09 Ogos, 2009
Rakyat bawahan akan ditipu sampai bila-bila!
Dari aku kecik sampai aku dah tua bangka ni, aku nengok stail budaya orang-orang politik di Malaysia ni tak pernah berubah. Baik Umno ke, PAS ke, DAP ke, PKR ke (baru lagi, kalau tak dibentuk dari awal, penyudahnya akan jadi macam sial!).
Maksud aku yang tak berubah tu ialah bila depa naik, mula-mula biasalah, buat-buat baik dulu, jumpa rakyat, bantu orang susah. Tapi bila dah lama sikit mulalah keluar tembelang sebenar! Faraid harta negeri sesama depa! Sebab tu walaupun negara kita banyak hasil mahsul tapi rakyat bawahan ramai yang papa kedana! Haramjadah!
Aku pikirlah, sebab musabab depa ni tak berubah adalah kerana salah pengundi jugak! Dibawah ni contoh-contoh jawapan yang aku dapat dari pengundi-pengundi yang menyebabkan semua Wakil Rakyat mudah mengambil kesempatan! Soalan kepada pengundi-pengundi "Sebagai pengundi, mengapa abang/encik/tuan tak mau bertindak? contohnya menyertai parti dan menyingkirkan pemimpin yang macam sial. Tak ke abang terfikir tindakan abang buat derk ni menyebabkan budaya politik kita takkan berubah! ahli politik makan isi, kita dapat kuah?"
Jawapan yang aku dapat;
1. Peniaga gerai makan "Tak boleh yob, pelanggan aku ramai, kalau aku buat tindakan depa boikot kedai aku, aku nak makan apa?"
2. Kontraktor "He he! aku tak peduli, janji aku dapat projek. Tak kira ler aku punya sendiri atau dapat sub! janji masyuukk!"
3. Tokeh kedai hardware "haiya! tak boleh loh! dia olang moleh mikin maciam-maciam! sekalang aa.., wa punya balang manyak underwater punya! wa nyolok cikit lia olang liam la! lu mau niaga itu balang ada cukai ka? itu maciam mau bayat itu letlik pun tala cukup wo!"
4. Pemuda tempatan "aaa... politik? lantak la depa, janji wa layannnn...." ciss! mat pek hon!
5. Pengundi wanita "Keme pun getik juger! masalahnyer kalau PAS meghentah, semua oghang jantan mudah sangat kawin banyak! kecuali kalau PAS masukkan dalam manifesto deme takkan memudahkan lelaki kawin ramei keme bila-bila masa pun memang nak nyokong PAS ni!"
6. Warga emas "Kami ni udah tak laghat keghojer, dapat deme bagi beghaih seguni sebulan dengan duit 100 ghinggit tu pun dah seghibu rahmat dah! getik memang ler getik, tapi nak buat camaner? oghang yang baguih-baguih idak nak janji apa-apa, kalau kami nyokong yang lain dibuatnyer teghenti bantuan, mati keghin lerrrr....." 6 harkat lerrrrr nya!
Itu ler serba sedikit! lepaih ni aku nak keghobek apa lagi sebab yang menyebabkan politik kita ni macam gampang dari dulu sampai sekarang!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Kalau takde nama pegi pejabat pendaftaran dulu sebelum komen. hahaha