Aku memang tertarik dengan kenyataan yang telah di keluarkan oleh Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV), Mejer Jeneral Datuk Zulkiflee Mazlan yang mengingatkan kepada semua veteran ATM supaya mereka tidak mengungkit pengorbanan yang telah dilakukan oleh mereka dahulu. Mungkin sebab aku anak bekas anggota tentera menyebabkan aku tersentuh untuk memberi ulasan mengenai perkara ini.
Ketua Pengarah JHEV mengingatkan para veteran ATM supaya menggunakan saluran yang betul dan jangan mengungkit pengorbanan mereka demi mempertahankan tanahair ini dari penjajah demi untuk meraih bantuan.
OK, aku nak tanya berbaloi ke pengorbanan yang dibuat oleh bekas veteran ATM yang berjuang bermati2an mempertahankan negara hinggakan mendapat kecederaan kekal. Malah terdapat sebutir peluru yang hingga kini masih terlekat ditangan kerana tidak boleh dikeluarkan tapi hanya mendapat pencen kurang upaya berjumlah RM 121.00 sebulan.
Dengan pencen kurang upaya yang bernilai RM121.oo tu, apa yang mampu dibeli untuk menyara kehidupan di masa sekarang?
Saluran mana yang betul2 memperjuangkan nasib veteran ATM ni hinggakan kes sebegini hingga kini masih belum mendapat perhatian yang sewajarnya. Apakah mereka menunggu untuk melihat veteran ATM tersebut menghembuskan nafasnya yang terakhir baru jasa2 anggota tersebut mahu di nilai?
Mungkin penulisan aku sedikit bias sebab ianya melibatkan bapak aku sendiri tapi hingga kini aku tertanya2, saluran mana yang Ketua Pengarah JHEV ni maksudkan? Nak kata tak ada rekod, dah siap keluar dalam majalah Persatuan Bekas Perajurit Malaysia (PBTM) dah pun malahan pada tahun 2001 keluar dalam suratkhabar jamban Utusan Malaysia sempena hari kemerdekaan negara lagi. Tapi jasa dan bakti hanya dinilai pada harga RM121.00 sebulan jer ke?
Dengan kenaikan kos sara hidup yang terlalu berbeza dengan dahulu, tetapi kos pencen tersebut tetap kekal sejak dari tahun awal 80an hingga kini.
Mungkin kerana tak pandai nak mengampu, nak tunjuk hero macam Ali Tinju yang buat senaman bontot di depan rumah Datuk S.Ambiga punya pasal jasa dan pengorbanan anggota veteran ATM macam bapak aku hingga kini tidak diberi perhatian sewajarnya.
Yang paling aku tersentuh dengan ulasan yang dibuat oleh Ketua Pengarah JHEV ni ialah kemungkinan masyarakat akan naik muak dengan perangai veteran ATM ni jika asyik nak mengadu tetapi sedarkah dia bahawa veteran ATM lagi naik muak dengan JHEV yang tak memperdulikan nasib veteran ATM.
Bayangkan aku pernah naik angin kat depan gate JHEV di Mindef kerana bapak aku tak dibenarkan masuk ke pejabat hanya kerana tidak memakai kasut ala2 tentera. Memang betul dia veteran tentera dan tahu tentang disiplin dalam tentera tetapi kini dia bukan lagi tentera yang sedang bertugas. Dia dah pencen dan sepatutnya tentera yang ada sekarang ni menghargai jasa2 orang2 seperti mereka ni. Sedangkan jasa dia lebih besar dari sepasang kasut. Beginikah layanan yang diberikan kepada veteran yang berjasa kepada negara hingga sanggup mempertaruhkan jiwa dan raga hanya demi untuk mempertahankan negara.
Perubahan dalam kepimpinan negara harus diubah segera agar perkara sebegini tidak berulang lagi kerana kelihatan kini, siapa yang pandai mengampu dan berlakon dengan bijaksana, ditambah pulak dengan effect yang canggih, maka orang itu la yang akan dianggap sebagai wira negara sedangkan bila berhadapan dengan musuh, dia yang cabut lari lintang pukang dulu.
Disini aku nak tegaskan bahawa veteran ATM bukan nak mintak simpati atau menjaja cerita sedih tetapi aku disini cuma nak memberitahu agar hormati dan hargai jasa pejuang sebenar, bukan pengampu. Nilaikan perjuangan mereka dengan nilai yang sewajarnya, bukan dengan hanya beras sekampit setiap 5 tahun, kain pelikat sehelai setiap 5 tahun dan milo setin jugak setiap 5 tahun. Mereka bukan hanya hidup setiap 5 tahun sekali tetapi memerlukan keperluan harian sama seperti rakyat2 yang lain
Saya sangat sedih dengar cerita Veteran Sebenar yang berjuang era 1960-1989, dan ini lah hakikatnya!
BalasPadamOrang besar pangkat dan besar jawatan akan kekal terus dengan jawatan dan gaji nesar selepas berpencen!
Tidak percaya cuba semak mana ada Pak Jeneral membawa TAXI?
Orang bawahan akan terus kekal jadi GUARD...dulu jaga Guardroom! Sekarang Jaga BANK!
Orang besar jawatan dapat kelas khas didalam wad hospital, prebet duduk lah diwad beramai-ramai!
Orang besar jadi Pengarah sana-sini, Chairman sana-sini, duit kiri-kanan masuk, pencen besar...apa hal nak mintak tanah 20ekar tanam getah?
Mereka dapat sebelum pencen semua dah..prebet cari lah sendiri! Pergi lah tebas hutan yang mereka tempur dulu dan jadi peneroka HARAM!
Bak kata - hidup mati PREBET jugak lah!
Yang tayang BUNTOT - servis pun hanya 7 tahun nak mengaku VETERAN
pirah.....!
Kor apa nak tanya sikit - GAJI ke Kerani?
Askar yang berjalan kaki - namanya Infantri!
Mereka yang cacat kekal sampai mati. Cuba tanya berapa ramai yang sakit tulang belakang, lutut, buku lali, leher, tengok dan bahu selepas berpencen dan berumur 50++!
Ini lah pengorbanan seorang askar INFANTRI sebenar askar...bukan dari Kor Semboyan !
Apa dia tahu pikul pack seberat dari 3/4 badan sendiri, kalau nak berdiri dan bangun selepas duduk, kawan kita mesti tarik kita?
Cuba tanya lah orang berpencen dari KOR - RAMD, RANGER & KOMANDO!
Takyah tanya dari KP,ORD, ARTI, KERANI, GAJI, KAGAT, RISIK, JLJ...JAUH SEKALI "SEMBOYAN"!
MEREKA - tidak tahu perkara sebenar yang berlaku didalam hutan!
MEREKA - ASKAR BANDAR SAHAJA!