18 Oktober, 2009
Hasan Ali bakal berkokok lagi!
Di war-warkan PRK akan berlaku di DUN Lenggeng N9. Penyokong Pakatan Rakyat sedang menanti apakah onar terbaru dari Hasan Ali kali ini. Selanjutnya,
Oleh: Aduka Taruna
Satu maklumat hangat di kalangan PAS dan UMNO sendiri di sini. PRK Lenggeng mungkin berlaku apabila mesyuarat UMNO peringkat pusat memberi lampu hijau.
ADUN Lenggeng sekarang adalah wakil UMNO yang dipilih Khairy. Diburukkan lagi dia terbabit dalam satu kes rasuah walau setahun jagung menjadi YB. Sebelum ini, Lenggeng adalah kubu kuat Sahak yang pro Mahathir dan pro Najib.
Perkembangan terbaru di Bagan Pinang, di mana kembalinya pengundi berbilang kaum kepada BN, dan kekalahan calon PAS, PJ N9 yang juga bekas calon di kawasan Lenggeng PRU12 lepas, menyebabkan UMNO berkemungkinan menggulingkan calonnya yang ada skang. Melalui SPRM.
1. SPRM membuktikan pendakwaan mereka tidak terpilih
2. Sahak mendapat liputan istimewa dalam ucapan perhimpunan UMNO baru2 ini
3. Kekalahan PAS di Bagan Pinang adalah anak jati Lenggeng dan juga bekas calon Lenggeng.
4. Suntikan moral kedua untuk UMNO
5. Penyusunan orang2 Najib selepas Isa Samad
Lengeng adalah satu kawasan yang bertaraf pendalaman. Lenggeng lebih 'estet' dari Bagan Pinang. Rakyatnya adalah penyumbang kepada kekuasaaan BN. Majority adalah orang asli dan Melayu yang hanya ada TV dan astro, membaca akhbar Metro dan Mangga.
Melayu Lenggeng tidak pernah mendapat satu suasana perayaan hari Jumaat, tidak ada sekolah pondok, indeks penagih dadah yang tinggi, taraf kemiskinan yang tinggi, taraf pendidikan yang rendah dan sebagainya.
Sahak adalah 10 kali rakyat dari Isa Samad dan 100 kali rakyat dari Haron Din. Sahak berpakaian kain pelekat, pagoda koyak dan kopiah ketika di balai raya setiap Jumaat berkhidmat untuk pengundi. Sahak adalah samseng yang membela peniaga2 Melayu tepi jalan. Jika Hadi berstatus tukang sembelih lembu, Sahak pula berstatus tukang sembelih dan tukang basuh perut dan usus dari najis di sungai.
Gua juga banyak terserempak Sahak berjogging pepagi di Bukit Tangga masa gua on the way ke Jelebu. Masa gua zaman Mat Rempit, member gua pernah minta sorang Pakcik alihkan kereta dia yang block parking. Motor nak keluar susah. Pakcik tu mohon maaf. Dan time tu gua perasan pakcik tu ialah Sahak di mana ketika itu adalah ADUN Lenggeng. Padahal dia samseng maa...
Kalau gua undi ikut jenama, letak babi pun gua undi babi. Kalau gua undi ikut calon, letak Haron Din pun gua undi Sahak. Tapi gua undi sebab taktikal Islamic State. Letak DAP lawan Sahak pun, gua undi DAP, sebab gua nampak jalan Islamic State itu bila mengundi DAP. Penjelasannya dah banyak gua kasi. Cuma, persoalannya, adalah Melayu mengundi berdasarkan fikrah gua?
Berlakukah PRK di Lenggeng dan di Johol? Kita nantikan sama-sama.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Kalau takde nama pegi pejabat pendaftaran dulu sebelum komen. hahaha