21 Jun, 2009

Cicak Kobeng Man!

Sesumpah atau dalam bahasa inggerisnya chameleon tidak diketahui dikampong aku. Tapi kalau disebut Cicak Kobeng semua tau! Haiwan dari spesis cicak ini ada kebolehan utama iaitu menukar warna mengikut keadaan sekeliling. Pehh! Intro/set induksi macam cikgu sains pulak dah! Sebenornya aku nak bercerita tentang manusia politik (dalam sains politik manusia digelar haiwan politik!) Parti politik kat Malaysia ni cukup banyak Cicak Kobeng. Yang paling banyak mestilah parti cap keris! Masa seseorang tu berkuasa, omak! Salam cium tangan! Bila tak ada kuasa, terjumpa kat mana2 siap koner kut lain! Bila kempen janji macam2 tapi bila dapat kuasa buat2 lupa! Yang ni namanya cicak kobeng munafik! Parti mata dengan parti bola ping pong (kaum tionghua selalu sebut), tak ada? Adaaaa! Mula2 parti mata. Ada sorang tu dia je yang betul. Kalau cakap berapi-api! Nak letak orang dia duduk tempat penting dengan nak pejatuh kengkawan yang ada potensi tapi bila boss tak layan last2 masuk parti keris! Dia ni semua orang tau! Cicak kobeng kotak! Kat perak pulak ada 2 cicak kobeng paling top! Sorang bini 4, sorang lagi bini 2. Ni cicak kobeng banyak air! Yang bini 4 perasan nak jadi MB, yang bini 2 mungkin perasan nak jadi timbalan MB! Yang bini 2 aku dengar masa kerja atas bahu 3 ketol! Setau aku kalau pencen atas bahu 3 ketol ni biasanya geng reput, peperiksaan naik pangkat 3 kali tak lulus kena berenti! Camana la boleh lantik dia jadi calon? Kan semua dah terkulat-kulat! 2 orang ni masa dengan parti mata kena kes rasuah kat mahkamah muka gabra tapi bila bersekongkol dengan parti keris masuk mahkamah tersengih-sengih! Dah ejas kut!? Gamaknya lah. jangan menghina mahkamah woi ! Ada satu lagi cicak kobeng ni masih selamat, bila DSAI dengan DSWA datang macam nak tersungkur 2 orang tu pasal cicak kobeng ni berbelit kat kaki! Jadi ketua kat Perak tapi dia duduk kat Kelang! Apakebenda! Parti Ping Pong ok? Huh! 2x5! Bila berkuasa dulu suruh bini pegi mintak kawasan balak kat MB! Lulus atau tak lulus tak tau le aku. Ada pulak tu baru 6 bulan jadi ADUN dah beli rumah baru! Mungkin duit yang dah lama simpan kot!? Ni namanya cicak kobeng masjid! Hobi pegang tasbih! Kira wirid atau kira duit Wallahualam! Kalau lepak kat kubah masjid kaler dia gold macam kubah dan kalau lekap kat dinding tukar jadi kaler hijau macam kaler cat dinding! Hadis dan surah hafal kat mulut! Implementation belum tentu! Dalam banyak2 cicak kobeng ni, yang paling masyhur sekali datang dari tempat paling kaya di pantai timur! Kat sini kalau dah pokai boleh kutip emas ikut suka hati! Merata-rata ada emas. Bertanding pakai lambang ping-pong, dah menang lebih keris dari ahli parti keris! Ni cicak kobeng amfibia! 2 alam! Parti2 kat Malaysia ni, kalau dengar slogan, dasyat! ketuanan melayulah, keadilan untuk semua lah, menegakkan Islamlah! Mantap! Kecicak kobengan ni, Parti keris, majority! Mata dengan ping-pong masih lagi minority kecicak kobengannya. Hati2! Jangan biarkan merebak macam parti keris! Kepada semua penyokong Pakatan Rakyat, marilah sama2 jadi QC! (Quality Control). Silap kalu! Hantam! Amal Makruf Nahi Mungkar jangan kira lawan atau kawan! Nabi pun ada terbuat silap, apatah lagi manusia biasa! P/S: Kat Manek Urai camana? Aku dengar parti keris 2 puak dah berebut! Parti ping pong pulak banner tak ada gambar boss! Yang ada banner kutuk 2nd boss! Jangan le kutuk! sian dia! Dah ler kawasan dia kat Bachok tapi rumah besar dia kat Nilai! Nak berulang duit petrol dengan duit tol banyak tuu! Betapa tingginya pengorbanan dia! Pergh!

1 ulasan:

  1. Tulisan sedara memang hebat. Semua orang tak betul. Nampaknya sedara cuba jadi juara dlm segala isu.

    Bukalah keaiban orang.

    BalasPadam

Kalau takde nama pegi pejabat pendaftaran dulu sebelum komen. hahaha