15 Mei, 2009

Standard IQ orang UMNO kampung aku!

Semalam,selepas balik dari kerja lebihkurang jam 5.30 ptg aku singgah jap kat kedai minum kampung aku. Kat satu sudut aku perasan ada Pak Him ketua cawangan UMNO kampong dengan Pak Tam rakan sembang aku masa minum pagi. “Yob! Meh kejap!” panggil Pak Tam. Lepas salam dengan kedua-dua mereka aku pun duduk “Apa citer ari ni Pak Tam!?” aku bukak sembang. “Ni ha! Aku tak paham sikit, pasal Nizar dengan Zamri ni! Sapa yang sebenornya MB? Nizar ke zambri?” Tanya Pak Tam. “ntah ler, cer tanya Pak Him, dia mesti tau apa citer” aku buat-buat bodo!. “Zamri ler MB! kan seghotan dah perkenan!” kat Pak Him yakin. “itu yang aku paling tak paham tu! MB ni seghotan yang pilih ke atau seghotan cuma perkenan aje?” Tanya Pak Tam lagi. “tu ler kome tak tau! Seghotan perkenan Zamri tu pasal tak nak Peghak ni dari kontrol di cina! Cer kome nengok!? Berapa orang ADUN2 tu yang oghang melayu? Pasal itu le Najib ambik balik Peghak ni!” tegas Pak Him. “ate, mike yang taknak pangkah PAS ari tu! Pasal tu le ADUN melayu sikit! Cer kome pangkah PAS, mesti ADUN melayu ramai dari ADUN Cina!” aku peghangat. “pangkah PAS nak buat apa, bukannya dapat duit, kalu pangkah UMNO dapat juga aku duit sikit! Ngundi ari tu ha! Dapat juga aku 7 ratus, upah naik bendera!” kata Pak Him lagi. “Ater! Mike ngundi ni kerana duit ke atau mikio masa depan anakcucu kita?” aku test. “aku ngundi nyokong UMNO pasal nak kekalkan kuasa melayu ler!” Pak Him kaleh jawab. “Ate, kekalkan kuasa melayu, aku nengok kat pekan tu kedai Cina aje yang besor, maju. Tak nampak pun kedai melayu. Kuasa je kekal kat melayu tapi oghang melayu bersepah yang papa kedana! Macam mike ni ha! Dari dulu sampai sekarang teman nengok keghojer nogheh getah aje, tu pun nogheh pokok oghang! Mana maju nyer!?” Aku mula nyakat. Pak Tam dari tadi aku nengok dah senyap. Terkebil-kebil je bijik mata. Kepalanya toleh kiri, kanan, kiri, kanan macam nengok orang main ping pong. “Ni ha, soalan aku tadi! Macamana halnya Nizar ni! Sah ke taksah dia MB. Kejap Nizar, kejap zamri, esok lusa Nizar semula, mana ghopernyer nih!” Pak Tam mencelah tak nak ketinggalan. “aku nak nanya, kalu oghang nikah gantung, tangguh kenduri, boleh tak dia campor bini dia?” aku bagi deme penin sikit. “huh! Tolo beno! Boleh le! Dia dah sah jadi suami! Boleh le dia campor bini dia!” kata Pak Him masuk perangkap aku. “ate, Nizar ni sah ler tadbir negeri ni, sebab dia MB yang sah! Zamri tak de apa, dia cuma mohon tangguhkan keputusan Nizar jadi MB je! Bukan batalkan! Maknanya Nizar tak boleh buat keghojer MB je! Bukan Nizar tak buat keghojer MB, Zamri yang ganti!, macam kisah nikah gantung tadi juga!, takkan kerana belum buat kenduri sandin alih-alih oghang lain pulak yang campor bini dia! Kalau mike, mike marah tak kalu bini mike yang sah tapi oghang lain yang menggauli bini mike!?” aku torture otak Pak Him. “Huh, kome ni, apa aku cakap ada aje pusin kome! Kome nengok le kalu jadi bubar DUN ni! DAP yang menang semua ! PAS kalah. PKR kalah, UMNO kalah, bila Cina meghentah, masa tu baru le kome tau langit tinggi rendah!” Pak Him dah marah. Sahut Pak Tam tiba-tiba “macamana ler kome ni dilantik jadi ketua cawangan? Tolo benor! Kalu UMNO kalah semua ada ler oghang PAS dengan PKR yang menang! PAS, PKR dengan DAP ni lawan oghang BN! UMNO, MCA, MIC! Maknanya lepas ini kalu bubar DUN, ngundi Pakatan Rakyat menang, banyak le oghang PAS dengan PKR yang jadi ADUN!” “maleh aku sembang dengan kome! Banyak lagi keghojer aku nak buat!” kata Pak Him bangun bayor duit minum dia dan blah! Tu ler oghang ameno, kalah debat terus blah! Err… debat Rais Yatim dengan Zaid jadi ke gamaknyer?

11 ulasan:

  1. Bukan semua orang UMNO bodoh macam Pak Him tu. Ada juga orang PR dungu macam lembu cucuk hidung lebih-lebih penyokong PAS. Fanatik macam burung kakaktua pandai bercakap tetapi tak tahu makna apa yang disebut. Orang PKR pulak asyik-asyik buat bohong supaya rakyat membenci kerajaan dan orang melayu yang menyokong UMNO. Hasilnya mereka telah berjaya mewujudkan fenomena persepsi yang begitu ketara sekarang ini dari kalangan rakyat lebih-lebih orang yang malas berfikir secara intelek macam orang melayu kat kampung termasuklah di bandar !

    BalasPadam
  2. lor en jangkano..sape kata persepsi.. benda kenyataan dia kata persepsi...mahkamah kata nizar MB sah pun dia kata persepsi... ape ke tolo sgt ni. yg halal tu terang yg haram tu pun terang dan jelas...

    BalasPadam
  3. Yap aku setuju dengan pendapat thecybersniper memang standard penyokong umno tegar memang macam tu. Baru-baru ini aku berdebat dengan sorang penyokong tegar Umno...bila point yang dia cakap aku balas dengan point aku pulak dia merah padam dan melenting dan last sekali terus blah...aku sebenarnya tak laa meninggikan suara bila berdebat cuma aku nyatakan point aku dengan cara bersahaja...tapi itulah bila terasa apa yang aku cakap itu betul dan berfakta dia tak boleh terima...

    kepada jangkano..ini kelemahan orang melayu bila ada fakta dan kebenaran depan mata tak mahu befikir...walaubagaima pun aku tak heran sebab selama ini pemikiran melayu telah dijajah oleh UMNO.. untuk pengetahuan semua aku bekas / penyokong UMNO.. Seluruh keluarga aku orang UMNO terutama emak aku orang yang pernah ada jawatan dalam uMNO (kawasan tempat tinggal aku). But now semua dah beralih dan bila sebut nama UMNO..keluarga aku.....paham-pham jer laa

    BalasPadam
  4. Untuk jangkano, aku melayu yang menjadi ahli UMNO, tapi aku tidak menyokong kerja-kerja haram UMNO samada pemimpin atau ahli, dan aku tidak bodoh nak mempercayai kalau PKR bohong, dan aku sanjung ahli PAS yang menjadi lembu cucuk hidung untuk mendaulatkan Islam serta hukum-hakamnya. Aku belajar dari sejarah, aku belajar dari pengalaman dan aku belajar dari kajian. Aku gunakan anugerah akal yang Allah pinjamkan. Dan UMNO kini lebih banyak bergelumang dengan yang haram dari yang halal. Aku bukan ahli UMNO yang tolol lagi menololkan diri, aku sertai UMNO (lama) atas dasar perjuangan tapi UMNO (baru) apa yang diperjuangkan, 80% untuk diri sendiri, 15% untuk kroni dan 5% untuk rakyat. Jangan tutup sebelah mata, jangan sempitkan akal, menyokong bukan membabi buta, yang kaya deme dan yang papa siapa? Aku ahli UMNO yang menyokong seorang pemimpin yang ingin menjadi hamba rakyat, bukan pemimpin UMNO yang ingin memewahkan diri sendiri dan kroni, kerana aku teramat ingat janji ALLAH akan BALA pada sesebuah negara.

    BalasPadam
  5. Bagus artikel ini.

    Minta kebenaran terbit semula di laman web htt://mylivingwall.com. Akan paut semula ke blog saudara.

    All the best!

    http://mylivingwall.com

    BalasPadam
  6. sahabat baik wa, penyokong umno terkebil dan berputag lidah bila wa tanya pasai islam hadari (yg tah bila katanye nak dikaji balik). Islam hadari ni katanye bukan ugama baru. So amendenye. Putih biji matenya memikiooo. Nanti laa saya bagi tau. Pulakkk, hampeh tol sampai laa tak berani jumpa lagi dengan wa.

    BalasPadam
  7. Deme: Apa ke he bagi tanah kat orang Cina
    Keme: Ate yg kome bagi Singapura tu ape ke he
    nye Yeop
    Deme: Itu lame doh.
    Keme: Ate Pulo Batu Putih tu ape he.
    Deme: (Blah tak sempat ngonyen)

    BalasPadam
  8. org umno memang bodoh

    BalasPadam
  9. jangkano.. jangan macam tu.melayu kat kampung pun dah ramai cerdik2 dah.. kalau melayu dibandar, kebanyakan semua dah tak mau daah.. dah lama sangat dah

    BalasPadam
  10. malu benor aku bila dah terang disuluh nak ikot hok gelap pulak, terpijak najis kambing pun dikata wangi lagi.. tolo benor ler tu

    BalasPadam

Kalau takde nama pegi pejabat pendaftaran dulu sebelum komen. hahaha