Bersempena dengan Hari Pahlawan besok, dalam TV 3 suku malam ni keluarlah macam-macam kenyataan dari pencacai UMNO.
Kenyataan yang paling aku meluat sekali berbunyi "sebagai menghormati perjuangan pahlawan kita, kita janganlah berdemo kerana perbuatan itu akan menghuru-harakan negara" ciit! Pooraaahhhh!
Kalau depa tanya kat aku gerenti aku akan cakap begini "Sebagai menghormati perjuangan pahlawan negara, semua rakyat harus bangun menentang kezaliman penguasa yang semenjak dua menjak ni seolah sedang menjual maruah negara ke negara asing dengan sebahagian besar ekuiti negara dah banyak terlepas ke syarikat asing! Minyak sendiri ada, jual mahal! beras sendiri ada! pun jual mahal macam nak suruh rakyat kebulur! batu, tanah semua sendiri ada tapi buat jalan kena bayar Tol! Kepimpinan negara pulak dah jadi macam harta pusaka depa! bapak menteri, anak menteri, cucu pun jadi menteri! macam cilaka! Dalam perlembagaan membenarkan rakyat berkumpul untuk menunjukkan perasaan, tapi bila rakyat berhimpun untuk meluahkan perasaan, depa balas dengan pesta bersiram free!"
Hangpa ingat aku tak layak cakap! Tengok gambar kat atas tu!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Kalau takde nama pegi pejabat pendaftaran dulu sebelum komen. hahaha