02 Jun, 2009

Jawapan kepada provokasi UBN tentang Ulamak VS Profesional di dalam parti PAS

2, 3 menjak ni aku lihat media UMNO sibuk mengapi-apikan politik dalaman PAS. Isu2 yang diwujudkan antara lain tentang Arbakan dan Erdogen serta kepimpinan ulamak dan profesional. Maksud tersirat depa yang utama pada pandangan aku hanyalah untuk menaikkan golongan yang depa "boleh makan"!. Di bawah ni aku kutip pandangan2 blogger Al-Bakistani yang aku kira paling tepat untuk menghuraikan isu ulama dan profesional. KEPIMPINAN ULAMA TERCABAR?? "apa pandangan anta tentang kepimpinan ulama yang semakin hari semakin dicabar?" seorang kawan melontarkan soalan untuk bertanya pandangan. Mendengar soalan itu, aku terus menjawab, "kepimpinan ulama wajar di pertahankan. Ana rasa, apakah kepimpinan ulama tercabar itu, ia tidak berlaku sama sekali". Mendengar jawapanku, kawan tersebut mengkerutkan dahinya. Sambil itu dia berkata, "anta tak nampak ke, sekarang golongan professional sedang usaha hendak melawan ulama?" "ulama adalah orang bertaqwa. Orang bertaqwa itu adalah ulama. Apabila dia bekerja untuk menangkan islam, bermakna dia adalah ulama, kerana orang yang bekerja menangkan islam adalah orang bertaqwa" jawabku memberi penerangan yang tergantung. Kawanku itu berkerut dahi, seraya bertanya, "macam mana tu syaikh??" "anta tahu tak kadar banyak mana ilmu seseorang yang boleh dita'rifkan sebagai ulama?" tanyaku "orang yang belajar agama secara formallah" jawabnya ringkas agak kurang memahami. "anta tahu tak, ada orang belajar pondok 20 hingga 30 tahun, tapi dia tak pandai baca Al-Quran?" soalku lagi "ada ke macam tu? Tapi, ia tidak mustahil" jawabnya. "ana belajar pakistan 4 tahun. Sebelum tu, ana belajar Pondok lubuk tapah pasir Mas selama 3 tahun. Lepas pakistan, ana pergi mesir. Masa ana masuk pondok dulu, ada seorang kawan tu, dia dah belajar pondok 4 tahun. Masa ana balik dari mesir, dia masih lagi duduk di pondok. Sedihnya, dia masih lagi tak leh baca kitab. Kadang-kadang dia baca Al-Quran, banyak tajwid salah" keterangan permulaan yang aku lontarkan. "maksud anta?" soalnya. "Maksud ana, ulama itu tidak semestinya dia dilihat belajar agama secara formal, bahkan jika dia sudah boleh faham ilmu agama dan beramal, dia sudah cukup disebut sebagai ulama" jawabku sebagai sambungan dari keterangan awal tadi. "ana kurang jelas" kawanku itu masih kesamaran lagi. "anta tahu tak, orang kaya tu, berapa banyak kadar hartanya yang boleh diisytiharkan dia sebagai orang kaya?" soalku balik. Dia mengkerutkan dahinya seakan-akan 'blur'.. "ada orang kaya dengan 2 ribu" sambungku. "ada orang kaya 2 juta. Ada orang kaya 20 juta. Betul tak?" lontaran soalan yang aku lakukan. "yap. Betul" jawabnya ringkas. "begitujugalah orang berilmu. Ada orang ilmunya banyak setahap 2 ribu. Ada orang mempunyai ilmu setahap 2 juta. Ada orang berilmu tahap 20 juta" jawabku. Dia berfikir seketika, lalu berkata, "tapikan, lebih baik la kita lantik pemimpin, orang yang mempunyai ilmu setahap 20 juta" "ya benar" jawabku, "tapi, apakah dengan sebab dia belajar agama secara formal, maka dia mempunyai ilmu setahap 20 juta itu?" tanyaku balik. Dia melihat ke dinding. Dahinya berkerut berfikir. lalu berkata, "tidak semua la. Sebab, ada kawan anta duduk di pondok berpuluh-puluh tahun pun, masih tak betul lagi bacaan tajwidnya" "itu yang ana maksudkan, ulama itu tidak boleh dinilai dengan semata-mata dia belajar agama secara formal; maksud ana, masuk universiti atau masuk pondok. Bahkan, sudah memadai dia dikira sebagai ulama, jika dia memahami ilmu agama dan dia beramal dengan ilmunya" aku memberi penerangan."pun begitu, ulama yang sebenar adalah ulama yang mencontohi Nabi SAW dalam semua sudut dan aspek" sambungku, "ulama atau orang bertaqwa itu, dia berfikir untuk majukan islam. dia tidak menipu orang bawahnya. Berstrategi dalam menyampaikan dakwah islamiyyah dan banyak lagi, maka dia adalah ulama yang sebenar. Walaupun ilmunya setahap kaya 2 ratus sekalipun""bermakna, jika dia dilihat mempunyai pendidikan professional secara formal, tetapi dia mempunyai kefahaman agama yang baik, disamping mempunyai kesungguhan dan berstrategi dalam menyampaikan dakwah islamiyyah. Maka dia adalah ulama juga, bahkan dia lebih baik berbanding orang dari kalangan orang yang belajar agama secara formal, tetapi tidak mempunyai kepakaran dalam dakwah secara berstrategi" sambungku secara panjang lebar. Dia tersenyum mendengar kupasanku itu, sambil berkata, "maknanya, dakwaan ulama tercabar itu tidak benarlah?" "yap.. mereka yang takut itu, hanya mereka yang tertipu dengan emosi mereka sendiri sahaja, malah tidak mengkaji maksud istilah ulama mengikut konsep Al-Quran itu sendiri" sambil senyum aku menjawab.Sambungku lagi, "mana lebih baik, dakwah islamiyyah tergadai dengan orang belajar agama tidak jadi pemimpin?" soalku "kalau berdasarkan apa yang anta kupas tadi, ulama yang sebenar adalah mereka mempunyai strategi dakwah. Makanya, kalau dia belajar agama pun, dakwah islamiyyah tak berstrategi, malah dakwah islamiyyah tergadai, maka dia bukan ulama la.. bukankah begitu?" soalannya memprovoke. Sambil senyum aku menjawab, "bukan bermakna dia tidak ulama, tapi dia ulama yang tidak layak menjadi pemimpin" Kami ketawa dengan diskusi yang berlaku secara tidak sengaja itu.Sebelum kami berpisah, sambil ketawa aku menyebut dengan nada menyindir, "buat apa orang tu belajar agama banyak-banyak, tiba-tiba tipu orang bawah. Sekejap kata ada pertemuan. Sekejap kata tidak ada pertemuan" Dia ketawa mendengar kata-kataku itu, seakan-akan faham maksud disebalik sindiranku itu. Sekian Untuk keterangan lebih lanjut sila lihat di sini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Kalau takde nama pegi pejabat pendaftaran dulu sebelum komen. hahaha