30 April, 2012

Untuk keluarga polis traffic yang kena terajang.

Korang print dan bagi kat bapak korang!




P/S: Mintak2 polis traffic yang kena terajang boleh cari polis yang menyamar untuk bayor utang.

27 April, 2012

Ahli UMNO ditipu Isa Samad?

Surat perjanjian bank setebal 60 muka surat itu ditulis dalam Bahasa Inggeris, mengandungi syarat-syarat yang memaksa peneroka menanggung semua risiko sendiri jika saham itu rugi.

Presiden Anak Mazlan Aliman berkata, borang pembiayaan pinjaman saham FGVH telah pun diedarkan oleh bank-bank komersial kepada peneroka.

Bank-bank komersial memberikan kebebasan kepada peneroka untuk menyatakan jumlah pinjaman yang mereka mahu.

Ini kerana menurut Mazlan, bank memberikan kelonggaran sedemikian kerana mendapat jaminan kerajaan dan peneroka mempunyai aset tanah 10 ekar.

Namun dalam masa sama jika rugi, peneroka perlu menanggung semua risiko dan pembayaran semula pinjaman.

“Malangnya hampir 90 peratus peneroka sudah pun menandatangani borang (pinjaman bank) itu.

“FGVH memperalat pengurusan Felda memaksa peneroka mengisi borang tersebut dalan keadaan mereka keliru dan sebahagian besar tidak tahu apa-apa,”
katanya kepada pemberita di pejabat Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) di sini hari ini.

 Selanjutnya


P/S: FGVH dapat duit dapat tanah! ini memang real punya fix deposit (peneroka FELDA). Masalahnya, bapak aku dah sign dan bubuh nama aku sebagai penjamin. Kalau rugi kompom aku tinggai suar spende!

23 April, 2012

Super Sub dah masuk gelanggang weiii!

Mamat ni dah jadi pengganti pulak dah semenjak Hassan Ali dah tak berapa nak laku!




Disiarkan oleh TV3 sedang  membicarakan soal seks bebas, gay dan Lesbian dalam forum di sebuah Universiti tempatan malam tadi.

PERSOALAN: AWAT TAK CITER SEKALI BAB RASUAH, MELANTAK KOMISEN, MENAFIKAN HAK RAKYAT DI NEGERI PAKATAN RAKYAT?

TIONASENG!




"BERSIH sepatutnya dipimpin oleh individu dari parti politik bukannya oleh Ambiga yang tidak mewakili mana2 parti. Dalam kes ini saya berpendapat BERSIH sepatutnya digerakkan oleh parti PAS!"" ujar beliau semasa diwawancara oleh wartawan TV3.

LANCAU! MASA LU JADI TIMBALAN PRESIDEN PAS DULU LU DUDUK MANA?

P/S: Kalau si Nasha ni tak laku nanti siapa pulak nak jadi penganti?

21 April, 2012

Akta Kesalahan Pilihan Raya. Mana satu nak pakai nih?


Sumber : BERNAMA

KUALA LUMPUR, 9 April – Dewan Rakyat khamis meluluskan pindaan kepada Akta Kesalahan Pilihanraya 1954 selepas melalui sesi perbahasan tujuh jam.

Pindaan itu, yang dibentangkan pada 9 April lepas, bertujuan memperkemas proses pengundian pilihan raya termasuk memperluas sempadan bagi orang ramai yang menunggu atau berdiri berdekatan dengan pusat mengundi pada hari pengundian kecuali mereka yang mengundi daripada 50 meter kepada 100 meter.

Ketika menggulung perbahasan itu, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Liew Vui Keong berkata pindaan itu tidak melibatkan 22 syor Jawatankuasa Pilihan Khas berhubung dengan Penambahbaikan Proses Pilihanraya diluluskan oleh Dewan Rakyat pada 3 April lepas.

“Pindaan ini adalah pada Akta Kesalahan Pilihanraya 1954, bukan ke atas Akta Pilihanraya 1958 yang telah dibincangkan melalui jawatankuasa tersebut. Hasil jawatankuasa itu perlu dipinda pada Akta Pilhan Raya 1958” jelasnya.

Mengulas larangan wakil calon berada di barong Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) pada hari pengundian, Liew berkata larangan itu bagi memastikan petugas SPR tidak terganggu dan pengundi dalam keadaan selesa.

Sumber: Harakah

Berikutan Rang Undang-Undang (RUU) Kesalahan Pilihan Raya (Pindaan) 2012 diluluskan pada petang semalam di Dewan Rakyat, Kajian Politik untuk Perubahan (KPRU) berpendapat, rakyat Malaysia bakal menyaksikan pilihan raya umum terkotor dalam sejarah Malaysia apabila RUU tersebut dikuatkuasakan sebagai satu akta nanti dan pelaksanaannya terpakai semasa Pilihan Raya Umum Ketigabelas (PRU-13).

Memandangkan PRU-13 kian menghampiri, Dewan Rakyat semalam pada hari terakhirnya pula tergesa-gesa meluluskan sebanyak 8 rang undang-undang sampai ke saat terakhir majlis dewan ditutup tirainya.

Antaranya termasuklah RUU Kesalahan Pilihan Raya (Pindaan) 2012 yang menggandungi pindaan tertentu yang penuh dengan pertikaian dan mampu mengubah wajah proses PRU-13.
Pindaan yang paling signifikan dan harus diberi perhatian sepenuhnya adalah berkenaan dengan subseksyen 26A(2) dan (3) di bawah Barung hendaklah diadakan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya, di mana kehadiran pemerhati di barung adalah tidak lagi dibenarkan.

Pindaan yang membatalkan kehadiran pemerhati dalam barung bercanggah dengan prinsip demokrasi yang bersifat partisipasi dan bakal mencorakkan proses pilihan raya yang memihak kepada rejim pemerintah.

Seperti yang turut dinyatakan dalam pindaan subseksyen yang dinyatakan di atas, alasannya bagi meniadakan peruntukan bagi membenarkan kehadiran pemerhati adalah bagi menangani kesesakan dan kesukaran yang timbul semasa petugas pilihan raya melaksanakan tugas mereka.

Alasan ini adalah amat tidak munasabah. Sekiranya kesulitan sedemikian timbul dalam proses mengundi, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) seharusnya mengkaji semula mekanismenya kerana kesulitan sedemikian sesungguhnya merupakan masalah teknikal yang boleh diatasi melalui penambahbaikan prosedur dan bukannya dengan menolak kehadiran pemerhati yang jelas bercanggah dengan aspirasi rakyat terbanyak apabila konteks tuntutan dan gerakan Bersih diambil kira.

Di samping itu, pindaan Seksyen 14(1A) yang bertujuan membenarkan mana-mana ejen tempat mengundi (ETM) atau ejen mengira undi (EMU) bagi seseorang calon untuk bertugas di tempat mengundi hanya pada waktu yang ditetapkan SPR atas alasan bagi mengelakkan kesesakan kelihatan tidak adil kepada mana-mana calon, terutamanya calon bebas dan calon parti oposisi.
Kehadiran ejen-ejen bertugas tersebut adalah penting dalam menyemak dan mengimbang segala proses mengundi pada hari pengundian bagi memastikan keadilan proses pilihan raya.
Tanpa kehadiran ejen-ejen tersebut, SPR yang terletak di bawah jagaan Jabatan Perdana Menteri dibiarkan menguasai proses pengundian.

Seperti yang umum sedia maklum, sistem pilihan raya sedia ada dalam Malaysia sememangnya terbelenggu dengan pelbagai ketidaktelusan dan ketidakadilan.

Isu seperti senarai pendaftaran pemilih yang tidak bersih, undi pos, pengundi hantu dan sebagainya telah pun menghalang kelancaran dan keadilan pilihan raya sekian lama ini.
Hal ini juga merupakan daya pendorong utama yang menggerakkan perhimpunan BERSIH 3.0 terus mara.

Kini, tambahan pula dengan pindaan-pindaan yang diluluskan, ia bakal menjadi pemangkin kepada pilihan raya yang paling bergelumang.

Selain pindaan yang dipertikaikan, pindaan-pindaan yang lain adalah berhubung dengan jarak, di mana kehendak jarak lima puluh meter yang sedia ada dari sempadan mana-mana tempat penamaan, mana-mana pejabat yang dibuka, ditubuhkan atau disenggarakan semasa tempoh berkempen.

Juga mana-mana orang menunggu atau berdiri-diri dari sempadan pusat mengundi semasa hari pengundian dipanjangkan kepada jarak tidak kurang daripada satu ratus meter. SPR turut diberi kuasa untuk menentukan apa-apa jarak lain yang sesuai di bawah subseksyen baru.

Selain itu, subseksyen 11(1)(c) di bawah Hukuman dan ketidakupayaan kerana perbuatan rasuah yang pada asalnya menyatakan mana-mana orang yang “mencetak, menerbitkan, mengedarkan atau menampalkan atau menyebabkan supaya dicetak, diterbitkan, diedarkan atau ditampalkan apa-apa iklan, surat sebaran, pelekat atau poster yang berkenaan dengan mana-mana pilihan raya dan yang tidak mengandungi pada mukanya nama dan alamat pencetak dan penerbitnya;” yang akan diambil tindakan sekiranya disabit kesalahannya telah disingkirkan dalam pindaan yang baru atas alasan sukar dikuat kuasa.

Memandangkan proses pilihan raya masih dipenuhi dengan taktik kotor dan pembohongan yang jelas mencaburi hak rakyat dalam menyertai dan mengundi dalam pilihan raya – khususnya masalah senarai daftar pemilih yang tidak bersih dan penggunaan senarai daftar pemilih berlainan pada hari pengundian, sekiranya pindaan-pindaan yang menafikan kehadiran ETM, EMU atau wakil politik dan juga pemerhati dalam barung mengundi pada hari mengundi dikuatkuasakan, jelas dakwaan bahawa PRU-13 akan menjadi pilihan raya yang terkotor itu bakal menjadi kenyataan yang cukup menyedihkan.

P/S: Bunyinya SPR bebas. Pasai apa Menteri BN pulak yang bentang?

20 April, 2012

Perjuangan hingga titisan darah terakhir ala UMNO?

Sejak bila IC ada tarikh tamat tempoh?
(PR Selangor sila buat semakan daftar pemilih!)
                                                    
  Pejuang Melayu (?) belasah pelajar di Dataran Merdeka

14 April, 2012

cerita-ceriti politik kampong


Kisah 1
Berlaku semasa aku sedang wiring pasang kipas siling di sebuah rumah kampong.

Tuan Rumah: “Kamu ada dapat duit 5 ghatuh tu yob?”

Aku: “dapat!”

Tuan Rumah: “ater ngundi ni besok kamu nyokong mana?”

Aku: “Tak tau lagi. Tengok ler kut ader calon yang baguih”

Tuan Rumah “Ishh kamu! Kamu kena mangkah calon UMNO ler!. Cer kamu nengok baguihnyer Najib, abih semua dibaginyer duit! Takkan parti macam ni punya baguih kamu taknak mangkah!?”

Aku dah ghaser ghonsin (rungsing): “Akak rajin dak buat sembahyang sunat?”

Tuan Rumah: “Kengkadang kalau ghajin buat ler juga!”

Aku: “agak2, dalam 1 hari beghaper kali akak baca surah Al-Fatihah?”

Tuan Rumah (dok kira dengan jari): “Kalu campor dengan sembahyang fardhu ada ler dalam 21 kali gamaknya. Ngaper kamu nanya?”

Aku: “Idak ler. Dalam Al-Fatihah tu ayat yang pertama sebut puji-pujian hanya kepada Allah yang mencipta sekalian alam. Kalau kita puji manusia berlebih-lebih boleh jatuh syirik kecik kak! Lagi pun dalam ayat ke 4 disebut hanya kepada Allah kita berserah dan hanya kepada Allah kita mohon pertolongan. Maknanya, bila ada manusia berbuat perkara baik benda tu sebenornya datang dari Tuhan dan kalau perkara buruk maknanya datang dari manusia tu sendiri. Jaga kak! Nanti tak pasal-pasal sia2 je sembahyang. Akak pernah dengar cerita tentang neraka untuk manusia yang kuat sembahyang? Haa! Jaga2 kak! Tak pasal2 akak booking tempat!”

Aku nengok akak tuan rumah udah senyap

Aku: “Ok! Siap dah kak!”

Tuan Rumah: “errr… beghaper?”

Aku: “75 udah ler kak. Selalu wiring kipas saya ngambik seghatuih setengah. Akak punya pasal saya potong 50 persen!”

Tuan Rumah: “Uishhh… baguihnyer kamu! Masuk ler parti. Boleh jadi wakil rakyat!”

Aku: “idak ler kak! Politik ni untuk oghang yang pandai ngecek je! Dalam politik takde yang baguih atau yang tak baguih. Yang bersepahnyer yang ngecek banyak dengan ngecek sikit!”

Kisah 2

Dalam dewan orangramai di majlis penyampaian bantuan lima ratus.

ADUN yang pertama menyarankan orangramai membelanjakan duit dengan sewajarnya

ADUN yang ke 2: “Duit ni untuk rakyat yang berpendapatan di bawah 3 ribu! Oghang yang berpendapatan bawah 3 ribu mana ada kena cukai pendapatan? Macamana oghang pembangkang ngabor duit ni duit rakyat? Saya cabar geng2 pembangkang keluor dari dewan ni sekaghang! Duit ni bukan duit komer! Duit ni Najib yang bermurah hati nak bagi!”

Sahabat di sebelah aku merungut: “Aku ni oghang UMNO juger! Apa yang tolo benor YB ni? Cukai baghang, cukai pintu dengan cukai segala maknika dia tak kigher ke? Huhh…tak sior dah aku mangkah UMNO kalau dia ni jadi calon lagi!”

Hih hih hih! Aku diam jer. Lantak komer. Dapat duit aku pegi bayor duit brodben yang udoh 2 bulan sangkut!

- bersambung-

10 April, 2012

Kisah manipulasi borang 14 di hari mengundi.

oleh: Mazwandi

Anda semua tahukah, bagaimana caranya sistem pilihanraya kita ini berjalan? Ianya senang sahaja. Mari saya tunjukkan serba ringkas.

Setiap DUN, ada tempat-tempat mengundinya. Selalunya SPR menggunakan bilik sekolah dan juga dewan orang ramai sebagai tempat mengundinya. Satu-satu tempat mengundi, mungkin ada 1-4 saluran. Jika satu tempat mengundi itu ada 1000 orang pengundi, maka SPR akan membuat 2 saluran mengundi, atau 2 bilik darjah untuk dijadikan tempat mengundi saluran 1 dan 2.

Saluran 1 adalah untuk saluran orang tua. Maksimum jumlah saluran 1 adalah 350 orang sahaja. Maka untuk contoh ini, saluran 1 ada 350 pengundi dan saluran 2 ada 650 pengundi.

Jadi, dalam setiap saluran, perlulah ada petugas PACAnya. Paling cantik, ada 4 orang yang diberi tugas 1 saluran. Setiap petugas diberi 2 jam bertugas sebagai Poling Agent dan orang awal masuk sebagai petugas akan kembali bertugas untuk sejam terakhir waktu mengundi dan terus menjadi Counting Agent.

Apa yang berlaku sebenarnya didalam satu-satu tempat saluran mengundi?

Saya akan cerita secara kasarnya. Dari jam 8pagi hingga 5 petang, akan berlakulah hari mengundi. Waktu ini, penipuan yang berlaku tidak terlalu banyak. Cumanya ianya telah berlaku sebelum pilihanraya lagi semasa daftar mengundi. Perkara itu hamba tidak mahu sebutkan disini kerana ianya adalah satu isu lain. Mungkin akan berlaku yang kecil-kecil ialah orang mati mengundi, pengundi undi dua kali, pengundi bawa masuk lebih 1 kertas undi ke dalam kotak undi dan pengundi mengundi untuk orang lain.

Semua kita selalu nampak didalam iklan-iklan TV, kotak undi SPR yang lutsinar. Namun ramai kita tidak tahu penipuan yang terbesar bukanlah kepada kotak undi itu, tetapi kepada satu borang dan satu sampul. Borang itu adalah borang 14 (sebenarnya ada banyak lagi borang yang boleh ditipu) dan sampul 7.

Apa itu borang 14 dan sampul 7?

Borang 14 adalah borang hidup matinya calon yang bertanding, khasnya PR. Borang 14 ini adalah borang yang perlu disimpan dan digenggam semati-matinya oleh setiap petugas CA untuk memastikan kemenangan calon PR.

Mengapa borang 14 penting?

Borang 14 ini adalah sebenarnya bernama 'Penyata Pengundian Selepas Pengiraan Undi'. Selepas pengiraan undi selesai, misal contoh BN dapat 210 undi dan PR dapat 300 undi, maka jumlah undian itu perlu dicatit ke dalam borang 14.

Borang 14 juga akan diisi maklumat-maklumat yang penting seperti;

1) Kedudukan tempat mengundi (Tempat pengundi)

2) Tempat mengundi No. (Saluran)

3) Nombor Kod Daerah Mengundi (Kod DUN)

4) Bahagian Pilihanraya (Nama DUN)

Semua diatas, maklumatnya telah diberi kepada PACA sebelum hari mengundi. Jadi JANGAN salah isi maklumat diatas.

Maka, setelah mengetahui bilangan undi setiap calon, maka perlulah WAJIB diisi dalam 2 borang 14. BUKAN 2 salinan borang 14, tetapi 2 borang asal. Satu untuk milik Ketua Tempat Mengundi (KTM), iaitu orang SPR yang menjadi ketua dalambilik saluran itu dan satu lagi untuk CA Pakatan Rakyat. Bagi pihak BN, mereka inginkan atau tidak inginkan borang 14, itu mereka punya pasal.

Borang 14 itu perlulah diisi dengan nama calon seperti dicetak dalam kertas undi dan bilangan pengundi yang telah diundi. Dalam contoh ini. PR 300, BN 210. Bilangan undi ditolak juga akan diisi dalam borang 14 ini bersama-sama dengan maklumat Jumlah kertas undi dalam peti dan jumlah kertas undi yang dikeluarkan tetapi tidak dikembalikan.

Setelah diisi dengan betul, maka borang itu WAJIB ditandatangani oleh KTM dan juga CA PR. Kedua-dua borang! WAJIB tandatangan. Jika KTM tidak tandatangan, maka BN akan menang.

Selepas itu, borang 14 milik KTM akan dimasukkan ke dalam Sampul 7. Sampul 7 akan ditutup dan CA PR perlu COP dan tandatangan pada sampul itu. Ini WAJIB, kerana disinilah penipuan akan berlaku.

Borang 14 milik CA PR perlulah dipegang dengan semati-matinya dan bawa borang itu ke tempat pusat penjumlahan undi dan serahkan kepada wakil calon untuk disimpan(atau sesiapa yang dipertanggungjawabkan oleh parti). Dan CA PR jangan terus balik tidur, anda perlu berada di tempat pusat penjumlahan undi itu.

Apa itu tempat penjumlahan undi?

O.K, begini, proses pengiraan undi mulanya akan dikira selepas jam 5.00 petang. Lebih kurang jam 5.30ptg, maka proses pengiraan akan berlaku di bilik saluran itu sendiri. Disinilah proses pengiraan sebenar satu demi satu kertas undi berlaku.

Selepas itu, kesemua kertas undi undi akan dimasukkan kedalam sampul (Nombor  sudah lupa) dan akan di'seal', ditutup! Sampul ini tidak akan dibuka selama-lamanya kecuali ada 'permohonan' dalam mahkamah. Jika tiada, ianya aka dibakar. Tempoh lamanya disimpan saya sudah lupa. Maka tiada isu orang akan tahu kita undi siapa.

Jumlah undi yang diterima akan diisi dalam borang 14. Borang 14 akan masuk kedalam sampul 7. Kesemua sampul-sampul dan kotak lutsinar itu akan dibawa ke tempat penjumlahan undi. Selalunya, SPR akan menjadikan Dewan Majlis Daerah sebagai tempat penjumlahan undi.

Di tempat penjumlahan undi, cara pengiraan penjumlahan undi adalah dijumlahkan maklumat didalam borang 14. Ya! Jumlah undi yang selalu dibuat siaran langsung di TV adalah menjumlahkan nilai-nilai angka didalam borang 14, kertas undi TIDAK diusik langsung.

Jadi nampakkah anda sekelian betapa senangnya BN hendak menipu dalam pilihanraya. Tipu borang 14, dan tipu sampul yang membawa borang 14 itu, sampul 7.

Jika KTM tidak tandatangan borang 14 milik CA PR, maka kita di pihak PR tiada bukti untuk menunjukkan borang 14 yang sebenar dicatit dalam bilik saluran. Ada nampak kawan-kawan.

Jika kita tidak ada borang 14 yang lengkap ditandatangani KTM, maka dengan senang Borang 14 yang BARU akan ditulis oleh sesiapa sahaja didalam SPR untuk menipu JUMLAH UNDI DITERIMA pada saluran itu. Jika Sampul 7 juga tidak ditandatangani oleh kita, makakerja SPR akan lebih senang, terus buat sampul 7 yang baru didalamnya sudah diisi dengan borang 14 yang baru.

Masih ingat PRK Pendang, Kedah. Sebenarnya PAS MEMANG sudah menang, tetapi PAS kalah kerana ada 3 borang 14 tidak diperolehi oleh CA PAS. Ya, 3 saluran sahaja.

Hendak tahu bagaimana SPR akan tipu borang 14. Selalunya, borang 14 itu tidak ditukar, ianya akan sama dengan borang 14 yang telah ditandatangani oleh CA PR, apa yang akan ditukar adalah nombor angka didalam borang 14 itu.

Contoh disini, SPR akan dengan mudah akan menukar PR 300, BN 310 dalam borang 14 itu, BN naik 100 undi, PR kekal dan jumlah undi meningkat. Nampak tidak, jika keluar mengundi adalah lebih 80-85%, BN akan menang.

Nampak tidak senangnya hendak menipu didalam sistem pilihanraya di Malaysia. Memang betul-betul cap ayam.

Oleh itu wahai petugas-petugas PR,JANGAN BEREHAT sehingga pengumuman kemenangan dari pihak SPR, jika tidak, sia-sia sahaja berkempen selama 10 hari itu, BN tetap akan menang juga.
 
P/S: Harap jangan dok kalut ceramah tapi latihan PACA tak ambik pot.

09 April, 2012

Mohon hebahan!

Pada tanggal 6 April 2012, mediaperak.com telah dilancarkan secara rasmi oleh Pengerusi Pakatan Rakyat Negeri Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin.
Majlis yang berlangsung di Hotel Heritage itu turut menyaksikan kebangkitan kembali bloggers Perak yang sebelum ini terkenal dengan Bloggers Network.

Dalam ucapan pelancaran mediaperak.com, Nizar memberikan penghargaan kepada para bloggers dan Facebookers kerana sanggup berkorban tanpa pembalasan, demi untuk melakukan perubahan dalam pemerintahan negara. Nizar juga berharap bahawa para bloggers dan Facebookers akan memainkan peranan masing-masing untuk menyampaikan maklumat yang sahih dan kredibel kepada rakyat.
Team Mediaperak diwujudkan oleh sekumpulan bloggers Perak yang dulunya dikenali sebagai Bloggers Network. Menurut Sdr. Matsamankati, Penyelaras Team Mediaperak, mediaperak.com akan menjadi pemangkin didalam komunikasi maklumat dikalangan para bloggers dan Facebookers.Mediaperak.com adalah hasil inisiatif para bloggers dan Facebookers tanpa bantuan dari mana-mana pihak.
Tanpa berselindung, MSK turut menyatakan bahawa diantara matlamat utama penyatuan para bloggers dan Facebookers Perak adalah untuk menjatuhkan Barisan Nasional dan merampas kembali Perak melalui pilihanraya yang akan datang.
Turut hadir pada majlis pelancaran itu ialah wakil-wakil dari PAS, PKR dan DAP.

P/S: Mohon semua semua kengkawan blogger masukkan url http://mediaperak.com/ ke dalam bloglist di blog tuan-tuan.

07 April, 2012

PAS Penang tidor!

Hari ini hamba hendak bercerita pula tentang kes tanah di Pulau Pinang. Setelah geng-geng India Pulau Pinang buat kecoh disana, tentang kes tanah masjid dirampas oleh DAP, atau ayat konar baringnya, setelah geng umno Pulau Pinang buat kecoh tentang Kerajaan Pulau Pinang merampas tanah masjid disana.

Isunya adalah, puak India umno Pulau Pinang tuduh, tanah masjid telah dirampas oleh kerajaan negeri melalui sebuah syarikat bernama Ivory. Puak penyokong LGE pula kata, tanah itu mana pernah dirampas, sebab tanah masjid pun takda.

Jadi, apa sebenarnya isu yang hendak ditimbulkan disini. Mari hamba ceritakan sedikit;

Ceritanya adalah, tanah ini dinamakan tanah Bayan Baru. Tanah ini adalah tanah komersial yang bernilai gila-gila punya tinggi kerana kedudukannya yang berdekatan dengan jambatan Pulau Pinang dan lapangan terbang. Plan asal tanah ini, mempunyai masjid dan sekolah, tetapi pada tahun 2010, tanah ini telah di tender terbukakan oleh kerajaan negeri untuk dijual kepada syarikat luar. Tanah ini adalah seluas 41.6 hektar.

Yang menang tender ini adalah Ivory Group. Sebuah syarikat bukan Islam telah berjaya membeli tanah kerajaan negeri yang bernilai tinggi sebanyak RM1.1 bilion. Dan selepas Ivory ini telah berjaya memiliki tanah ini, maka tanah seluas 41.6 hektar ini telah menjadi milik persendirian oleh syarikat itu. Maka dengan ini, suka hati Ivorylah hendak buat masjid atau tidak mahu buat sekolah pada tanah ini.

Dalam undang-undang MPPP, untuk kewajiban membuat masjid dan sekolah, satu kawasan perumahan itu perlu ada 1200 hingga 1500 buah rumah. Baru wajib menyediakan tapak masjid dan sekolah. Jadi, jika syarikat Ivory ini telah membuat cadangan pembangunan dengan hanya ada 1119 buah rumah sahaja, maka kewajiban ini akan tiada.

Maka, agaknya, apakah gerangan yang betul atau yang tidak betulnya kes 'rampas tanah masjid' ini?

Yang betulnya, secara lahiriah, memang tiada tanah masjid pun yang dirampas. Tetapi, secara batiniah, memang ada 'tanah masjid' yang sudah dirampas.

Mulanya, hamba sebagai seorang manusia, ingin bertanya, mengapakah kerajaan negeri Pulau Pinang dengan sukahatinya menjual tanah bernilai tinggi ini kepada syarikat luar? Apakah motif disebaliknya kerjaan negeri dengan suka citanya menjual tanah bernilai tinggi ini kepada syarikat persendirian? Mengapa kerjaan negeri tidak mahu membangunkan sendiri tanah ini melalui anak syarikat negeri? Mengapa Plan asal (2006) melalui Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) dibakul sampahkan oleh kerajaan negeri, sebaliknya, kerajaan negeri menjual tanah ini kepada syarikat luar?

Menjual tanah seluas 41.6 hektar yang bernilai tinggi milik kerajaan negeri adalah satu kerja yang amat penting untuk rakyat Pulau Pinang mengetahui akan tindakan kerajaan negeri itu. Ini kerana, apa-apa yang dimiliki oleh kerajaan, secara automatiknya, ianya adalah milik rakyat juga. Maka, adakah penjualan tanah ini telah di'iklan'kan atau dibuat pengumuman oleh kerajaan negeri kepada seluruh rakyat Pulau Pinang?

Sebenarnya, jawapannya mudah, semua persoalan diatas dibuat secara senyap-senyap. Rakyat Pulau Pinang tidak tahu menahu apa yang sebenarnya terjadi terhadap isu tanah Bayan Baru ini.

Persoalan yang timbul;

Apa bezanya antara Kerajaan negeri dari parti Gerakan dengan Kerajaan negeri dari DAP? Apakah yang membezakan pentadbiran antara keduanya? Jawapannya sebenarnya, TIADA. Tiada? Kenapa pula tiada? Kan ke Kerajaan DAP dilihat lebih telus dan menjunamkan 'rasuah' ke tahap yang rendah?

Jawapannya, ya dan tidak. Kerana apa ya dan tidak . Kerana pihak DAP hanya menukar kosmestik pentadbiran kerajaan negeri sahaja, bukannya asas tunjang kerajaan itu sendiri.

Apa yang mengarutnya hamba cerita ini?

Hamba sebenarnya tidak mengarut. Hamba sebenarnya hendak bercerita, jika rakyat mahukan sebuah kerajaan yang baru dalam pemerintahan, sebenarnya, bukan hanya dengan menukar parti politik yang akan mentadbir negara atau negeri, tetapi dengan sistem-sistem pentadbiran negara/negeri ini sekali perlu ditukar.

Paling senang, cuba lihat kes tanah 'masjid kena rampas' ini.

Jika sistem akar tunjang pentadbiran kerajaan Pulau Pinang di tukar terus, tidak mengikut kembali sistem yang telah dibuat oleh kerajaan BN dahulu, maka pelan tanah masjid ini tidak akan 'dirampas'. Apa yang berlaku ialah, kerajaan PR Pulau Pinang mengguna pakai undang-undang lama yang telah digubal BN dahulu kala, yang menyebabkan, dengan mudahnya, tanah masjid yang telah dicadangkan oleh PDC dihilangkan didalam plan pembangunan.

Sepatutnya, kerajaan negeri mewujudkan satu undang-undang, setiap inchi tanah kerajaan, yang hendak dijual kepada syarikat luar, perlu diumumkan kepada seluruh rakyat Pulau Pinang. Satu jawatan kuasa menilai sama ada rakyat bersetuju atau tidak akan penjualan itu, perlu diwujudkan. Pandai-pandai koranglah hendak memasukkan sesiapa dalam jawatan kuasa itu. Wakil penduduk ke, wakil DUN ke, JKKK ke, tok penghulu ke, apa-apa ke, asalkan suara rakyat bawahan ini didengar dan menjadi perkara penting setiap keputusan kerajaan untuk menjual tanah. Ini tidak, pakai jual je.

Keduanya, yang undang-undang MPPP tu yang mengatakan jika ada 1200 buah rumah, baru wajib ada tapak masjid, boleh digubal kepada setiap pembangunan tanah baru, masjid adalah pusat kepada pembangunan itu. Apa? Susah sangat ke hendak ikut sunnah Nabi? Tidak mengikut etika kapitalis?

Itulah hamba kata, jika menukarkan bn kepada PR, hanya semata-mata hendakkan ABU, maka perkara sama pasti akan berlaku terhadap PR. Sebab sistem yang akan ditadbir oleh PR adalah sama dengan sistem yang ditadbir oleh bn. Seperti Selangorlah. Tengok JAIS dan MAIS, apakah yang telah digubal oleh Dr Hassan Ali untuk memperkasakan JAIS dan MAIS? Apakah yang telah dibuat oleh PAS didalam mempekukuhkan undang-undang syariah di Selangor? ZERO!! Yang ada, guna balik apa yang telah digubal oleh umno. Stupid!

Lawati sini