09 November, 2012

Soalan untuk YB Idham Lim.


  
(Surat dari pembaca Mediaperak)
Salam untuk YB Drs. Idham Lim,
Pertama sekali saya ingin mengucapkan tahniah diatas kejayaan YB melancarkan projek Kompleks Pendidikan Darul Anwar (KPDA) lewat tahun lepas. Malah saya turut berbangga apabila majlis pelancaran rasmi yang telah diadakan pada 25 September 2011 berjaya diadakan.
Saya turut bersama berusaha untuk merealisasikan hasrat YB dengan turut sama mengambil bahagian dengan menderma untuk tabung wakaf tersebut. Walaubagamanapun, saya merasa khuatir kalau-kalau hasrat tersebut akan mendatangkan persepsi negatif berikutan kurangnya maklumat dan kemaskini projek.
Oleh kerana projek ini melibatkan dana awam, maka saya berharap YB dapat memberikan maklumat terperinci agar ianya tidak mendatangkan persepsi negatif.
Saya berharap YB dapat menjelaskan beberapa persoalan yang timbul dari beberapa rakan-rakan yang mula bertanya tentang projek KPDA ini.
Status IdhamCare/KPDA
  • Adakah KPDA ini mempunyai entiti berdafar tersendiri atau ia hanyalah sebuah projek dibawah IdhamCare?
  • Adakah IdhamCare sebuah NGO yang berdaftar dibawah Pendaftar Pertubuhan? Sekiranya berdaftar, diharap dapat kiranya YB menyiarkan bukti pendaftaran.
  • Selain daripada YB sendiri yang menjadi Pengerusi IdhamCare dan isteri YB sebagai Timbalan Pengerusi, siapakah Ahli Lembaga Pengarah/Ahli jawatankuasa/Pemegang Amanah yang lain. Diharap dapat YB siarkan senarai pemegang jawatan dalam IdhamCare dan tarikh mereka dilantik kejawatan tersebut.
Pengurusan
  • Berapa ramaikah kakitangan yang digaji untuk mengurus projek yang bernilai RM5 juta ini?
  • Berapakah jumlah kos pengurusan yang terkumpul setakat ini?
  • Minta YB siarkan carta organisasi pengurusan KPDA
Soalan tambahan
  • Permulaan kerja pembinaan diberitakan akan bermula pada 1 Mei 2012, tetapi hingga sekarang, tiada tanda-tanda ianya telah bermula. Apakah yang menyebabkan ianya tertangguh? rujuk http://kpdarulanwar.blogspot.com.au/2011/11/gambaran-keseluruh-kpda.html
  • Berapakah jumlah dana wakaf yang telah terkumpul setakat ini? Apakah ianya masih belum mencukupi?
  • Kami dimaklumkan menerusi risalah bahawa jumlah keluasan tanah yang akan dibangunkan ialah 4 ekar. Walaubagaimanapun, kami diberitahu bahawa jumlah yang telah dibayar kepada tuan tanah hanyalah 2 ekar. Harap YB memberi penjelasan.
  • Terdapat sesuatu yang tidak kena dengan promosi yang disiarkan dalam blog KPDA seperti dibawah.


×


×
Banner diatas mengatakan “setiap pembelian lot wakaf akan menerima hadiah satu Quran digital.” (untuk Pakej 1).
Manakala dalam banner dibawah, “bagi setiap pembelianQuran digital, pewakaf akan menerima dua lot wakaf.”
Tawaran ini seoalah-olah tidak masuk akal. Dan sekarang timbul pula banner terbaru.


×

  •  Adakah Quran digital yang saya terima apabila membeli lot wakaf itu ditaja oleh pihak lain? Saya mendapat tahu bahawa Quran digital yang dikatakan “hadiah” dalamPakej 1 (tawaran lama) sebenarnya ditolak daripada jumlah yang diwakafkan. Contohnya, apabila saya membeli lot wakaf bernilai RM300, jumlah yang masuk kedalam tabung wakaf ialah RM160.00 manakala RM140.00 adalah untuk kos Quran Digital untuk dihadiahkan balik kepada saya. Apakah ini benar?

  • Terdapat keraguan tentang akaun bank yang digunakan untuk projek ini kerana satu akaun bank digunakan untuk pelbagai tujuan.  Satu untuk tabung wakaf manakala satu lagi untuk Rayuan derma IdhamCare. Gambar bawah diambil dari risalah yang diedarkan.

selanjutnya http://mediaperak.net/2012/11/09/soalan-untuk-yb-idham-lim/

4 ulasan:

  1. Kalau dia tak boleh jawab, kena cantaslah. Jenis yang ada duri reba tak boleh jadi YB terutamanya YB PR.

    BalasPadam
  2. Bhai TheSniper...

    Cungkil bhai... cungkil... jangan tak cungkil... cungkil masa masih kecik... jangan dah besar gedabak baru nak cungkil...

    BalasPadam
  3. cungkil dengan ikhlas..Projek jerung dan paus hang ada berani cungkil ke???

    BalasPadam
  4. anon 8.27! Umno punya nak cungkil apa jadah. Majoriti memang teruk. Baik cungkil puak2 sendiri yg konon2 nak mendaulatkan Islam! Memalukan Islam je!

    BalasPadam

Kalau takde nama pegi pejabat pendaftaran dulu sebelum komen. hahaha