22 Julai, 2009
Bilakah saat akan dicabut alat bantuan hayat UMNO?
Bak pesakit yang dimasukkan ke ICU, dengan pelbagai alat bantuan hayat yang berselirat melingkari badan untuk memanjangkan nyawa pesakit sehinggalah doktor yang merawat merasakan pesakit tiada harapan untuk diubati maka dicabutlah alat bantuan hayat ini satu persatu dan disahkan pesakit telah mati!
Begitulah UMNO! dengan 3 alat bantuan hayat terdiri dari SPR, SPRM dan PDRM, UMNO dapat memanjangkan hayat hingga saat posting ini ditulis! SPR sebagai alat bantuan hayat pertama sudah nampak tidak berfungsi dengan kekalahan bergaya 6 PRK di Semenanjung dan cuma 1 kemenangan di Batang Ai! Ini mengesahkan 1 Malaysia Najib dengan 1 kemenangan sahaja! Kih Kih Kih!
SPRM sebagai alat bantuan hayat ke 2 pulak dan tersalah melaraskan peralatan yang sepatutnya di level 2 tapi kerana kalut nak tolong Najib merampas kerajaan Selangor sebelum 1 September dan terlaras ke level maksima 12 sehingga saksi siasatan jatuh 9 tingkat dari tingkat 14 ke tingkat 5 dengan seluar terkoyak di ponggong tetapi darah tiada! Depa ni siasat sambil hisap darah macam drakula ke? Wow! Raja bersiong telah kembali!
Yang ke 3 dan terakhir ialah penegak undang-undang iaitu PDRM yang aku lihat bukan penegak undang-undang tapi berdiri tegak di setiap tiang letrik berjaga-jaga takut orang kampung lempar selipar bila Zamri aktor iklan colgate datang ke kuala Kangsar!
Persoalannya, 1 dah tak berfungsi, 1 dah kantoi, 1 di salah guna sebagai berdiri tegak di tiang letrik bukan penegak undang-undang!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Kalau takde nama pegi pejabat pendaftaran dulu sebelum komen. hahaha