25 Mei, 2009
Tuhan bayar tunai!
25 Mei 2009
Selepas ADUN Changkat Jering, Behrang dan Jelapang mengkhianati Pakatan Rakyat. BN mendakwa bermacam-macam alasan untuk menghalalkan tindakan. Tiba-tiba Tuhan mengambil nyawa Ahli Parlimen Bukit Gantang. Adakan Pilihanraya kecil dan Pakatan Rakyat menang. BN tergamam.
Berlaku pula krisis di Penanti, BN tidak mengambil bahagian atas alasan perletakan jawatan itu adalah permainan politik PKR. BN memberi alasan tidak mengambil bahagian kerana mengutamakan rakyat dan menumpukan kepada memulihkan ekonomi . Tuhan mengambil nyawa Wakil Rakyat Manek Urai. Terpaksa mengadakan Pilihanraya kecil dan BN terpaksa menyertai. Apa dah jadi dengan alasan yang diberikan di Penanti?
Apa akan jadi sekiranya 4 orang Wakil Rakyat BN Perak yang meninggal dunia tahun ini? Apakah kematian akan disembunyi? Sekiranya sakit tenat adakah akan diberi peralatan bantuan hayat hospital sehingga PRU-13?
Mereka cuba elakkan dari terlibat dgn election kecuali yg terpaksa seperti kematian tu.. Namun kita kena berjaga-jaga juga...Sebab jerat tidak pernah melupakan mangsa..
BalasPadam