15 November, 2009
Masuk telinga kanan, keluar telinga kiri - 1
KOTA BHARU – Laporan media dan komen penganalisis politik kononnya PAS kini berada di ambang perpecahan ekoran siri krisis dalaman sejak sebulan dua ini hanya satu persepsi ataupun telahan semata-mata.
Malah ia tidak berasas dan meleset sama-sekali, kata Timbalan Presiden PAS, Nasharudin Mat Isa.
Nasharudin menyifatkan cetusan gelombang politik seperti digembar-gemburkan sebelum ini adalah proses ke arah mematangkan lagi PAS dalam pelbagai aspek termasuk kepimpinan, pemerintahan dan berkerajaan.
“Apa yang berlaku di luar itu cuma perbezaan pandangan ataupun pendapat sahaja, tidak lebih daripada itu.
“Persepsi yang mengatakan PAS sedang menuju kehancuran itu memang saya tidak nafikan, ada... tetapi itu kerja media sejak dulu-dulu lagi,” katanya.
Beliau menafikan berlakunya keretakan di dalam PAS, katanya kepada The Malaysian Insider semasa ditemui pada majlis kemasyarakatan di Bachok dekat sini tengah hari tadi.
“Buktinya, hingga ke hari ini ukhwahnya terus utuh walaupun terdapat cerita-cerita seperti mana masyarakat sedia maklum sebelum ini,” katanya.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas perkembangan politik PAS mutakhir ini setelah dicengkam pelbagai isu sehingga baru-baru ini dituntut diadakan Muktamar Agung Khas (EGM), Mesyuarat Khas Jawatankuasa Pusat dan Seminar Pengukuhan Parti.
Rentetan beberapa peristiwa tersebut membawa kepada persepsi PAS umpama ‘retak menanti belah’.
Pada masa sama, Nasharudin memberitahu pengalamannya selama lebih kurang 10 tahun bersama kepimpinan tertinggi partinya, PAS bukan sebuah organisasi diktator di mana orang lain tidak boleh memberikan pandangan atau pendapat.
Bahkan PAS dengan sikap terbukanya sentiasa meraikan pandangan serta pendapat termasuk kritikan, dan segalanya itu akan digabungjalinkan untuk dinilai bagi penambahbaikan parti.
“Kalau saudara lihat di muktamar, seminar, forum atau sebagainya kita memberi ruang secara terbuka kepada ahli mahupun pakar runding melontarkan pendapat atau kritikan,” katanya.
Katanya juga, PAS tidak akan lemah dengan sebarang telahan mahupun ugutan mana-mana pihak kerana cetusan sesuatu isu yang timbul dalam PAS, kaedah penyelesaiannya tidak berakhir dengan teori sebaliknya disusuli bersama kajian dengan mekanismenya yang tersendiri.
“Semuanya demi keutuhan parti,” tegasnya. - themalaysianinsider
P/S: Tajuk n3 adalah persepsi aku pada mamat ni!
Tak salah Yong dia ni dulu pensyarah. Ape dia ajar kat student nyer erk? Kesian deme dapat pensyarah camni.
BalasPadam