03 Ogos, 2009
Dok berangan nak perintah negara konon!
Hajat hati nak ke KL, tiba-tiba kereta rosak di tengah perjalanan. Kerana tiada langsung ilmu tentang injin kereta, tunggulah pomen datang walhal yang rosak cuma kabel plug tercabut kerana hentakan terlanggar bangkai anjing di tengah jalan. Kerana dah terlewat maka hajat hati nak ke KL dibatalkan.
Macam tu lah jugak Pakatan Rakyat ni.
PKR. Anwar sekarang ni sedang berperang kerana tuduhan liwat si saiful. Tiadakah pimpinan PKR yang dapat mengambilalih sementara misi Anwar? Aku dengar PKR mesyuarat sana-sini tapi aku tak nampak pun sebarang langkah berkesan yang diambil untuk persediaan PRU 13! Apa? Puas hati dah pasal dah boleh kontrol Selangor? Rakyat terutamanya pengundi baru ramai yang cenderung menyokong PKR tapi tak pernah pun aku nampak orang kuat PKR tempatan menghampiri depa ni. Apa? tunggu depa isi borang UMNO baru hangpa nak hambat?
PAS. PAS pulak sekarang ni sejak ada kepimpinan baru memang nampak kalut. Bukan kalut nak menghampiri pengundi di luar jemaah tetapi kalut menegakkan kononnya pendapat UG Hj Hadi adalah yang terbaik untuk kemakmuran negara dan sanggahan Nik Aziz tidak wajar diikuti. Dah ada blogger ahli PAS dah berani lah pulak menasihati Nik Aziz supaya mengundur diri.
Woii! Hangpa ni mengigau ka apa? Aku agaklah, hangpa ni sebenarnya memang takdak visi dan misi pun nak memerintah negara! Keadilan untuk semua lah! Menegakkan Islam lah! Hangpa ingat kalau hangpa terus jadi pembangkang hangpa boleh realisasikan semua tu?
Tak Payah! Kiriiimmm Salammm bebanyak!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Kalau takde nama pegi pejabat pendaftaran dulu sebelum komen. hahaha