oleh Mazwandi
Sekarang ini, saya hendak bercerita berkenaan kes PTPTN macam chipsmore kepada pelajar Unisel. Kejap beri, kemudian beku, tapi, hari ini beri balik. Kejap ada, kejap takde.
Apa-apa pun, bukan perkara Menteri mengarahkan beku atau tarik balik beku yang hendak dihebohkan oleh saya. Tidak. Itu memang kerja umno sejak azali menyusahkan orang Melayu. Bukan itu yang hendak saya ceritakan. Tetapi, apa yang saya hendak ceritakan ialah kepada semua pelajar di Unisel, tolong JANGAN ambik pinjaman PTPTN. Tolong rileks dahulu.
Siswa dan siswi semua pasti akan menyesal setelah anda semua menanda tangani pinjaman dengan ahlong berlesen itu. Percayalah. Korang semua akan menanggung hutang sebelum korang habis belajar lagi.
Ini adalah mainan politik yang dibuat oleh umno agar PTPTN akan dikekalkan. Pasti umno akan berkata, “Tengok, betapa susahnya pelajar jika tiadanya pinjaman PTPTN”. Korang tengoklah nanti.
Apa yang sepatutnya PR buat ialah main politik balik. Arahkan pentadbiran Unisel tidak melayan PTPTN dari memberi hutang kepada pelajar, sebaliknya cuba korang, yakni kerajaan negeri Selangor, keluarkan sedikit dana untuk diberikan RM kepada pelajar baru itu dan segala yuran pelajaran ditanggung oleh kerajaan negeri.
Buktikan apa yang dikatakan oleh korang semua dahulu boleh dipraktikkan walau hanya menggunakan dana kerajaan negeri. Belum Pusat lagi.
Percayalah, ramai manusia akan membuka mata akan sebenarnya, Malaysia mampu untuk menampung segala yuran pengajian di IPT untuk seluruh rakyat Malaysia. Percayalah……
Nota editor: Kedah macamana?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Kalau takde nama pegi pejabat pendaftaran dulu sebelum komen. hahaha