15 Mac, 2013

Anda sedang diintip. Tutup kamera notebook anda mulai sekarang!




TERKANTOI MENYEPAI RAKYAT SENDIRI


Oleh: Yong



Berita ini sikitpun Yong tak heran. 
Akhirnya kerja menyepai terkantoi.
TERKANTOI, HANCUUUS, BERSEPAI!
Itule, niat tak baik. Asyik buruk sangka pada rakyat sendiri.
Asyik buat fitnah, Pakatan Rakyat akan buat huru-hara konon, sedangkan seluruh dunia tahu; yang membaling kasut di dalam masjid, yang mengugut hendak membakar, yang menspray cat dan yang membawa senjata adalah penyokong parti yang sekarang menjadi pemerintah.
Berikut terjemahan berita mengenai kerja kantoi tersebut:
Malaysia menggunakan perisian ‘spyware’ terhadap rakyatnya, lapor New York Times 
The Malaysian Insider – 1 hour 58 minutes ago 

Oleh Boo Su-Lyn 

KUALA LUMPUR, 14 Mac — Malaysia adalah antara 25 negara yang menggunakan perisian “spyware” bagi mengintip rakyatnya dengan mengambil gambar mereka menggunakan skrin komputer, merekod perbualan Skype, kamera dan mikrofon komputer, lapor akhbar Amerika Syarikat (AS) The New York Times (NYT) hari ini. 

Selain Malaysia, pengkaji di Citizen Lab yang berpangkalan di University Toronto turut mendapati negara-negara seperti AS, Singapura dan Indonesia termasuk Britian turut menggunakan perisian pengawasan tersebut yang dikenali sebagai “FinSpy”. 

“Selain menangkap penculik dan pengedar dadah, ia dilihat mirip digunakan kepada memerhatikan lawan politik,” kata penyelidik keselamatan Morgan Marquis-Boire lapor NYT. 

Pengarah Urusan Gamma Group, Martin J. Muench — syarikat penjual FinSpy — dilaporkan berkata Gamma Group telah menjual teknologi berkenaan kepada kerajaan untuk mengawasi penjenayah, dan kebanyakannya digunakan bagi memerhatikan pergerakan “fidofil”, pengganas, jenayah terancang, penculikan, dan pemerdagangan manusia. 

Marquis-Boire, bagaimanapun menjelaskan mudah disalahgunakan, dan berkata: “Jika dilihat senarai negara yang membeli Gamma, kebanyakannya tidak mempunyai sistem perundagan yang kukuh.” 

Negara lain yang menggunakan khidmat FinSpy termasuklah Bahrain, Bangladesh, Brunei, Kanada, Republik Czech, Estonia, Habsyah, Jerman, India, Jepun, Latvia, Mexico, Mongolia, Belanda, Qatar, Serbia, Turkmenistan, dan Emiriah Arab Bersatu, termasuk Vietnam. 

Kumpulan pemerhati hak asasi manusia, Human Rights Watch berkata, berdasarkan laporan 2013, Malaysia masih belum memperbetulkan perjanjian teras hak asasi manusia, walaupun menjadi ahli Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa- Bangsa Bersatu (PBB). 

Tambahnya, Putrajaya terus melanggar hak untuk berpersatuan dan perhimpunan awam, walaupun telah mengurangkan sekatan kebebasan bersuara dengan pengenalan Akta Keterangan. 

FinSpy digunakan di dalam emel yang mensasarkan seteru politik di Habsyah, dan telefon Android di Vietnam, menurut laporan Marquis-Boire yang dipaparkan di laman web Citizen Lab semalam. 

FinSpy juga turut didapati dalam emel yang mensasarkan aktivis Bahrain, pada Julai lalu. Menteri Komunikasi Turkmenistan turut menggunakan FinSpy dalam sistem komputer mereka sendiri. 

Pemerhati hak asasi manusia turut menggelar Turkmenistan sebagai negara yang paling teruk menindas di dunia bulan lalu. 

“Hasil kajian kami mendapati percanggahan yang semakin meningkat antara rungutan orang ramai terhadap Gamma yang mana FinSpy lebih banyak digunakan semata-mata untuk mengesan ‘orang jahat’ dan badan yang semakin meningkat bukti yang menunjukkan bahawa alat itu berterusan digunakan sebagai menentang pembangkang dan kumpulan hak asasi manusia,” laporan Citizen Lab. 
Kenapa Yong tak heran?
Kerana Yong tahu BN memang ada sistem surveilance. Cuma sistem surveilance ini sepatutnya digunakan oleh MKN untuk memantau dan menjaga keamanan dan keselamatan negara, bukan untuk menyepai rakyat sendiri.
TELCO! Sila buat kenyataan bahwa kamu tidak terlibat dalam kerja menyepai rakyat sendiri ini. Kamu bertanggungjawab menjaga privacy pelanggan kamu, bukan mencuri maklumat pelanggan!
Yong juga minta supaya pihak berkuasa bersikap adil. Inilah keperluan sebuah negara yang telah diwar-warkan sebagai Negara Islam!
Sesapa yang belum tutup kamera notebooknya, buat sekarang!
 
 

2 ulasan:

  1. Bukan camtu lah diorang spy....setakat nak tgk muka tu tak jadi hal.....Spyware yang diaorang guna ni, diorang spy melalui data yg keluar masuk melalui talian internet yang kita gunakan. Contoh nya kita menggunakan blog/facebook dan buat entry, comment dan sebagainya, mereka akan analisis data masuk/keluar dari pc kita....kadang kala mereka spy setiap key entry di keyboard....concept sama macam key logger....setakat camera tak cukup evident untuk dibawa ke mahkamah. (tengah taip sambil korek idung...nanti tergelak hakim)....tapi atas nasihat kekawan...cuba elakkan masuk ke blog2 Pro -UMNO...kerana dari situ mereka sebarkan Spyware2 ini...spyware ini akan masuk ke system cookies dalam bentuk java program...dan mula membuat carian dan bertindak menghantar semula maklumat yang di perolehi ke server mereka...selain itu spyware ini akan mengompulkan maklumat cookies transaksi bank dan sebagainya...bergantung kepada applicasi yg diaktifkan...tq

    BalasPadam

Kalau takde nama pegi pejabat pendaftaran dulu sebelum komen. hahaha