09 Oktober, 2009
PRK Bagan Pinang: Taktikal ketenteraan untuk menghadapi ancaman samseng taik minyak ameno!
Kumpulan ketenteraan yang paling ringkas dinamakan sebagai seksyen. Kumpulan ini terdiri daripada 8 orang anggota. 2 anggota di hadapan bertugas sebagai peninjau yang melaporkan kepada anggota kumpulan tentang keadaan jalan dan segala pergerakan yang ada di hadapan. 3 anggota berikutnya terdiri daripada ketua kumpulan dan beserta 2 anggota lagi sebagai kumpulan senjata bantuan Senjata utama kumpulan ini adalah LMG (light machine gun). Ketua kumpulan di dalam kumpulan ini akan memberikan arahan kepada semua kumpulan tentang bentuk serangan yang akan digunakan sekiranya berlaku serangan daripada pihak musuh. Group yang terakhir (terdiri drpd penolong ketua kumpulan dan 2 anggota) adalah rifleman. Peranan kumpulan ini adalah memberikan tembakan perlindungan serta melakukan pergerakan yang mampu mengkucarkacirkan musuh.
Sehubungan dengan keadaan di Bagan Pinang, semua jentera Pakatan Rakyat harus menubuhkan kumpulan yang diaplikasikan daripada taktikal ketenteraan ini. Yang utama adalah perlantikan ketua kumpulan dan penolong ketua kumpulan yang bertugas bergilir-gilir selama 6 jam setiap seorang. Untuk tugas pemantauan, harus ditugas 2 petugas untuk setiap 2 jam (lebih ramai lebih bagus) mengambil peranan sebagai peninjau. Semasa menjalankan tugas sebagai peninjau, petugas harus memerhatikan gerak geri setiap individu atau kumpulan lain yang menghampiri tempat anda dan harus melaporkan segera kepada ketua kumpulan sekiranya disyaki terdapat ancaman. Untuk tugas sebagai kumpulan senjata bantuan, petugas yang dilantik sebaiknya haruslah bersedia dengan kamera atau kamera video untuk merakamkan sebarang aktiviti yang mungkin boleh digunakan sebagai bukti sekiranya berlaku pergaduhan. Petugas selebihnya di dalam kumpulan ini boleh bertindak untuk menghubungi rakan-rakan di tempat lain untuk bantuan sokongan dan juga menghubungi pihak polis untuk keselamatan. Untuk tugas rifleman, petugas dalam kumpulan ini harus bertindak sebagai benteng keselamatan awalan dengan menghadapi pihak yang dicurigai. Tindakan yang boleh dilakukan adalah melambat-lambatkan ancaman sehingga rakan-rakan telah bersedia dan bantuan sokongan telah dihubungi.
Senjata-senjata yang boleh digunakan untuk mempertahankan diri adalah dicadangkan menggunakan sesuatu yang bukan dianggap senjata seperti cangkul dan tukul besi (tukul 10 paun yg terbaik),
Semoga Berjaya!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Kalau takde nama pegi pejabat pendaftaran dulu sebelum komen. hahaha