28 Ogos, 2012

UMNO berhenti memperolok takbir demi anak Mahathir!




(Satu masa yang baru lalu, orang Umno cukup suka dengan perkataan “takebeer” ni. Tiba-tiba semua senyap. Apakah ada rahsia disebaliknya? Mengapa blogger Umno dilarang menggunakannya? Apakah ia ada kaitan dengan perancangan San Miguel untuk menguasai pasaran beer di Malaysia?)

 Pertengahan 1980an dulu, aku memulakan perjalanan sebagai backpackers. Tapi dalam apa juga yang kita buat, kena belajar dulu..bukan boleh main redah saja. Bagi setiap backpackers, ada kitab-kitab yang perlu dipelajari. Ada banyak kitab backpackers dipasaran dan yang paling laris ialah keluaran Lonely Planets. Dalam kitab-kitab ini, kita boleh tau kat mana nak dapat hotel murah…kat mana nak dapat makan free dan macam mana nak tumpang kenderaaan.

Ada satu kitab yang aku cukup minat yang berjudul “Work your way around the world.” Dalam kitab ini, macam-macam tips boleh dipelajari macam mana nak survive ditempat orang. Sebelum kita sampai kesesebuah negara, kita kena belajar dan faham tentang ekonomi dan politik sesebuah negara itu. Mengapa Thailand menjadi tempat persinggahan pertama bagi backpackers dari Eropah dan Amerika? Apa yang perlu dilakukan ketika memasuki Malaysia? Apa yang perlu di buat sebelum bertolak ke India? Semua ini ada dalam kitab tersebut.

Tahun 80an, Malaysia lebih maju dari Thailand. Tapi Thailand mempunyai banyak perkara yang mana Malaysia tak ada. Thailand merupakan pusat penerbangan tambang murah masa tu. Aeroflot , SAS, Biman Air semuanya menawarkan tambang murah kemerata destinasi. Itu sebabnya mengapa Thailand menjadi landing point bagi backpackers yang mahu menjelajah Asia.

Perkara pertama bila sampai di Thailand ialah mendapatkan student card. Yang ni boleh dibeli dengan harga yang murah. Dengan harga sekitar RM40.00 kita boleh beli student card yang menunjukkan kita ni student kat Thammasat atau Chulalungkorn University. Dengan student card, kita boleh dapat harga hampir separuh dimerata-rata kafetaria ataupun untuk membeli tiket bas..ataupun bayaran masuk ketempat-tempat pelancungan. Bangkok juga merupakan tempat pengedaran ganja dengan harga borong yang paling murah. Tapi kena tau la kat mana nak dipasarkan. Kalau beli ganja di Thailand kemudian bawa masuk ke Malaysia..nak cari mati la. selanjutnya SINI

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Kalau takde nama pegi pejabat pendaftaran dulu sebelum komen. hahaha