23 Disember, 2009
Reformasi semua Cabang PKR Februari 2010
Untuk semua reformis2 sekalian, pada Februari 2010 akan diadakan pemilihan
1. Ketua Cabang
2. Timbalan Ketua Cabang
3. Naib Ketua Cabang
4. 15 x AJK
Sebelum PKR menjadi lingkup, di bawah diperturunkan kategori2 pemikiran yang layak dicalonkan (copypaste dari sini. Tabek tuan!)
1) Mampu menghentikan politik perkauman dan diskriminasi dalam semua dasar kerajaan dan perundangan.
2) Dapat mengemmbalikan keutuhan Perlembagaan Persekutuan dan kedaulatan undang-undang.
3) Mampu membangunkan sistem ekonomi yang benar-benar untuk rakyat
4) Boleh mengembalikan makna persekutuan dalam mempertahankan hak-hak negeri.
5) Mempunyai semangat yang kuat untuk menghapuskan ISA dan undang-undang yang menekan rakyat.
6) Mampu berfikir secara kritis berkenaan dasar untuk menghentikan tahun-tahun tanpa pelaburan dan perancangan yang buruk dalam pendidikan, pengangkutan dan kesihatan.
7) Faham dan beriltizam untuk membangunkan agenda keselamatan sosial
8) Mengamalkan hak demokratik dalam budaya dan kepelbagaian budaya dan sastera.
9. Mempunyai pengetahuan yang luas dan mampu menerangkan EMPAT TERAS UTAMA Pakatan Rakyat
a. Demokrasi telus dan tulen.
b. Memacu ekonomi berprestasi tinggi, mapan dan adil.
c. Keadilan sosial dan pembangunan insan.
d. Hubungan Persekutuan-Negeri dan Dasar Luar.
P/S: Biar kita kurang ajar dengan manusia yang tak amanah dengan undi rakyat. Kurang ajar lebih baik berbanding manusia tak amanah a.k.a munafiq yang dijanjikan Allah menjadi penghuni neraka!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Kalau takde nama pegi pejabat pendaftaran dulu sebelum komen. hahaha