29 Julai, 2012

Mungkinkah agen UMNO dalam PAS sedang giat berusaha menjelang PRU13?

Suatu masa dulu sebelum PRU8, PAS, DAP dan Semangat 46 bersama-sama dalam satu gagasan dipanggil Angkatan Perpaduan Ummah (APU). Kelihatan seolah-olah wujud satu koordinasi yang baik tetapi akhirnya DAP termakan dengan hasutan agen-agen UMNO/BN dari pelbagai sumber (termasuk media) sehinggakan APU gagal dan berpecah…

Kebanyakan pengundi menganggap perpecahan itu disebabkan oleh DAP yang bertindak keluar dari APU tetapi sebenarnya kebanyakan orang masih belum tahu kewujudan beberapa agen UMNO/BN yang sudah bertapak dalam PAS yang mengambil kesempatan melaga-lagakan PAS dan DAP…

Kemudian pada PRU9 , agen-agen UMNO/BN yang samer yang masih berada dalam PAS pula bertindak melaga-lagakan PAS dengan Semangat 46 sehingga menyebabkan Semangat 46 bertindak keluar dari gagasan APU. Semua ini berlaku kerana agen-agen ini berjaya meyakinkan pimpinan utama PAS yang kononnyer PAS akan lebih berjaya jika berjalan dan beraksi sendirian.

Dan itulah PAS, yang asalnyer dari Hisbul Muslimin. Yang selalu bertegas untuk menegakkan hukum Allah di muka bumi ini. Ramai yang bersetuju dan menyokong semua usaha untuk menggerakkan massa sehingga boleh menjadikan Malaysia satu contoh terbaik Daulah Islamiah tetapi dalam keadaan semasa, PAS memang tidak mampu untuk mengambil alih tampuk kerajaan dengan kemampuan sedia ada. Ini adalah satu realiti.

Tetapi, kewujudan agen-agen UMNO/BN yang masih berbaki berterusan mencanangkan supaya PAS bergerak sendiri. Alasan yang diberi ialah “jangan berkawan dan bersama dengan orang kafir”. Dan mereka tahu malahan amat maklumi, jika PAS berterusan bermentaliti begini maka sampai kiamatlah PAS tidak akan menjadi satu kuasa dominan dalam percaturan politik di Malaysia!
Yang menggerunkan, agen-agen UMNO/BN ini cukup mendapat kepercayaan yang tinggi dalam PAS malah menjawat jawatan yang agak tinggi di dalam parti dan ditambah pula dengan status mereka yang “kununnya” berilmu tinggi dalam agama…

Dalam konteks Malaysia yang sedia ada hari ini, keperluan untuk bekerjasama waima dengan pihak yang bukan beragama Islam adalah wajar demi maslahat umum. Namun bagi agen-agen UMNO/BN ini, mereka sedang giat mencucuk jarum kesangsian dalam PAS terhadap DAP dan PKR dan secara tidak langsung ini akan menyebabkan belakunya situasi yang sama pada PRU8 dan PRU9. Dan pastinya yang akan bersorak sorai keseronokan apabila gagasan Pakatan Rakyat ini musnah adalah agen-agen UMNO/BN yang sedang berterusan membiak didalam PAS. yang sedang membiak didalam PAS terutamanya di PAS Terengganu (Rusila).

Mungkinkah sejarah lama bakal berulang kembali?

Dan itulah yang sedang berlaku dewasa ini. Dan itulah juga yang sedang dicantas sekarang ini. Penyakit “over confident” yang ada dalam PAS kini sedang membarah. Agak payah juga untuk diubati kerana sikap segelintir (ramai sebenarnya) ahli-ahli PAS yang masih tidak terbuka mindanya dan dalam banyak keadaan, orang yang menasihat dan cuba untuk menyelamatkan PAS dari dilaga-lagakan dengan DAP dan PKR pula dihentam dan dicaci nista.

Andaikata jika anda rasakan artikel ini memfitnah PAS terutamanya PAS Terengganu (Rusila), sila buktikan tiada agenda untuk PAS meninggalkan Pakatan Rakyat demi sentimen, pengaruh dan angan-angan kononnya PAS boleh menang besar tanpa Pakatan Rakyat…. (sepertimana dulu ada puak-puak di Rusila yang dengan bongkak, riak dan ujub mengatakan bahawa PAS boleh pergi jauh tanpa sokongan blogger).


PASreform
***Sumber Berita Dari: http://mediaperak.com/2012/07/29/mungkinkah-agen-umno-dalam-pas-sedang-giat-berusaha-menjelang-pru13/

2 ulasan:

  1. PAS teperangkap dgn ego dan perangai 'org lama'lebeh dulu makan garam. Ahli2 terlebeh wala' kepada pemimpin sehingga tidak lansung boleh di kritik. Hassan Ali di awal kemenangan PR di Selangor lg sudah kedengaran suara2 sumbang mengenai Hassan Ali tapi para penyokong dan ahli2 berani mati PAS melompat membuka silat menuduh sengaja memburukkan pemimpin mereka walaupun di bukti sudah jelas.

    BalasPadam
  2. Tidak begitu tuan..orang berhemah Islam kena lihat dari pelbagai sudut dan mencontohi rasulullah dalam semua perkara. Hidup untuk Islam adalah jaminan Allah.

    BalasPadam

Kalau takde nama pegi pejabat pendaftaran dulu sebelum komen. hahaha