Area kau ada Balai Raya? Kalau kau duduk kampung ada la kot. Kalau kat taman aku rasa dia panggil Pusat Khidmat Komuniti.
Kita semua sedia maklum, balai raya adalah tempat di mana masyarakat setempat dapat berkumpul dan berbincang mengenai masalah yang terjadi di kawasan mereka. Balai raya juga dijadikan sebagai pusat aktiviti kampung di mana anak muda boleh bermain takraw, anak kecil boleh bermain polis sentri dan gotong royong kampung boleh dijalankan.
Semua orang boleh menyertai apa-apa upacara yang berjalan di balai raya… asalkan kau sokong UMNO.
Benda ni banyak berlaku di kawasan-kawasan di mana pengaruh UMNO nya kuat, macam yang aku perasan di Negeri Sembilan. Dekat area aku sendiri yang mana Ahli Parlimennya dan Wakil Rakyatnya orang PAS tapi balai rayanya masih diconquer oleh orang UMNO. Even aku sendiri mempunyai dua orang ketua kampung….seorang yang rasmi dilantik oleh kerajaan negeri Selangor dan seorang lagi ketua kampung Barisan Nasional yang dilantik oleh …entah..kerajaan Pusat? Menteri? Kementerian? Liow Tiong Lai?
Kenapa balai raya? Apa pentingnya balai raya? Mungkin satu masa dulu waktu zaman perang, balai raya memang teramat penting tapi sekarang ni satu-satunya fungsi tetap balai raya adalah untuk menjadi pusat mesyuarat ahli UMNO.
Jadi, apa yang selalunya adalah apabila ada mesyuarat kampung (yang tak sepatutnya berkaitan dengan politik) yang hadir majoritinya hanya orang UMNO. Orang pembangkang, malas nak pegi. Kalau pegi pun dia berani pegi sebab tak ada orang tau dia sebenarnya sokong pembangkang. Mengakibatkan, apa2 keputusan yang diambil akan lebih menyebelahi kepentingan UMNO.Kenapa kita macam tu? Kenapa kita menggunakan balai raya sebagai pusat komuniti masyarakat Melayu?
Kenapa tak masjid? Sebab bila kita bertengkar dalam balai raya, orang yang mengawal keadaan adalah pemimpin UMNO setempat. Jadi kalau berlaku pertengkaran, kalau nak berlaku penipuan atau penyelewengan…siapa takut nak menipu dalam balai raya?
Tapi dalam masjid…berani nak bergaduh dalam masjid? Berani nak menipu dalam masjid? Tak ramai yang berani. Lagipun, masjid adalah neutral ground. Jika di balai raya semangat politik menebal, di masjid sekurang2 nya politic influence dapat dikurangkan bila berbincang. Orang PAS pun sekurang2 nya senang sket hati duduk kat masjid. Lepas mesyuarat, boleh semayang jemaah sekali ramai2 menyebabkan sekurang2 nya perpaduan sesama agama tu dapat dipupuk.
Lagipun,berbincang di masjid…ada Hakim Besar atas sana…kena berlaku baik.
Selagi balai raya masih lagi menjadi nadi utama UMNO di desa, selagi itulah aku akan terus pandang UMNO sebagai sebuah parti yang mengamalkan racism. Racism terhadap orang seagama sendiri…kerana menyebabkan orang2 yang tidak bersehaluan dalam pandangan politik tidak dapat turut serta dalam pembangunan kampung dan desa, menjadikan mereka2 yang menyokong pembangkang seolah-olah golongan minoriti di kampung.
Tak percaya dengan benda ni?
Cuba balik kampung, suruh abah atau mak atau mertua kau yang berhaluan kiri (yakni pembangkang la..) kibarkan bendera PAS depan rumah. Kalau diorang tak nak sebab takut nanti bergaduh dengan orang kampung, fahamilah bagaimana mentaliti masyarakat yang ingin dibentuk oleh UMNO. Lagi cantik kalau kau punya kampung datang daripada negeri2 ni…Johor, Negeri Sembilan, Pahang dan Melaka. 4 negeri kubu kuat UMNO.
Kibarkan bendera PAS depan rumah dan lihatlah bagaimana tiba-tiba ada orang pandang slack kat kau masa kau lalu depan kedai kopi.
Selagi dalam masyarakat kita masih ada yang takut nak declare pegangan politik masing-masing kepada umum, selagi tu lah kerajaan perlu ditukar tak kiralah berapa kali sampailah satu masa politik tak lagi menjerat hidup bermasyarakat di Malaysia ni. Ini adalah kesan 50 tahun lebih pemerintahan BN. Bagi satu parti memerintah terlalu lama…pengaruhnya akan berakar umbi dalam masyarakat.
Tukar kerajaan 5 tahun sekali. Paling lama pun bagi 2 penggal. Jangan bagi diorang selesa. Jangan sampai parti politik jadi panduan hidup bermasyarakat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Kalau takde nama pegi pejabat pendaftaran dulu sebelum komen. hahaha