05 Julai, 2009
Perangai pedengki dari budak bawak sampai ke tua!
Perangai budak-budak,
Bila kawan makan ais kerim mahal tapi dia makan ais kerim pop, dengki! Pergi sekolah, dia pakai basikal ada gear, kawan pakai basikal tak de gear, kawan dia dengki! Bapak kawan dia pakai kereta buruk, bapak dia pakai kereta baru (hutang), kawan dia dengki! Main baling botol, kawan dia dapat geng bagus, dia dapat geng yang rejected, dengki! (Banyak lagi, tak larat aku!)
Perangai orang tua,
Blog kawan dia hit tinggi, blok dia nak capai 20 pun susah, dengki! (aku tak kisah). Parti kawan dia dapat kerusi lebih, parti dia dapat kerusi kurang, dengki! (sibuk dengan bisnes). Parti lawan dah dapat sokongan, parti dia makin kurang sokongan, dengki! (sibuk tangkap projek). MB lama kulit putih, MB baru harap gigi je putih, dengki (harap gigi je! pasal tu suka sengih tayang gigi!).
Kereta kawan aku ada dua kaler, depan cerah belakang sebam, gempak beb! dengki aku (he he!). Sorang lagi kawan aku, duit banyak tapi pegi mana-mana naik kereta kecik, sampai perut kena stering! jimat minyak! Katanya nak capai duit simpanan angka sejuta yang pertama hujung tahun ni! Pergh! dengkinya aku! kih kih kih!
Mmmm... dulu bila budak-budak perangai macam ni gerenti aku sekeh dahi. Aku ingatlah, orang tua-tua yang perangai pedengki ni patut kena sekeh jugak! mungkin masa kecik dulu depa tak pernah kena sekeh kot? he he!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Kalau takde nama pegi pejabat pendaftaran dulu sebelum komen. hahaha