21 Oktober, 2009

Berita yang gerenti tak keluar TV!

PAKAR : YAKIN 80% TEOH DIBUNUH Seorang pakar patologi dari Thailand, Dr Pornthip Rojanasunand membuat pendedahan yang mengejutkan dalam inkeus kematian Teoh Beng Hock pagi ini dengan menyatakan bahawa setiausaha politik itu telah dicekik sebelum jatuh dari tingkat 14 Plaza Masalam. Katanya, terdapat tanda bulat pada leher Teoh yang menunjukkan dia 'dicekik'. Menurutnya lagi, retakan pada tengkorak Teoh bukan satu kecederaan akibat terjatuh. Manakala kecederaan pada lubang dubur Teoh, katanya, boleh disebabkan dicucuk dengan objek sebelum dia jatuh. Ini, katanya, berdasarkan kepada gambar-gambar yang diambil di tempat Teoh ditemui jatuh. Dr Pornthip membuat kesimpulan bahawa 80 peratus Teoh dibunuh dan 20 peratus dia membunuh diri. Beliau memberi keterangan sebagai saksi pakar di inkues tersebut yang diadakan untuk menentukan punca kematian Teoh. Dr Pornthip adalah pengarah dan pengasas bersama Institut Pusat Sains Forensik Kementerian Keadilan Thailanad dan dianggap pakar dalam siasatan kes-kes pembunuhan yang rumit.

1 ulasan:

  1. Tuan,
    1.Lu dah silap.mlm tadi dah keluar dlm tv...
    2.Bicara panjang lagi...tunggu...macam biasa kalau sebelah pihak lain, tak terima

    BalasPadam

Kalau takde nama pegi pejabat pendaftaran dulu sebelum komen. hahaha