14 November, 2009
Tanda awal PKR Perak nak lingkup!
ditulis oleh: haji kedekut sini
DSAI mungkin tak pernah lupa kawan-kawan kot, baik masa senang atau masa susah. Sebab itu le agaknya bila DSAI di pecat, disepak, diterajang dan ditelanjangkan masih ada kawan yang memberi sokongan. Mungkin itu sebabnya dia boleh kemana saja dalam dunia politik, berjiwa rakyat. Itu Anwar Ibrahim...bukan Ibrahim Ali ! bukan Hassan Ali! bukan Azmin Ali!
Mungkinkah satu hari nanti, bila DSAI menjadi Perdana Menteri dia akan melupakan kawan-kawan...? mungkin ya dan mungkin tidak.
Tapi ada orang tu, belum pun jadi "orang besar sangat " dah lupa pada kawan-kawan, usahkan nak terkenang, sebut pun tak ooooo!!! jauh sekali le nak minta pandangan. Itu belum sehebat DSAI, kalau sehebat DSAI harus kawan-kawan mati pun tak datang!!!
Sekarang dah "jem", kepala otak dah buntu, nak buat macam mana pun dah tak tau. Nak tanya segan. Maklumlah "awak" tu hebat. Hebat muka tak guna, kalau penuh hasad dengki, tamak !
Belum tentu " awak " tu jadi macam apa yang ada dalam hati yang busuk tu!!! Cita-cita besor!
Bercakap bijak, jangan jadi penipu, guna kaedah "Islamik" konon, supaya orang tertarik...!!!!
Jangan satu hari, pekung di dada terdedah, malu, mana nak letak muka yang "handsome" tu.
Pandai suruh orang lain muhasabah diri, bersyukur, sabar dan segala-galanya.
"Awak" tu main langgor je, tak pe le pulak ke..? nak kata tak tau adab dan sopan, baca Al -Quran nye hari-hari. Hadis Nabi dalam kepala je...!!
Jangan sombong...nak jadi pemimpin ni tak boleh hasad dengki , tak boleh khianat.
Banyak-banyak bersabo...!!!
tau ke azab di dalam kubur macam mana ? baca bawah ni.....
1. Penghuni kubur didedahkan kepada bahang api neraka setiap hari iaitu di waktu pagi dan petang.
2. Dihampari kubur dengan hamparan dari api neraka
3. Kubur disempitkan hingga saling bersilang tulang-tulang rusuk
4. Didatangkan 99 ekor ular yang berbisa dan menggerunkan
5. Didatangi seorang lelaki yang buruk wajahnya dan berbau busuk (iaitulah jelmaan kepada amalan-amalan kejahatan di dunia dulu)
Sabda Rasulullah –sallallahu ‘alaihi wasallam- bersabda: “(Allah) akan memberi kuasa untuk menyiksa orang kafir di dalam kuburnya kepada 99 ekor ular yang akan mematuk/menyengatnya hingga berdirinya kiamat. Jika sekiranya seekor sahaja dari ular-ular itu meniupkan bisanya ke bumi nescaya tidak akan ada tumbuhan hijau yang tumbuh (di atas muka bumi)”. (Riwayat Imam Ahmad dari Abi Said al-Khudri –radhiyallahu ‘anhu-)
kawan ke tidak jika x tahu nak buat keje buang saje la bai...
BalasPadamsalam tuan..terima kasih
BalasPadam