Kat Perak ni, makin hampir kepada PRU, penyokong-penyokong parti makin gundah gulana. Baik penyokong Barisan Nasional mahupun Pakatan Rakyat.
Di pihak BN, kelihatannya Najib dah bekerja sengsorang! Setiapkali beliau mengutarakan idea baru, maka blogger ABU (Aku tulih ABU kerana blogger2 benci UMNO tapi bukan suka sangat pun pada Pakatan pun!) akan mendedahkan salahlaku lampau beliau yang berlawanan dengan yang beliau utarakan masa kini! Zambery Kadiaq? hahaha! dah tak boleh buat apa. Yang bolehnya cuma angkut abih balak keluar hutan! Sampaikan balak yang ukurlilit tak sampai 30 inci pun abih. Tak pecaya hangpa tunggu tepi jalan dan perati lori2 balak yang lalu!
Di pihak PR, kecuali DAP (aku tak faham cakap depa) PAS dgn PKR pun dilanda masalah.
PAS masih lagi bergelut antara calon2 ustaz dengan profesional. Dalam kemelut ini, profesional setakat ni relax. Yang betul2 kalut adalah puak ustaz2! aku pun tak faham. Depa ni nak mengalahkan UMNO atau nak menonjolkan diri masing? Mesir dengan Iran presidennya bukan ustaz pun. Relax je! Ustaz2 ni pun satu hal jugak! di DUN pengundi 3 bangsa seimbang pun dok ceramah pasal ketuanan melayu tak abih-abih! Patut la bungkuih manjang! Cuba tengok kat bawah. DUN yang dimenangi PAS dengan PKR adalah DUN yang majoriti pengundi melayu bawah 81%!
Pasal apa di DUN yang lebihkurang peratusannya boleh kalah? Macam biasa! Perkauman!
PKR? hahaha….. dah asal dari UMNO perkauman pun lebihkurang UMNO jugak la! PKR akan berubah bila generasi pertama yang ramai asalnya dari UMNO ni dah bersara atau masuk kubur! Buat masa ni susah nak agak. Depa ni cuma harapkan aura Anwar. Biasala! UMNO takde duit tak boleh buat kerja. PKR pun sama! Asal UMNO la katakan! Toksah dok cerita la pasal buku jingga! tak sama pun yang dalam buku jingga dengan perangai hangpa!
Masalah yang paling besar, pengundi2 baru adalah pengundi yang bencikan sistem yang diamalkan oleh UMNO(BN). Yang paling kantoi, dalam ceramah PR, susah betul nak jumpa penceramah-penceramah yang berceramah tentang pembaikan sistem ni! Yang ramai adalah penceramah yang berceramah tentang cincin Rosmah! Lembu Sharizat, Kapal Selam tak abih-abih! Pegi la mana2, itu la yang diulang-ulang! La ni zaman internet la! pengundi baru dah baca benda2 ni dalam internet! Hangpa dok ulang-ulang nak buat apa?
P/S: aku tegur ni pasal aku nak PR menang. Kalau aku nak hangpa kalah, malas aku nak tulis pun! Hangpa nak melompat? Melompat la! mampuih pi!
Bravo bro..teruskan teguran utk kebaikan
BalasPadamAs salam Tuan Blog,
BalasPadamselamat menyambut Ramadhan dan selamat berpuasa.
HE! HE!
BalasPadamBUKAN HANG SAJA, RAMAI DAH BOSAN DENGAN PAKATAN NI..CAKAP DENGAN BIKIN TAK SAMA.
TAMBAH LAGI DI PERAK NI, PAS DAH NAMPAK NAMPAK JADI KUDA DAP !
Teguran membina walaupun kasar. Harap2 pemimpin2 PR baca
BalasPadam