20 Februari, 2013

UMNO Perak sabotaj MB sendiri?


PAS Perak mendakwa mereka mendapat maklumat dalaman bahawa Menteri Besar, Zambry Abdul Kadir akan digugurkan dalam pilihan raya umum ke 13 ini.
Koordinator Jawatankuasa Isu dan Strategik PAS negeri, Raja Ahmad Iskandar Al-Hiss berkata, pengguguran Zambry bukan lagi rahsia dan cerita dongeng, malah ianya ‘hangat’ diperkatakan oleh banyak pihak.
Naib Ketua Pemuda PAS Pusat itu juga mendakwa, majlis perasmian serentak Umno cawangan seluruh  Perak pada 8 Mei 2010 oleh Datuk Seri DAhmad Zahid Hamidi apabila beliau meninggalkan majlis selepas merasmikan tanpa menunggu ucapan Dr Zambry.
Beliau juga mendakwa, terdapat gerakan atas nama ‘Gerakan Anti Zambry’ (GAZ) yang yang diwujudkan oleh pihak tertentu pada Jun 2010 yang ingin menyingkirkan Zambry.
Katanya, ada seorang menteri yang menjadi ketua Umno bahagian yang tidak pernah hadir mesyuarat Umno Perak.
Rungutan

“Ini tidak termasuk beberapa rungutan berikutan kepimpinan Umno bahagian tidak diberikan tempat-tempat penting sebaliknya diberikan kepada ‘orang-orang kanan’ Dr Zambry yang masih muda.
“Dengan menjelangnya pula pilihanraya umum (PRU) ke 13, Zambry masih gagal menyelesaikan isu pembahagian kerusi antara komponen BN.
“Tanda-tanda ini juga kelihatan berikutan kekerapan ‘turun padang’ oleh Perdana Menteri, Najib Altantuya dan timbalannya, Muhyiddin Yassin ke Perak,” tambahnya.
Raja Ahmad Iskandar berkata, beberapa pendedahan salahguna kuasa Zambry juga baru-baru ini juga mendorong ‘kehangatan’ pengganti beliau ‘disebut-sebut’ kembali.
“Siapakah yang bakal menggantikan Zambry? Adakah di kalangan menteri atau ‘orang baru’ yang bakal menggantikannya?
“Walaupun media pro Umno sekarang sedang ‘hangat’ memperomosikan Zambry, sudah ada beberapa ketua Umno bahagian bertemu dengan kepimpinan pusat untuk memastikan Zambry ‘bakal’ disingkirkan,” kata Raja Ahmad Iskandar lagi.
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Kalau takde nama pegi pejabat pendaftaran dulu sebelum komen. hahaha