27 Januari, 2013

Kini adalah masa anak muda!

Selaras dengan yang dicadangkan Mediaperak, sememangnya anak mudalah penentu jatuh bangun BN atau PR selepas ini.

Analisa berasaskan 28 DUN PAS dan PKR yang berpotensi di Perak.

Gen Y: Pengundi berumur di bawah 32 tahun.
Gen X: Pengundi berumur 33 hingga 48 tahun.
Boomers: atas 49 tahun.
Seterusnya baca pendapat Pengasas Zentrum Future Studies, Prof Dr Abu Hassan Hasbullah.
Golongan muda akan menjadi penentu kejayaan Pakatan Rakyat (PR) ke Putrajaya, kata Pengasas Zentrum Future Studies, Prof Dr Abu Hassan Hasbullah.
Beliau berkata, meskipun tarikh Pilihan Raya Umum ke 13 belum diumumkan, namun momentum sokongan golongan muda pada masa ini lebih menyebelahi PR.
“Banyak isu yang berlegar berkaitan dengan anak muda menjadi topik hangat, daripada tuntutan pendidikan percuma, hapus PTPTN dan AUKU. Oleh sebab itu PR dilihat dekat dengan mereka.
“Golongan ini sebenarnya akan memberikan kesan memandangkan mereka tidak mengundi berdasarkan kepopularan, sebaliknya mekanisme ditawarkan untuk memberi kesenangan kepada rakyat,” katanya ketika dihubungi.
Beliau mengulas tinjauan Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMCEDEL), mendapati PR hanya ketinggalan lima peratus di belakang BN dalam persaingan meraih undi popular dalam pilihan raya umu ke 13.
Tinjauan ke atas 1,409 responden itu menunjukkan BN mempunyai peluang 42 peratus untuk mengekalkan Putrajaya, manakala Pakatan mendapat 37 peratus peluang – dengan 21 peratus lagi “tidak pasti”.
“Saya yakin 21 peratus itu adalah kelompok anak muda, mereka masih lagi mencari-cari siapa yang akan diundi mereka.
“Secara akademiknya, anak muda adalah golongan yang akan buat keputusan di saat-saat akhir, jadi pastinya penentu kemenangan bergantung kepada mereka,” ujarnya yang juga pensyarah kanan Jabatan Pengajian Media, Universiti Malaya (UM).  – Kelab Greenboc

23 Januari, 2013

Nasa Vs Jamil Khir

Dimana kreadibility seorang bekas Jenderal Angkatan Tentera  (Brigadier Jenderal) yang kemudiannya dilantik menjadi senator terus ke Menteri,
Tetapi terkini tenaga dan kepakarannya tidak digunakan,,, apakah beliau tidak mahir berbahasa Arab ,
Ini bukan kali pertama,, waktu Najib ke Mekah tahun lepas,, pun guna tenaganyanya,,

08 Januari, 2013

Gen Y, Gen X dan Boomers di DUN potensi PAS/PKR Perak.

Boomers

– lahir selepas Perang Dunia Kedua dari tahun 1946 hingga 1964. Dinamakan begitu kerana pada masa ini menyaksikan pertambahan kadar kelahiran yang tinggi. Oleh kerana jumlahnya yang ramai, generasi ini telah banyak membuat perubahan di dalam budaya dan masyarakat Barat. Dilihat sebagai generasi yang “mewah” kerana lahir di dalam keadaan ekonomi yang lebih baik dari generasi sebelumnya.

Sikap
- Boomers adalah golongan yang tunduk kepada undang-undang…biar pun undang-undang itu berat sebelah. Berapa ramai dikalangan Boomers yang turun kejalan raya? Nak edar risalah pun takut. Yang depa berani hanya bercakap dipentas ceramah. Itu pun depa pastikan mesti ada permit. Kalau tak ada permit, semua cabut.
Dan jangan cakap la pasai internet atau blog. Nak jemput depa, mesti ada surat rasmi..siap dengan kepala surat. Ramai AJK Kawasan yang tak datang mesyuarat kalau tak ada surat. Takat panggil dengan SMS, depa tak layan. Kalau datang pun, perkara pertama depa akan tanya..”pasai apa tak hantar surat?”
Tapi satu yang bagus, depa prihatin kat keluarga. Yang tak bagusnya…bila depa ada ramai bini. Masa untuk rakyat terlalu sikit….sebab masa habis melayan bini.

*************************************** 

Gen  X
-  juga dikenali dengan 13th Generation dan Baby Busters. Mereka yang dilahirkan di  1965  hinggalah awal 1980 an (tidak lebih dari 1982).

Sikap
-  Gen X lebih terbuka dalam pemikiran. Mampuih pi la dengan undang-undang. Lebih-lebih lagi dengan undang-undang yang mencengkam…tetapi mereka bukan melanggar undang-undang!!Majoriti Gen X tidak peduli lagi sama ada seseorang itu Melayu, Cina atau India. Yang betul tetap betul dan yang salah tetap salah. Melayu salah pun dia hentam. Cina salah pun dia lawan. India salah pun dia tentang.Satu perkara penting, Gen X adalah generasi yang mula-mula menggunakan internet, walaupun jumlah yang sikit. Tapi mereka menjadi peneroka alam siber yang kemudiannya di eksploit sepenuhnya oleh Gen Y.Satu lagi budaya baru yang dibawa oleh Gen X ialah mereka tidak lagi merasakan keluarga sebagai sesuatu yang wajib diberi tumpuan. Ini mungkin kerana saiz keluarga yang besar, (Boomers lebih pentingkan anak yang ramai). Gen X kurang mendapat perhatian dari ibu bapa dan ini menjadikan mereka rebellious dan menjadikan mereka survivors.Mungkin itu sebabnya, mengapa tagline menentang kronisme dan nepotisme mendapat sambutan dikalangan Gen X.

***************************************

Gen Y
- Millenial Generation, Generation Next, Net Generation, Echo Boomers–  tiada kesepakatan tentang tahun kelahiran, selalunya merujuk kepada mereka yang lahir pada 1983 hingga awal 2000.

Sikap
Teknologi telah mengubah sikap Gen Y. Kalau dikalangan Boomers, sebarang salah laku boleh ditutup dibawah karpet. Tetapi dengan bantuan teknologi, semuanya terbongkar di internet.
Bukan saja salah laku Umno yang terbongkar, malah salah laku Pakatan Rakyat juga terbongkar. Tak ada yang boleh ditutup lagi. Gen Y menerima siapa saja sebagai kawan, tak kira dari Melayu, Cina atau India. Kebanyakannya hanya mengenali nama maya, tanpa mengenali peribadi seseorang itu. What the heck!!
Gen Y sangat kreatif, dan tidak akan mampu dikongkong oleh Boomers. Sikap mereka…”mampuih pi la”!! Selagi mereka memikirkan bahawa apa yang mereka  buat adalah betul, mereka akan buat.
Dan dengan bantuan internet, Gen Y akan menjadi penggerak kepada perubahan yang dinantikan.
Tapi nanti dulu…perubahan yang akan berlaku bukan bermakna Pakatan akan berjaya. Sekiranya Pakatan juga tidak berubah seiring dengan kehendak mereka, Pakatan juga akan lingkup.


***************************************
Sekarang mari kita memerhatikan perbezaan % Boomers, Gen X dan Gen Y di DUN-DUN berpotensi PAS dan PKR di negeri Perak DarulRidzuan mengikut pandangan Mediaperak.net:

Berdasarkan data di atas, % Boomers melebihi 50% di DUN Rungkup kemungkinan besar akan kalah lagi. Ini bererti kekalahan Utz Misbahul Munir kali kali ke 4 berturut-turut.
Bak kata rakan bloggers SINI -

Yang aku mushkilnya, dalam PAS pun cukup susah pemimpin yang dah tua untuk bagi laluan kepada pemimpin yang lebih muda untuk jadi calon. Termasuk yang dah kalah berkali-kali dalam pilihanraya pun masih lagi nak jugak jadi calon.

Yang paling aku sakit hati ada khabar angin yang aku dengar kata ada calon tua yang kata kat pimpinan pemuda Perak"Hangpa ada banyak masa lagi untuk jadi calon, bagi la peluang kat kami yang tua-tua ni jadi calon untuk PRU13 ni."

Kalau tua macam TG Nik Aziz tak pa la pasai walaupun tua tapi orang muda sayang tapi masalahnya yang kata tu bukan takat orang muda tak suka, orang tua pun ramai yang meluat.

dan SINI

Kerana aku juga kategori masih 'muda', maka aku suka mulakan pilihan daripada calon muda-muda, bukan makna aku anti calon yg tua bangka, cuma sekiranya kalau sudah tak ada calon muda nak aku pilih..baru aku pergi calon yang tua sikit...sikit saja..bukan tua banyak...sampai nak balik rumah sendiri pun.. nyanyuk sampai sesat banat tak jumpa jalan...itu aku tak mau ! Ada ker calon tu untuk PAS Perak ?


*****************************************
Jadi terpulang kepada pimpinan PAS dan PKR untuk meletakkan calon di DUN-DUN diatas. Adakah calon-calon anda disukai oleh ke tiga2 golongan? Tepuk dada tanya selera!

03 Januari, 2013

Memahami aspirasi anak muda adalah kunci kemenangan PRU13.



orang tua orang muda
Asalnya artikel ini disiarkan dalam Berita Harian bertarikh 2 Januari 2013. Setelah dibaca dan diamati, aku berpendapat artikel ini sangat sesuai dibaca oleh pimpinan, ahli dan penyokong Pakatan Rakyat. Jangan kerana pokok dah nak tumbang hal2 yang kecil begini tidak dipedulikan. Harus diingat, Gen X (lahir 1965 hingga 1982) dan Gen Y (lahir 1983 ke atas) dalam daftar pemilih telah mencapai lebih 60%! Bak kata kawan aku “Bila pokok hampir tumbang kura-kura pun teringin nak panjat sampai ke pucuk!”. Baca:
Oleh: Johan Jaafar
Saya pernah mendengar ucapan seorang ahli politik di hadapan sekumpulan anak-anak muda. Beliau bercakap dengan penuh bersemangat sekali. Banyaklah perkara yang dibangkitkannya, yang penting tentang perlunya generasi muda mengetahui sejarah. Seperti biasa beliau menyebutkan tentang sukarnya hidup beliau pada masa kecil.Kumpulan itu rasanya tidak memberikan banyak perhatian. Mereka bercakap sesama sendiri atau sibuk menghantar mesej melalui telefon pintar. Saya bersimpati dengan ahli politik itu. Saya percaya pendekatan itu tidak lagi berkesan untuk menarik perhatian generasi muda.Kesilapan ‘orang tua’ yang paling besar hari ini ialah kegagalan memahami aspirasi ‘orang muda’. Mereka tidak faham ‘bahasa’ anak-anak muda ini. Lebih malang lagi mereka cuba memaksakan nilai mereka pada generasi muda.Zaman anak-anak muda perlu ‘diajar’ dan ‘diperingat’ sudah berakhir. Ini waktu membuat ‘engagement’ cara lain. Anak muda hari ini hidup dalam dunia yang berbeza daripada ibu bapa mereka. Mereka lebih terdedah pada teknologi, maklumat dan ilmu. Ini merupakan era segala-galanya boleh didapatkan hanya melalui jari. Dunia internet dan alam siber mengubah segala-galanya.

Jangan pandang ringan
Moral ceritanya: Jangan pandang ringan kuasa mengundi di kalangan generasi muda. Setiap parti politik mengatur strategi bagi menawan hati dan minda mereka. Dalam pilihan raya akan datang dunia siber mempunyai pengaruh yang besar. Generasi muda ini hidup dengan Facebook, Twitter dan khidmat pesanan ringkas (SMS).Pemilik media menyedari bahawa telah berlaku migrasi dari media tradisional kepada media baru. Hampir kesemua akhbar mengalami kemerosotan daripada segi jumlah edaran. TV tidak lagi ditonton melalui kaca TV yang biasa sebaliknya dalam aplikasi yang lain seperti komputer, iPad dan telefon pintar.Memang maklumat mi segera dan pasang siap ini belum tentu tepat dan betul, tetapi maklumat datang tanpa boleh dibendung dan tanpa tapisan. Hari ini prinsip maklumat ialah ‘terima dulu’ baru ‘disahkan’. Malah selalunya kesahihan bukan ukuran. Maklumat yang diterima itu terus dihantar pada orang lain. Maklumat yang salah, yang kadang-kala berunsur fitnah dan tohmahan bergerak pantas tanpa kawalan.Dalam situasi inilah generasi hari ini mencorakkan alamnya. Sayugia diingat bukan semua yang menerima bulat-bulat apa yang mereka baca dalam dunia siber. Malah sebahagian besarnya dimatangkan dengan asakan maklumat yang pelbagai ini, menjadikan mereka lebih terbuka, mudah membuat perbezaan dan boleh menilai mana kaca dan mana permata. Kita usah perkecilkan keupayaan generasi muda hari ini.

selanjutnya