Sumber : BERNAMA
KUALA LUMPUR, 9 April – Dewan Rakyat khamis meluluskan
pindaan kepada Akta Kesalahan Pilihanraya 1954 selepas melalui sesi perbahasan
tujuh jam.
Pindaan itu, yang dibentangkan pada 9 April lepas, bertujuan
memperkemas proses pengundian pilihan raya termasuk memperluas sempadan bagi
orang ramai yang menunggu atau berdiri berdekatan dengan pusat mengundi pada
hari pengundian kecuali mereka yang mengundi daripada 50 meter kepada 100
meter.
Ketika menggulung perbahasan itu, Timbalan Menteri di
Jabatan Perdana Menteri Datuk Liew Vui Keong berkata pindaan itu tidak
melibatkan 22 syor Jawatankuasa Pilihan Khas berhubung dengan Penambahbaikan
Proses Pilihanraya diluluskan oleh Dewan Rakyat pada 3 April lepas.
“Pindaan ini adalah pada Akta Kesalahan Pilihanraya 1954,
bukan ke atas Akta Pilihanraya 1958 yang telah dibincangkan melalui
jawatankuasa tersebut. Hasil jawatankuasa itu perlu dipinda pada Akta Pilhan
Raya 1958” jelasnya.
Mengulas larangan wakil calon berada di barong Suruhanjaya
Pilihanraya (SPR) pada hari pengundian, Liew berkata larangan itu bagi
memastikan petugas SPR tidak terganggu dan pengundi dalam keadaan selesa.
Sumber:
Harakah
Berikutan
Rang Undang-Undang (RUU) Kesalahan Pilihan Raya (Pindaan) 2012 diluluskan pada
petang semalam di Dewan Rakyat, Kajian Politik untuk Perubahan (KPRU)
berpendapat, rakyat Malaysia bakal menyaksikan pilihan raya umum terkotor dalam
sejarah Malaysia apabila RUU tersebut dikuatkuasakan sebagai satu akta nanti
dan pelaksanaannya terpakai semasa Pilihan Raya Umum Ketigabelas (PRU-13).
Memandangkan
PRU-13 kian menghampiri, Dewan Rakyat semalam pada hari terakhirnya pula
tergesa-gesa meluluskan sebanyak 8 rang undang-undang sampai ke saat terakhir
majlis dewan ditutup tirainya.
Antaranya
termasuklah RUU Kesalahan Pilihan Raya (Pindaan) 2012 yang menggandungi pindaan
tertentu yang penuh dengan pertikaian dan mampu mengubah wajah proses PRU-13.
Pindaan
yang paling signifikan dan harus diberi perhatian sepenuhnya adalah berkenaan
dengan subseksyen 26A(2) dan (3) di bawah Barung hendaklah diadakan oleh
Suruhanjaya Pilihan Raya, di mana kehadiran pemerhati di barung adalah tidak
lagi dibenarkan.
Pindaan
yang membatalkan kehadiran pemerhati dalam barung bercanggah dengan prinsip
demokrasi yang bersifat partisipasi dan bakal mencorakkan proses pilihan raya
yang memihak kepada rejim pemerintah.
Seperti
yang turut dinyatakan dalam pindaan subseksyen yang dinyatakan di atas,
alasannya bagi meniadakan peruntukan bagi membenarkan kehadiran pemerhati
adalah bagi menangani kesesakan dan kesukaran yang timbul semasa petugas
pilihan raya melaksanakan tugas mereka.
Alasan
ini adalah amat tidak munasabah. Sekiranya kesulitan sedemikian timbul dalam
proses mengundi, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) seharusnya mengkaji semula
mekanismenya kerana kesulitan sedemikian sesungguhnya merupakan masalah
teknikal yang boleh diatasi melalui penambahbaikan prosedur dan bukannya dengan
menolak kehadiran pemerhati yang jelas bercanggah dengan aspirasi rakyat
terbanyak apabila konteks tuntutan dan gerakan Bersih diambil kira.
Di
samping itu, pindaan Seksyen 14(1A) yang bertujuan membenarkan mana-mana ejen
tempat mengundi (ETM) atau ejen mengira undi (EMU) bagi seseorang calon untuk
bertugas di tempat mengundi hanya pada waktu yang ditetapkan SPR atas alasan
bagi mengelakkan kesesakan kelihatan tidak adil kepada mana-mana calon,
terutamanya calon bebas dan calon parti oposisi.
Kehadiran
ejen-ejen bertugas tersebut adalah penting dalam menyemak dan mengimbang segala
proses mengundi pada hari pengundian bagi memastikan keadilan proses pilihan
raya.
Tanpa
kehadiran ejen-ejen tersebut, SPR yang terletak di bawah jagaan Jabatan Perdana
Menteri dibiarkan menguasai proses pengundian.
Seperti
yang umum sedia maklum, sistem pilihan raya sedia ada dalam Malaysia
sememangnya terbelenggu dengan pelbagai ketidaktelusan dan ketidakadilan.
Isu
seperti senarai pendaftaran pemilih yang tidak bersih, undi pos, pengundi hantu
dan sebagainya telah pun menghalang kelancaran dan keadilan pilihan raya sekian
lama ini.
Hal
ini juga merupakan daya pendorong utama yang menggerakkan perhimpunan BERSIH
3.0 terus mara.
Kini,
tambahan pula dengan pindaan-pindaan yang diluluskan, ia bakal menjadi
pemangkin kepada pilihan raya yang paling bergelumang.
Selain
pindaan yang dipertikaikan, pindaan-pindaan yang lain adalah berhubung dengan
jarak, di mana kehendak jarak lima puluh meter yang sedia ada dari sempadan
mana-mana tempat penamaan, mana-mana pejabat yang dibuka, ditubuhkan atau
disenggarakan semasa tempoh berkempen.
Juga
mana-mana orang menunggu atau berdiri-diri dari sempadan pusat mengundi semasa
hari pengundian dipanjangkan kepada jarak tidak kurang daripada satu ratus
meter. SPR turut diberi kuasa untuk menentukan apa-apa jarak lain yang sesuai
di bawah subseksyen baru.
Selain
itu, subseksyen 11(1)(c) di bawah Hukuman dan ketidakupayaan kerana perbuatan
rasuah yang pada asalnya menyatakan mana-mana orang yang “mencetak,
menerbitkan, mengedarkan atau menampalkan atau menyebabkan supaya dicetak,
diterbitkan, diedarkan atau ditampalkan apa-apa iklan, surat sebaran, pelekat
atau poster yang berkenaan dengan mana-mana pilihan raya dan yang tidak
mengandungi pada mukanya nama dan alamat pencetak dan penerbitnya;” yang akan
diambil tindakan sekiranya disabit kesalahannya telah disingkirkan dalam
pindaan yang baru atas alasan sukar dikuat kuasa.
Memandangkan
proses pilihan raya masih dipenuhi dengan taktik kotor dan pembohongan yang
jelas mencaburi hak rakyat dalam menyertai dan mengundi dalam pilihan raya –
khususnya masalah senarai daftar pemilih yang tidak bersih dan penggunaan
senarai daftar pemilih berlainan pada hari pengundian, sekiranya
pindaan-pindaan yang menafikan kehadiran ETM, EMU atau wakil politik dan juga
pemerhati dalam barung mengundi pada hari mengundi dikuatkuasakan, jelas
dakwaan bahawa PRU-13 akan menjadi pilihan raya yang terkotor itu bakal menjadi
kenyataan yang cukup menyedihkan.
P/S: Bunyinya SPR bebas. Pasai apa Menteri BN pulak yang bentang?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Kalau takde nama pegi pejabat pendaftaran dulu sebelum komen. hahaha