12 Oktober, 2011

Pengundi dah maju, Pemimpin PR masih dok takuk lama.

Dari pencacai-semalaysia.blogspot.com/

Oleh: Azman Ariffin

PAKATAN RAKYAT tidak harus terus dibuai mimpi bahawa bajet yang berdasarkan Buku Jingga akan membantu kemenangan dalam PRU yang akan datang. Sebaiknya seluruh tenaga yang ada perlu difokuskan untuk berkhidmat kepada rakyat.

Tidak salah jika PR belajar dari BN dalam hal ini memandangkan BN mempunyai rekod ‘tanpa kalah’ dalam pilihanraya walaupun bukan semua yang dijanjikan mereka mampu ditunaikan.

Sedarkah kita, bahawa Bajet 2012 adalah bersifat ‘jangkaan’ atau ‘perancangan’ masa depan sedangkan rakyat lebih mudah tersentuh dengan apa yang dilihat dan dirasai mereka pada masa ini. Masa depan itu belum tentu, tetapi masa kini sudah pasti.


Apa yang lebih penting bagi PR ialah memastikan bajet dan janji-janji di negeri-negeri pemerintahan PR dilaksanakan dengan sebaiknya, dan bukannya cuba memimik kerajaan persekutuan. Prestasi PR dinilai melalui negeri-negeri yang diterajui dan bukannya melalui perancangan dan janji. Jika prestasi hari ini juga sudah gagal menyerlah, bagaimana kita mengharapkan keyakinan rakyat untuk menyokong PR bagi menggantikan BN?

BN menambat hati rakyat dengan cara memberi imbuhan terus kepada rakyat sama ada dari segi kewangan, barangan atau perkhidmatan kepada golongan berpendapatan rendah dan daif. Perkara ini dilakukan secara berterusan dan diperhebatkan lagi di musim-musim pilihanraya. Kita boleh menuduh bahawa itu semua adalah gimik pilihanraya, namun gimik atau tidak, rakyat telah merasai nikmatnya. Nikmat yang dirasai itulah yang memberikan undi kepada BN dalam setiap pilihanraya.

Amatlah malang kerana PR, sehingga hari ini masih lagi berpendapat yang sokongan boleh diraih melalui ceramah, isu-isu berbangkit, risalah-risalah dan akhbar yang mensensasikan isu, membela pemimpin PR yang diserang serta menyerang pemimpin BN. Kini, PR cuba lagi meraih sokongan melalui pembentangan bajet.

Namun, pernahkah pemimpin PR berhenti dan berfikir tentan apa ertinya semua itu kepada rakyat?

Ertinya, seluruh jentera PR sebenarnya sedang sibuk berpolitik dan tiada siapa pun yang bekerja untuk rakyat. Akhirnya, rakyat hanya akan melihat BNlah yang bertungkus lumus menjaga kebajikan mereka sementara PR hanya mampu menanam angan-angan sebagai kerajaan di masa depan.

Hari ini, BN cukup yakin akan menang besar dan merampas kembali kerusi-kerusi di kawasan hitam iaitu yang dikuasai PR, dalam PRU yang akan datang. Ini bermakna tidak mustahil PR akan kalah teruk andainya keyakinan BN benar-benar berasas.

Lebih buruk, di ketika BN ‘memberi’, PR pula ‘mengambil’ sambil berjanji hanya akan ‘memberi’ jika berjaya menjadi kerajaan suatu hari nanti. Ini kerana terdapat beberapa pemimpin PR yang ke hulu ke hilir menghulur tin meminta derma dari rakyat untuk menampung kos pilihanraya. Sedangkan, di masa yang sama, pemimpin-pemimpin PR hidup mewah, ke hulu ke hilir berkempen sehingga ke luar negara juga.

PR bukan lagi parti kampung sepertimana imej PAS suatu ketika dahulu di mana pemimpin-pemimpin PAS mengutip derma dalam ceramah-ceramah untuk ‘berjihad’. PR kini cuba menonjolkan imej sebagai parti sofistikated, terbuka dan jauh lebih ke hadapan berbanding BN. Namun, tindakan mengutip derma dari rakyat amatlah tidak konsisten dengan imej baru ini.

Bagaimana parti yang gah menjanjikan bulan, bintang da matahari tetapi tidak mampu pun untuk menyediakan secubit beras atau sebuku roti yang mudah didapati di bumi?

Inilah yang pemimpin-pemimpin PR harus fikirkan berkali-kali sebelum membuka mulut untuk berceramah dan berkempen. Jika tidak, adalah lebih baik PR tidak perlu bertanding langsung dalam PRU-13 kerana nampaknya seolah-olah PR tidak begitu serius untuk bekerja, tetapi hanya berpolitik untuk mengisi masa lapang sementara menunggu hari tua.

P/S: Ada bekas calon Parlimen PKR di Perak bawak pimpinan negeri dan anak buah ke Danok Thailand untuk memastikan beliau terus dicalonkan dalam PRU13. Chiittt! macam stail UMNO tahun 70-an!

2 ulasan:

  1. Salam Yob,

    Pe kabor. jenuh teman nak trace blog Yob ni, kena selongkar entry lama baru jumpa. Teman tak harap dgn PKR ni, banyak oportunist dan rejects dr BN.

    BalasPadam
  2. Kabo baik yong. Awok nak melawat blog yong payoh beno 2,3 minggu ni. Brodben macam hampeh!

    Berkaitan dengan politicians PR, deme ni kebanyakannya buta hurup abad ke 21. Maksudnya: The illiterate of the 21st centurywill not be those who cannot read and write but those who cannot learn, unlearn and relearn - yob alvin toffler

    BalasPadam

Kalau takde nama pegi pejabat pendaftaran dulu sebelum komen. hahaha