Oleh kerana aku turut berasal dari sebuah kampung di daerah Sungai Siput (utara) maka tak boleh tidak aku terpaksa memperkatakan isu ini.
Mahkamah Syariah Kuantan telah menjatuhkan hukuman denda RM5,000 beserta 6 sebatan kepada Kartika Sari Dewi atas kesalahan meminum arak.
Hukuman dari mahkamah syariah tu! Bukan mahkamah sivil! Mufti-Mufti buta hati yang bersepah kat Malaysia ni tak pernah berbunyi pun bila hukuman yang dijalankan oleh mahkamah syariah tidak selari dengan hukum Al Quran! Apa nasihat yang hangpa bagi kat Ketua Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu? Hangpa sorok nasihat tu belakang title Dato', Dato' Sri, Tan Sri hangpa ka? Hangpa makan gaji cuma sebagai tukang baca doa makan kat majlis sahaja ka? Gaji 7,8 ribu sebagai tukang baca doa makan?
Petikan di bawah ni aku copy dari blog Albanjari.
Dalam undang-undang jenayah syariah, seseorang yang telah sabit kesalahan minum arak atau sebarang minuman yang memabukkan, samada dia mabuk atau tidak, maka wajib dikenakan hukuman SEBAT TIDAK LEBIH DARI LAPAN PULUH KALI SEBAT ATAU TIDAK KURANG DARI EMPAT PULUH KALI SEBATAN . Hukuman ini berdalilkan sebuah Hadis Nabi SAW yang diriwayatkan daripada Ali bin Abi Thalib r.a.
" Rasulullah SAW telah menyebat orang yang minum arak sebanyak empat Puluh kali sebat, dan Saidina Abu Bakar telah menyebat sebanyak Empat Puluh kali sebat, dan Saidina Umar menyebat sebanyak Lapan Puluh kali sebat, semuanya adalah sunnah Rasulullah SAW dan ini lebih aku sukai" Riwayat Imam Muslim r.a.
Persoalannya. Apa dah jadi dengan tugas dan fungsi Ketua agama Islam dan Adat Istiadat Melayu? Apakah telah dikongkong oleh UMNO hinggakan Bidaah ini berterusan? Setau aku, kita sebagai umat Muhamad s.a.w, sekiranya tidak membetulkan perkara ini adalah dikira sebagai bersubahat! Manusia yang bersubahat tempatnya adalah di neraka! Layakkah kita berdiri di belakang panji-panji umat Nabi Muhamad di padang Masyhar nanti? Ya Allah Ya Tuhanku, Tunjukkan aku jalan yang lurus sebagaimana orang-orang terdahulu yang Engkau redhai! (petikan dari Surah Al-Fatehah)
P/S: Hangpa ingat kalau kita dicampakkan ke neraka kerana dosa subahat, Mufti dulu ka?, Ketua Agama dulu ka? atau kita yang kena campak dulu?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Kalau takde nama pegi pejabat pendaftaran dulu sebelum komen. hahaha