun perlantikannyer!!?.. Mike peghonah dengor ke Yob!!?..
Ntah!!? aku udah maleh nak hajap benda-benda ni!.. kata aku! (tang penamat aje aku becakap, yang lain semua oghang kampong aku!!.. kome jangan ngater aku macam-macam pulok!!.. aku tukang nyampeikan aje!!)
Teman lama: ate bile cho nak masuk bertanding, nanti bior teman sokong pulak. hidup cho
BalasPadamteman lama,
BalasPadamaku tengah dok peghati lagi. Aku risau bila dah masuk jadi lain pulak. Kalau semua wajib pegi kursus boleh le bagi gred tahap diorang macamana. Ini aku nengok dressing dengan sembang bukan main lagi tapi bila buat kerja, hancurrrr!!! Kih Kih Kih. Tapi iye ler, Tuhan dah jadikan manusia 10% genius, 30% bijakpandai, baki 60% memang kaum pekerja. Sabor aje ler!....