13 November, 2010
Mencurah air ke daun keladi di musim banjir?
Enam resolusi yang dikemukakan Rapat Anak Muda PKR merangkumi;
1. Media tidak harus digunakan sebagai medan perdebatan
2. Pemilihan parti seharusnya berasaskan idea segar, nilai dan rekod
ke arah memperkasa anggota dan rakyat.
3. Rapat anak muda memperakui bahawa pemilihan parti kali ini mempunyai banyak masalah.
4. Parti mesti dengan segera memberhentikan proses pemilihan yang sedang berlangsung sehingga semua aduan disiasat.
5. Memutuskan agar semua calon dan/atau pemimpin di semua peringkat tidak mengambil tindakan meletakkan jawatan dan/atau menarik diri daripada bertanding berikutan krisis yang melanda.
6. Atas sifatnya sebagai seorang tokoh yang disegani dan tidak bertanding, Rapat Anak Muda bersetuju agar Fauzi menjadi jurucakap dan membawa resolusi ini untuk diserahkan kepada Presiden parti.
P/S: Kah Kah Kah! agak-agak berjaya ke resolusi ni lebih-lebih lagi No 4 tu? Puan Presiden mesti rujuk dulu dengan Ketua Umum Poyo dengan Mamat Ferrari sebelum buat keputusan woii! Korang tunggu jelah apa Ketua Umum nak bagi buah spin dia kali ni!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Kalau takde nama pegi pejabat pendaftaran dulu sebelum komen. hahaha