14 Jun, 2009
Kita kategori mana?
2,3 hari ni macam2 pendapat, macam2 bangkang, macam2 teguran dapat dibaca di dunia maya. Tajuk utama tak lain tak bukan pasal Unity Government (UG).
Selalunya, media UBN yang mengeluarkan isu untuk mengalihkan tumpuan tetapi kali ini darpada pihak kita.
Isu UG ini menenggelamkan semua cerita-ceriti! UBN lega! Cuti dari dari kena serang! Tetapi awas semua! Selagi isu UG ini diteruskan, UBN akan mengambil kesempatan merancang sesuatu untuk membenamkan kita ke lembah kegagalan!
Kali ini aku nak berkongsi dengan kengkawan pengalaman hidup yang boss tempat kerja aku dulu perturunkan kat aku semasa di alam pekerjaan. Boss aku ni simple tapi otak dia memang genius. Apa yang dia rancang dan buat semua jadi!
Biasanya sessi sembang boss aku sebelah petang selepas semua kerja untuk hari tu dah setel.
“Yob! (pasal aku sorang je orang Perak kat pejabat) hari ni aku nak cerita rahsia yang nko selalu tanya pasal macamana nak jadikan semua kerja yang kita buat gerenti sukses!” dia manggil aku.
“Anu… kejap! Nyimpan barang dulu” aku jawab.
“Anu,, anu…! Anu dalam seluar nko! Apa payah simpan- simpan!” macam biasa, bahasa dia kasar tapi hati baik.
Macam biasa aku bawak 2 gelas besor nescaffe ‘o’ sejuk yang aku buat tengahari tadi “Ok boss! Sedia dah!”
“Ok, macam ni! sebelum nko nak jadi seorang yang berjaya, nko kena kenal dulu kategori orang-orang di sekeliling nko!” boss aku mula.
“Orang pun ada kategori jugak ke, boss!?” aku macam biasa ler, buat-buat bodoh!
“Ada…! Manusia ni boleh dikategorikan kepada 3 kumpulan yang besar. Yang pertama golongan “Look Thing Happen” (lihat sesuatu berlaku), yang ke 2 golongan “Wait thing to Happen” (tunggu sesuatu berlaku) dan yang ke 3 golongan “Make Thing To Happen” (buat sesuatu berlaku)” ujar boss aku bukak cerita.
“Camana pulak tu?” aku Tanya.
“Macam ni, kategori “Look Thing Happen” adalah golongan paling tak guna sekali! Perang ke, kecoh ke, apa ke, yang diorang pikir hanya nak selamatkan diri sendiri! Nak kenal puak ni senang je! Cuba nko perati, biasanya puak2 ni bila ada majlis atau kerja2 yang nak dibuat, depa ni akan cipta berbagai alas an nak melarikan diri! Anak sakit lah, ada appointment doktorlah, nak cabut gigilah dan macam2 lagi. Sebab tu bila nko jumpa orang yang pakai gigi palsu, nko kena hati2! Mungkin orang tu dari golongan ni! kalau dalam politik pulak, biasanya golongan ni akan sokong apa je yang boss dia cadangkan! Tapi bila kecoh atau nak mula kerja, tengkuk diorang akan masuk ke dalam macam kura-kura atau dia akan senyap atau hilang!” hurai boss aku tentang kategori yang pertama.
“Yang ke 2 pulak boss?” aku Tanya.
“Yang ke 2, “Wait Thing to Happen”. Yang ni unik sikit! Ada yang positif, ada yang negative! Yang positif dulu, yang positif ni biasanya bila ada event atau kerja yang nak dibuat, diorang ni boleh tolong! Masalahnya nko kena selalu keluarkan arahan step by step! Kalau nko tak rajin jengok, kerja tak jalan! Nko pun mesti tau kerja yang nko arahkan! Nanti diorang tanya nko tak boleh jawab, kantoi” terang boss aku sambil terbeliak bijik mata.
“Yang negative pulak?” aku tak banyak cakap taknak potong stim orangtua nih.
“Huh! Yang ni memang cilaka! Dia tunggu je idea orang! Kalau dia dengar ada idea baru, terus dia jumpa boss untuk dapat nama! Kalau ada kerja yang berjaya, dia akan ngaku kerja dia bila orang tanya! Kalau dalam politik pulak, bila menang, dekat 10 orang tunggu nak tumpang tui masa PC, kalau kalah, tinggal ler sorang berdua je nak menepis/mengelak bila wartawan tanya! Nko pernah nampak benda ni?” Tanya boss.
“ha ah! Selalu sangat!” aku mulai nampak.
Boss aku sambung lagi “Yang ke 3 pulak, golongan “Make Thing To Happen”, yang ni susah sikit! Nko mesti ada kemahuan yang tinggi dan tak mudah mengalah! Nko kena tau dari kecik2 benda sampai ke besar benda! Untuk mencapai kategori ni nko kena rempuh semua perkara baru nko dapat art dia! Cara nak capai taraf ni, nko kena cari jawapan kepada setiap soalan yang muncul dalam otak nko! Control hensem tak main! Nko bukan saja kena pikir tapi nko kena buat semua perkara sampai nko master! Biasanya kategori ni sikit je! Dalam 100 orang adaler sorang berdua je yang mencapai taraf ni! dalam politik nko kena selalu perhatikan diorang ni dari golongan mana! Samada golongan kategori 1,2 atau 3! Yang banyak aku nengok dari kategori 1 dengan 2, cakap diorang memang mantap! Gitu gini gitu gini, tapi cuba ada orang yang nak cabar jawatan dia, mula ler dia fitnah macam2” boss aku bagitau.
“Maknanya?” aku Tanya.
Boss aku jawab “Maknanya diorang tu bukan kerja untuk orang bawah atau rakyat tapi untuk perut diorang sendiri ler! Nko dah pencen besok-besok, nko mesti aktif untuk hapuskan puak-puak ni! kalau tak macam ni ler Negara kita! Hasil banyak tapi tak makmur-makmur! Yang makmur perut diorang dengan keluarga diorang jer! Boleh ke gamak nya?”
“Insyaallah!” aku jawab
Macam tu ler ceritanya. Jadi sekarang ni aku akan cuba buat apa yang aku mampu. Kepada pemimpin2 Pakatan Rakyat, aku mohon buat kerja betul2. Kalau hangpa betul aku puji, kalau hangpa tak betul aku taji! Aku tak kira dari parti apa. Apa yang aku piker hangpa dari kategori apa macam citer kat atas!
salam, betul la tu. kritikan bukan bermakna meruntuh rumah, tapi memperbetul asas rumah. check & balance purpose, besides of regular service maintenance.
BalasPadambukan jadi balaci buta "hangpa tutup mulut - dok dendiam!" kih kih kih.